Thursday, 22 March 2012

Kesayanganku ...

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Semenjak dua menjak ni aku sibuk sangat, tapi entah bila aku pernah tak sibuk kan?
Balik dari pejabat semalam aku terus tertido, bangun untuk solat kejap dan tidur balik walaupun aku tahu aku perlu ke lab pada sebelah malam.
Sekitar jam 8 malam, loceng rumah aku bunyi.Aku tengok kat skrin, tak pula nampak muka sesiapa.

"ohh Iva..", jawab aku saat pintu dah dibuka.. "mata merah je kenapa?",

"nothing.. tumpang karok sat boleh?", tanya Iva. Aku hanya angguk je sambil sarungkan baju tee lengan panjang berwarna putih. *perlu ke part ni?

"lagu apa?", tanya aku sambil tekan-tekan remote control dan pilih lagu.

"Us.Again",

"perghh lagu sadis tu, nak duet dengan sapa?", lantas jarinya menuding kearah aku. =.="

---nyanyi---

Tengah aku duk feel menyanyi tu, aku nampak Iva menangis. Dah sudah... kenapa pulak la ni. Terlebih feel pulak ke Iva ni. Makin lama, makin laju je air mata dia turun. Aku teruskan ke menyanyi part aku tu sampai ke habis... Taraaaa~!

Iva datang peluk aku, kena pulak masa tu auto-play muzik latar je. Romantik habis scene tu~!
Aku pun peluk jugak la, lama gak. Dia duk tersedu-sedu menangis kat dada aku, nasib la dia bukan rendah sangat. Takat mata dia nak kena dekat chest aku tu, boleh lah.

"makan dah?", tanya aku. Iva geleng, lantas aku leraikan pelukan dan aku ke dapur. Aku sediakan salad sayuran dan ada ayam panggang yang aku panggang sebelum tidur tadi. Aku potong kecil-kecil dan aku buat sos lada hitam. Meja macam mini bar tempat aku serve makanan sebab bukan makan banyak lauk pun kan. Hidangan untuk si cantik siap~!

"sedapnya..", kata Iva ketika datang menjengah ke meja. Kerusi aku tarik untuk bagi dia duduk, salad aku letak dalam pinggan dan aku suapkan pada dia. Selera betul je dia makan. Suka aku tengok.

Telefon bunyi, urm boss aku tanya pukul berapa aku nak masuk lab.

"I'm sorry Jack, but Iva with me now. I think she is not in a good condition. I'll prepare presentation for tomorrow , so for the lab test , I'll continue tomorrow after meetin'.",

"ok, see you then", talian diputuskan. Aku kembali ke tempat Iva, dia masih asyik makan ayam panggang.

"kenapa menangis tadi?",

"entahlah, rasa sebak, rasa sarat sangat, rasa perasaan rojak",

"nak i call hubby u ke?",

"nope.. dia ke Sydney pagi tadi. Lusa baru balik", kata Iva dan aku hanya angguk. Laptop dibuka dan aku teruskan buat kerja.

"berapa gaji Zue sejam?",

"errm sekitar ______ . Kenapa?",

"nak suruh Zue stop kerja beberapa jam. Nak borak..",

Aku faham maksud Iva,mungkin kerana aku terlalu asyik bekerja maka aku sudah lama tak luangkan masa dengan dia. Kesian Iva. Aku 'tidurkan' laptop dan aku ke sofa, duduk di tepi Iva. Kami senyap, mungkin tiada topik yang hendak dibicarakan. Selalunya Iva ceria, banyak modal nak menyakat tapi hari ni lain sikit.

Aku bangun dan masuk ke bilik air, air ke jakuzi aku lepaskan. Aku titipkan beberapa titik minyak aromaterapi. Aku capai bathrobe dalam almari dan tuala.

