Saturday 29 December 2012

aku,dudu dan perbualan

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Hari ni aku nak up pasal perbualan aku dengan pembantu peribadi aku, Dudu. Kira ni kompilasi perbualan kami yang sempat aku ingat dan tulis samaada di status fb,di notepad,atau terlintas di fikiran. Mungkin ayat tak 100% sama, tapi apa yang ingin disampaikan tu jelas.

Tarikh,masa,tempat adalah random.

________________________________________

Perbualan dengan Dudu :

"boss,kau pikir kalo aku ada anak gimana ya rupanya?",


"asal tanya aku,rupa mcm rupa kau la kot", jawab aku sambil fokus kerja.


"boss,kalo kasi opinion itu bisa ga pake rasa?",


aku letak pen,aku pandang dia. lantas aku berhujah..


"kau nak anak kau rupa macam mana? hah? klw dah kau nak anak rupa mcm aku, maknanya kau kena kawen dengan aku. klw kau nak anak kau muka mcm Amir, kawen dengan Amir",

*telan air liur

"klw kau nak anak kau rupa tiptop, kau kawen dengan aku jugak",

"bentar boss~! kenapa harus sama boss?",

"kenapa kau tanya? senang je jawapan. sebabnya kau cantik,aku kacak. kau xde buat pembedahan plastik kan? so,tu la jawapannya"

"ya perasan sekali kamu boss",

"ini namanya opinion pakai rasa. faham?",

"iya..baik boss..ngerti..tapi bentar boss",

"apa lagi..?",

"tadi boss bilang aku cantik ya? benar boss?",

"kau pergi ambik kopi kat aku,duduk je kerja~!",

"siappp boss", lari....


__________________________________




Cari hp tak jumpa,guna phone pejabat dan telefon Dudu tengah pagi buta.

"boleh tak kalau aku call,jawab cepat sikit?",

"bisa ga boss telepon besok aja?",

"tak",

"kangen sama aku ya?",

"tak pun,pergi masak.pastu bawa datang ofis.lapar~!",

"alaaa...",

"cepat~!!!!!!!!",

"baik boss",


____________________________


"Dudu,kenapa tak inform petang tadi aku ada outdoor meeting?",

"kan udah boss cancel",

"kan tak jadi cancel",

"ya ampun boss,aku lupa update reminder",

Dengan gerakan pantas aku ambil Ipad atas meja Dudu dan masuk tong sampah. 


_____________________________


"boss,kemana mau pergi?",

"lunch hour. so nak lunch",

"sama siapa?",

"forever alone",

"mau ikut...bisa ga?",

"tak leh",

Aku jalan terus sampai ke lif aku pusing dia ada. Dia senyum bajet comel.

"mau ikut...hee"

Tewas~!

___________________________


"boss..",


"emm",


"lagi tidur? ga mau makan?", tanya Dudu ketika aku terlena di sofa.


"masak apa?",


"belum masak",


"then tanya buat cekadak apa? pergi la masak",


"apa boss pikir aku ini bibik? ga mau ahh..",


"Dudu~!",


"baik boss..makanan siap dalam masa 20minit ya", lariii...


_________________________


"Dudu,hadiah birthday nak apa?",


"erm something sweet,simple. apa jenis terpulang. tapi untuk apa boss nanya? mau kasi?",


"yup, satu sebab kau rajin. dua sebab kau tak cengeng. dan sebab kau ...",


"apa?",


"jangan tanya,biarkan kosong",


"aiwah..",


_______________________


"Adlin, Dudu mana?", tanya aku ketika baru sampai ke rumah Adlin.


"ruang tamu atas,dia demam",


Tap...tap...tap...*ni bunyi tapak kaki naik tangga.


"oit, berapa suhu?", sambil tolak bahu dia dengan kusyen.


"39 entah berapa titiknya",


"panas tu..jom pergi hospital",


"ga mau..", .... "boss..",


"erm?",


"masak aku sup dech..", suara separuh berbisik.


Mata aku perhati muka dia,matanya tertutup rapat. Pipi merah,hidung merah,dagu merah. Auumm..kesian pulak dah. Auumm? Kesian ke geram? *kepok~!


