Monday 30 January 2012

Kalau Dah Mulut Budak Bijak

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sekarang hampir pukul 1 tengahari. Aku masih duduk buat kerja yang tertangguh, macam ni lah manusia kan suka je tangguh kerja lepas tu bagi beban dekat orang lain. Yang jadi mangsa, orang yang tak bersalah.. Hoho..

Pagi tadi lepas kemas rumah, packing barang semua tapi sekarang pun masih packing , masak .. Aleesya datang. Muka masam tak hingat dunia ni aman lagi.

"awat pulak?", pehh ayat aku dengan dia sekarang ni dah macam kawan dah.

"aunty Syikin paksa Aleesya pakai ni", kata dia sambil angkat sikit baju dia dan tunjuk pampers.

Adess perlu ke budak umur 4 tahun pakai pampers? Aku tanya diri aku sendiri. Aleesya nampak sangat tak selesa, serba salah aku.

"aunty tahu tak datang sini?", tanya aku, Aleesya angguk saja. Berani pulak dia jalan sorang-sorang ke rumah aku ni. Bahaya betul.

"nak tidur sini malam ni boleh?,

"tanya aunty, kalau boleh .. ok je", kata aku sambil buat kerja

"nak tidur dengan uncle boleh?",

"hah? tidur dalam bilik tu la", kata aku sambil tunjuk bilik tetamu. Aleesya geleng laju-laju.

Aku hold dulu soalan Aleesya memandangkan ni baru pagi, nak tidur malam nanti. Sempat lagi la aku fikir plan A ke.. plan B ke. Aku senyum sendiri.

"oiks..budak, makan ape? nak..", Iman tegur Aleesya tengah makan biskut. Dia duduk tepi Aleesya, entah bila Aleesya dengan Iman ni macam kenal lama je. Seingat aku baru ni Iman tengok je, tak tegur pun.

"cookies..nahh..Elmo", Aleesya suap ke mulut Iman. Elmo? Yerp Aleesya panggil Iman.

***

"abang....abang...Aleesya nak kencing..", kata Aleesya kat Iman. Iman pimpin ke toilet,

"ni ada pampers...kencing jelah dalam pampers", kata Iman masa bukak seluar Aleesya

"eiii Aleesya geli la benda ni..", kata Aleesya. Iman buat muka blur dan hairan.

***

"abang.. mana boleh minum ubat dengan Pepsi...", kata Aleesya kat Iman

"why?",

"why? abang belajar tinggi, Aleesya belajar kat nursery je..abang lagi tahu", kata Aleesya dengan penuh konfiden. Padahal Iman minum Pepsi sambil makan gula-gula je. Hurm...


***

"dengar ni Aleesya nak nyanyi..", sambil berdiri atas meja

Uncle..Uncle..Uncle baik..
Abang...Abang...Abang sombong..
(nyanyi gaya 1..1..saya sayang Allah...)

Lepas tu lirik apa aku pun tak tahu..adeish~!

***

"Aleesya..kenapa tak cakap nak datang sini? puas aunty cari", tiba-tiba Syikin datang

"kan dah cakap tadi..",

"bila?",

"masa aunty tidur..",

"mana aunty dengar....",

"aunty kata orang koma pun boleh dengar kita bercakap, aunty tidur je bukan koma. mesti aunty dengar",

=.="

***

"uncle nak makan telur yang uncle buat hari tu...",

"Iman.. pi wat sat..", aku suruh, Iman pun bangun..

"abang bukan macam tu la...", aku dengar suara Aleesya dari dapur.

"ye macam ni..tak caye sudah..",

"bukan...",

"ye...",

"bukan", kata Aleesya lagi

"ye macam ni la yang abang nak.. Aleesya nak jugak? buat sendiri......",

"abang ni macam budak-budak",

Hambik...kan dah kena dengan budak yang betul-betul budak. Aish~!!!!


Terlekat Melekat : packing barang..1 entry 3 jam ambil masa?

Sunday 29 January 2012

Entry tiba-tiba

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Setelah aku baca entry budak gedik nak tukar produk penjagaan diri yang kononnya memberikan kesan macho dalam diri, aku pun teringat lah jugak pasal kisah aku..

Sebab aku ni mama boy, maka dari dulu harus lah aku berkepit dengan ibu aku kan? Jadi ibu aku tu...yelah..ibu aku tu ...perempuan lah kan? Perempuan ni kalau messy bukan perempuan, perempuan ni nak tak nak dia akan jaga jugak tubuh dia. Jadi aku dari kecil sudah terdedah dengan


  • masker oat
  • masker pisang a.k.a banana
  • masker timun batang a.k.a cucumber
  • masker yang dah siap dekat kedai
  • masker madu
Jap~! Aku bukan nak perkenalkan jenis-jenis masker pun, ahh banyak tak terkira lah jenis-jenis masker dari ibu aku.

Mandi petang harus ibu aku sediakan mandian susu. Bila stress kena makan buah. Hidup jangan stress, kena tenang aje. Seminggu sekali bila jumpa memang azab lagi-lagi weekends, ibu aku akan sental badan aku dengan hampas kacang soya lah.. Arghhh~!!!!

So, harus lah kulit aku licin kan? Hurm... Kalau boleh dulu semua nak yang daripada bahan semulajadi je. Kimia-kimia tolak tepi. Aku ni...ye aku ni..nasib tak jadi 'lembut' je kot. Sebab aku masih lagi nak jadi lelaki sejati, tapi kadang-kadang kawan aku kata aku lembut jugak.. Lembut hati......

Bila dah kerja, dah duduk jauh dari ibu, masa tu lah nak tunjuk yang aku pun reti lah jaga diri aku. Jadi, takde dah masker-masker ni, mandi susu? Lagi la tak. Paling tidak pun aku mandi air aromaterapi je.

Nak-nak lagi bila ...



Time dulu Fahrin tengah naik, aku pun try la usha-usha mamat ni. Ok gak dia, aku pun tilik muka dia..Tilik..tilik..

"ehh ni tak leh jadi, dia lagi ensem dariaku larhhh~!!!!",

Maka dengan akal yang tengah tak center + kurang panjang akal = kurang cerdik, aku pun guna la produk ni. Dengan alasan, muka aku berminyak.Yeah...~!! Ok pakai.. pakai...pakai...habis la 1. Aku pun tilik la muka aku.. tilik...tilik... 

"boleh tahan gak aku ni.. ok lah,kira berjaya lah...",

Aku pun stop produk ni setelah aku rasa aku setanding dengan Fahrin ni. Punyalah perasan tak hingat dunia..

Ubat ketiak.. Mula-mula aku pakai Rexona, lepas ni gedik tukar Nivea. Habis sebotol aku pun tahu yang bau ketiak lelaki ni penawar kepada stress. Aku pun malas la nak beli yang lain, aku pakai bedak je. Tengahari time panas tu aku sengaja lalu depan kawan-kawan aku, tak dengar pulak mereka bebel bau badan. Aku pun pergi duk tepi ibu aku, bila duk tepi ibu aku suka angkat tangan ke penyandar sofa dan duduk dekat-dekat ibu. Jadi ibu aku pun senyap jugak.. bila aku tanya dia kata takde bau masyem atau busyuk pun.Aku pun tak pakai lah lepas tu.... Tapi gara-gara ...




Ye~! Gara-gara dia duk lari semata-mata nak kejar perempuan tu , aku pun beli gak lah. Kat sini tak fikir panjang lagi. Aku pun pakai lah...pakai...pakai...lepas tu bila takde pun perempuan aku nak kejar, aku pun terus tak pakai. Kalau rasa stress sangat je pakai sebab bila stress badan kita boleh berbau kurang best sikit.

Syampu aku tak tukar, shower gel pun aku tak tukar.

Nora Elena, Stanza Cinta, Ombak Rindu .. Semua naik kerana Aaron Aziz~! Aku mula stress balik, akal pendek aku pun datang balik. Aaron Aziz pulak duk tengah jadi duta untuk produk pencuci muka, terus aku beli,



Dan aku masih lagi guna sampai sekarang.. Yerp sampai sekarang. Sebab? Aku tak transform jadi kacak macam dia lagi. Sebab bila aku ambil gambar, aku tak nampak kurus macam dia pun... Haha..ok gurau~!

