Monday, 20 August 2012

OUAUJ

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Selamat Hari Raya...Selamat Hari Raya...Selamat Hari Raya..
Pom pam..pom pamm pomm pommm pommm... Haa kasi efek bibior sikit~!

Sihat? Mestilah sihat kan, kalau tak sihat takkan la ada daya nak baca ni.
Kalau tak sihat pun, confirm tak nazak kan?
Haa..

Entry kali ni aku kasi banyak 'ENTER' sikit,
kesnya nak kasi panjang berjela walaupun isinya kontang saja.
Nak marah aku?
Marah lah,macam aku dengar pulak.

Esoknya nak raya, malam tu aku kena pi kerja.
Sampai dalam lab pun aku pasang lagu raya yang aku download.
Kawan aku duk nanti ja aku nangis ni,
tapi aku rasa depa lupa yang aku ni bab menjaga kemachoan aku,
aku rela tahan sat.
Jadinya aku tak nangis la cuma sebak ja..

Ni baru balik,
tekan phone recorder ada la suara ibu dan baba.
Terus bergenang air mata ni.
Nasib kat rumah tak dak orang,
tapi aku mai crita kat sini jugak.
Kira masih lagi macho cuma kurang la kan.

Baba minta aku buatkan kek coklat untuk dia.
Ibu pula minta aku supaya bersabar. =.="

Nanti entry akan datang,
aku upload la rupa kek tu ye.
Tu pun kalau aku buat la.
Parents aku pun nak beraya dengan aku raya ke berapa entah.
Katanya pi beraya rumah abang aku dulu.
Plan hancur betul.

(Layan lagu Pergi Tanpa Alasan - Eren dulu sat)





Post kat sini jugak lah status facebook yang aku buat tadi,
Due kata panjang lebar dah boleh masuk blog..




  • selamat hari raya,khair mintak maaf andai kata sepanjang kenal kita ada bermasam muka,berkelahi,cakar-cakar muka,tarik-tarik rambut,gigit-gigit cuping telinga,tercuit mana tempat-tempat tak sengaja tu ye. haa..

    kira maaf lah ni,mintak maaf..
    tapi tak janji la tak buat lagi lepas ni..

    makan tu jangan banyak sangat,
    jangan qada' makan untuk puasa lepas,
    karang berat naik penuh wall pulak duk merungut,
    haha..ada yang dah terasa ke..

    makan selagi mampu,
    tapi,
    lebih baik jika makan secara sederhana,
    nanti nak beribadat pun tak la berat badan sangat kan.

    khair ni nak buat ucapan raya atau nasihat dalam pemakanan ni?
    haha..tu la orang kata,manis mulut berbicara.
    tetibe..

    sebenarnya rindu nak conteng wall je,
    tapi mata dah layu badan dah letih,
    baru balik kerja katakan,
    semalam kat sana,
    sampai kuih tart kat rumah pun lemau dah nye..

    mintak diri dulu lah ye..
    jangan duk teringat pulak,
    kalau teringat jugak..pandai-pandai la seru.

    assalamualaikum..


    Ok berbalik pada tajuk utama aku kat atas sana tu..
    OUAUJ - Orang Update Aku Update Jugak
    Update pasal raya.

    Aku mintak maaf (refer kat status facebook)
    Aku bukan tak ikhlas nak mintak maaf tapi ..
    Aku memahami yang korang dah malas baca dan aku pun mengantuk dah nak ulang yang sama.
    Haha..jangan marah ;)

    Jumpa lagi lain masa semua..
    Jaga diri naa.
    Assalamualaikum..

    Terlekat Melekat : andai itu takdirnya cinta kita,biarkan rasa itu terus hidup dan terlukis di jiwa.

3 comments:

  1. slama hari raya.:)

    mana kek coklat :D? hehe

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya missha..

    ada dah,cuma belum update entry.
    sibuk sket :)

    ReplyDelete
  3. waffy...selamat hari raya.. :)

    ReplyDelete

AJK Stor