Sunday, 30 September 2012

Rasa

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Aku rasa semua orang pernah rasa perasaan yang tak boleh nak ungkap secara lisan.
Perasaan bila kita buat kerja/sesuatu tetapi at the end orang lain dapat nama.
Dalam masa yang sama kita tak ada peluang nak cakap apa-apa.
Kalau dalam company, aku tak kisah sangat.
Competition.

Termenung...

Tapi kalau dalam kehidupan seharian macam mana?
....


Terlekat melekat : "anda isi sendiri sebaris ayat yang mampu buat anda sedap hati"

Saturday, 29 September 2012

Risau

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....


Hari ni dari bangun tidur memang rasa semacam je.
Rasa badan tak best (mungkin sebab aku tidur atas sofa kayu kat bilik Oba aku)
Rasa hidung gatal,tapi masih berharap tak selesema.
Leher habis merah-merah macam ruam tapi bukan love-bites.

Eh, aku ada tertanya-tanya satu benda ni tapi bila nak Google..
aku tak tahu nak taip apa.
Benda ni berkaitan ribut taufan yang melanda baru-baru ni.

Sekejap aku cuba lagi Google ....

Bukan apa,aku ada bercakap dengan oji iaitu pakcik aku pasal kenapa internet tak berapa nak best sangat.
So dia kaitkan dengan ribut taufan tu, bukan ke benda tu berlaku di selatan Jepun?
Aku pun ada tanya kawan-kawan aku di UK, dia kata line cukup-cukup makan jelah.
Malaysia ada yang kata ok,ada yang kata tak.

Tapi sebenarnya bukan ni yang menyebabkan aku risau.
Sekarang aku berada di hospital, bukan aku sakit tapi Oba aku.
Beberapa jam lepas muntah darah, risau betul aku.
Baru je beberapa hari lepas boleh discharge dari wad..
Ni kena masuk balik, bermalam kat sini pulak la aku..

Tapi aku pun risau juga pasal kerja aku yang ada tak sentuh lagi tu.
Email aku tak lepas-lepas pun lagi nak sent ni..
Ape ke hal?
Takkan masalah lappy aku kot.
Ke lappy aku ni ada penunggu?
Ok mula merepek dah.

Sebenarnya yang mana satu buat aku lagi risau ni bila semua benda masuk kepala otak??
Emm... oba kot..a'a bila letak tangan kat dada rasa 'dentuman' jantung yang kuat seakan mengiyakan.
Harap dia cepat baik..


Terlekat Melekat : aku belum makan lagi ni,takde ke yang sudi masak ni?? *frust

Friday, 28 September 2012

Entry Terbantut

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Hari Raya dah habis kan?
Nampak tak kat situ aku cuba katakan apa?
Aku cuba kata yang lama aku tak jenguk benda alah ni.

Apa dah entry terbantut aku?
Kek coklat kan..
Ya macam biasa aku tanya aku jawab..

So selepas buat mogok merajuk, baba dan ibu ada request aku buat makanan kat diaorang.
Jom-jom..jenguk dapur bersepah aku..


v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




ok ni lepas aku adun sebatikan adunan tu. sebenarnya ni aku buat brownies.



ni takde motif,ni buat sebab dengan kepala tak berapa nak center. so kita campak coklat dalam adunan yang dah manis tu menajdikan brownies nanti triple manis.



ok letak dalam loyang ikut shape korang suka..


Termenung...
Aku sebenarnya kagum dengan diri sendiri tapi belum ujub sebab aku buat entry ni dah 3 jam tapi belum siap jugak.. 

Ting!!

Ok dah masak tu brownies kita,jom tengok hasil..


ok siap..tapi tak menarik. aku masih tak puas hati nak campak barang so jom campak lagi..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


&


nampak campak ape? yup coklat,kekacang dan butterscotch. menjadikan brownies ni sangat manis~!


Jadi brownies ni aku namakan Brownies Baba Aku.
Bila hidang,aku dapat nampak muka baba aku lain semacam je.
"Nak baba kena potong kaki hujung tahun ke?",
Nampak tak kat situ perlian maut dia?
So lepas hidang dekat dia,aku masuk peti.
Tak sangka pulak bila masuk peti,rasa manis tu kurang.
Petang tu tengok loyang dah kosong pun.
Lega~~~~


Termenung..
Sebenarnya ni dah keesokkan hari pulak dah,aku dah siap tidur dah pun ni.
Kejap lagi nak buat kerja.
Lama kan? 
Bukan pasal apa ni, satu gambar pun dekat sejam loading. 
Perghh~~~! 

Yang aku buat untuk ibu tak update lagi,cenggana???
Haish~!

Terlekat melekat : mengantuk le pulak...


AJK Stor