Monday 4 March 2013

Cakap Sesaje

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebenarnya ni entry untuk Baba, Ibu, Zuhayr dan E.
Jangan baca jika tak tahan dengan kepanjangan entry ni. *macam panjang je kan?
Jangan baca, serius =)
*kejadahnya tak bagi baca kalau dah pos kan sini kan? ni namanya pelik + gedik*

Baba,

terima kasih sebab layan karenah sepanjang membesar yang rasanya tak besar-besar ni. terima kasih atas setiap support yang diberikan selama ni. terima kasih kerana menegur setiap salah yang dilakukan. baba terbaik, baba penyayang, baba broad-minded, baba sporting.. jika ada sejuta award di dunia yang kategorinya adalah kerana kualiti yang aa pada dirinya yang terbaik,maka bagi adik.. baba yang menang semuanya. ^_^

terima kasih untuk marah sampai berbulan-bulan bila kereta baba remuk teruk kesnya adik bawa sampai eksiden. sebab lepas tu adik tahu kenapa baba marah,sebabnya adik takde lesen. terima kasih untuk ajarkan cara kawal perempuan ganas macam ibu, tips baba berguna untuk kurangkan diri dibalun.

terima kasih kejutkan adik solat , terima kasih ajarkan adik baca Al-Quran, terima kasih kenalkan adik pada tempat-tempat suci pada umur adik begitu muda, terima kasih kerana selalu menyenangkan hati.

jaga diri, baba dah tua ... erk~! kerja tu kerja juga, jangan abaikan ibu ye. ibu tu nampak je gagah,tapi manja nau~! sayang baba.. sayang sangat~!


Ibu,

pertama sekali terima kasih sebab lahirkan adik ke dunia. nasib baik hensem.. haha.
terima kasih untuk teguran-teguran berguna selama ni. terima kasih untuk bantai-bantai manja selama ni. walaupun sakit, err..tapi sweet memories. baru sedar salah sendiri..

jaga diri, jangan perasan muda sentiasa. haha.. kalau baba outstation, mohon temankan sebab baba cakap dia rindu ibu bila ibu taknak ikut dia. tolong jangan paksa baba cari madu untuk ibu, sebab mungkin topik tu bakal buat baba terasa hati. hehe. baba sayang ibu, so tak perlu nafi benda tu. kalau ada lagi jodoh baba,maka ibu boleh beli trampolin untuk ibu lompat sebab dapat madu. yeeehuuuu~!!!!

terima kasih pernah hadirkan kekasih yang terbaik walaupun sekejap. Allah lagi sayangkan dia, adik redha. terima kasih kerana menjadi ibu terbaik walaupun ramai yang curiga boleh ke seorang muallaf didik anaknya agama yang secukupnya. rasanya ibu dah berjaya. bertuah baba..

sayang ibu,sayang sangat-sangat..jangan nakal-nakal. have fun dengan cucu-cucu ye.


Abang Zuhayr,

terima kasih untuk hadir walaupun terpisah lama,terima kasih untuk menjadi abang yang terbaik.

tolong jaga baba dengan ibu, adik pernah janji nak bawa mereka melancong serata tempat diorang nak pergi. tolong buat kalau adik tak mampu. abang kan banyak duit~~~

lupa nak cakap, tahniah sebab subur. anak dah ramai, sila tambah lagi. mohon ceriakan rumah lagi dan lagi.
adik sayang abang..ini serius weh~! haha.

Abang E,

pertama kali panggil E abang. mohon sesiapa translate.

adik redha dengan apa yang tertulis, dan dah mula terima apa yang memang ditulis di luh mahfuz.
biarkan apa orang nak cakap,mohon jaga keluarga disana elok-elok. jangan abaikan.

moga diberikan petunjuk untuk E sendiri,dan meneruskan hidup ke jalan yang lebih baik.
tolong jaga baba dan ibu. abang Zuhayr tu selalu sibuk. tolong baba urus apa yang patut.
adik sayang E.. dah sayang lama dah,hati je keras sikit.



Selesai..
Tak la panjang pun, nak lagi panjang sila buka HDD warna merah dalam kotak atas almari.
File tu hidden, mohon show dulu.

Terlekat melekat : ada yang geli tak aku bahasakan aku adik? haha.. *muntah ijow*





0 blogger kaki gosip:

Post a Comment

AJK Stor