Wednesday, 3 April 2013

Cepatnya~!

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Macam retiss pulak rasa, cepat benar orang perasan aku deactive facebook.
*bangga jap

Amir cakap dah la aku jarang bukak Twitter,ni deactive pulak facebook.
Tiba-tiba je mood jahat datang terlintas,

"Ehh Amir pun pernah deactive,tapi aku tak tanya pun kenapa sebab hak masing-masing. So kenapa bila part aku,banyak halangan pulak?",

Ibu pun tanya kenapa deactive facebook, ibu ada dalam list friend aku ke? Kalau tak,dia just masukkan password,dia bukan tahu aku deactive ke tak.
Haaa sudah..tapi macam bagus pulak aku deactive kalau ibu ada dalam list friend aku.

Senornya sehari dua lagi aku akan ke pulau,sekarang rehat dah tapi still kerja jugak sikit-sikit.
Ingatnya di pulau nanti nak fokus penulisan dan rehat je.
Lagipun aku sambung study jugak sekarang ni.
Kurang sihat sikit =)

Dah dapat warning ke-2 dari doktor supaya rest betul-betul.
Betul juga,boleh rest dan luang masa dengan family.
Selama ni kerja je lebih, ye dak?
Adik beradik pun berkumpul kat pulau nanti,anak pun datang.

Harap-harap takde la yang buat spekulasi aku benci depa ke,aku nak mati ke sebab deactive tu.
Chill sudah, aku pun macam korang.
Perlu masa dan ruang untuk diri sendiri.

Sorry la deactive mendadak,aku tak bagitahu sape-sape pun.
Tiba-tiba macam-macam fikir.
Doa kita tak putus antara satu dengan yang lain kan?
^_^

Doakan aku:
-supaya study aku smooth
-supaya kesihatan aku makin baik
-supaya masalah kerja settle
-supaya..

Ehh macam demand pulak suruh orang doa banyak-banyak kan?
Haha, apapun jaga diri elok-elok.
Blog ni tak sempat bersawang pun, aku update kat sini je.

Terlekat melekat : SORRY yang jemput majlis nikah bulan 6 tu, aku memang sangat-sangat tak boleh menghadirkan diri. Bukan aku tahu future macam mana tapi jadual aku takleh anjak dah.

Terlekat melekat : SORRY ada buat kawan-kawan marah. Aku cuba adakan diri aku untuk korang, cuma sekarang aku perlu masa untuk diri sendiri. Harap faham =)

Terlekat melekat : Asal banyak sangat ni...ok..stop dulu. =_="



1 comment:

AJK Stor