Sunday 31 March 2013

Kuss Semangat

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Kuss semangat,
ada sesiapa yang kena April Fool kejadah hari ni?
Yang mengenakan tu, kejadah korang kenakan orang?
Elok sangatlah tu kan?
Takde kerja?

Pagi ni ada 'mangkuk'(s) telefon, masa tu aku baru je usai lipat maut atas katil.

Mangkuk 1 : telefon cakap aku ada kes salah laku,akan dapat surat berhenti kerja. Punya la blur otak aku nak ekses maklumat budak ni. Macam-macam fikir,macam-macam juga aku tanya dia. Bijak dia jawab soalan-soalan aku. Akhirnya otak aku naik lembab dah,aku cakap nanti aku call Jack. Then baru dengar beberapa suara gelak dan sebut

"Hey chill Khair..time for April Fool" ...!!!!

"Dang~!" , rasa macam otak aku terkeluar dari tengkorak.
"Kejadah?",tanya aku tapi tak disambut sebab diorang tak faham.

Mati la depa kena lepas ni,tunggu la..Time migrain nak bergurau dengan aku...


Mangkuk 2 : entah minah mana datang buat mabuk sangap duk ulang kali cakap rindu la apa lah. Then sebut

"Happy April Mop baby", dan gelak mengekek ..terus letak phone..

Nak je aku tanya , "baby ke ba*i?".

Beberapa mangkuk lagi aku kenal siapa,memang tak lama lagi diorang makan nasi guna straw. Tunggu..

Dalam banyak-banyak hal yang berlaku, hal yang aku ceritakan ni lagi kuss semangat aku sampai laa ni. Tapi ni bukan April Fool la. Dapat call dari Maya, dia masih temankan abang dan E. Sehari dua lagi baru kami jumpa.

Maya : Sayang..I've something to share with u.

- Emm, ape? (Tengah golek-golek atas tilam lagi)

Maya : I dah tak datang bulan hampir 2 bulan la.

- Ok then. So?

Maya : Sayang! Tunjuk minat sikit.. U rasa I pregnant tak?

- What the..no..no..no~!!! U bukan pregnant,tapi u putus haid. No..not pregnant..negative~!
(Tiba-tiba cerah biji mata)

Maya : Kuajaq budak ni~!

- Maya.. negative kan? Ambil test kit la... Cepat, I confirm bukan double line.

Maya : Sayang...u nak tahu tak sesuatu?

- What?

Maya : Asal u gelabah hah? Bukan u baba baby I pun kalau I pregnant~!

- Maya...maya? (Ok dia touching..letak telefon dah..)

Lepas tu terus teringat kat baba,dia pernah cakap syiokk jugak dalam family ada orang baru. Kot-kot bertambah ahli kaum hawa. Homaii...homaii.. Nehi~! Terus call baba.

- Ahli bertambah ke? Confirm?

Baba : Bertambah? Confirm? Ape?

- Tadi Maya ...bla4..

Baba : Kidding me?

- Ini serius..bukan main-main.

Baba : Eloklah kalau betul.

- Baba, u tahu tak pregnant di lewat usia banyak effect? Ok fine Maya sihat, tapi untuk produce lebih dari satu baby dalam rahim pun mungkin terjadi.

Baba : Ok la tu,Maya dah biasa hamilkan baby kembar.

- Ohh baba,kita bukan family hamster. Sekali beranak dua tiga ekor..Please..

Baba : Dear, u nak tahu tak?

- Apa?

Baba : Kalau Maya pregnant, I daddy baby tu. Dan kalau betul,baby tu adik u. Chill sudah..

- Homaii.. (terus letak hp)

Terlekat Melekat : Asal aku cuak semacam je? Betul la baba cakap,kalau ibu pregnant pun tu adik aku jugak. Adik? Diusia aku 28 tahun, aku nak timang adik? Wallaweh,patutnya ibu timang anak aku..cucu dia. Harap ni satu mimpi,mainan minda.

Terlekat Melekat : Kak ipar aku baru je habis pantang, ibu aku dah suruh proceed tambah lagi. Homaii..

Terlekat Melekat : Sayang.. awak rasa awak boleh hadap ke permintaan 'gila' dari ibu saya? Saya? Tak~!

Terlekat Melekat : Nah..cerita pasal April Fool

Terlekat Melekat : Sambung rest,cuti harus digunakan sebaiknya. Ye dakk? Benda-benda len aku tak on lagi, malas. Tak hilang letih lagi. Moh rest sayang..kui3.