_____________________


"Dudu, kau pergi mana dengan kereta sorang-sorang tadi?",


"intip ya?",


"tak,kau tahu kan kena inform semua dulu sebelum buat apa-apa",


"ya lah.. tadi pergi mart. shopping barang keperluan",


"hurmm..lain kali ajak la sekali. bahaya jalan sorang. yg penting,inform",


"boss..aku mau ke ladies ya",


"erm..",


..10 min..


"boss.. aku mau duduk ni",


"duduk jelah,tak kan nak cakap",


"tadi suruh bilang semuanya..",


"loyar buruk~!"


____________________________


"ni gambar sape Dudu?",


"mantan pacar aku",


"yang mana sorang?", sambil next-next 


"semuanya",


"gila bapak~! kau ni couple ke kumpul hiasan?",


"aku setia dech,mereka itu yang bego",


"asal leyh?",


"gimana bisa couple aja belum cukup seminggu udah mau kissing. bego amat la tu",


"tu bukan bego dah Dudu, tu bangang~!",


"yang boss marah benar kenapa? gila ya?",


_________________________


Keluar dari bilik,nampak Dudu tidur di meja kerja.


"tu la aku cakap, ambil sarapan baru tak mengantuk otak pun cerdas",


"emmm..",


"dah-dah,bukak mata tu. ni tolong check petang ni appointment dengan sape",


"check aja sendiri, aku lagi ngantuk ni boss",


"eh kerja kau,siapa suruh tidur lambat",


Angkat kepala dari meja dan renung dengan mata separuh terbuka.


"boss ini gimana, aku tidur lewat kernanya apa? boss bawa pulang kerja ke rumah dan suruh aku check. aku tidur lambat, bangunnya awal bangat~!",


"asal bangun awal? bangun jelah nak solat subuh tu",


"boss~!!!!",


"ape?",


"boss ngerti ga apa aku cuba bilang ni? aku bangun awal kerna boss kejutkan aku untuk masak~!!",


"ehh ye ke..ooo", tersenyum sendiri. "bangun lah check kejap lepas tu masuk rehat dalam bilik aku",


"benar ni boss? sayang boss~!",


"tau dah.."


___________________________


29/12/12

Friday 28 December 2012

Kahwin Lagi ..

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebelum masuk part utama, ada soalan dari kawan-kawan pembaca berbunyi

Zue,aku perhati di blog kau ada kau mention 1 Malaysia. Kau memang penyokong tegar kerajaan ke? Kira toreh tangan,darah keluar warna biru?

Ok ni jawapan aku.

Uk aloh mung..jange la tanyo aku gitu. Doh namo pun undi tu rahsio, bia la aku nok sokong hok mano.. Mung tok tahu aku pakoh hok mano,hati aku buke buleh mung baco bohh. Toreh tange aku tubik daroh biru? Bia betul mung, stakat mitos hok aku dengar ado daroh putih,daroh ite. Takdok lagi oyak ado daroh biru. Naka mung nih bohh..sajo nok buak aku ssuko kok'o

Translate (perhatian,yang bertanya tu tak semestinya Kelantanese. Aku suka balas ikut loghat sebab kalau mereka tak faham,mereka akan tanya berulang kali. Tak ke kat situ nampak aku ni friendly,suka chat? Tak eh?)

La kau ni..jangan la tanya aku macam tu. Dah nama pun undi tu rahsia,biar la aku nak sokong yang mana pun.. Kau tak tahu aku pangkah yang mana, hati aku bukan boleh kau baca boss. Toreh tangan aku keluar darah biru? Biar betul kau, setakat mitos yang aku dengar ada darah putih,darah hitam. Takde lagi kata ada darah biru. Kelakar la kau ni boss..saja nak buat aku gelak sakan

-- Tutup topik --


Ucapan tahniah buat :

Auni Nazirah dan suami tercintanya Leman Kuda. Auni...asal Leman? Stress aku fikir kau ni. *sempat.
Dapat gambar kau email,tersengih-sengih kau naik kereta kuda. Lupa Leman tauke, takkan kau nak naik kereta lembu pulak. *sure aku dapat mail spam nanti. haha.
Leman cakap kat aku,kalau kau boleh kasi kembar sebab dia ada baka kembar, dia nak jadi partner aku.
Auni,kerja keras sikit ye? Haha..

