Tuesday 4 December 2012

Tak Ada Tajuk Khas

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Apa khabar semua? Kekok dah rasa nak menaip kat sini, lama dah idea tak datang. Update kali ni juga masih tak ada motif yang tepat, cuma nak sekadar tak nak bagi debu berinci.

Owh ya, lupa...lupa..nak tanya, ada sesiapa diantara kalian yang bagi aku muffler warna merah??


Terima kasih, warna cantik cuma sayang aku tak boleh nak pakai sebab kulit aku sensitif. T_T Mungkin sebab benang tu jenis kasar dan berbulu kot. Tapi takpa, aku simpan ya. Terima kasih. :)

Dan terima kasih juga untuk yang ni , lama sangat dah ibu pakai tapi tak ingat nak snap.


Warna agak jambu untuk si jejaka, tapi kalau keadaan memerlukan kita dah tak fikir apa orang nak kata. Benang ok,tak berbulu dan tak buat aku miang. Cuma sedikit berat. Tapi ok.. Terima kasih ye,panjang yang sangat sesuai. Kadang-kadang boleh bantu aku jerut leher orang-orang yang aku nak pekik.


****


Bila buat kerja dan habis discussion dengan team, selalunya aku akan salam lah dengan yang lelaki ni. So ada soalan yang tanya kenapa tangan aku lembut semacam. Jadi kat sini aku nak reveal secret la, bukan jenama gah yang aku duk pakai. Dan aku bukan pakai sentiasa, cukup sekadar aku pakai semasa nak jumpa client atau keadaan yang dimana aku perlu berhadapan dengan orang. So ni je..




Pertama sekali aku tak tahu korang tahu tak jenama ni. Dan kedua, semua ni punyanya ibu,aku cilok je. Gamat Body Lotion. Aku pakai kat tangan, ambik sikit je sebab bau kuat. Nak buat krim rambut pun boleh,nak sapu muka pun ok. Tapi aku guna di tangan je. Ayu Sejuk, ni aku tengok ibu guna. Krim ni macam krim yang sengkuang tu... Ye, ambil sapu sampai resap dan gosok. Keluar la daki. Ni selalunya aku guna dekat pergelangan tangan lepas tengok ada kesan jam atau di jari untuk kesan cincin. Tapi tak la guna sentiasa, aku bukan perempuan nak jaga sangat benda-benda ni.. 


****

Dulu tudung bawal, lepas tu selendang, keluar balik bawal tapi printed. Ok yang printed dan ada bulu-bulu tu, seriously aku tak suka. Macam kain pak haji. Semalam duk lipat baju-baju sambil tengok cerita yang nak kata sedih tak tapi nak kearah numb tu lebih.

Syok-syok lipat, jumpa tudung bawal printed bulu tepi yang ibu punya.. Aku pun tengok tv dan main-main dengan tudung tu. Tiba-tiba...

"Cheq!!! Awat buat lagu tu....!",

"Ape dia? Bergetar gegendang telinga.. Haish..", bebel aku lepas dengar ibu pekik.

"Tu apa?", mulut dia muncungkan...




Habis dah semua bulu kat tepi tu aku tarik cabut... Dang~!!


Setakat disini saja.. =)


Terlekat Melekat : tak secantik yang digambarkan.. 








0 blogger kaki gosip:

Post a Comment

AJK Stor