Aku guna seminggu sekali je kot, ke time tak selesa dengan muka je aku guna..

Macam ni lah aku... Tapi aku nak cakap, sama je kot pencuci muka mana pun. Aku nampak sama je..

Terlekat Melekat : sempat aku update tengah buat kerja..hoho..ok nyte all ;)

Thursday 26 January 2012

Kisah Hari Ini..

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Owh penat.. Mula-mula ayat dah mengadu kan? Annoying tak? *angguk.

Semalam ada tugas dekat ofis dan berlanjutan hingga ke pagi tadi. Pukul 9 pagi baru sampai rumah, dapat la duduk atas kerusi. Nikmat~!

Baru je letak kepala,

" ♫♪♪♫♫♫ ....", *bunyi musik

"ada tetamu pulak...ish tak baik..tak baik..tetamu perlu dilayan", kata otak aku

Berjalan aku ke pintu dengan penuh serabai, muka tak tidur semalaman. Ada gak nampak macam muka kena tinggal dek isteri. Tilik kat tempat skrin takde nampak muka orang pun, maka aku terus berjalan ke pintu. Aku bukak..

"Assalamualaikum Syikin, yerp?",

"Wasalam, erm..tak register nursery lagi. Aleesya.. erm..saya ada hal sebenarnya ni, but she still asleep..",

"owh, mana dia? letak rumah saya pun takpe, saya baru balik kerja",

"dalam kereta, baru balik so penat? macam mana ni?",

Dia duk cakap tapi aku punya langkah dah sampai ke kereta. Berbaju tidur lagu Aleesya Maisara ni. Nyenyak je tidur, tak sanggup pulak nak kejut. So aku angkat dia, bawak masuk bilik tetamu sebelah bilik aku. Dan... bye Asyikin...selamat kerja.. =="

Nak tidur tapi aku takut terbabas pulak nanti, so aku pun pergi mandi. Segar betul la kan badan lepas mandi,masa mandi tadi duk fikir :

"Iman dah pergi kelas ke?", "nak masak ape ye jap lagi..", "aku punya lappy bawak balik ke tak? ke duduk kat lab?",

Siap mandi aku pun terus la lap-lap..pakai baju..pakai semua-semua benda yang kena pakai. Baru je nak lap rambut aku dengar bunyi Aleesya menjerit + menangis. Aku pun cepat-cepat la keluar , tengok dia duduk depan pintu bilik tetamu dah. Dia berhenti menangis bila nampak aku, aku pun mendekati dia dan duduk bersila atas lantai depan dia, dia pulak berdiri.. Tinggi sikit je dari aku.

"Morning...Assalamualaikum Aleesya..", Aleesya hanya angguk-angguk, muka masam mencuka.

Dia ambil tuala kat tangan aku dan lap rambut, dia pandang aku.Aku nampak air mata dia tak kering lagi, bulu mata tu basah. Kalau perah boleh je aku siram pokok *nampak sangat tak logik Zuemiey oii.

"muahh...", satu ciuman hinggap di pipi aku yang masih lagi sejuk dan ada titik-titik air. Aku kaku 3 saat.

1 saat...

2 saat....

3 saat....

"Aleesya nak makan dulu ke mandi dulu?",

"mandi...",

So aku temankan dia ke bilik mandi. Siap je mandi, dia lap-lap sendiri dan pakai baju sendiri. Pandai betul dia. Sementara dia bersiap, aku siapkan makanan untuk dia. Iman pun dah takde dalam bilik, keluar awal pagi lagi agaknya.

"Aleesya, intai apa? meh la sini makan..",

Aku tarik kerusi untuk dia,dan dia duduk.

"u are so gentleman and good-manner", kata Aleesya

"thank you, I consider it as a compliment ya? Makan..",

Suka tengok budak-budak makan, licin pulak tuh pinggan~!

Lepas makan kami tengok tv sekejap lepas tu aku sambung buat kerja. Aleesya tengok tv, sambil makan kek. Aku memang suka sumbat makanan kat orang.

"Aleesya nak abi...", tiba-tiba Aleesya datang merengek kat tepi aku sambil tarik-tarik baju aku. Dia ulang sampai la air mata dia menitik-nitik.

"laa..dah kenapa pulak ni? tadi elok je. boring ehh?",

"nak abi... Aleesya nak abi..Aleesya nak abi eja nama Aleesya..",

"owh... uncle nak cuba jugak la eja nama Aleesya.. uncle pun tak pandai ni.. erm... A.L.E.E.S.Y.A <space> M.A.I.S.A.R.A..  Aleesya Maisara...",

"uncle pandai macam abi..abi selalu eja macam tu", kata Aleesya sambil tersedu-sedu.

Aku tarik tangan dia ke sofa, angkat dia duduk atas riba aku. Aku pegang tangan dia..

"ni apa?",

"jari..", kata Aleesya

"ni?", sambil cuit hidung dia

"hidung...",

Berterusan ke pipi, mata, rambut, telinga, kaki...

"ni semua Allah buat... complete..Aleesya ni pun Allah buat jugak. Kiranya Allah tu owner la",

"uncle pun Allah buat?",

"yup...uncle...aunty Syikin.. abi..ibu....", Aleesya angguk. "kalau uncle nak pinjam anak patung Aleesya boleh?", dia angguk lagi.

"tapi nanti Aleesya nak, uncle kena kasi tau..",

"uncle kena la kasi sebab uncle tahu Aleesya tu owner anak patung tu. Uncle pinjam je. Jadi sekarang ni Allah tu owner.. Allah kasi pinjam abi dan ibu pada Aleesya. Sampai masa Allah nak balik, Aleesya kena la kasi",

"Allah nak jaga abi dan ibu? Allah jaga elok?",

"Tuan mana tak sayang barang dia kan?",

"tapi Aleesya nak duduk dengan abi dan ibu..",

"Aleesya boleh jumpa lagi, kat 'sana' nanti",

"kat mana? sekarang tak boleh..?",

"dekat tempat yang Allah dah tetapkan.. sampai masa nanti Aleesya pergi jugak. So sekarang tak boleh nangis-nangis macam tu lagi. Kesian Aunty Syikin risau..jangan murung..kena happy..bila ingat abi dan ibu, Aleesya baca la Al-Fatihah...doa untuk abi dan ibu..",

"dulu abi ajar Aleesya mengaji..",

"lepas ni uncle ajar pulak.. ok", kata aku. Dia angguk.

Aku sambung kerja ditemani dengan soalan-soalan cepu emas. Petah sungguh, bijak pulak tu. Siap boleh taip mesej lagi,maju betul budak-budak sekarang.

"nyanyi...uncle...nyanyi...",

"kat mana?",

"sini, sekarang",

"aku pun fikir...fikir...fikir...", sebab Aleesya ni garang... agak sombong sebenarnya..gaya seorang puteri yang angkuh..lalu aku nyanyikan lagu nak perli dalam versi sopan santun tak hingat dunia. Semoga dia punya bahasa cantik, dan kecantikkan dia tak disalah guna.


"Tiada kata secantik bahasa...Untuk ku puji adinda...Tiada gambar secantik lukisan....Nak ku tunjuk perasaan"...


"abi pun suka lagu tu....abi.....", terus Aleesya peluk aku. Aku rasa aku pilih lagu salah..

Aku dukung dan nyanyi lagu tu bagi habis... Aleesya tertidur di bahu aku..

"Ya Allah..lindungi dia..kuatkan dia..", detik hati aku. Lalu aku letakkan Aleesya di atas sofa dan sambung kerja.

***

Sekarang dia duk main-main, kejap lagi lah aku bawa dia ke sekitar dalam rumah.
Sekejap-sekejap dia bukak peti, nak tengok air dah jadi ais belum..
Budak bijak..kot-kot kalau aku letak lappy merata, dia yang tolong chat untuk aku =P

"jangan ambil gambar Aleesya lah...tak suka~!",

Sebelum dia menangis lagi , baik aku simpan je niat tu. Tapi aku akan cuba candid...Shhh....
Can u keep it as a secret?


Terlekat Melekat : boleh sambung kerja... ada typo betulkan sendiri  =)

Tuesday 24 January 2012

Keindahan..Kecantikan..Kenikmatan... Itu Hanya Pinjaman..