Monday 4 March 2013

Cakap Sesaje

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebenarnya ni entry untuk Baba, Ibu, Zuhayr dan E.
Jangan baca jika tak tahan dengan kepanjangan entry ni. *macam panjang je kan?
Jangan baca, serius =)
*kejadahnya tak bagi baca kalau dah pos kan sini kan? ni namanya pelik + gedik*

Baba,

terima kasih sebab layan karenah sepanjang membesar yang rasanya tak besar-besar ni. terima kasih atas setiap support yang diberikan selama ni. terima kasih kerana menegur setiap salah yang dilakukan. baba terbaik, baba penyayang, baba broad-minded, baba sporting.. jika ada sejuta award di dunia yang kategorinya adalah kerana kualiti yang aa pada dirinya yang terbaik,maka bagi adik.. baba yang menang semuanya. ^_^

terima kasih untuk marah sampai berbulan-bulan bila kereta baba remuk teruk kesnya adik bawa sampai eksiden. sebab lepas tu adik tahu kenapa baba marah,sebabnya adik takde lesen. terima kasih untuk ajarkan cara kawal perempuan ganas macam ibu, tips baba berguna untuk kurangkan diri dibalun.

terima kasih kejutkan adik solat , terima kasih ajarkan adik baca Al-Quran, terima kasih kenalkan adik pada tempat-tempat suci pada umur adik begitu muda, terima kasih kerana selalu menyenangkan hati.

jaga diri, baba dah tua ... erk~! kerja tu kerja juga, jangan abaikan ibu ye. ibu tu nampak je gagah,tapi manja nau~! sayang baba.. sayang sangat~!


Ibu,

pertama sekali terima kasih sebab lahirkan adik ke dunia. nasib baik hensem.. haha.
terima kasih untuk teguran-teguran berguna selama ni. terima kasih untuk bantai-bantai manja selama ni. walaupun sakit, err..tapi sweet memories. baru sedar salah sendiri..

jaga diri, jangan perasan muda sentiasa. haha.. kalau baba outstation, mohon temankan sebab baba cakap dia rindu ibu bila ibu taknak ikut dia. tolong jangan paksa baba cari madu untuk ibu, sebab mungkin topik tu bakal buat baba terasa hati. hehe. baba sayang ibu, so tak perlu nafi benda tu. kalau ada lagi jodoh baba,maka ibu boleh beli trampolin untuk ibu lompat sebab dapat madu. yeeehuuuu~!!!!

terima kasih pernah hadirkan kekasih yang terbaik walaupun sekejap. Allah lagi sayangkan dia, adik redha. terima kasih kerana menjadi ibu terbaik walaupun ramai yang curiga boleh ke seorang muallaf didik anaknya agama yang secukupnya. rasanya ibu dah berjaya. bertuah baba..

sayang ibu,sayang sangat-sangat..jangan nakal-nakal. have fun dengan cucu-cucu ye.


Abang Zuhayr,

terima kasih untuk hadir walaupun terpisah lama,terima kasih untuk menjadi abang yang terbaik.

tolong jaga baba dengan ibu, adik pernah janji nak bawa mereka melancong serata tempat diorang nak pergi. tolong buat kalau adik tak mampu. abang kan banyak duit~~~

lupa nak cakap, tahniah sebab subur. anak dah ramai, sila tambah lagi. mohon ceriakan rumah lagi dan lagi.
adik sayang abang..ini serius weh~! haha.

Abang E,

pertama kali panggil E abang. mohon sesiapa translate.

adik redha dengan apa yang tertulis, dan dah mula terima apa yang memang ditulis di luh mahfuz.
biarkan apa orang nak cakap,mohon jaga keluarga disana elok-elok. jangan abaikan.

moga diberikan petunjuk untuk E sendiri,dan meneruskan hidup ke jalan yang lebih baik.
tolong jaga baba dan ibu. abang Zuhayr tu selalu sibuk. tolong baba urus apa yang patut.
adik sayang E.. dah sayang lama dah,hati je keras sikit.



Selesai..
Tak la panjang pun, nak lagi panjang sila buka HDD warna merah dalam kotak atas almari.
File tu hidden, mohon show dulu.

Terlekat melekat : ada yang geli tak aku bahasakan aku adik? haha.. *muntah ijow*





Saturday 2 March 2013

Cuti~!

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Dah masuk bulan 3. Cepat betul rasa masa berjalan,rasanya baru je aku cukup umur 2 bulan lepas.
Sekarang ni dengar kata musim sakit dan musim dapat penyakit.
So jaga diri elok-elok lah semua.

Aku kat sini ditemani oleh wajah-wajah kesayangan dan kawan-kawan yang sanggup datang nak ziarah sambil bercuti.
Dan jika takde aral melintang aku akan mula bercuti sekitar 8/3/2013 - _/_/2013.
Doakan semoga perjalanan dan urusan aku selamat semuanya ye.

Dalam tempoh bercuti,rasanya aku tak online sangat.
Just in case ada nak tanya atau inform apa-apa, silakan.
Insyaallah aku on jika dapat ada masa terluang.


Terlekat melekat : Thanks awak, jangan letih mencintai saya ^_^

AJK Stor