Monday, 6 February 2012

Kita Hanya Merancang

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Semalam rancang nak date dengan Dudu, nak kemana je tempat yang tak ramai orang. Nak borak-borak, nak tunjuk yang aku ni tak makan orang. Tapi malangnya aku diuji lagi dengan badan tiba-tiba panas semalam. Sekarang ok dah sikit cuma masih letih. Otak ni rasa malas nak fikir apa-apa dah.

Petang tadi aku tunggu Amir, ada 2 lagi beg aku dengan dia. Tunggu Amir di padang rumput,bersih je. Aku baring..Pandang lagit dan awan putih, lalu terlelap. Menikmati keindahan ciptaan Allah..

Dudu kata dia nak bawa aku ke madrasah tempat tumbuhnya pokok pisang yang bagi penduduk disitu sangat luar biasa. Bermula dengan cerita seorang tuk guru yang tasbihnya terputus. Maka berteraburlah biji-biji tasbih, si anak murid gigih mencari. Tapi satu daripada biji tasbih tu hilang. Selepas tu tumbuhlah pokok pisang tinggi ni. Yang peliknya buah dia bukan boleh dimakan pun,penuh dengan biji. Dan bila ambil biji tu,bentuk dan rupa nya sama dengan biji tasbih tadi. Siap ada lubang lagi, tinggal cucuk tali je. Cuma aku tak tahu tempat tu daerah mana.

Ok mata aku ni dah kabur dah.. letih sangat gamaknya.

Dudu tu tengah buat kerja, aku suruh dia tengok pasal syarikat. Kesian pulak kat dia, datang semata-mata untuk tu. Tapi thanks lah sebab dia sediakan makan aku malam ni, sangat menghargai. Aku memang tak larat nak berdiri lama-lama.

Tadi masa dia datang, aku tegur pakaian dia. Bukan hak aku kot ,walaupun aku bos dia. Tapi aku tegur atas dasar saudara seagama. Muka dia nampak tegang je, tapi lepas aku explain dia nampak ok balik dan mulut dia turn on balik dah. Aku manusia biasa, aku juga ada nafsu dan nafsu ni susah nak kawal. Jadi dari terjadi apa-apa, kita halang awal-awal.

Ok selamat malam semua..selamat berehat.

Terlekat Melekat : kita kuat~!



pinjam dengan Kak Google

5 comments:

  1. tasbih jadi pokok pisang? khurafat tu.. haihhh...

    kau ni selalu demam, dah cek doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun x tau ahh Ikar. melalui cerita tu dia kata pokok tu tumbuh macam serta merta gtu ahh,n depa relate biji pokok pisang tu dengan bentuk biji tasbih.aku dengar je..huhu


      dah,xdek ape mslh pun. T_T

      Delete
  2. semoga cepat sembuh abam. jaga pemakanan.

    ReplyDelete
  3. teringin pulak nak tengok muka dudu tu...hehehehe


    semuga cepat baik....

    ReplyDelete

AJK Stor