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


"wake up...", aku kejut kawan-kawan aku yang tidur bergelimpangan di ruang tamu. Sekali je cakap,terus diorang bangun terpacak.


"mau kemana? lagi awal ni..", tanya Amir yang masih mamai.


"jog..jom lah join", ajak aku


"sejuk-sejuk begini? gila ya?",


Ok, tu alasan. Sejuk tu bukan halangan pun rasanya. Dan bukan awal pagi pun, nak masuk pukul 7.30 pagi dah. Aku pun ambil jam tangan dan zip sweater. Malas nak jog jauh, jadi aku jog sekitar taman di kawasan perumahan rumah aku je. Lama-lama jog, dahaga lah pulak. Tadi lupa nak ambil air, bawa badan je tadi. Jadi aku ke kedai 24hr dan beli air mineral.


Yeah sambung lagi tapi kali ni jalan-jalan je. Nak cuci mata pun tak boleh sebab ada pakcik-pakcik je ramai. Dah 4 round dah aku jog, aku pun decide nak balik rumah jelah. Jadi aku jalan-jalan, tengok kiri..kanan..kiri...kanan... Dah nampak pun Hussin, lelaki Pakistan hantar susu segar ke rumah aku dari jauh. Dia pernah masuk Malaysia secara haram dan kerja sebagai buruh, tapi katanya tak lama sebab kena 'hantar balik' ke Pakistan semula. Sekarang dia kerja pulak di sini secara sah, tu pun atas bantuan saudara dia.


"cantiknya...", aku terpandang seorang kanak-kanak perempuan. Diseberang jalan dan duduk di bangku di hadapan rumahnya barangkali. Aku seakan paku yang sudah diketuk untuk berdiri kaku disitu. Mata dia..pipi dia..sempurna di mata aku. Segala puji ku panjatkan kepada-Nya yang mencipta makhluk secantik itu. Aku duduk di bangku di hadapan rumah jiran aku, rumah aku selang dua buah rumah lagi. Betul-betul berhadapan dengan budak perempuan tu.


Aku pandang dia..bila dia perasan aku pandang pokok pulak. Tak lama lepas tu aku nampak dia berjalan kearah aku. Jantung aku berdegup kencang, macam nak terkeluar dan sambung lagi 4 round jog. Tak..tak..ini bukan cinta, ni sebab takut kantoi.


"are u Muslim?", tanyanya kepada aku. Aku angguk, mukanya serius tapi tetap cantik. Rambut paras leher, ada kepit rama-rama kecil. Dari dekat aku nampak muka dia semuanya lebih jelas. Kening dia cantik, mata dia dark-brown, hidung kecil je tapi mancung. Anak Mat Arab mana lah ni. "Assalamualaikum, good morning..", katanya lagi. Aku marah diri sendiri sebab bagi budak perempuan tu mulakn bicara.


"Waalaikummusalam w.b.t , morning..", jawab aku..


"err.. I.. sad..I sad...eerrrmm", mukanya berkerut-kerut seakan sedang mengatur ayat.


"yaa...why?", tanya aku.


"aaa...emmm..sad..aa..cry", katanya lagi sambil buat aksi. Mencuit hati betul.


"Aleesya~!!", aku dengar perempuan menjerit nama tu dan perempuan tu berlari kearah aku. Dia tarik budak perempuan tu, dan budak perempuan tu tarik tangan aku menyebabkan aku terdorong sedikit kedepan. "sorry..sorry", kata perempuan tersebut sambil merungkaikan tangan budak perempuan tadi di tangan aku.


Sedang tangan 'bergelut', kereta Amir berhenti di bahu jalan. "Zue, mereka lagi tidur. Aku lagi mau ke kantor bentar, ada apa-apa mau minta aku ambilkan?", tanya Amir.


"sokey..takde ape", kata aku dan Amir meluncur laju.


"Indonesian? Malaysian?", tanya perempuan terbabit tiba-tiba.


"Malaysian", kata aku ringkas.


"I pun Malaysian, baru pindah semalam. Asyikin, panggil Syikin",


"I , Zuemiey. Panggil Zue", seraya tangan aku letakkan di dada dan tunduk sedikit tanda hormat. Syikin hanya senyum. Rasa pedih di pergelangan tangan akibat daripada cengkaman kuat dari budak perempuan tadi. "ni nama ape?", aku tanya dia.


"Aleesya..Aleesya Maisara",


"Sara....", aku sebut dan Aleesya angkat muka, "ehh takde ape, sama macam baby uncle",


"nak tengok baby..", rengek Aleesya.


"baby dah balik Singapore.Ikut ibu dan abi dia..",


"Aleesya pun ada ibu dan abi..tapi sekarang tak ada. Ibu...abi...kerja jauh",


"they are involved in an accident a few months ago. Meninggal, dan Aleesya tak faham. Sebab tu saya kata mereka pergi kerja. Saya adik kepada arwah ibunya", terang Syikin dengan nada rendah.


"saya tak setuju cara tu, sepatutnya kita terangkan",


"but how? she still young, nanti dia faham bila dia dah besar..",


"Aleesya, rumah uncle kat sana tu. Yang ada bangku ukir tu, nanti free Aleesya pergi rumah uncle ok? Jangan sedih-sedih..jangan menangis.. tak cantik la kalau asyik menangis je", kata aku sambil usap pipi dan kening Aleesya. Tak puas tengok.. 


Aku bangun dan senyum pada Syikin, "dia bijak..dia akan adapt", lalu aku berlalu pergi.




Terlekat Melekat : pinjaman dari-Nya. bila-bila masa boleh kena tarik.
Terlekat Melekat II : Sara lagi..pehh..pemes jep ..

Sunday 22 January 2012

Awan Putih

awan putih,
tempat orang suci... tempat orang bersih..

awan putih,
tempat si aniaya dibela.. tempat si buta boleh melihat

awan putih,
taman larangan bagi si kotor




























dekat pic tu dah ada rasanya penanda siapa tukang ambil gambar..rajin-rajin la skodeng awek manis ni ok.



----


awan putih,
layakkah aku..ke sana..



Terlekat Melekat : gambar yang penuh cerita ...

Friday 20 January 2012

Alamak, isteri orang~!

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Ini bukan entry yang menceritakan aku tertangkap cintan dengan isteri orang.
Kalau korang nak fikir macam tu, lupakan la ye .
Ni entry pasal aku nak bagitahu yang walaupun aku tak kahwin lagi tapi aku rasa macam aku dah pun berbini.


(hampir 3 jam aku hold entry ni, ok jom sambung)

Dulu masa aku study, kawan-kawan aku semua ada awek. Aku jelah yang single, tapi aku tak pernah rasa aku single. Sebabnya ...

"Zue, kau sibuk tak hujung minggu ni? Temankan awek aku ke klinik. Aku ada test sukan la",

"ok...",

Walaupun aku takde awek, tapi aku ada je masa nak buat fake date dengan awek orang. Tapi kalau kawan aku kata klinik je, aku akan ke klinik je. Lepas tu aku hantar balik lah, sebabnya aku bukan driver =.="


Bila dah kerja , aku masih lagi single dan aku masih lagi rasa aku tak single. Hari-hari aku ditemani oleh muka-muka yang berlainan setiap hari sampaikan.

"kan bagus kalau u ni bf i Zue.. kenapa la bf i bukan macam u ehh Zue?"

"sebab i bukan bf u, sebab tu i tak macam tu ", jawab aku tanpa ada nafsu.


Kawan-kawan dah kahwin, aku masih lagi single. Dan macam biasa juga aku tak rasa pun aku single bila ada je kawan-kawan aku yang benarkan aku temankan wife mereka beli barang dapur. Ada pulak la kes cemburu bila ,

"Zue suka telur separuh masak kan? Nah... Abang?Ok ni abang punya...",

"Zue, nah novel. Rasanya best, tu hadiah ye..",

Dan si suami cemburu, hingga...

"Zue, aku masih boleh percaya kat kau ke?",

"percaya apa?",

"yang kau takkan tikam belakang aku..",

"hey kawan, kalau aku harimau pun kau jangan risau sebab aku harimau tak ada gigi",

"betul?",

"yerp, sure.."

