Friday, 24 February 2012

Aku

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Aku tak tahu apa rasa ini, rasa yang membuatkan hari aku bisu.
Aku pelik melihat manusia lain ketawa, gembira.
Aku seakan tiada rasa, dan ianya tiba-tiba.

Ya.. tiada rasa.

Entah kemana perginya rindu aku kepada ibu dan baba.
Melihat mereka datang pada aku, aku tidak ada rasa untuk bangun dan memeluk mereka.
Aku hanya dia membatu, melihat dan membalas teguran mereka.

Kenapa baba?

Aku pelik bila baba melihat aku dan matanya redup.
Ibu mendekati aku,

"kenapa sayang? luahkan..",

Aku kelu, aku buntu.
Apa aku harus katakan?

"baba taknak anak baba jadi macam dulu..",

Jika kita ada pilihan, kita akan buat pilihan yang terbaik.
Tetapi jika kita tidak diberikan kesempatan untuk membuat pilihan, bagaimana?

Aku terima rasa ini sebagai nikmat untuk aku.
Aku berterima kasih kerana aku masih ada kesempatan untuk merasa.


Terlekat Melekat : cuci mata.

6 comments:

  1. cuci mata..?

    nah tisu...

    nak pinjam bahu pn bole..
    dua-dua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bahu macam bantal xpe..kalau rasa tulang..xpelah..huu

      Delete
  2. wahh! senget..siap dua2 bahu ko nk bg pinjam ya..
    zuemiey: hidup mmg pilihan..terpulang ada kita utk tentukannya

    Entri Terbaru Saya:
    Inilah Realiti Kehidupan Yang Kita Perlu Ketahui

    ReplyDelete
  3. ini mcm sindrom kemurungan ni....

    ReplyDelete

AJK Stor