Tuesday, 10 January 2012

Pudar

Bismillah....


***



Kenapa kau senyum wahai bibir?
Aku senyum kerana gembira..

Ehh, jiwa.. senyap saja.
Aku senyap kerana ada linangan air pada mata..

Si mata nampak kebasahan, kau menangis ya mata?
Aku basah kerana sedih melihat tali yang tergantung menyokong buaian.

Ohh tali, kau semakin tua. Kasihan kau~!
Aku tua tapi aku masih mahu menolong.
Tapi kau bakal putus jika kau berkeras.
Aku tahu, tapi biarlah aku putus kerana berjaya membuat orang bahagia. Bukan putus hanya kerana dimamah mentari yang terik memancar.
Tali, kau sungguh degil~!

Mulut, kau mahu berkata-kata? Silakan...
Aku kelu melihat tali, hebat dimata sekeliling tapi dia cukup rapuh di dalam.
Usah kau peduli sama tali itu ohh mulut, dia bongkak.
Tidak.. dia bukan bongkak. Dia hanya mahu melihat orang ketawa dan gembira.
Mulut, aku malas melayan kau.


***

"kan bagus kalau ada tali lain membantu aku", kata si tali

"hai tali, sudah mula merungut? padanlah dengan degil tu",

"aku bukan merungut, aku tak mahu nanti aku putus, orang sekeliling tidak boleh bermain buai yang tergantung pada aku sekarang",

"nanti akan ada lah tali baru yang tiba",

"semuanya perlu masa...",

"jangan fikir diri kau hebatlah tali",

"aku tak perlukan kau untuk faham aku.. terima kasih kerana ada",


***

"hey mata,jiwa,mulut.. kenapa semuanya pasif?",

"kami semua tidak sanggup melihat hari-hari mendatang. tali semakin rapuh...",

"kawan.. pergilah, jangan kau pandang aku. aku masih ada disini.. akan ada",

"akan ada? dimana? bila kau rapuh, putus... kau masih ada? dimana tali?",


.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"disini........",

Mendengar suara itu, semua memandang pada si hati...

8 comments:

AJK Stor