Saturday 31 March 2012

Merepek Sambil Otak Kelaut

....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Apa khabar semua?
Hidup baik-baik ke?
Semua keperluan cukup?
Jiwa tenang?
Hati tenteram?


-----


tubuh terperuk di makmal canggih,
yang langsung tidak membuatkan jiwa aku,
hati aku dan juga minda aku terpaku di segenap ceruk penjuru.

lincah tangan yang mengadun lembut cecair seolah-olah mesin yang sudah ditetapkan jalan kerjanya.

ini bukan rungutan letih,
ini cuma rasa yang terletak elok dalam hati yang penuh dengan tanda tanya.

seolah lebih suku sukatan rasa ditarik balik,
mati rasa?
masih belum ke tahap itu mungkin.

jika hati ini bukan milik aku lagi,
jika rasa juga telah dirompak pergi,
tunjukkan aku siapa dia insan misteri,

aku menanti dia disini..


-----

Haa kawan-kawan..
Sampai bertemu lagi di entry akan datang..

Terlekat Melekat : need you

Tuesday 27 March 2012

Geram

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Mangkuks betul lah sapa yang duk kata lagu tu kat aku... aku marah ni...
Nak mengata aku pun pakai agak lah, tilik atas bawah dulu sesuai ke tak.
Ade ke kata aku macam tu...
Macam tu la...

"sekali kau angkut girl berapa orang masa lepak?",

Omai-Prada~~~
Jap gelak dalam hati kejap ...

:pause kejap...

Korang ni terlampau tengok banyak sangat cerita ni kan? Kan?
Ala yang masuk bilik karok, kiri , kanan, belakang , depan awek duk menggesel.
Pheww..

Aku lepak kedai mamak, aku lepak kat cafe , tapi port paling best aku lepak adalah lab.
Ahah~!
Sempat pulak aku nak angkut kan?
Aku kan dah cakap yang aku ni gila kerja, tak caya jugak..

"ala boleh blah, ok..ok masa belajar? senang cerita start kau baligh la.. berapa kali?",

Yang ni aku kena renung kejap...
Emmm...
Aku kurang faham berapa kali tu untuk apa..
Bercinta?
Lebih kurang.....
























































Sekali .....
Masa tingkatan 4 ... dan putus masa habis SPM.
Tu jelah bercinta kot sebab aku declare.
Tapi tahu-tahu je dia dah ada pakwe dekat kampung dia.
Hampess..
Sekarang dia kahwin dah, ada anak dah pun. Tapi bukan kahwin dengan pakwe dia jugak.
Padan muka pakwe dia.. padan muka dia jugak .. *gelak jahat dalam hati.

Masuk universiti, tak bercinta just suka dan kawan je.
Sebab ibu ni melarang sekeras-kerasnya bercinta masa belajar.
Padahal dia dulu pun usha baba masa tengah belajar gak.
Biasalah, dunia kan memang tak adil pun.

Kerja ...
Aku minat sorang ni nama Mya, pramugari.
Jumpa masa aku kena pergi kursus.
Tapi tak declare couple, cuma aku ada niat nak lamar dia.
Tak jadi jugak sebab aku baru tahu masa tu ibu aku pergi pinang anak dara orang kat aku.
Kiranya masa aku minat Mya tu, aku tunang orang.
Setel dengan Mya, dan aku setia dengan tunang aku walaupun aku tak suka pun dia.
Mya faham, dia kahwin dah sekarang. Dah berhenti jadi pramugari, bukak spa.

Tunang aku...
Kenal masa sekolah lagi, dia minat aku tapi aku pulak pergi couple dengan kawan dia.
Tu yang aku kata putus masa SPM tu.
Padan muka aku...
Dang~!!!

Lama-lama jatuh sayang, cuba pupuk rasa sayang sebab lepas ni aku nak kahwin dengan dia ni.
Hari demi hari aku rasa betapa rugi aku tak kenal dia awal-awal.
Bertunang tak lama sebab ibu kata malas nak kasi tunang aku kena tukar tempat kerja jauh-jauh dari aku.
Banyak benda baru aku belajar mengenai kehidupan bila dengan dia.
Tarikh kahwin dekat dah, persiapan bermula.

Last-last tak jadi jugak kahwin.
Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal.


:beberapa tahun berlalu:

Sekarang,
takde declare dengan sesiapa.
Ibu pun ada jugak suruh kenal-kenal.
Aku pulak gila kerja.
Mana ada masa...~!

