Monday, 20 February 2012

Al-Kisah

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Hal ini berlaku pada tahun lepas, tahun 2011. Ketika aku masih bekerja di Malaysia, dan ulang alik dari Kelantan ke Singapura..

Sejak aku mula melanjutkan pelajaran ke luar negara, ibu selalu ikut baba kalau baba ada kerja luar negara. Dalam negara pun dia ikut, bukan dia nak ikut tapi baba yang ajak. Katanya honeymoon...

Selepas aku tamat belajar dan bekerja ibu malas dah nak ikut baba, dalam 5 kali baba ajak adalah 2 kali ibu ikut. Kata ibu, penat dah keliling dunia.

Satu hari baba sedang asyik baca apa entah kat laptop, aku pun duduk sebelah dia. Sembang anak teruna pun bermula,

"baba, nak kacau boleh?",

"lah, memang kacau dah pun. lain kali mesej dulu sepatah, tanya", kata baba sambil pandang muka aku dan buat muka bajet kiyut.

"baba ada isteri lain ehh?",

"aaa? ibu suruh tanya? nak bermadu ke? nak .. boleh..",

"woah.. i'm just asking lorh",

"kalau nak cari, cari lah yang cantik, bekerja, pandai masak, kawaii",

"pehh demand lah Tuan Haji nih.. siyes ahh, ada ehh? cakap ahh, i'll keep it as a secret",

Tiba-tiba ibu datang lah pulak dengan membawa air dan pudding, feveret tuh. Muka aku cuak dah, kot-kot ibu dengar ke tadi. Kesian ibu...

"Puan Maya, u nak ke kalau i cari second wife?", soalan direct keluar dari mulut baba. Aku dah telan liur dah, mana tahu ibu ambil dulang tu. Aku dengan baba makan pelempang free.

"boleh jugak, tapi sempat ke abang nak cari. Biar saya lah carikan.",

Sekarang mulut aku dah ternganga, baba pulak muka tak percaya. Ibu? Syok duk makan pudding..

"sebabnya nak madu?",tanya baba

Maka ibu senaraikan beberapa sebab (yang aku ingatlah),


  1. saya letih dah nak ikut abang pusing-pusing sambil kerja..tak tahu nak beli ape dah.
  2. apa salahnya ambil yang kedua, abang mampu.
  3. abang ada duit, jadi ambillah ibu tunggal ke, janda ke. boleh bantu mereka.
  4. saya ada kawan, lagi best ambil ke yang dah ada anak. bertambah anak saya. sukanya~!
Tu antara sebab ibu beri.

***

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, maka bulan terut berganti mengikut masanya.
Sepanjang itu jugalah ibu asyik tunjuk kat baba gambar-gambar calon madunya.
Setiap kali itu jugalah baba menolak dengan lembut.

Kata baba, 

"banyak cara lagi kita boleh bantu orang yang memerlukan, tak semestinya abang perlu kawin dengan dia. kalau kawin, tak dapat adil tak boleh juga",

"abang, abang boleh adillah...boleh..",

"Puan Maya, u silap maksud kalau u kata duit tu boleh adilkan. U silap jika u kata i masih bertenaga, maka i boleh adil. Adil itu memberikan hak kepada orang yang berhak",

"ye, abang boleh je beri",

"70% daripada life abang banyaknya adalah kerja, 30% lagi rangkum semua. cukup dah rasanya, tak perlu dah",

Ini bukan bertengkar,ini borak keluarga. Depan aku pulak tu, maka aku hanya menjadi saksi pada perbualan mereka. Sehingga sekarang, baba masih tak mahu walaupun aku sendiri cari untuk dia.

"memang betul lelaki bertenaga sampai tua, tetapi tujuan utama perkahwinan itu apa? seks?", tanya baba kepada aku. Tiba-tiba lidah aku jadi pendek, takleh bercakap.

"perkahwinan berlandaskan nafsu semata-mata, tak kemana pun. ingat tujuan utama, jangan main redah je", tambah baba lagi. Ok ni peringatan untuk aku ke?

"no lah baba, kalau seks yang diutamakan lama dah Zue kahwin. Kan baba dah kata awal-awal lagi, tu just a bonus. Special bonus for legal relationship, so bukan itu yang dimaksudkan. Mungkin ibu nak baba cari lain sebab dia takut baba sunyi masa baba keluar negara sorang-sorang",

"naahh.. masa terluang tu untuk luahkan rasa cinta kepada-Nya. Cukuplah ibu sorang, dia yang baba pilih, dia yang baba dah janji untuk jaga. Bukan kerana dia muallaf sahaja, tetapi rasa sayang baba pada dia...", kata baba panjang lebar tapi aku lupa dah.

"jadi betul ni baba ada single wife je?", 

"nak baba sumpah ke? baba tak punya masa nak fikir soal tu",

***

Maka aku rasa ibu beruntung dihargai sebegitu. Kasih sayang ditunjukkan kepada aku dari kecil, maka sekarang tiba masa untuk aku pula nak memberi kasih sayang kepada isteri tercinta.

"aku nak seorang isteri sahaja",

"kau tak normal Zue..",

"bukan tak normal, aku normal. Kerana aku tahu aku juga tak mampu, hidup aku juga berkisarkan kerja. Siapalah gadis malang yang akan aku sunting tu..",

Aku terfikir, mampukah aku berkahwin ramai jika selepas akad itu aku akan memikul dosa-dosanya?
Aku yang harus mendidiknya, berjayakah aku?

Maka kawan-kawan, fikir dahulu sebelum bertindak ikut hawa nafsu. Fikirkan apa yang akan kita pikul setelah

"aku terima nikahnya...",

Terlekat Melekat : just a simple word "I'm waiting for you sayang.."

16 comments:

  1. ahh..

    tetiba terfikir..

    da ready ke diri ni nak jadi isteri yang tidak menambahkn dosa pada suami.. =__="

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kena fikir sebelum terima, kena perbaiki mana yang kurang. selebihnya bila dah kahwin,saling complete each other. sebab kita semua tak sempurna pun.

      pilihan ditangan kita =)

      Delete
  2. hidup si pnulis ni pun dah sah mcm novel ha...
    dye alien

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pendapat baba kamu..
    perkahwinan memangla untuk menghalalkan perhubungan antara dua bukan mahram..tapi klu suatu perkahwinan tu diambil mudah, maka tak kemana la ia..
    berat tanggungjawab suami ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn cik yana..

      sangatlah budak kan bila menaip tu :p

      Delete
    2. huhu ni bab serius maka kena amik tahu lebih..
      ngeeee (^-^)

      Delete
    3. owh ada part2 jugak la.. bagus2 :)

      Delete
  4. hehe ini dinamakan kematangan berperingkat~~hehe certain part matang certain kurang~~(^-^)

    ReplyDelete
  5. erm, aku selalu gak kenen ke bapak aku mak baru, tapi bapak aku wat dek je, tapi kalau bak menggatal ngorat tollgate girl kan main lagi dia. haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kat toll gate tuh buleh jadi cinta pandang pertama lah..

      Delete

AJK Stor