.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....
Ini bukan entry yang menceritakan aku tertangkap cintan dengan isteri orang.
Kalau korang nak fikir macam tu, lupakan la ye .
Ni entry pasal aku nak bagitahu yang walaupun aku tak kahwin lagi tapi aku rasa macam aku dah pun berbini.
(hampir 3 jam aku hold entry ni, ok jom sambung)
Dulu masa aku study, kawan-kawan aku semua ada awek. Aku jelah yang single, tapi aku tak pernah rasa aku single. Sebabnya ...
"Zue, kau sibuk tak hujung minggu ni? Temankan awek aku ke klinik. Aku ada test sukan la",
"ok...",
Walaupun aku takde awek, tapi aku ada je masa nak buat fake date dengan awek orang. Tapi kalau kawan aku kata klinik je, aku akan ke klinik je. Lepas tu aku hantar balik lah, sebabnya aku bukan driver =.="
Bila dah kerja , aku masih lagi single dan aku masih lagi rasa aku tak single. Hari-hari aku ditemani oleh muka-muka yang berlainan setiap hari sampaikan.
"kan bagus kalau u ni bf i Zue.. kenapa la bf i bukan macam u ehh Zue?"
"sebab i bukan bf u, sebab tu i tak macam tu ", jawab aku tanpa ada nafsu.
Kawan-kawan dah kahwin, aku masih lagi single. Dan macam biasa juga aku tak rasa pun aku single bila ada je kawan-kawan aku yang benarkan aku temankan wife mereka beli barang dapur. Ada pulak la kes cemburu bila ,
"Zue suka telur separuh masak kan? Nah... Abang?Ok ni abang punya...",
"Zue, nah novel. Rasanya best, tu hadiah ye..",
Dan si suami cemburu, hingga...
"Zue, aku masih boleh percaya kat kau ke?",
"percaya apa?",
"yang kau takkan tikam belakang aku..",
"hey kawan, kalau aku harimau pun kau jangan risau sebab aku harimau tak ada gigi",
"betul?",
"yerp, sure.."
-------------
So, abam-abam kacak kat luar tu jangan risau sangatlah kalau aku yang rapat dengan awek / wife korang. Aku pegang 1 je , "AKU TAK AMBIL ORANG LAIN PUNYA". Jadi, sila inform ,
"ehh Zue, sebenarnya aku suka ___ tu, jadi..."
Yerp sila inform sebab bila inform, aku tahu jarak aku.
Tapi... yerp ada tapi...
Aku tak suka orang main-main dengan "Hawa" aku , yelah nanti aku ada lah.
Entah, aku memang tak suka kot orang usik-usik aku punya ni..
Aku? Aku tak usik kawan aku punya. Aku tolong je..
Sentuh? Pehh.. Jauh dah tu. Lagi tunang aku pun aku tak sentuh, ni pulak bini orang.
Ish~!
Terlekat Melekat : aku rasa jauh...jauh...jauh =)
jauh....jauh...jauhh... =)
ReplyDeletekenapa ye Mell..memang jauh dah nih..
ReplyDeletebaik lah..
ReplyDeleteSaya pecayakan awk..
*tetiba :3
hakhak..aku geng kak shila, aku pon caye jep kt ko zue.mana taknye ko buat muke xdek nafsu memg la kwn ko caye. cer ko wat muke bernafsu,xdeknye kawan ko kasi chance.
ReplyDelete