Thursday 5 July 2012

Silap itu dari aku

....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Alhamdulillah, sihat lagi.
Ramai puasa hari ni? Tahniah.. =)
Aku lambat lagi boleh berbuka.

Hari ni bilik ceria, ibu bawakan banyak bunga segar.
Mungkin sehari dua lagi aku boleh discharge cuma doc suruh aku banyak guna kerusi roda walaupun aku boleh berdiri.
Jack bagi aku cuti rehat seminggu lagi dan masuk kerja.
Ingat 3rd Ramadhan ni nak balik jumpa anak-anak dan bakal isteri ( _ _ )"

Amir masih marahkan aku kesnya aku sound dia.
Sound sebab dia delete mesej dalam twitter aku.
Mesej aku belum baca.
Hari ni dia buka mulut, cakap sebab dia delete.
Aku senyap sebab aku nak chill dah.
Tapi dia masih marah, mungkin sebab selama ni aku tak pernah marah dia macam tu.
Silap tu dari aku, aku tak pernah nak shut down lappy aku dan aku guna Hotot untuk Twitter, Hotot tu kita tekan je terus masuk ke semua tab yang kita dah setting.
Jadi silap aku kat situ.

Iman masih tidur, Amir galang ganti Iman pada aku.
Cara dia, karenah dia, otak dia samalah macam Iman.
Tak center.
Harap Iman cepat bangun dan Amir cepat sejuk.

Dalam marah-marah Amir, dia masih temankan aku.
Yang lainnya dia pakai headset/headphone *tak tahu apa beza.
Jadi bila aku panggil dia tak dengar.
Aku biarkan.

Tadi.. dia nyanyi kuat la.
Lagu Christina Perri , apa dah.. Jar of Hearts eh?
Aku biarkan juga, dia nak karok gamaknya.
Aku bangun nak ke tandas, aku tengok skrin lappy dia.
Oh dia tengah Skype dengan perempuan.
Dan...dan...dan...
Perempuan tu EX dia yang dia putus tahun lepas rasanya.

Aku masuk tandas.... keluar tandas.

"boss, kau rasa ok nggk aku nggk terima dia kembali pada aku?",

Aku faham dia maksudkan perempuan tu.

"atas alasan apa dia nak kembali? bukan dia kata dia nak kawen dengan kekasih dia ke?",

Perempuan tu masa dalam special relationship dengan Amir, dia sebenarnya dah ada balak pun di Brunei. Yup, perempuan tu orang Brunei.

"dia bilang nggk jadi",

"semua keputusan kau bisa buat sendiri", kata aku.

"final decision aku, nggk terima. kerna jika dia mahu aku,cintanya kuat untuk aku nggk akan dia terima yang lain. dan nggk akan dia tipu aku kaya' gitu",

"ok",

"ok aja boss? jadi apa rasionalnya keputusan aku untuk tanya pendapat sama kau boss. baik aku fikir sendiri",

"tu lah sebaiknya. tapi suara kau sedap,lagu tu pun..", lari topik

"lagu tu pun kena boss sama kau",

=.= dalam marah aku sempat lagi perli aku..

Terlekat Melekat :

I learned to live half alive
And now you want me one more time
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul

6 comments:

AJK Stor