Macam ni pun boleh dapat title player ke?
Mungkin silap aku jugak lah kan, layan baik semua, lepas tu terlebih peramah.
Tapi aku rasa tak jadi masalah tu kan, sebab niat nak berkawan dan aku pun masih dalam mencari.
Yelah cari kan? Padahal hari-hari hadap file.

So korang,
kenal dulu aku.
Jangan cepat melatah, jangan cepat nak judge aku.
Kadang-kadang aku ni pending, aku tak tahu mana silap aku.
Aku ni boleh ibarat beruang lepas hibernate.
Keluar je dari lab atau stop kerja jap aku mula nak layan kepala tak berapa betul.
Pergi bergelak ketawa di wall FB dan Twitter.
Tegur terus kalau aku ada buat salah masa tu secara terang, sebab aku memang pending.
Boleh kata, tak faham perasaan orang pun boleh jugak.

Kepada yang terasa dengan aku, yang aku pernah marah..
Aku mintak maaf sangat-sangat lah.
Kepada yang tanya soalan diatas, terjawab dah kan sikit?
Cepuk karang~!

Hilang kata-kata dah..


Terlekat Melekat :  title geram.. atas je geram, bila taip yang bawah hilang dah geram...lalalala

Nota #1

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Entah kali ke berapa dah aku tulis pasal 'biodata' aku kat blog.
Ni sekali lagi ehh... pliss...plisss... sekali je lagi.
Pehh~!


Tanggal 1 haribulan 1 tahun yang tidak perlu dinyatakan lahirlah bayi lelaki yang masih tidak difikirkan nama oleh kedua orang tuanya.

Ibu cerita :

"masa lahir dulu, baby gemuk je memang best cubit. letak je atas katil langsung dicubit oleh nurse-nurse yang lalu lalang bak makcik-makcik tengah pilih sayur di pasar pagi dekat Semenyih.."

Baba cerita :

"keluar je dari bilik bedah, mata dah terbuka luas dah. baby lain semua tutup mata lagi. ingat bila awal-awal bukak mata, akan terhasillah mata bulat yang cantik.rupanya sepet jugak sikit".


Semasa zaman tumbesaran berlaku, banyak tempat jugak la dilewati. Demi mengikut si baba mencari rezeki halal. Ok nama...nama...

A : Muhammad " " Zuhayr
B : Muhammad " " Zuemiey

Bertahun-tahun keceriaan berpanjangan, tahun ketiga episod perpisahan berlaku dimana si A berpisah dari si B dan keluarga. A menetap bersama keluarga ibunya dan B mengikut ibu dan baba pulang ke Malaysia.

B hidup aman damai tanpa dia ingat yang dia ni sebenarnya ada kembar. Ibu pula langsung tak cerita kerana mungkin sedih, tapi dalam masa yang sama dia dan baba melawat A disana tanpa pengetahuan B. Apa alasannya, kita abaikan soal itu.

B menginjak masuk ke alam rumit iaitu dimana umurnya telah 25 tahun keatas. Semasa itu baru dia tahu yang dia ada abang. Ok episod cari abang semula sehingga berjaya. Dan sudah berjaya, kini aman damai semula.

A dah kahwin, ada anak 2 nak masuk 3. B pun ada anak 2 orang, twins. Tapi lainnya, B punya tu anak angkat. Pun boleh lah kan?

Terlekat Melekat : bukan ke kalau kembar, yang keluar dulu tu adik? so B tu abang la kan?kan?kan?

Thursday 22 March 2012

Kesayanganku ...

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Semenjak dua menjak ni aku sibuk sangat, tapi entah bila aku pernah tak sibuk kan?
Balik dari pejabat semalam aku terus tertido, bangun untuk solat kejap dan tidur balik walaupun aku tahu aku perlu ke lab pada sebelah malam.
Sekitar jam 8 malam, loceng rumah aku bunyi.Aku tengok kat skrin, tak pula nampak muka sesiapa.

"ohh Iva..", jawab aku saat pintu dah dibuka.. "mata merah je kenapa?",

"nothing.. tumpang karok sat boleh?", tanya Iva. Aku hanya angguk je sambil sarungkan baju tee lengan panjang berwarna putih. *perlu ke part ni?

"lagu apa?", tanya aku sambil tekan-tekan remote control dan pilih lagu.

