Tuesday 3 July 2012

Ada lagi ni.

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

(10 minit merenung skrin),

Aku baru pindah wad..

(15 minit merenung lagi),

Pindah wad lepas aku stabil selepas beberapa hari aku lemah.
Aku pun tak sedar bila aku pindah masuk ICU.
Aku buka mata, aku nampak bilik lain.
Sorang pun takde kat sisi aku.
Selalunya aku akan nampak Amir main game atau Dudu yang tengah baca majalah.
Ibu...ibu pun takde.

(5 minit senyap),

Muhammad dah balik Singapura lepas dia stabil hari tu.
Baba kata dia ok cuma macam biasa pasifnya.
Sara pula masih aktif tapi dah berkurang beberapa peratus lepas Muhammad sakit.

Sebelum tidur semalam kawan sepejabat aku meninggal, Abel.
Dia tak anut mana-mana agama, seingat aku masa borak dengan dia dulu dia pernah kata
(aku translate)

"aku takde agama, tapi kalau aku mati aku boleh pilih tak cara aku disemadikan?",

"kalau la kau boleh pilih,apa cara yang kau pilih?", tanya aku

"aku pilih cara yang tidak semua agama lakukan. aku pilih untuk dibakar kemudian abu aku dihanyutkan ke sungai",

"kenapa?",

"bagi aku air itu ada tenaga yang mampu aku rasa. macam kau kata lepas sembahyang kau rasa kau bertenaga",

Aku diam.
Aku tak bidas balik, aku senyap Amir masuk panggil aku ke lab.
Sekarang aku tertanya-tanya, mayat dia dibakar ke?
Tapi aku masih berharap dia mati bukan dalam keadaan takde agama.

(senyap,terbayang mukanya)

Masa mula-mula masuk hospital, kawan aku masa sekolah di Langkawi meninggal.
Kemalangan.
Dia balu, suami dia meninggal ketika dia mengandung 7 bulan tak silap aku.
Aku contact adik lelaki dia yang memang aku kenal.
Adik dia kata kakak dia teringin nak makan murtabak.
Adik dia suka rela nak temankan kakak dia beli murtabak,tapi adik dia pergi mandi dulu.
Adik dia keluar, tengok kakak dia dah takde.
Mak kata kakak ambil motor dan pergi pasar beli murtabak.
Tak lama lepas tu mak dapat call kakak kemalangan.
Kakak meninggal bersama anak dalam kandungan yang mencecah 9 bulan.
Selepas tahlil malam tu adik dia baru teringat nak contact bakal tunang yang berada di Jordan.
Masa tu dia perasan ada 1 mesej diterima dan belum dibaca.

"adik,kakak pergi dulu.tak boleh nak tunggu dah,kakak bawa adam jumpa abang" -

Adam tu nama anak dalam kandungan lepas doktor sahkan bayi lelaki, kakak dia pilih sebab arwah suami dia pernah sebut nama tu.

Semoga dia tenang disana.

(sebak)

Sekarang Amir ada tengah tidur, aku view facebook. Amir tukar profile picture dan cover picture.
Notification game penuh.
Nasib gambar Mell dengan Ariff.
Sesuka hati je kan?
Kalau orang marah macam mana?
Twitter pun dia masuk, lawan tokey nampak.
Patutlah Wajdi panggil Mat Amir pun.
Haish...
(tak marah,rasa nak buat bola je)

Thanks to Sabridah sebab barang yang dia hantar dah sampai ke tangan penerima.
Harap penerima tak blur dan harapnya dia faham yang dia kena tolong simpan.
Zine dah sampai jugak.
Thanks.

(2 jam)

Urff...
Baru bangun tidur, sampai terlelap fikir nak taip apa.
So takat ni lah dulu.
Kalau aku ada lagi,maknanya ada lagi la post.
Yang mana berjalan-jalan ke Karya, aku hentikan sebarang post cerita.
Hati Terukir Cinta sedang dicheck oleh sifu.
Kistot yang lain harus dikemaskini.


Terlekat Melekat : merindui bauan suci ...

3 comments:

AJK Stor