Friday, 28 December 2012

Kahwin Lagi ..

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebelum masuk part utama, ada soalan dari kawan-kawan pembaca berbunyi

Zue,aku perhati di blog kau ada kau mention 1 Malaysia. Kau memang penyokong tegar kerajaan ke? Kira toreh tangan,darah keluar warna biru?

Ok ni jawapan aku.

Uk aloh mung..jange la tanyo aku gitu. Doh namo pun undi tu rahsio, bia la aku nok sokong hok mano.. Mung tok tahu aku pakoh hok mano,hati aku buke buleh mung baco bohh. Toreh tange aku tubik daroh biru? Bia betul mung, stakat mitos hok aku dengar ado daroh putih,daroh ite. Takdok lagi oyak ado daroh biru. Naka mung nih bohh..sajo nok buak aku ssuko kok'o

Translate (perhatian,yang bertanya tu tak semestinya Kelantanese. Aku suka balas ikut loghat sebab kalau mereka tak faham,mereka akan tanya berulang kali. Tak ke kat situ nampak aku ni friendly,suka chat? Tak eh?)

La kau ni..jangan la tanya aku macam tu. Dah nama pun undi tu rahsia,biar la aku nak sokong yang mana pun.. Kau tak tahu aku pangkah yang mana, hati aku bukan boleh kau baca boss. Toreh tangan aku keluar darah biru? Biar betul kau, setakat mitos yang aku dengar ada darah putih,darah hitam. Takde lagi kata ada darah biru. Kelakar la kau ni boss..saja nak buat aku gelak sakan

-- Tutup topik --


Ucapan tahniah buat :

Auni Nazirah dan suami tercintanya Leman Kuda. Auni...asal Leman? Stress aku fikir kau ni. *sempat.
Dapat gambar kau email,tersengih-sengih kau naik kereta kuda. Lupa Leman tauke, takkan kau nak naik kereta lembu pulak. *sure aku dapat mail spam nanti. haha.
Leman cakap kat aku,kalau kau boleh kasi kembar sebab dia ada baka kembar, dia nak jadi partner aku.
Auni,kerja keras sikit ye? Haha..

Sebelum terlupa KFCM : Kharul Fahmi Che Mat dan Leuniey pun hari ni jugak. Tahniah..

Best friend ketika di Langkawi, Naqiuddin. Tahniah, dah jadi suami orang dah kau sorry lupa nama isteri. Kau pun tak email kad scan.. Tapi pandai kau pilih, sweet je. Jadi suami yang baik ye Din..

Ok yang ni kalau orang kata mulut Chef Wan laser, aku rasa mulut dia ni lagi lah. Wan juga, cuma bukan chef tapi jurutera. Dapat isteri pun jurutera, eloklah. Cuma kesian isteri kau, setiap hari kot kena dengan kau. Tahniah Wan, kau membuktikan kau ni straight.

Kegagalan pada masa lepas tak bererti akan gagal juga dimasa depan. Kita boleh ubah nasib kita, so tahniah kepada Azila dan pasangan. Wah Hakim dapat adik beradik express ye sebab mummy dia ada anak tambahan 2 orang dan sorang anak tu merupakan baby umur 6 bulan. Jadi isteri dan ibu yang baik ye Zila.

*Check email undangan kawin sapa lagi ni. Sakit hati...*

Apek! Ok ni bukan KFCM ni betul-betul Apek. Nama dia Ng (pronounce Ang katanya), aku selalu panggil dia Angkor Wat. Jahatnya aku. Berbangsa Cina sudah tentulah. Berkahwin dengan pasangannya nama Sandy. Tahniah korang.. dalam email Ng ni katanya dalam masa 5 bulan lagi dia bergelar ayah. Makanya Ng, jaga elok-elok isteri tu ye. Produktif betul kau..cepat dan efisyen~!