"Iva, pergilah mandi. Release tension sekejap sambil berendam, I dan letak bauan lavender..",

"sounds great..", lalu dia berlalu pergi. Aku buka almari sliding dan aku ambil skirt labuh berwarna biru turqoise dan baju blouse yang tampak menarik. Milik Iva, dia tinggalkan dalam almari pakaian aku semasa datang beberapa hari lepas. Aku sangkut di pintu bilik air.

Smooth landing ke katil... aku mula mengantuk lagi. Dan aku terlelap...

(Macam panjang lagi je cerita aku ni, kuat semangat lagi tak nak baca?) ^_^

Macam dah lama tidur, aku buka mata. Aku pandang tepi , Iva sedang lena tidur atas lengan aku. Aku ubah posisi tidur aku untuk Iva lagi selesa, aku mengiring dan pandang Iva. Dahinya aku kucup. Panas~!
Posisi tidur Iva seolah-olah menahan sejuk, tapi riak wajahnya biasa-biasa sahaja. Aku peluk dan rapatkan dia ke dada aku. Nafasnya panas betul. Kalau aku kasi ubat pun, belum tentu dia nak makan. Kami kembali tidur untuk beberapa puluh minit lagi.

---- tidur ----

"makan ni, bubur ayam", kata aku sambil suapkan ke mulut Iva. Mungkin dia akan bermalam di rumah aku untuk beberapa hari sepeninggalan suaminya ke Sydney. Ya, itu rutinnya jika dia kesini. Lain cerita pula bila dia pulang ke Singapura.

"tak mau dah.. full", katanya. Aku lap bibirnya yang berwarna pink tanpa secalit gincu dengan tuala kecil. "best jugak demam, dilayan macam ni. Kalau tak demam, alamatnya kena ignore. Mesej tak balas, call tak jawab. Teman shopping malas. Teman makan pun ada je alasannya",

"aik.. demam-demam pun mulut masih ada tenaga nak bebel?", tanya aku. Dia hanya senyum. "I akan ke Thailand, nak ikut?", pelawa aku.

"kena tengok jadual hubby dulu, selalunya kalau dia tak ada kerja, dia akan plan kemana-mana",

"nasib badan la kena kongsi kasih.. ok, nanti inform balik",

"kat sini mana kedai 24hr?", tanyanya.

"kenapa? nak beli apa? cakap je nanti I call , diorang hantar",

"nak beli tuala wanita, boleh order jugak ka benda lagu tu?",

"U sadis sangat hari ni sebab datang bulan ke?",

"a'a... awat? Zue ingat moody, touching sebab hubby tinggal ke? Banyaklah...",

=.= " , cukup setakat ni. Makin lama makin melarat aku nak taip pasal dia smash aku. Demam pun mulut power..

Itulah dia Iva.. Iva Maya.. Kesayanganku..
Itulah dia Iva.. Iva Maya.. Buah hatiku..
Itulah dia Iva.. Iva Maya.. Ibuku..

9 comments:

  1. Ibu..

    sama laa kita..

    asal jalan2 ke bulan je, mesti sarat..

    eh.. boleh nk gedik gitu..? =P

    ReplyDelete
  2. peh peh, aku dah tau dah twist cerita ni kemana..

    tapi imaginasi aku selalu distort, sebab aku bygkan Iva tu rupanya mcm Eva Mendes...

    Omai omai omai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohho aku tak kenal nama kau sebut tu..
      then aku rajin google..
      lantas mataku tercuci dengan sendirinya..

      kah3..

      *mmg xkan pernah aku leh wat cerita saspen kat kau.. T_T

      Delete
  3. Haha... tertipu gak aku. Ingt bini kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh mashe...mashe...mashe...
      i to-be u kan...

      hahaha..

      Delete
  4. Owhh pandai buat kispen anti klimaks...well done..sila sambung..nak baca lagi dan lagi..
    "Ada masa tak, stop kejap...nak borak..." hikhikhik....:)

    ReplyDelete

AJK Stor