Sebelum terlupa KFCM : Kharul Fahmi Che Mat dan Leuniey pun hari ni jugak. Tahniah..

Best friend ketika di Langkawi, Naqiuddin. Tahniah, dah jadi suami orang dah kau sorry lupa nama isteri. Kau pun tak email kad scan.. Tapi pandai kau pilih, sweet je. Jadi suami yang baik ye Din..

Ok yang ni kalau orang kata mulut Chef Wan laser, aku rasa mulut dia ni lagi lah. Wan juga, cuma bukan chef tapi jurutera. Dapat isteri pun jurutera, eloklah. Cuma kesian isteri kau, setiap hari kot kena dengan kau. Tahniah Wan, kau membuktikan kau ni straight.

Kegagalan pada masa lepas tak bererti akan gagal juga dimasa depan. Kita boleh ubah nasib kita, so tahniah kepada Azila dan pasangan. Wah Hakim dapat adik beradik express ye sebab mummy dia ada anak tambahan 2 orang dan sorang anak tu merupakan baby umur 6 bulan. Jadi isteri dan ibu yang baik ye Zila.

*Check email undangan kawin sapa lagi ni. Sakit hati...*

Apek! Ok ni bukan KFCM ni betul-betul Apek. Nama dia Ng (pronounce Ang katanya), aku selalu panggil dia Angkor Wat. Jahatnya aku. Berbangsa Cina sudah tentulah. Berkahwin dengan pasangannya nama Sandy. Tahniah korang.. dalam email Ng ni katanya dalam masa 5 bulan lagi dia bergelar ayah. Makanya Ng, jaga elok-elok isteri tu ye. Produktif betul kau..cepat dan efisyen~!

*Check*

Amirlias dan Juliana. Yang hantar email Amir dan dalam email tu katanya aku kenal Juliana masa kerja di Kelantan. Yup kenal,cuma yang aku tak kenal sekarang Amir ni. Boleh pulak lupa kawan sendiri, aiseyh~!
Apa-apa pun, tahniah dan selamat bercinta. Jaga Juliana elok-elok, dia lawa..Hee..

Senior Fitri. Aku panggil Hyung. Bertemu jodoh dengan kawan sekerja dia, Amanina. Ingat lagi dulu selalu dia cerita yang si Amanina ni usha dia sampai dia takut. Hyung, Amanina tu bukan sengaja kot nak usha kau. Tapi sebab dia tahu kau berumur dan single,tu dia paksa diri dia. Amanina..Amanina..dapat jugak kau si Hyung ni. Untung badan,sebab Hyung ni suka sumbat makanan. Gemuk la kau nanti. Jaga Hyung baik-baik, piat telinga kalau dia lupa nak balik rumah sebab kerja ye.

Last mungkin,tak tahulah kalau ada terlepas pandang tu maaf.

Tahniah kepada mantan calon kakak ipar aku akhirnya berkahwin walaupun kahwin gantung. Payah sangat kan si suami nak cuti. Tak apa, sanding tu adat je. Jaga diri baik-baik dan moga bercinta hingga syurga.

****

Kepada mantan calon adik ipar, adik kembar kepada arwah tunang. Jangan bersedih, fikir positif. Mungkin ada yang jauh lebih hebat dan bagus untuk awak. Putus tunang, bukan putus nyawa. Faham kan?  ^_^

Kepada Qaisara Qaireen yang tak asyik duduk keliru nak kahwin ke taknak tu, bawa bertaubat lah dik. Haha. Ambil orang yang nak kita, jangan dikejar orang yang kita suka dan pandang kita sebelah mata je. Yang terbaik ada di depan, grab.

Hafizah yang katanya tahun 2012 penamat bujang tapi beberapa hari lepas dia email kata rasanya tak berjaya. Jangan bersedih, aku pun tak kahwin lagi. 2013 kan masih ada.. Chill.

****

Kepada yang kahwin dua dan lebih tu,berhati-hati dalam menguruskan rumahtangga. Adil itu memberikan sesuatu kepada yang berhak menerima. Tak faham baca balik biar faham betul-betul. Jangan ikut nafsu.

Kepada isteri yang tak tahu suaminya kahwin lain akhirnya dapat tahu. Be pro, jangan melalak depan orang ramai. Tarik madu masuk bilik, slow talk lepas tu ikut suka. Sebaiknya guna cara matang. Yang penting,soal siasat si suami tu lebih sikit. Haha.