-------------


So, abam-abam kacak kat luar tu jangan risau sangatlah kalau aku yang rapat dengan awek / wife korang. Aku pegang 1 je , "AKU TAK AMBIL ORANG LAIN PUNYA". Jadi, sila inform ,

"ehh Zue, sebenarnya aku suka ___ tu, jadi..."

Yerp sila inform sebab bila inform, aku tahu jarak aku.
Tapi... yerp ada tapi...

Aku tak suka orang main-main dengan "Hawa" aku , yelah nanti aku ada lah.
Entah, aku memang tak suka kot orang usik-usik aku punya ni..

Aku? Aku tak usik kawan aku punya. Aku tolong je..
Sentuh? Pehh.. Jauh dah tu. Lagi tunang aku pun aku tak sentuh, ni pulak bini orang.
Ish~!


Terlekat Melekat : aku rasa jauh...jauh...jauh =)




Thursday 19 January 2012

Mengidam Lagi~!

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Tiba-tiba aku teringat pada seorang kawan masa sekolah dulu gara-gara mengidam nak makan aiskrim.

Masa ni aku dah naik tingkatan 1. Perangai? Sebaik-baik jin sama macam sejahat-jahat manusia kan? Aku ni kira separa la. Kaki mengorat? Yup , aku lah tu. Kaki mengusik cikgu cun? Tu pun aku jugak la. Semua aku nak rembat, senior pun aku main kenyit je mata. Tak dapat aku sebagai balak, adik angkat pun jadilah. Siapa untung? Aku lah untung, setiap hujung minggu ada je stok makanan aku dapat.

Naik tingkatan 2, masih gatal lagi. Bertambah-tambah kegatalan aku masa tu, tapi aku tak layan junior. Pehh, ape barang nak layan junior. Semua comot-comot je lagi. So aku masih lagi pandang senior dan cikgu muda yang single. Nafsu besar kemain.. Masa tu aku ni memilih la nak berkawan dengan siapa, aku pilih best student, pengawas je.

Tiba-tiba...

Di suatu hari, aku malas nak makan kat cafe. Dewan makan lagi aku malas nak masuk, dengan crowded tak hengat~! Aku pun beli la roti sebungkus dan air milo ais. Masuk kelas curi-curi makan dalam kelas, baru je nak suap roti kat mulut, aku tengok la ada seorang kawan sekelas aku. Lelaki, kurus keding, muka standard Melayu, baju kuning karat. Nama dia Saiful, aku panggil Sepu. Aku memang benci lah dia, sebabnya dia senyap. Bila orang buli dia pun, dia senyap. Aku terus mati nafsu nak berkawan dengan orang macam tu. Tapi sebab aku terdetik kesian, aku pun pergi la kat tempat duduk dia. Dia tongkat dagu kat meja,

(telah di standard kan bahasa dari loghat Kelantan)

Aku : weehh, x gi makan ke?

Sepu : *hanya geleng kepala

Aku : bisu?

Sepu : *henya geleng kepala lagi..dan lagi

Aku : apa masalah kau ehh? aku rasa aku duk dalam kelas pandai dah. ada jugak yang macam ni.

Tapi dia memang pandai pun.. Sebab tu dia dalam kelas tu. Ayat aku sangatlah .... Kejam. Ok teruskan dialog.

Sepu : aku demam...

Aku : demam? *spontan tangan aku hinggap ke dahi dia* , wehh panas ni~! baik rehat je.

Sepu : tak pe, ok lagi ni.

Aku : aku ada ubat, nanti jap *berlari ke beg* . nah...makan ubat tu. tapi kau dah makan belum?

Sepu : belum..

Aku : nah ambik air dengan roti ni..makan..

Sepu : kau?

Aku : aku ada duit lagi, kau makan je.

Nak jadikan cerita tu je duit last aku, semalam kena curi dengan budak mana entah. Tak pasal-pasal aku sumpah pencuri tu. Ish~!


***

(Hujung Minggu)

Balik rumah la apa lagi kan, hari nikmat budak asrama. Maka tunggulah semua pelajar dekat ruang legar, menanti mak ayah datang ambik. Dari jauh aku nampak kereta baba, aku pun angkat beg dan pergi lah. Masuk kereta, cium-cium... Balik..

Dalam perjalanan aku nak balik, aku nampak Sepu. Berjalan dengan beg besar, dah la dia kurus keding. Takut aku kalau dia patah rusuk, jadi aku pun suruh baba berhenti dan tumpangkan dia. Mula-mula dia menolak, bila aku mula nak bukak mata baru dia masuk.

Baba : Saiful, rumah kat mana..

Sepu : emmm...

Aku : baba aku tanya tu, jangan la wat bisu

Baba : Zue.. apa cakap macam tu. Saiful, rumah kat mana nak?

Sepu pun tunjuk la jalan pergi rumah dia. Sampai je, terus ramai kanak-kanak keluar. Ramai betul adik-beradik Sepu. Rumah dia standard rumah kampung yang ada perigi paras lutut. Bahaya~!

***

Lepas je hantar Sepu balik, aku dengan dia makin rapat. Ayah dia meninggal dah, mak dia jual kuih. Masa ayah dia ada, dia senang la jugak. Tapi ayah dia tak tinggal harta pun.

Asal hujung minggu je aku pergi la rumah dia, mak dia buat aiskrim dalam plastik tu. Macam-macam jenis ada, adalah untung sikit tu.

Lepas PMR, aku pindah sekolah. Sepu masih di sekolah tu, tapi bila aku balik cuti je aku pergi jugak rumah Sepu. Bila SPM, dapat je result dan balik rumah je aku pergi rumah dia. Alhamdulillah, keputusan dia pun cemerlang.

Sekarang?

Jadi pensyarah dekat KPTM dan Open University Malaysia. Sudah berkahwin dengan seorang 'domestic engineering' yang cun melecun dan ada anak 4 orang dah. Zulaikha, Athirah, Helmy, Aiman.. Katanya Helmy tu sempena nama aku. Terharu~!

***

(2011)

Aku pergi rumah dia, dia duduk rumah mak dia yang dulu tapi dah ubahsuai jadi besar dah sekarang. Masuk je rumah, pergi salam dengan mak dia. Soalan pertama,

Aku : makcik wat lagi tak aiskrim?

Makcik : buat, nak ke? pergi ambik sendiri. buat je macam rumah sendiri Zue.

Aku ni bukan pemalu pun kalau dah orang bagi green light, aku duduk la kat dapur dengan kawan aku sambil borak-borak.

Sepu : Zue, segannya aku. Datang rumah aku kau makan aiskrim asam tu..

Aku : aku punya suka la, dah memang aku suka..

Sepu : memang la tapi aku segan

Aku : sebab?

Sepu : level..

Aku : aku debik gak kan, manusia sama je.. bulu sama je itam..sama je..sama..

Sepu : ish..kesitu lak. yelah, makan-makan..aku belanja sepeti..


------------


Terlekat Melekat : maafkan aku kawan andai kata aku pernah berkasar dulu..



aku ambil kat sini




yang ni feveret


Terlekat Melekat II : jagung, bandung, asam boi, dan.... bubur kacang~! ahh mengidam...

Pesanan dari seorang teman


Jaga dirimu..
Tabahkan hatimu..
Kuatkan semangatmu..
Kerana bukan hanya aku perlukan kamu..

Tidak sedikit masalah menghantui kamu..
Tidak sedikit ujian mendatangi kamu..
Tidak sedikit beban memberati kamu..
Percayalah semua itu atas kemampuanmu..
Tuhan sudah menjanjikan begitu..


demmmm...apesal macam tak bagi semangat je..?
--pengsan--


Terlekat Melekat : aku on , tengok draft... ada ni..ni bukan aku tulis..hanya title aku tulis. dari siapa? aku tak pasti sebab ramai je tahu password aku.. tapi aku yakin, dari seorang teman . terima kasih =)

Wednesday 18 January 2012

Sakit itu aku

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Aku terus masuk body lah, malas nak banyak mengarut =P

Baru ni sakit kepala, ok sikit kepala... sakit badan pulak... ok sikit badan.. sakit kepala balik.
Hari ni.. gatal-gatal hidung entah lah silap makan apa.
Dan sekarang... tisu dalam dua-dua lubang hidung dan pakai mask.

Ahh terseksa zahir batin..

Aku rasa kalau aku sihat, tu bukan aku lah.
Ish~!

