Thursday, 11 April 2013

Maaf,bebel lagi.

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Manusia ni penuh dengan ragam. Yang itu macam ni, yang ini macam ni pulak.
Jenuh kalau nak puaskan hati satu persatu.
Puaskan yang sini, yang sana pulak terasa macam-macam.
Yelah manusia,ada rasa kan?

Cuma aku nak cakap yang...

"aku tak hidup untuk memuaskan hati orang lain, sebabnya manusia ni tak pernah puas. bodohlah aku,pertaruhkan hidup dan masa aku semata-mata nak puaskan hati orang yang mereka sendiri pun tak pernah nak fikir dua kali apa mereka buat untuk orang sekeliling mereka".

Bahasa kasar sikit kalau yang kawan aku selalu sebut..

"hal kau,hal kau..hal aku,hal aku..kau penting sangat ke sampai aku perlu ambil kisah? kau mak bapak aku?"

Tu kasar sikitlah,aku kasi lembut sikit rasanya.
Sebab kalau korang penat,aku pun sama penat.
Penat dengan karenah-karenah orang.
Yang aku peliknya ramai yang bermasalah ni,mereka cari masalah.
Walhal mereka boleh keluar dari masalah tu.
Tapi mereka degil,duduk je kat situ.

Apa aku harus tolong?
Kau perlukan nasihat?
Pergi ke bahagian kaunseling pekerja.
Aku bukan kaunselor.

Kau perlu duit banyak?
Buat pinjaman bank la.
Aku bukan tempat cop duit.

Kau perlu kawan.
Ya aku kawan.
Aku boleh tolong dengar masalah kau, bincang serba sikit sahaja dan plan apa next.
Tapi bila kau degil, aku dah tak layak tolong.
Adakah aku kawan masa senang je?
Terpulang pada pendapat masing-masing.
Pada aku, aku buat keputusan mendadak bila aku rasa permintaan orang melebihi apa yang patut mereka dapat dan aku dah sampai takat didih.

Maaf kawan-kawan.
Ni bukan entry nak hambur marah ke apa.
Aku bercuti jadi aku cuba untuk relax minda sehabis relax dah tumpu pada hal penting sahaja.

Aku cuma terfikir bila aku dah beri notis bercuti dan aku dah brief seterang-terangnya tentang semua perkara dan pada waktu aku brief aku cakap dengar elok-elok, ada lagi yang contact aku tanya soalan lazim.
Ok sekali dua mungkin aku faham.
Tapi kalau setiap hari sepanjang office hour dicontact.
Baik aku tak payah cuti.

Dan aku buka peluang untuk cold calling aku pada hari Sabtu dan Isnin.
Masa tu call semata-mata tanya,

"kenapa deactivate facebook?"

What?~!!

Sejak bila aku pernah ambil tahu korang deactivate pasal apa, kau update status pasal apa?
Hal tu hal aku,suka hati aku la.
Lagi satu bukan ke korang yang sebidang dengan aku yang merupakan orang-orang bertanya ni tak dibenarkan ada akaun personal untuk facebook ke?
Di UK sebegitu la yang aku tahu..

Dah la tanya..
Tu hal aku.
Korang buat hal korang,buat kerja korang dan jaga diri korang tu lebih pada elok.

Aku tak mahu nak semakkan entry aku dengan bebelan macam ni.
Tapi sebab aku tahu korang baca.
Kalau tak takkan ada permintaan untuk aku taip bahasa standard supaya korang boleh translate.
Dah lah..jangan tambah penat.

*Senyap*


Terima kasih kepada Prof. yang faham situasi dan masalah kesihatan aku.
Sebengis-bengis manusia pun boleh faham.
Nasib baik.

Aku bukan pilih orang yang aku nak layan pada masa-masa tertentu.
Kalau aku pilih,baik aku hadap parents/sibling/anak/future wife aku je.
Ni tak..
Maksudnya aku tak pilih orang pun.
Tolong jangan judge sebab korang tak tahu.

Dah.

Terlekat Melekat : sorry kasar bahasa,aku bukan suka-suka nak cuti. Jangan risau,task korang aku update setiap minggu.

2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan stor~
    bersabarlah..manusia memang aneka ragam maka bersabar selagi boleh..

    p/s: hehe kalau saya off handphone terus huhu~

    ReplyDelete
  2. i like your new style of blog's page.. really colourful.. :)

    ReplyDelete

AJK Stor