Tuesday 19 February 2013

Happy Family

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebelum rehat,ada rasa nak update satu entry tentang keluarga.
Kebetulan ada borak dengan kawan pasal Happy Family ni.

Kalau aku update post dekat Facebook atau Blog sendiri tentang Iva Maya, semua akan kata dia sangat loving,charming,awesome dan banyak lagi lah. Cuma satu tentang Iva Maya mungkin orang tak tahu tapi aku nak cakap dekat sini. Dia seorang yang g.a.n.a.s.

Ganas macam mana? Mungkin ganas ni dia dapat dari keturunan dia kot. Setakat nak pecahkan pintu bilik tu, sebelah mata pun boleh. In fact, pintu bilik aku dah berapa kali tukar dah pun. Pukul style pegang pedang samurai tu biasa juga bagi dia hingga bila aku kena aku rasa macam nak patah belikat aku. Mungkin aku nakal.. bab pukulan manja ni tamat bila aku tahun akhir di universiti.

Teringat aku satu hari tu dia marah-marah aku, pukul pun ada juga la. Salah aku masa tu aku lupa. Dan aku dah over limit kot,telinga aku dah merah dah. Syukur lepas tu dia senyap bila baba aku balik. Lepas tu dia sambung balik ungkit itu ini yang buat aku sakit hati sangat dah. Aku pun minta maaf la nak suruh dia senyap, dia senyap. Dan lepas dia slow down, dia basuh pinggan aku duduk belakang dia jarak beberapa kaki. Kata aku,

"saya dah besar dah,kalau awak nak membebel pun tolong jaga hati saya sebab bila awak tua saya yang akan jaga awak",

Habis je ayat aku, aku terkebelakang terlekat di dinding sebabnya ibu buat free style back kick.

"kuajaq~! yay~!!", - itulah ayat dia masa dia tendang aku. Haha..

Huu..ayat tu boleh dikatakan kurang ajar cuma antonasi suara aku dalam mood manja. Ohmy~!

Istigfar banyak aku masa tu sebab sakitnya tak payah nak cakap lah. Baba cepat-cepat datang angkat dan kata baba,

"mati budak ni,kalau mati takde orang nak jaga u nanti",

"fuuu,nasib u hubby i. kalau tak u pun kena macam tu", - Ibu

Sekarang je dia macam sweet sikit la mungkin dia dah tua kan. Kalau aku duduk tidur kat paha dia,mula la dia tengok balik tempat dia pukul aku walaupun bertahun dah. Tulang betis aku pernah serpih/retak kes dia tibai betis aku pakai pasu bunga. Ganas tak?

Aku bukan nak buka aib dia,dia ibu muda memang baran dia tak boleh sorok pun. Tapi kami masih happy family dalam erti kata dan maksud aku la. Sekarang kalau ada apa-apa yang aku tak puas hati memang aku terus cakap je,begitu juga dia dan baba.

Baba a.k.a Pak Din ni loving tak payah nak cakap la. Kami memang rapat dan rapat tu aku fikir dengan tindakan dia juga. Korang bila ni universiti, berapa kerat je korang tengok bila parents melawat anak dia peluk ayah dia lama dan ayah dia siap cium serata muka anak dia? Berapa kerat? Ada yang pernah,ada juga malu dan ada tak pernah pun. Tapi baba,hingga sekarang dia buat benda tu. Bibir dia tu memang dia cop merata termasuk di bibir aku. Bukan deep kiss lah,sekadar bibir sentuh bibir. Berjalan dalam mall dia pegang tangan aku. Bagi aku memang sebab tindakan dia la menjadikan kami rapat macam kawan baik.

Tapi tak bermaksud dia tak pernah melakukan kekerasan pada aku. Dulu,ada hal yang aku buat memang betul-betul buat dia marah. Masa tu aku dah kerja,ibu dah tak buat kekerasan sangat dah masa tu. Nak dijadikan cerita aku memang banyak sangat kerja masa tu dan dia texted aku kawan baik dia satu keluarga nak datang. Aku memang tak boleh skip,aku ada team meeting lepas Maghrib tu. Dan aku tak tahu apa kawan dia borak dengan dia malam tu sepanjang aku tak bersama mereka.

Keesokkan harinya, baba kata dia free. So dia ajak aku naik atas loteng, atas loteng tu luas sebab kawan-kawan aku pernah main futsal atas tu. Dan ada beberapa benda lain yang boleh main.Ada satu ruang ni lantainya aku guna bahan lembut sikit. Kat situ baba ajak aku taekwondo, dan mula-mula elok je lepas tu dia makin kasar. Aku lawan la tapi dalam hati tak sanggup belasah ayah sendiri. Tapi aku nak pertahan badan aku,aku pun teruskan lah lawan. Last sekali aku dah lebam dan, part paling best bila tulang pipi aku kena tumbuk.

Tu hadiah atas apa aku buat dia tak puas hati.

Ahh malas dah nak taip,dah lama post ni dalam draft.

Bersambung.

Terlekat melekat : nak kawin cepat,bingit lah...~~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 15 February 2013

^_^

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Janji diparathakan sudah.
Masih disini, memandang dinding kosong yang hanya bercat pudar.
Tersenyum, kerana aku masih ada alasan untuk hidup.
Syukur, diberi peluang masih sempat menatap wajah-wajah kesayangan.

Terlekat Melekat : merindui dirimu..

Tuesday 12 February 2013

...

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Masih disini.
Dijanjikan hujung minggu ni aku boleh nyah dari tempat ni.
Janji harus ditepati ye :)


Terlekat Melekat : terima kasih temankan ^_^

AJK Stor