MC aku dah nak habis, so aku akan masuk pejabat jugak.
Malas dah aku nak MC , karang ada pulak kata aku makan gaji buta.
Tapi serius, aku memang banyak cuti~!
Sila jeles kalau rasa nak jeles.

Antibodi x kuat ?
Yup, aku pun rasa macam tu jugak.
Kesian x?

Bila sakit, otak blur.
Bila otak blur, jadi kelu..kaku..
Bila semua tu jadi, aku dah x tahu nak taip apa.

Terlekat Melekat : rindu nak tulis panjang-panjang tapi idea kelaut. Sedang siapkan Qareena =)

Tuesday 17 January 2012

Penulis Plagiat

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Penulis.
Apa korang faham 'penulis'.

Apa aku faham?


  • penulisan yang lahir dari jiwa
  • dari akal sendiri
  • usaha sendiri
  • gaya penceritaan yang diinginkan dan x tersekat dengan 1 genre sahaja.


Plagiat?
Kenapa plagiat?
Orang macam mana tu?


  • pemalas
  • orang cepat nak naik tanpa usaha dari bawah
  • pusshyy
  • x kira kawan ke asal duit dapat
  • goal yang x jelas

Kesan plagiat?

  • x tahu apa-apa
  • buntu bila orang tanya
  • x faham isi

Terlekat Melekat : aku x tahu nak taip apa. aku sibuk..arghh~!!!


Sunday 15 January 2012

Nikmat & Ujian

..... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Nikmat tu tak datang selalu, bila datang terus kena syukur.
Tapi manusia kadang-kadang tak sedar pun bila nikmat tu datang, yang mereka nampak hanya ujian.
Manusia.. biasalah kan?

Semalam aku letih sangat kot, dalam masa yang sama kepala dah berdenyut. Terus aku nampak putih je.
So, ini apa? Ujian..

Hari ni, diet hancur. Diet? Ohh mungkin definisi bagi aku adalah kawal pemakanan tapi masih makan. Ada tu diet yang memang tak makan nasi lah, macam-macam lah jenis. Selera makan on hari ni mungkin semalam lapar..
So, ini apa? Nikmat..

***

Aku malas nak taip panjang lebar lagi.
Semua dah besar, pandai fikir dah kan? =)

Terlekat Melekat : tunggu masa untuk bercuti dari on9


Saturday 14 January 2012

Jawab soalan

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Entry nak jawab soalan-soalan dari kawan-kawan aku.
Cakap dekat Cik Nget nak rehat, ok tengah nak rehat la ni.

1. Perasaan kau bila mula-mula naik kereta mewah baba kau.

Aku faham kat sini kereta mula-mula baba aku lah kan? Perasaan aku.. suka sebab aku fikir bila ada kereta, baba boleh bawa aku dan ibu jalan-jalan. Kereta Proton warna putih. Baba beli masa aku darjah berapa dah aku lupa. 5 ke 6 entah. Kereta tu cantiknya tak lama sebab ibu bawa secara ganasnya, rempuh tiang la, pokok la, nasib tak rempuh orang je. Dan 'kereta mewah' dimata aku adalah kereta yang beli dengan hasil titik peluh sendiri.


2. Perasaan kau bila kau dilahirkan dalam keluarga yang serba ada.

Aku nak senyum boleh?
Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba ada, tu aku mengaku. Tu semua gara-gara family baba aku yang kuat berniaga. Family ibu yang suka usaha dan cari jalan untuk maju.

Aku cerita sikit pasal family ibu dan baba ye?

Family ibu aku memang menetap di Jepun sebab asal sana. Dulu ibu kata atuk aku ni ada bukak kilang tapi aku lupa kilang apa. Bila ibu tengah belajar dan dah nak habis dah kot, atuk aku pun nak bukak kilang buat arak. Sebab kemungkinan untuk berjaya tu tinggi. Lepas dia tahu ibu nak masuk Islam, dia terus berhentikan pembinaan kilang tu. Roboh balik semua dan keluarga ibu rugi banyak sangat masa tu. Ibu aku ingat atuk aku mengamuk jadi ibu bawa diri ke universiti dia dan tak balik. Lama kelamaan ibu rindu mama dia dan dia balik senyap-senyap. Ibu terkejut bila tengok tempat kilang tu tadi dah ada bangunan tapi tak besar pun. Atuk aku buat roti secara kecil-kecilan. Sekarang bakeri lah, dan ada tambah produk baru serba sedikit.

Baba pula asal Sabah, dari aku tak wujud lagi memang family baba dah buat bisnes. Bila baba aku dah besar, kahwin dan ada family sendiri, dia mula mencari sumber baru. Makanya aku boleh katakan apa yang aku rasa dari kecil tu banyaknya dari usaha baba sendiri. Dan aku bukan senang dari aku bukak mata tengok dunia. Family aku susah lah,makan tu makan lah cuma makan basic.

Bila aku naik darjah 1, aku nak itu...aku nak ini.. Aku tak faham bila baba aku kata "sayang, insyaAllah nanti baba belikan". Apa yang aku faham bila aku mintak aku nak benda tu depan mata dah. Pernah beberapa kali bila masa makan, baba akan letak nasi dalam pinggan besi yang besar sikit. Ada telur rebus dan kicap, baba suap kat ibu, aku...ibu...aku...ibu...aku...dia...ibu...aku..ibu...aku...ibu...aku...dia. Kira lah rationya. Aku hanya tahu buka mulut dan makan, aku tak faham bila baba kata "kita kongsi ok".

Hey kawan, apa kau nampak hari ni bukan aku yang dulu. Aku pernah lah pakai baju kuning karat, aku pernah lah pakai kasut buaya walaupun ibu jahit berapa kali dah kasut aku tu. Aku pernah lalui saat sukar juga. Jadi aku faham bila kawan-kawan aku kata "aku anak orang susah".

Baba dengan sikap tak nak susahkan orang tua, ibu pula semangat Jepun yang kuat berusaha. Maka hari demi hari mereka fikir untuk hidup lebih baik.

Bila besar sikit family aku kira cukup-cukup makan. Ibu akan kata

"maaf sayang, semua yang sayang nak ibu dan baba tak dapat belikan",

"mana ada saya nak apa-apa", kata aku yang memang dari kecil guna saya bila cakap.

"ibu tahu sayang nak apa yang kawan-kawan dapat kan? nanti ada duit ibu belikan ye",

"tak apa ibu, saya tak perlukan benda tu. mereka ada apa yang saya tak ada. dan saya juga ada apa yang mereka tak ada",

"apa zue ada?", tanya baba sambil menulis

"saya ada baba dan ibu yang hebat, mereka juga ada tapi mungkin tak sehebat ibu dan baba saya",



3 . Apa buat kau bangga dengan ibu dan baba?

Apa buat aku bangga... Mereka berusaha dari bawah walaupun pada ketika tu mereka ada semuanya.



4.  Seronok tak belajar kat negara orang?

Seronok sebab masa kat sana aku berpeluang kerja part-time, dan bayar sendiri duit sewa rumah dan beli sendiri barang yang aku nak tanpa minta duit dengan baba dan ibu.


5. Azam kau.

Azam? Setiap tahun aku akan cakap azam aku tahun ni nak jadi baik. Tu je.. sebab dalam baik tu banyak. Yang paling utama aku nak bahagiakan baba dan ibu.


Siap... ~!!!!
Kawan, kesenangan tu tak datang dengan senang.
Usaha.. tawakkal..
Jalan itu harus diredhai..

Terlekat Melekat : biar apa orang nak kata, kita tahu kebenarannya.

Wednesday 11 January 2012

Mahu cuba

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebelum presentation pagi tadi, aku lepak kat bilik a.k.a pejabat aku.
Nak tunggu sorang-sorang datang tu bukan main lambat lah kan.
Pukul 8.45 pagi nak start dah, 8.00 pagi aku sampai duduk sorang-sorang dalam bilik meeting ambil semangat.
Pukul 8.10 pagi sorang client dari Jepun datang.
Ni lah sebab ibu aku banggakan bangsa mereka, tiba awal.
Bagus~!

45 minit masa terluang, aku senyap je sebab client tu pun macam ada je urusan dia.
Bosan... ahhh.. ~~~~~~
Pandang kiri... pandang kanan... atas.... bawah....depan
Aik~!!