Kepada yang menjadi madu tu. Kalau suami nak cerita aib atau kekurangan isteri pertama, halanglah. Mungkin lepas ni suami boleh cerita aib kamu pula pada bakal isteri seterusnya. Jangan berlagak, kena faham kamu bukan yang pertama. Kena faham yang kamu ambil orang punya. Jadi,jaga adab jangan biadap.

-- Tutup topik --

Ingat nak sambung sikit pasal aku dan ibu tapi tak apalah, panjang dah ni.
Tak sabar menanti berita untuk menyambung dan kukuhkan tali perhubungan :
Ayah Ikar, Abang Neka, Abang Coral , Abang Due, Abang Epul, Abang(s) Retiss Blogger(s).
Semua abang, aku je adik. Haha..


Terlekat melekat : asal la ibu selalu ber Kimjang ni. cepat benar habis..sapa sedut?
 

Tuesday 4 December 2012

Tak Ada Tajuk Khas

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Apa khabar semua? Kekok dah rasa nak menaip kat sini, lama dah idea tak datang. Update kali ni juga masih tak ada motif yang tepat, cuma nak sekadar tak nak bagi debu berinci.

Owh ya, lupa...lupa..nak tanya, ada sesiapa diantara kalian yang bagi aku muffler warna merah??


Terima kasih, warna cantik cuma sayang aku tak boleh nak pakai sebab kulit aku sensitif. T_T Mungkin sebab benang tu jenis kasar dan berbulu kot. Tapi takpa, aku simpan ya. Terima kasih. :)

Dan terima kasih juga untuk yang ni , lama sangat dah ibu pakai tapi tak ingat nak snap.


Warna agak jambu untuk si jejaka, tapi kalau keadaan memerlukan kita dah tak fikir apa orang nak kata. Benang ok,tak berbulu dan tak buat aku miang. Cuma sedikit berat. Tapi ok.. Terima kasih ye,panjang yang sangat sesuai. Kadang-kadang boleh bantu aku jerut leher orang-orang yang aku nak pekik.


****


Bila buat kerja dan habis discussion dengan team, selalunya aku akan salam lah dengan yang lelaki ni. So ada soalan yang tanya kenapa tangan aku lembut semacam. Jadi kat sini aku nak reveal secret la, bukan jenama gah yang aku duk pakai. Dan aku bukan pakai sentiasa, cukup sekadar aku pakai semasa nak jumpa client atau keadaan yang dimana aku perlu berhadapan dengan orang. So ni je..




Pertama sekali aku tak tahu korang tahu tak jenama ni. Dan kedua, semua ni punyanya ibu,aku cilok je. Gamat Body Lotion. Aku pakai kat tangan, ambik sikit je sebab bau kuat. Nak buat krim rambut pun boleh,nak sapu muka pun ok. Tapi aku guna di tangan je. Ayu Sejuk, ni aku tengok ibu guna. Krim ni macam krim yang sengkuang tu... Ye, ambil sapu sampai resap dan gosok. Keluar la daki. Ni selalunya aku guna dekat pergelangan tangan lepas tengok ada kesan jam atau di jari untuk kesan cincin. Tapi tak la guna sentiasa, aku bukan perempuan nak jaga sangat benda-benda ni.. 


****

Dulu tudung bawal, lepas tu selendang, keluar balik bawal tapi printed. Ok yang printed dan ada bulu-bulu tu, seriously aku tak suka. Macam kain pak haji. Semalam duk lipat baju-baju sambil tengok cerita yang nak kata sedih tak tapi nak kearah numb tu lebih.

Syok-syok lipat, jumpa tudung bawal printed bulu tepi yang ibu punya.. Aku pun tengok tv dan main-main dengan tudung tu. Tiba-tiba...

"Cheq!!! Awat buat lagu tu....!",

"Ape dia? Bergetar gegendang telinga.. Haish..", bebel aku lepas dengar ibu pekik.

"Tu apa?", mulut dia muncungkan...




Habis dah semua bulu kat tepi tu aku tarik cabut... Dang~!!


Setakat disini saja.. =)


Terlekat Melekat : tak secantik yang digambarkan.. 








AJK Stor