"Us.Again",

"perghh lagu sadis tu, nak duet dengan sapa?", lantas jarinya menuding kearah aku. =.="

---nyanyi---

Tengah aku duk feel menyanyi tu, aku nampak Iva menangis. Dah sudah... kenapa pulak la ni. Terlebih feel pulak ke Iva ni. Makin lama, makin laju je air mata dia turun. Aku teruskan ke menyanyi part aku tu sampai ke habis... Taraaaa~!

Iva datang peluk aku, kena pulak masa tu auto-play muzik latar je. Romantik habis scene tu~!
Aku pun peluk jugak la, lama gak. Dia duk tersedu-sedu menangis kat dada aku, nasib la dia bukan rendah sangat. Takat mata dia nak kena dekat chest aku tu, boleh lah.

"makan dah?", tanya aku. Iva geleng, lantas aku leraikan pelukan dan aku ke dapur. Aku sediakan salad sayuran dan ada ayam panggang yang aku panggang sebelum tidur tadi. Aku potong kecil-kecil dan aku buat sos lada hitam. Meja macam mini bar tempat aku serve makanan sebab bukan makan banyak lauk pun kan. Hidangan untuk si cantik siap~!

"sedapnya..", kata Iva ketika datang menjengah ke meja. Kerusi aku tarik untuk bagi dia duduk, salad aku letak dalam pinggan dan aku suapkan pada dia. Selera betul je dia makan. Suka aku tengok.

Telefon bunyi, urm boss aku tanya pukul berapa aku nak masuk lab.

"I'm sorry Jack, but Iva with me now. I think she is not in a good condition. I'll prepare presentation for tomorrow , so for the lab test , I'll continue tomorrow after meetin'.",

"ok, see you then", talian diputuskan. Aku kembali ke tempat Iva, dia masih asyik makan ayam panggang.

"kenapa menangis tadi?",

"entahlah, rasa sebak, rasa sarat sangat, rasa perasaan rojak",

"nak i call hubby u ke?",

"nope.. dia ke Sydney pagi tadi. Lusa baru balik", kata Iva dan aku hanya angguk. Laptop dibuka dan aku teruskan buat kerja.

"berapa gaji Zue sejam?",

"errm sekitar ______ . Kenapa?",

"nak suruh Zue stop kerja beberapa jam. Nak borak..",

Aku faham maksud Iva,mungkin kerana aku terlalu asyik bekerja maka aku sudah lama tak luangkan masa dengan dia. Kesian Iva. Aku 'tidurkan' laptop dan aku ke sofa, duduk di tepi Iva. Kami senyap, mungkin tiada topik yang hendak dibicarakan. Selalunya Iva ceria, banyak modal nak menyakat tapi hari ni lain sikit.

Aku bangun dan masuk ke bilik air, air ke jakuzi aku lepaskan. Aku titipkan beberapa titik minyak aromaterapi. Aku capai bathrobe dalam almari dan tuala.

"Iva, pergilah mandi. Release tension sekejap sambil berendam, I dan letak bauan lavender..",

"sounds great..", lalu dia berlalu pergi. Aku buka almari sliding dan aku ambil skirt labuh berwarna biru turqoise dan baju blouse yang tampak menarik. Milik Iva, dia tinggalkan dalam almari pakaian aku semasa datang beberapa hari lepas. Aku sangkut di pintu bilik air.

Smooth landing ke katil... aku mula mengantuk lagi. Dan aku terlelap...

(Macam panjang lagi je cerita aku ni, kuat semangat lagi tak nak baca?) ^_^

Macam dah lama tidur, aku buka mata. Aku pandang tepi , Iva sedang lena tidur atas lengan aku. Aku ubah posisi tidur aku untuk Iva lagi selesa, aku mengiring dan pandang Iva. Dahinya aku kucup. Panas~!
Posisi tidur Iva seolah-olah menahan sejuk, tapi riak wajahnya biasa-biasa sahaja. Aku peluk dan rapatkan dia ke dada aku. Nafasnya panas betul. Kalau aku kasi ubat pun, belum tentu dia nak makan. Kami kembali tidur untuk beberapa puluh minit lagi.

---- tidur ----

"makan ni, bubur ayam", kata aku sambil suapkan ke mulut Iva. Mungkin dia akan bermalam di rumah aku untuk beberapa hari sepeninggalan suaminya ke Sydney. Ya, itu rutinnya jika dia kesini. Lain cerita pula bila dia pulang ke Singapura.