"pasaipa Amir duk lambai-lambai tu..haish", aku pun berjalan kearah Amir. Belum sempat aku tanya kenapa, dia terus

"nah, punya kamu..", lalu dia mem'blah'kan dirinya. Aku pegang pandang... "heh?", sambil angkat kening sambil belokkan mulut. "novel?", dekat kepala penuh tanda soal.

45 minit aku terisi dengan membaca novel . Hah novel ape?
Novel Melayu, kalau English kena baca malam masa suasana sunyi.
Sebab ayat dia...ayat dia..pehh...
Lepas baca, terasa macam ada wife kat sebelah ni. =.=


***

Selepas tamat presentation, aku masuk bilik. Dah siap ada coffee pun atas meja, ini sudah bagus.
Coffee dan novel, so aku 'hold' masa sekejap memandangkan semua sibuk dengan hal masing-masing.
Aku x ada kerja ke?
Presentation tadi tu kerja aku la..
Senang?
Lutut senang.. haaa... belum tidur ni. T__T

Dah la semalam down gila.
Baba, ibu, abang semua sibuk.. Mencik~!

"Zue, kau nak balik dah kan? Drop aku kat rumah, kereta aku baru sampai", baru nak kumpul balik sedih Adlin pulak dah datang. So aku balik rumah dengan Adlin.

Ohh lupa pulak nak cerita... Pasal Adlin.
Dia dah tinggal dengan aku.
Macam ni ceritanya...

Adlin x duduk rumah yang company sediakan sebab jauh katanya, dan aku pulak memang kawan dah carikan berdekatan dengan company. Adlin pulak beza 1 taman lah dengan aku.
Kalau korang nak tahu kat sini (bayangkan rumah teres berhadapan..panjang) , nombor rumah tu memang lain lah kan, tapi poskod pun lain. Nampak x betapa luasnya kawasan.. pening posmen.

Entah gila apa owner rumah Adlin tu bagi notis 24-jam untuk pindah. Kesian...
So rumah aku ni kalau kira dalam 3 1/2 tingkat.. kira 4 lah senang.
Masuk rumah, ok ni tingkat yang 1/2 tu..just ruang dan perabot sikit.
Belok kiri turun sikit dapur, turun sikit ruang tamu,lepak dan bilik-bilik.
Belok kanan naik sikit macam dapur tapi x guna dan naik sikit bilik-bilik..
Kalau terus belok kiri tadi, jumpa bilik kan? Turun lagi, tu bawah tanah.. Ada library, bilik Amir , bilik lepak dan pintu sambung ke garage.

So... aku pun cakap kat Adlin

"wahai adindaku yang cantik rupawan.. kau boleh duduk rumah aku tingkat atas.. nanti pintu masuk ke tingkat atas sebelah dapur yang aku x guna tu kau kunci. so kalau nak masuk rumah kau nanti kau boleh guna tangga luar rumah atau pintu dekat dapur tu kau buat je as pintu masuk kau",

"ohh baiknya kau kandaku yang hensem... ehh jap, dapur x sekali ke..alaa...",

"dinda, kalau dapur sekali ke x sekali ke.. kau jugak kena masak masa aku malas", dengar je tarus Adlin mencebik.

Ok Adlin pun pindah masuk rumah aku.. Dia duduk dengan adik lelaki dia. Ok baru aku terfikir aku belum lagi bertegur sapa dengan adik dia. =.="

Korang baca x tadi yang aku suruh Adlin masak?
Aku lupa yang aku banyak kerja kat rumah, Adlin banyak duduk pejabat.
Adik dia dan adik aku Iman jarang balik..
Amir ? Pun sama...
Demm~!!!

Ingat ramai duduk makin meriah..
So kawan-kawan aku yang free, jiran datang la lepak kadang-kadang...

Banyak pulak aku cerita pasal Adlin, aku tengok title baru aku ingat aku nak cakap apa tadi.. ceit~!


***


Balik rumah aku sambung baca novel tu, dan habis..
Sekarang aku masuk library jumpalah novel siapa entah..Puteri kot.. dan aku baca lagi..
Novel jiwang la kan..

Untuk apa aku baca?
Aku tengah nak kumpul mood romantik.. aku layan jugak movie Korea..
Berjaya ke x?
Macam x je..
Hurm,,,

Tu je aku nak melalut sebenarnya

Terlekat Melekat : aku nak saman Mark sebab pilih kasih~!

Tuesday 10 January 2012

Pudar

Bismillah....


***



Kenapa kau senyum wahai bibir?
Aku senyum kerana gembira..

Ehh, jiwa.. senyap saja.
Aku senyap kerana ada linangan air pada mata..

Si mata nampak kebasahan, kau menangis ya mata?
Aku basah kerana sedih melihat tali yang tergantung menyokong buaian.

Ohh tali, kau semakin tua. Kasihan kau~!
Aku tua tapi aku masih mahu menolong.
Tapi kau bakal putus jika kau berkeras.
Aku tahu, tapi biarlah aku putus kerana berjaya membuat orang bahagia. Bukan putus hanya kerana dimamah mentari yang terik memancar.
Tali, kau sungguh degil~!

Mulut, kau mahu berkata-kata? Silakan...
Aku kelu melihat tali, hebat dimata sekeliling tapi dia cukup rapuh di dalam.
Usah kau peduli sama tali itu ohh mulut, dia bongkak.
Tidak.. dia bukan bongkak. Dia hanya mahu melihat orang ketawa dan gembira.
Mulut, aku malas melayan kau.


***

"kan bagus kalau ada tali lain membantu aku", kata si tali

"hai tali, sudah mula merungut? padanlah dengan degil tu",

"aku bukan merungut, aku tak mahu nanti aku putus, orang sekeliling tidak boleh bermain buai yang tergantung pada aku sekarang",

"nanti akan ada lah tali baru yang tiba",

"semuanya perlu masa...",

"jangan fikir diri kau hebatlah tali",

"aku tak perlukan kau untuk faham aku.. terima kasih kerana ada",


***

"hey mata,jiwa,mulut.. kenapa semuanya pasif?",

"kami semua tidak sanggup melihat hari-hari mendatang. tali semakin rapuh...",

"kawan.. pergilah, jangan kau pandang aku. aku masih ada disini.. akan ada",

"akan ada? dimana? bila kau rapuh, putus... kau masih ada? dimana tali?",


.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"disini........",

Mendengar suara itu, semua memandang pada si hati...

Monday 9 January 2012

Disaat kau..

saat aku katakan cinta..
kau hanya tersenyum manja..

pabila aku luah rindu..
kau bermain di hujung jari aku..
mengelus lembut..

disaat kau rapat dengan teman baru..
aku cemburu~!
tapi kau membiarkan api cemburu berlarutan..

apa aku x cukup hebat buat kau?
apa kurang aku?
huh?

woii Yuki...jawab ler..yang kau pergi rapat sangat dengan Smocky tu ape hal..
kau reti x Smocky tu kucing.. kau tu suggie..
x pasal-pasal aku kena kebumikan ekor kau kalau kau kena ngap~!

ish~!!
susah la borak ngn binatang ni..

Terlekat Melekat : pinggang aku sakit..urutkan...

Tergendala

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Aku pernah cakap pasal boss aku nama Jack kan?
Dalam company dia boss, kat luar dia kawan merangkap kawan baik aku.
Tapi semalam...


Semalam.........


Semalam........


Dia marah aku, sentap tau~!
Selalu jugak kena maki, tapi selalunya maki manja-manja..
Tapi semalam....


Semalam.......


Semalam.........


Dia x senyum... sentap...~!!!!


"peyed ke ape mamat ni tiba-tiba marah aku", aku lihat jam. Masih x lewat. Aku pandang Amir yang sedang print kertas dan menuju ke arah dia.

"wea?",

"bokapnya datang... mereka berantakan...serem bangat~!",

"why he didn't call me?",

"lorh, dia telefon tapi nggk bisa", kata Amir lalu aku seluk poket dan ambil telefon.

"demm~! mampus dah sayang aku ni...",

Aku melangkah pergi ke bilik Jack bersama hot latte .. 2 kali diketuk , Jack benarkan aku masuk.

"hey, mad at me? sorry.. ",

"trouble-minded again..", jawab Jack ringkas.

