Monday, 6 February 2012

Kita Hanya Merancang

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Semalam rancang nak date dengan Dudu, nak kemana je tempat yang tak ramai orang. Nak borak-borak, nak tunjuk yang aku ni tak makan orang. Tapi malangnya aku diuji lagi dengan badan tiba-tiba panas semalam. Sekarang ok dah sikit cuma masih letih. Otak ni rasa malas nak fikir apa-apa dah.

Petang tadi aku tunggu Amir, ada 2 lagi beg aku dengan dia. Tunggu Amir di padang rumput,bersih je. Aku baring..Pandang lagit dan awan putih, lalu terlelap. Menikmati keindahan ciptaan Allah..

Dudu kata dia nak bawa aku ke madrasah tempat tumbuhnya pokok pisang yang bagi penduduk disitu sangat luar biasa. Bermula dengan cerita seorang tuk guru yang tasbihnya terputus. Maka berteraburlah biji-biji tasbih, si anak murid gigih mencari. Tapi satu daripada biji tasbih tu hilang. Selepas tu tumbuhlah pokok pisang tinggi ni. Yang peliknya buah dia bukan boleh dimakan pun,penuh dengan biji. Dan bila ambil biji tu,bentuk dan rupa nya sama dengan biji tasbih tadi. Siap ada lubang lagi, tinggal cucuk tali je. Cuma aku tak tahu tempat tu daerah mana.

Ok mata aku ni dah kabur dah.. letih sangat gamaknya.

Dudu tu tengah buat kerja, aku suruh dia tengok pasal syarikat. Kesian pulak kat dia, datang semata-mata untuk tu. Tapi thanks lah sebab dia sediakan makan aku malam ni, sangat menghargai. Aku memang tak larat nak berdiri lama-lama.

Tadi masa dia datang, aku tegur pakaian dia. Bukan hak aku kot ,walaupun aku bos dia. Tapi aku tegur atas dasar saudara seagama. Muka dia nampak tegang je, tapi lepas aku explain dia nampak ok balik dan mulut dia turn on balik dah. Aku manusia biasa, aku juga ada nafsu dan nafsu ni susah nak kawal. Jadi dari terjadi apa-apa, kita halang awal-awal.

Ok selamat malam semua..selamat berehat.

Terlekat Melekat : kita kuat~!



pinjam dengan Kak Google

Saturday, 4 February 2012

My New Itik

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sudah selamat sampai di Indonesia beberapa hari lepas, datang awal dari yang sepatutnya.
Tapi bad day jugak lah..
Kenapa?

1. Sampai saja di airport, Amir entah kemana. Aku pergi toilet kejap je kot. Aisehh... melilau mata aku cari dia. 30 minit jugaklah.

2. Ada kereta datang jemput dan katanya Amir dah balik dengan kawan dia~! Aisehh budak tu,mentang-mentang aku ni 'pelancong' aje.

3. Aku dibawa ke rumah adik Amir, dan beg aku kat rumah mak Amir. Bijak kan Amir?

4. Dia kata dia tak dapat cari rumah lagi kat aku sebab sibuk,jadi dia suruh aku duduk rumah adik dia. Tapi masalahnya, adik dia.... perempuan~!

5. Aku hanya berkain pelikat dan pagoda saja sebab Amir tak datang. Kucing punye Amir...Miowww~!


Ok, lagi aku sebut lagi menyala api dalam dada...

Hari ni hari pertama jumpa p/a secara informal, dia datang ke rumah dengan Amir. Ok nak marah lagi sebab Amir hanya bawa beg pakaian aku je,beg lain masih kat rumah parents dia. Buat harta betul Amir ni... =.=

Urm pasal p/a aku, kalau ikutkan hati memang tak sanggup nak tegas sebab mukanya perfect bila bab buat kesian. Kata boss di Indonesia ni, dia ni saudara kepada pelakon Indonesia yang comel. Comel ke? Anak orang kaya, manja, bijak, berpengaruh. Haha.. Ada aku kisah? *cepat-cepat geleng.

Selamat bekerja Cik Itik yang bagus..Ahha..Itik,sesuai dengan mulut tak berhenti cari pasal.Owh demm..hariku akan indah =)

Terlekat Melekat : teringat kat Aleesya...hoho

AJK Stor