"tak mau dah.. full", katanya. Aku lap bibirnya yang berwarna pink tanpa secalit gincu dengan tuala kecil. "best jugak demam, dilayan macam ni. Kalau tak demam, alamatnya kena ignore. Mesej tak balas, call tak jawab. Teman shopping malas. Teman makan pun ada je alasannya",

"aik.. demam-demam pun mulut masih ada tenaga nak bebel?", tanya aku. Dia hanya senyum. "I akan ke Thailand, nak ikut?", pelawa aku.

"kena tengok jadual hubby dulu, selalunya kalau dia tak ada kerja, dia akan plan kemana-mana",

"nasib badan la kena kongsi kasih.. ok, nanti inform balik",

"kat sini mana kedai 24hr?", tanyanya.

"kenapa? nak beli apa? cakap je nanti I call , diorang hantar",

"nak beli tuala wanita, boleh order jugak ka benda lagu tu?",

"U sadis sangat hari ni sebab datang bulan ke?",

"a'a... awat? Zue ingat moody, touching sebab hubby tinggal ke? Banyaklah...",

=.= " , cukup setakat ni. Makin lama makin melarat aku nak taip pasal dia smash aku. Demam pun mulut power..

Itulah dia Iva.. Iva Maya.. Kesayanganku..
Itulah dia Iva.. Iva Maya.. Buah hatiku..
Itulah dia Iva.. Iva Maya.. Ibuku..

Monday 19 March 2012

Aku dan Ibu

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

"ibu korek mulut kalau kamu makan benda tu",

Tu adalah ayat yang dihadiahkan oleh ibu masa aku darjah satu.. Waktu dimana aku dah tahu mana port nak beli makanan ringan. Balik sekolah memang kedai tu akan jadi tempat pertama pergi sebelum balik rumah. Tapi tu tak bermakna aku insaf dan terus berhenti makan makanan ringan. Selalunya duit aku akan lebih 10sen bila balik rumah, jadi bila waktu rehat aku tahan keinginan nak beli makanan sebab aku nak labur duit belanja aku kepada makcik kedai runcit sebelah. Aktiviti ni berlanjutan sehingga aku pertengahan darjah 2.

Kedai tu bukan setakat kedai runcit, tapi ada juga jual asam, keropok goreng, bebola ikan goreng. Heaven gila aku dengan kawan-kawan aku masa tu. Nak dijadikan cerita pagi tu ibu pergi hantar aku sekolah dengan motor Suzuki warna biru yang dah buruk, besi karat-karat dah. Kata ibu, "sayang, ibu ambil lewat sikit petang nanti. Tunggu kat kantin ye, jangan pergi merayau". Masa tu aku rasa semua mood malas aku terbang, sebab petang nanti tak payah aku rush beli makanan ringan,sebab ibu datang ambil lambat.

Loceng tamat kelas bunyi nyaring tapi serak, aku pun cepat-cepat kemas buku dan lari pergi kedai tepi sekolah. Kedai yang macam bangsal buruk beratap nipah. Senyum hingga ke telinga aku masa tu, aku capai gula-gula, jajan, dan ada lagi baki 30sen. 10sen masuk tabung jadi ada lagi 20 sen. Aku fikir sekejap dan aku pergi ke bahagian tepi kedai nak beli keropok goreng, cukuplah aku makan 20sen lebih kurang 5 keping keropok tu.

"makcik..nak keropok 20 sen. letak pencicah sikit dah", kata aku sambil korek saku seluar nak keluarkan duit. Ahh dapat pun duit~! Aku pun pandang makcik tu dan hulur duit nak bayar,

"ye...nak berapa dah tadi?",

Terkejut aku bila aku tengok muka ibu aku duk goreng keropok masa tu. Entah bila ibu aku pergi kawan dengan makcik tu. Ibu aku senyum sampai telinga, mata sepet tu sedaya upaya diluaskan dan pandang aku tajam. Gigi dikatup rapat. Seram dowh~!