Aku kesian tengok Jack.. Tapi aku x boleh nak tolong, ayah dia memang strict. Sebagus-bagus Jack uruskan syarikat pun, dia masih x puas hati.

Aku temankan dia sekejap dan kami balik sama-sama.. Aku la balik.. Dia ke gym.


Terlekat Melekat : walau kita sudah rasa diri kita sempurna, tapi mata yang memandang belum tentu menghantar mesej ke otak supaya kepala mengangguk..

Sunday 8 January 2012

Korang tahu?

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Demi janji aku kepada seorang sahabat yang tua tapi hensem, aku gagahkan diri aku menaip.
Azab betul kena patuh janji ni kan?

Update pasal... benda yang korang x tahu pasal aku.

Selain dari aku kacak, bersopan santun, berbudi bahasa, horat orang tua , typo semedang dan lain-lain *datang dah mood angkat bakul aku. Aku juga ada tabiat yang aku selalu, kadang-kadang, jarang-jarang ~~~~

Aku :



  • suka simpan pembalut gula-gula yang aku rasa cun je
  • suka tepuk bontot baby yang pakai pampers sampai dia menangis
  • suka tengok mata orang tapi tolong ahh jangan tengok mata aku
  • suka duk bawah katil walaupun dah tua gayut macam ni sebab rasa damai
  • suka tengok perempuan blur lepas lawak dia x menjadi
  • suka makan baki makanan tapi yang ni memang jarang buat
  • suka berangan nak jadi suami paling romantik tapi berdiri bulu roma bila tengok cerita cinta
  • suka conteng baju aku sendiri lepas habis kanvas aku conteng
  • suka tido atas lengan baba dan atas riba ibu
  • suka curi telefon baba dan masukkan dalam mangkuk tandas sampai sekarang (jarang-jarang)
  • suka buat drama dengan orang dalam rumah bila x center
  • aku ada 7 singlet dan 7 baju T putih as baju dalam so girls..aku pun pakai berlapis jugak ye
  • suka kawan makan tapi tak suka bila orang kata aku diet
  • suka kasut atas rak teratur tapi bila x center aku akan campak kasut tu satu per satu
  • suka buat orang marah dengan aku sebab aku boleh kumpul mood sadis
  • kuat touching tapi jarang menangis
  • understanding tahap parah
  • aku x boleh tido kalau ada orang cari gaduh dengan aku



Jap korang x rasa ke aku ni macam kutuk diri sendiri?
Ahh sudah lah~!!!!!!!


Terlekat Melekat : tanya aku satu soalan, aku akan jawab

Aku dipinang? Hah?~!

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....


Pelik ke bunyinya?
Pelik?
X?
Pelik?
X?

Ahh banyaklah... pelik ke x tu kan.
Tapi kebenaran..
Aku dilamar..dipinang..
Ehh sama ke?

Aku dipinang .. aku sambut dengan Bismillah..
Aku dipinang dengan keikhlasan...
Diri aku diterima seadanya walaupun aku tahu aku bukan sesiapa.

Aku terima..
Terima kasih..
Kerana sudi menerima aku..

Perlu ke aku tulis aku sebak,terharu,tacim,nak pitam kat sini?
Karang ada yang muntah hijau pulak kan..

Tu jelah aku nak cakap...
Ehh tadi aku taip benda lain..ok nak sambung yang lain pulak..
Merajuk dalam Draft la tuh..


Terlekat Melekat : tiada tali yang seutuh tali silaturrahim..

Saturday 7 January 2012

Pelik dan senyum

.... | Assalamuaalaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Hari ni aku bangun, sarapan dah tersedia. Naaahh.. bukan ibu yang sediakan tapi adik aku Iman.
Sejak semalam dia x tido, buat kerja. Lepas aku buatkan susu panas kat dia semalam, aku masuk tido.

Aku bersiap nak ke pejabat, hari ni x payah drive sebab ada orang datang ambik. Sebab pergi sekejap je, nak ambil barang dan balik semula. Malam nanti baru kena pergi pulak.

So aku tinggalkan Iman yang tengah menghadap kerja-kerja depan laptop,

"Iman, nak password internet x?",

"x nak.. kerja banyak", jawab dia ringkas aku pun berlalu.


---------

Sekitar pukul 8 lebih aku balik semula.

"ehh awal balik?", tanya Iman

"ambil ni je, malam ni pergi balik", jawab aku sambil tunjukkan file. "buat ape tu? ibu dan baba mana?",

"buat minum pagi, ibu dan baba date..",

Aku melangkah masuk ke bilik dan tukar baju. Sejuk.. So aku pekena jeans dengan sweater je. Aku berjalan ke dapur.

"buat ape je? sedap bau",

"pai ayam, tadi ada maid datang kemas bilik atas jap", kata Iman, aku hanya angguk.

Aku pelik, kenapa Iman hari ni rajin semacam. Melekat kat rumah, selalunya pagi-pagi lagi dah keluar. Tengah malam baru nak balik. Ada apa-apa x kena ke? Tapi ok lah kot.. baik je ni.

"dah sudah la tu mengelamun.. makan..nah",

"terbaik lah Iman, servis hotel ni siap napkin..",

"sekali sekala.. makan lah",

"wahh best tol pie ni.. mana belajar?",

"kuih muih tu kepakaran kawe bohh", ujar Iman dalam dialek Kelantan


-----


Asal nak buat kerja je bukak facebook, so bila kerja nak siap kan? Tapi facebook punya godaan kuat lagi walaupun facebook x la sepenting kerja yang nak disiapkan ni.

"angkat kaki...sorry ganggu...", pinta Iman ketika dia sedang menyapu habuk di bawah meja tempat aku duduk buat kerja.

"mak aihh..parah ni...awat la adik aku ni", detik hati aku.

Menyapu, kemudian lap cermin sliding door. Lap tv, vacuum.. Macam-macam.

"Iman.. x sihat ke?", tanya aku

"ok jelah abang..",

Terkejut beruk aku dengar, lama dah Iman x panggil aku abang sejak-sejak peristiwa hari tu...

****

"sejak bila suka dia?", tanya aku kepada Iman ketika berhubung melalui Skype

Iman meraup muka dengan kedua telapak tangan.. dia hanya menggeleng. "jangan risau la,x ada apa akan berlaku",

"nonsense.. kau suka buat kerja gila apesal huh? x boleh ke kau jaga sikit hati aku ni? aku tahu lah aku abang angkat kau je. tapi kita bukan kenal sehari dua, sampai hati kan kau",

Sejak hari tu, lupus 'abang' dari mulut aku dan juga mulut Iman. Aku sakit hati bila tengok dia, puas aku larikan diri dari dia sebab x nak sakitkan hati dia dengan kata-kata aku. Tapi kasih sayang aku kat dia melebihi rasa marah.

"ni nak bukak macam mana?", pertanyaan Iman mematikan lamunan aku.

"bak sini.. macam ni..", radio yang baru beli ni memang pelik sikit. "nak dengar Suria fm x? dengar online jelah..", kata aku.

Lagu-lagu di Suria memang best-best, lama kelamaan aku dengar Iman menyanyi. Test suara ke?
Dia datang duduk di meja aku. Matanya memandang sekeliling sambil tersenyum.

"ada awek baru ke? senyum je",

"awek? mintak selisih lah.. malas fikir lagi. entah lah..rasa nak senyum..kasilah chance",

"okeh-okeh.. " lalu aku teruskan chatting di facebook..

Iman bangun untuk ke ruang lepak,

"iman, ada masalah kasi tahu abang ok?", ujar aku.

"ok, no sweat", dia berlalu pergi.

"Ya Allah, lindungi dia.. ", detik hati aku.


Terlekat Melekat :  kami bukan gay.. tapi bond kami lagi kuat dari pasangan homoseks..hahaha..

Friday 6 January 2012

Nampak?

.... |Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia| ....

Hari ni rasa nak luah apa yang terbuku kat fikiran je..
Tapi nak mula x tahu macam mana..

Apa aku nak luah?
Aku nak luah tentang ketidakpuasan hati..
Pasal masyarakat kita dalam perhubungan misalnya.

Aku tahu apa aku nak cakap ni bukan semua yang alami, bukan semua betul..
Ahh nak baca,baca..
X nak, tutup jelah..