*Check*

Amirlias dan Juliana. Yang hantar email Amir dan dalam email tu katanya aku kenal Juliana masa kerja di Kelantan. Yup kenal,cuma yang aku tak kenal sekarang Amir ni. Boleh pulak lupa kawan sendiri, aiseyh~!
Apa-apa pun, tahniah dan selamat bercinta. Jaga Juliana elok-elok, dia lawa..Hee..

Senior Fitri. Aku panggil Hyung. Bertemu jodoh dengan kawan sekerja dia, Amanina. Ingat lagi dulu selalu dia cerita yang si Amanina ni usha dia sampai dia takut. Hyung, Amanina tu bukan sengaja kot nak usha kau. Tapi sebab dia tahu kau berumur dan single,tu dia paksa diri dia. Amanina..Amanina..dapat jugak kau si Hyung ni. Untung badan,sebab Hyung ni suka sumbat makanan. Gemuk la kau nanti. Jaga Hyung baik-baik, piat telinga kalau dia lupa nak balik rumah sebab kerja ye.

Last mungkin,tak tahulah kalau ada terlepas pandang tu maaf.

Tahniah kepada mantan calon kakak ipar aku akhirnya berkahwin walaupun kahwin gantung. Payah sangat kan si suami nak cuti. Tak apa, sanding tu adat je. Jaga diri baik-baik dan moga bercinta hingga syurga.

****

Kepada mantan calon adik ipar, adik kembar kepada arwah tunang. Jangan bersedih, fikir positif. Mungkin ada yang jauh lebih hebat dan bagus untuk awak. Putus tunang, bukan putus nyawa. Faham kan?  ^_^

Kepada Qaisara Qaireen yang tak asyik duduk keliru nak kahwin ke taknak tu, bawa bertaubat lah dik. Haha. Ambil orang yang nak kita, jangan dikejar orang yang kita suka dan pandang kita sebelah mata je. Yang terbaik ada di depan, grab.

Hafizah yang katanya tahun 2012 penamat bujang tapi beberapa hari lepas dia email kata rasanya tak berjaya. Jangan bersedih, aku pun tak kahwin lagi. 2013 kan masih ada.. Chill.

****

Kepada yang kahwin dua dan lebih tu,berhati-hati dalam menguruskan rumahtangga. Adil itu memberikan sesuatu kepada yang berhak menerima. Tak faham baca balik biar faham betul-betul. Jangan ikut nafsu.

Kepada isteri yang tak tahu suaminya kahwin lain akhirnya dapat tahu. Be pro, jangan melalak depan orang ramai. Tarik madu masuk bilik, slow talk lepas tu ikut suka. Sebaiknya guna cara matang. Yang penting,soal siasat si suami tu lebih sikit. Haha.

Kepada yang menjadi madu tu. Kalau suami nak cerita aib atau kekurangan isteri pertama, halanglah. Mungkin lepas ni suami boleh cerita aib kamu pula pada bakal isteri seterusnya. Jangan berlagak, kena faham kamu bukan yang pertama. Kena faham yang kamu ambil orang punya. Jadi,jaga adab jangan biadap.

-- Tutup topik --

Ingat nak sambung sikit pasal aku dan ibu tapi tak apalah, panjang dah ni.
Tak sabar menanti berita untuk menyambung dan kukuhkan tali perhubungan :
Ayah Ikar, Abang Neka, Abang Coral , Abang Due, Abang Epul, Abang(s) Retiss Blogger(s).
Semua abang, aku je adik. Haha..


Terlekat melekat : asal la ibu selalu ber Kimjang ni. cepat benar habis..sapa sedut?
 

2 comments:

  1. amboih panjangnye ucapan

    ramai gile kawen

    sedih plus happy

    boleh gitu abam khair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih plus happy.

      sedih sebab putus
      happy sebab kahwin

      kan?

      boleh je.

      ramai kan hujung tahun,tapi 121212 tu yg ramai n 20122012 pun ramai.

      jeles~!

      nanti turn kita pulak.

      Delete

AJK Stor