"takpelah...tak jadi..", terus aku lari pergi kantin sekolah,duk senyap-senyap tunggu ibu datang. T_T


****


"kak , cuba la. Kalau anak malas nak belajar, mengantuk je dalam kelas, lambat nak faham cikgu ajar memang menjadi ni benda ni..cubalah kak",

"takpe lah dik, akak bukan malas beli tapi anak akak tu dah terlebih pandai",

Tu ayat ibu aku bila dia taknak beli ubat minda yang berlambak dijual. Ibu aku menipu je anak dia ni terlebih pandai, tapi kata-kata tu doa, doa dari ibu pula adalah doa yang dimakbulkan. Sebab tu aku dapat jugak kerja sekarang, habis jugak belajar. Mungkin dari doa ibu yang tak berapa nak doa sangat tu jugak la kan?

Memang dari dulu aku tak pernah nampak ibu beli ubat minda untuk aku. Yang aku tahu makanan tambahan aku sebelum pergi sekolah, ibu akan bagi satu sudu madu dan lebihan di sudu tu ibu calit dan sapu di bibir aku. Ada orang kata tu nak kasi bibir merah, entah lah..

"kalau ada la ubat satu ni..ibu nak beli banyak-banyak",

"ubat apa ibu?",

"ubat tak nak Zue degil,keras kepala",

"dang~!!!"


****


"tadi kan ibu pergi rumah kawan ibu, anak kedua dia yang kahwin hari tu dah dapat anak.Main dengan cucu la kawan ibu tu",

"owh...yeke...baguslah..",

"ibu ni..nak jugak merasa pegang anak kamu tu. Takde la kalau ibu mati, mata tak tertutup rapat",

"dia start dah......" =.="


Lepas arwah tunang aku meninggal, 2 tahun ibu tak sebut pasal kahwin. Masa tu aku tak terasa pun nikmat sebab aku numb je sepanjang 2 tahun tu. Nafsu lari kejap. Lepas je aku center, otak aku naik darat balik, mula balik dah ayat kesian tahap apa entah. Baba aku sampai geleng kepala.

"ibu ni, ayat nak best je..mati..mati...kot-kot Zue ni yang mati dulu",

Baru je ayat last sempurna keluar dari mulut aku,terpelanting bantal kecik kena kat muka aku. Apa aku rasa? Rasa nak gila.. Pheww..
Dulu aku jumpa balik dengan kawan-kawan lama aku, adalah yang single lagi. Bila aku mula rapat, ibu buat ayat yang jauh lari dari maksud asal,

"kalau nanti kamu kahwin, tak tau dah ibu nak gaduh dengan sapa. lagipun umur baru dua puluh teeeetttt , awal lagi kan?",

Lepas aku selidik, rupanya dia tak berkenan dekat kawan aku yang aku duk kawan. Padahal kawan je.. Hurm.. ibu...ibu...


****

Tak dinafikan, dialah tempat aku bermanja, bergaduh dari kecil lagi. Baba pula tempat aku meluah rasa aku tak puas hati dengan ibu aku. Persis anak tunggal gitu kan? Tunggal lah sangat.

Dia bagi racun, dia ubatkan dengan penawar. Dia yang buat aku rasa aku perlu semangat walaupun kadang-kadang aku rasa nak je cari pasal dengan dia. Ibu dan baba, macam isi kelapa dengan airnya.. Kondisi yang berlainan tapi cukup sempurna, saling sempurnakan hidup masing-masing. Aku dan abang dikata anugerah terindah untuk mereka, dan mereka juga paling bernilai dalam hidup aku dan abang.


Terlekat Melekat : line slow sangat, twitter macam takleh on je, inbox fb gila lagi... ahh ok nak buat kerja dulu... tc =)

Tuesday 13 March 2012

Pelamin Anganku Hilang

.... | Assalamualaikum ,Salam 1 Malaysia | ....

Best cuti sekolah? Nikmat terasa hingga ke tulang hitam?
Best bagi yang berkahwin,bertunang. Tapi azab untuk orang awam yang nak hadir semua majlis yang ada kemungkinan serentak.

Aku? Aku kahwin bulan 12 kot. Musim hujan, best sikit kan? Baru boleh "tumpaseair...".
Ok abaikan pasal aku tu, sekarang cakap pasal cuti ni..Apa korang buat?
Yang bujang-bujang tu tak reti-reti lagi ke nak tamatkan zaman bujang korang?
Dah-dah la membujang tu.. nikmat sangat membujang ni. Kahwin cepat-cepat ok~!

Tahniah kepada Gayah a.k.a SAMR dengan pasangan yang tengah dalam mood pengantin baru lagi ni.
Akhirnya tercapai impian si puteri nak jejak kaki ke pelamin sendiri. Kelass kau Gayah...~!