-----

Situasi 1 :

"abang dah balik....",

"kenapa lambat?",

"sorry sayang, ada hal sikit tadi..",

"yelah tu,kot2 ada perempuan lain..",



Situasi 2 :


"sayang, tadi abang nampak sayang jalan dengan sorang guy. siapa tu?",

"owh,tu kawan sekerja sayang. tadi sayang terkunci kereta, anak kunci dalam kereta tu. kebetulan dia ada,sayang panggil la dia",

"yelah tu,alasan..cakap jelah memang ada hati kat dia",


Situasi 3 :


"ehh Tipah, aku ni rasa x best la sekarang dengan laki aku..",

"kenapa Jenab? laki kau ada betina lain ke?",

"aku x tahulah.. dia macam selalu jugak, tapi aku ni fikir bukan-bukan",

"yelah tu kot Jenab, kita kena percaya pada rasa hati kita. lelaki ni Jenab, memang x boleh percaya"


Situasi 4 :


"abang, abang ada tipu sayang ehh?",

"tipu apa ni sayang? x ada pun abang rasa",

"yelah tu abang.. bukan boleh percaya sangat. berani la tipu, kena panah petir"



Situasi kat atas tu yang selalu kita denga, baca dan fikir..
Mulut dan hati ni sebenarnya 'seram' jugak kan?



----------

Ni pulak bila aku bukan dengan masyarakat atau bukan dengan rakyat kita yang 'bagus' ni.
(aku translate dah)


1.

"kau balik lambat ni wife kau x bising ke?",

"dia ok sebab dia percaya aku kerja, lagipun memang kerja banyak ni",

"ok la tu dia faham",


2.

"hubby kau memang selalu outstation ehh?",

"yup, kenapa?",

"kau x sangsi?",

"perempuan mana x sangsi, sangsi la. kalau aku rasa macam nak tahu sangat aku pergi je tengok dia senyap-senyap",



3.

"Julie, kau percaya kat hubby kau? kau yakin dia x de perempuan lain?",

"setakat aku dengar dari mulut orang ni, aku ignore je. selagi aku x nampak dengan mata aku sendiri hubby aku x berkelakuan sumbang depan aku,selagi tu aku percaya kat dia"


--------

Beberapa situasi, boleh nampak x beza?
Aku dah hilang kata dah...

Aku percaya yang bukak blog ni semua yang bijak,pandai membaca..
So pandai fikir..
Fikirkan apa yang terbaik untuk hubungan masing-masing..


Terlekat Melekat : serius, krim malam ni buat aku hilang fokus nak manja-manja.. >_<"

Wednesday 4 January 2012

Macam-macam

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....


Suhu badan aku sekarang nak masuk 40° ..
Yup, masih waras.. masih lagi sedar.. masih lagi berminat nak duduk depan lappy..

Badan aku jadi merah-merah, pada awalnya semua x perasan sebab dia kata nampak biasa je.
Bukan merah bintik-bintik tapi merah keseluruhan, so siapa pencinta warna merah..sila cinta aku.. =P

Hari ni 3 gelas dan 4 pinggan aku pecahkan sebab aku nampak semua benda 3 je..
Last sekali baba suruh duduk, dia picit kat penghubung leher dan kepala..
Ok kejap... jadi balik..

Twins pulak, yang lelaki aku pergi panggil nama perempuan, yang perempuan aku panggil nama lelaki.
Diorang macam bijak je sebab bila aku panggil diorang x sahut, selalunya ada gak bunyi.

Terasa nak makan buah, so abang mintak pisau..
Aku ambilkan sebab terasa rajin dan sihat.
Bagi je pisau, abang kata :

"shiv ni untuk potong mini bun right?"

Aku pun duduk dan suruh abang ambil sendiri,
penat tetibe~!

Hari ni jugak aku sensitif sangat.
Selalunya kalau ibu cakap soal kawin, aku layan je.
Hari ni entah kenapa sentap, masuk bilik ala-ala merajuk.

Keluar bilik aku tampal kertas kat dada dekat dengan tempat letaknya hati,

'danger~! highly sensitive, please handle with care'

Dari sarapan hingga sekarang aku pakai..


Jap... aku sebenarnya bukan nak mengadu aku sakit ke,sensitif ke..
Dont' get me wrong lorh... Aku cuma nak....ermm, nak cakap..
Alaa,,,berbual kosong..

------


Abang dah balik, anak buah aku yang bongsu demam.
Wife dia kata sebenarnya dia x nak pun call, tapi anak dia nak cakap..
So aku dengar la abang aku borak dengan anak dia tadi..
Baba pun suruh abang balik sebab kesian dekat si cucu.

Masa nak hantar kat airport, abang x kasi aku pergi.
Aku pun fikir, aku x sihat.
Abang pulak fikir, dia berat hati nak lepas.
Aku rasa bukan aku kaki menangis, tapi abang aku.
Biasalah abang, tuduh adik je..LOL~!

Sebelum pergi, banyak la kan mandat dia kasi kat aku.
Jenuh aku nak turut semua tu.
I'll try lah ye..

Tapi yang x boleh blah, dia suruh aku jangan selalu cari pasal dengan ibu.
Aku sentap~!
Ibu cari pasal dengan aku..waa ibu ni memanipulasikan kebenaran ni..
Guess what? Aku memang tengah kunci mulut pun sekarang...lalalala...


Terlekat Melekat : siapa rela nak urut aku ni? tolong lah...

Tuesday 3 January 2012

Jom cover lagu..

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Selamat tahun baru kepada semua, hari ketiga bulan pertama..


Hari ni boring, so nak cover lagu I Wish You Were Here  yang Sista Avril nyanyi tu. So sebab aku yang nak nyanyi so lirik tu ubah la kan sikit..


Jap, aku nak cerita cerba sedikit untuk hari ni..


Aku pergi kerja pukul 8.30 pagi, check jadual. Aku masuk lab tengok pekerja semua, semua ok aku pun keluar. Sebab dah ada orang jaga dah pun. Semak laporan yang Jack belum tandatangan so bagi kat dia, aku ambil file dah masuk kereta balik rumah.


Senang kan kerja?
Tapi x semestinya kerja kat rumah, aku boleh tido...
Berlambak kerja.


Dan .... dan...
Aku demam.sakit gila kepala, sekarang pun tengah sakit ni.
Yelah sekarang,time aku tengah menaip ni...
Stress gila lah sakit ...
Ujian~~~~~


So lirik lagu aku cover, yang ni aku x ubah lah... Pandai-pandai la korang ubah sendiri...



Lirik Wish You Were Here – Avril Lavigne



I can be tough
I can be strong
But with you, it’s not like that at all
There’s a girl
who gives a shit
behind this wall
You’ve just walked through it
And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn’t think about it, just went with it
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.
I love the way you are
It’s who I am, don’t have to try hard
We always say, say like it is
And the truth is that I really miss
All those crazy things you said
You left them running through my head
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn’t think about it, just went with it
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here
[Chorus:]
Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.
[Bridge:]
No, I don’t wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
(let go let go let go let go)
No, I don’t wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
(let go let go let go let go let go let go let go)
Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here (I wish you were)
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.

So, mana video? Ye la aku nak upload la ni... gelojoh betul manusia ni..

Dapat x video tu?
Aku punye? La aku cover masa tengah duk mandi, mana ada cam pon...lalalala

Terlekat Melekat : kejang~!

Monday 2 January 2012

Video dan lirik lagu Sesaat Kau Datang-Ramlah Ram featuring SleeQ (Full Song English Version)

.... | Assalamualaikum ,Salam 1 Malaysia | ....

Bukan nak update panjang pun, just nak share lagu kak Ramlah yang dah lama menyepi. Suka baba aku hah awek pujaan dia menyanyi.

Ada 2 versi x silap aku. Full Malay pun ada dan mix English sikit pun ada. Seingat aku , aku dengar kat Suria x ada pulak mix english ni. Ke aku silap ehh? Jeng...jeng...jeng....

So.. Lirik dan video

Yang ni mix English :



Lirik Lagu Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft Sleeq

Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
I hate to be cold but i got to let you go

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu kepadamu



Ni pulak video (azab aku nak cari dengan line siput masak lemak ni) :






Terlekat Melekat : betul ke telinga aku ni ?

AJK Stor