Tahniah kepada Khusyari dan pasangan.
Kelas kau bang dapat doktor, senang nanti kau sakit dia jaga..
Auucaak~!

Tahniah kepada Maria Suhana Ayob, hambik aku kasi nama penuh tu..
Nampak sangat aku hafal kan?
Kau tu sekarang dah jadi tunang orang, jangan nak hot stuff sangat lah kak.

Tahniah kepada Sista Athirah kerana berjaya membuktikan bahawa anda bukan andartu terlampau.
Tahniah sekali lagi dapat spesis kacak jadi hubby, jaga leklok kak..
Kacak-kacak ni....aumm...aku malas kata la,karang kau debik aku pulak.

My juniore, Farhan dan Aklima..
Wahh terkejut aku dengar korang bertunang.
Bukan korang dulu saling benci ke?
Ni bawah pokok kelapa mana korang berjanji nak sehidup semati ni?
Tu lah orang kata, jangan duk benci sangat...
Ambik korang...

Aku kena mention sorang-sorang ke ni?
Macam lah korang baca kan?
Ceit~!

****

Kepada kawan-kawan yang bakal kahwin, tak payah bagi kad jemputan takpe.
Sayang je kad tu, aku bukan pergi pun.. =P

Nantikan hadiah korang untuk yang kahwin tu, yang bertunang tunggu korang kahwin lah. =P


Setahun dua lagi ni dengar lah ayahanda aku also known as Ikar nak melamar gadisnya.
So sweet..

Lepas tu MisSenget... Abang Neka.. Coral ..
Then dibontoti oleh writers Warna Kaseh..

Lepas tu budak-budak seperti :

- Cice Zaza
- Baiti
- Alia Zara
- Dr. Azira
- Dr. Diela
- Aina Aimi
- Dan lain-lain..

Betapa banyaknya...


Terlekat Melekat : aku mengantuk...aku frust sebab cafeland tak boleh bukak...aku menyampah..aku sibuk..aku..aku..aku..aku..arghh~!!!

Saturday 3 March 2012

Bantuan Diperlukan

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Woah...~!

Entry ni kalau tak ditaip soal kerja memang tak sah.
Memang bukan aku la tu.

Semalam meeting habis awal sikit dari biasa, jadi aku ada masa lebih sikit untuk tidur.
Bangun pagi tadi aku ke pejabat sebab nak jumpa boss.
Kami breakfast sama-sama dan bincang soal syarikat.
Habis soal syarikat, boss aku bincang soal perasaan pula.
Layan~~~~

Sekarang terbaring lesu di katil, menunggu air untuk mandi penuh.
Sambil buka facebook dan semestinya Cafelands.
Berkembang maju nampaknya, dah boleh buka branch lain dah ni.

Petang nanti kena keluar untuk jumpa boss lagi.
Malam nanti macam biasa dengan client.
More aggressive , more productive , more sexy... yeah~!

Ada pesanan?
Sila inbox , nanti free aku baca..

Terlekat Melekat : Hotot tak boleh guna..ni aku hotak ni....Hotak punya hotot..

Friday 2 March 2012

Tak Tahu Tajuk

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Tengok last entry bulan lepas, bulan ni belum ada.

Happy March all~~~~~~~~~

Hari ni ada sedikit kesempatan nak update, sibuk masih lagi sibuk.

Alhamdulillah , syukur kerana syarikat aku dapat tender.
Setelah beberapa bulan bersedia, akhirnya keuntungan tu ada.
So lepas ni proceed dengan next project(s).
Harap ada kekuatan lagi untuk tempuh pelbagai liku hidup dan godaan dalam mencari rezeki halal.

So malam ni masih ada perbincangan, berakhir pada hujung minggu hadapan.
Selepas tu 12 haribulan hingga hujung bulan 3,aku akan menyepi sekejap kerana ada hal penting.

Boring lah kan cakap pasal kerja ni?
Aku pun rasa boring tapi ni la life aku.
( [=],[=] )

So jaga diri semua, jaga dalam semua hal ye..

Kepada yang nak hadap final, wish you all the best. Buat yang terbaik , kerana itu sedikit sebanyak pengaruh masa depan anda. Final dulu, enjoy kemudian..


Terlekat Melekat : terasa nak makan mee cambo...ahaks~!

AJK Stor