Monday 19 March 2012

Aku dan Ibu

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

"ibu korek mulut kalau kamu makan benda tu",

Tu adalah ayat yang dihadiahkan oleh ibu masa aku darjah satu.. Waktu dimana aku dah tahu mana port nak beli makanan ringan. Balik sekolah memang kedai tu akan jadi tempat pertama pergi sebelum balik rumah. Tapi tu tak bermakna aku insaf dan terus berhenti makan makanan ringan. Selalunya duit aku akan lebih 10sen bila balik rumah, jadi bila waktu rehat aku tahan keinginan nak beli makanan sebab aku nak labur duit belanja aku kepada makcik kedai runcit sebelah. Aktiviti ni berlanjutan sehingga aku pertengahan darjah 2.

Kedai tu bukan setakat kedai runcit, tapi ada juga jual asam, keropok goreng, bebola ikan goreng. Heaven gila aku dengan kawan-kawan aku masa tu. Nak dijadikan cerita pagi tu ibu pergi hantar aku sekolah dengan motor Suzuki warna biru yang dah buruk, besi karat-karat dah. Kata ibu, "sayang, ibu ambil lewat sikit petang nanti. Tunggu kat kantin ye, jangan pergi merayau". Masa tu aku rasa semua mood malas aku terbang, sebab petang nanti tak payah aku rush beli makanan ringan,sebab ibu datang ambil lambat.

Loceng tamat kelas bunyi nyaring tapi serak, aku pun cepat-cepat kemas buku dan lari pergi kedai tepi sekolah. Kedai yang macam bangsal buruk beratap nipah. Senyum hingga ke telinga aku masa tu, aku capai gula-gula, jajan, dan ada lagi baki 30sen. 10sen masuk tabung jadi ada lagi 20 sen. Aku fikir sekejap dan aku pergi ke bahagian tepi kedai nak beli keropok goreng, cukuplah aku makan 20sen lebih kurang 5 keping keropok tu.

"makcik..nak keropok 20 sen. letak pencicah sikit dah", kata aku sambil korek saku seluar nak keluarkan duit. Ahh dapat pun duit~! Aku pun pandang makcik tu dan hulur duit nak bayar,

"ye...nak berapa dah tadi?",

Terkejut aku bila aku tengok muka ibu aku duk goreng keropok masa tu. Entah bila ibu aku pergi kawan dengan makcik tu. Ibu aku senyum sampai telinga, mata sepet tu sedaya upaya diluaskan dan pandang aku tajam. Gigi dikatup rapat. Seram dowh~!

"takpelah...tak jadi..", terus aku lari pergi kantin sekolah,duk senyap-senyap tunggu ibu datang. T_T


****


"kak , cuba la. Kalau anak malas nak belajar, mengantuk je dalam kelas, lambat nak faham cikgu ajar memang menjadi ni benda ni..cubalah kak",

"takpe lah dik, akak bukan malas beli tapi anak akak tu dah terlebih pandai",

Tu ayat ibu aku bila dia taknak beli ubat minda yang berlambak dijual. Ibu aku menipu je anak dia ni terlebih pandai, tapi kata-kata tu doa, doa dari ibu pula adalah doa yang dimakbulkan. Sebab tu aku dapat jugak kerja sekarang, habis jugak belajar. Mungkin dari doa ibu yang tak berapa nak doa sangat tu jugak la kan?

Memang dari dulu aku tak pernah nampak ibu beli ubat minda untuk aku. Yang aku tahu makanan tambahan aku sebelum pergi sekolah, ibu akan bagi satu sudu madu dan lebihan di sudu tu ibu calit dan sapu di bibir aku. Ada orang kata tu nak kasi bibir merah, entah lah..

"kalau ada la ubat satu ni..ibu nak beli banyak-banyak",

"ubat apa ibu?",

"ubat tak nak Zue degil,keras kepala",

"dang~!!!"


****


"tadi kan ibu pergi rumah kawan ibu, anak kedua dia yang kahwin hari tu dah dapat anak.Main dengan cucu la kawan ibu tu",

"owh...yeke...baguslah..",

"ibu ni..nak jugak merasa pegang anak kamu tu. Takde la kalau ibu mati, mata tak tertutup rapat",

"dia start dah......" =.="


Lepas arwah tunang aku meninggal, 2 tahun ibu tak sebut pasal kahwin. Masa tu aku tak terasa pun nikmat sebab aku numb je sepanjang 2 tahun tu. Nafsu lari kejap. Lepas je aku center, otak aku naik darat balik, mula balik dah ayat kesian tahap apa entah. Baba aku sampai geleng kepala.

"ibu ni, ayat nak best je..mati..mati...kot-kot Zue ni yang mati dulu",

Baru je ayat last sempurna keluar dari mulut aku,terpelanting bantal kecik kena kat muka aku. Apa aku rasa? Rasa nak gila.. Pheww..
Dulu aku jumpa balik dengan kawan-kawan lama aku, adalah yang single lagi. Bila aku mula rapat, ibu buat ayat yang jauh lari dari maksud asal,

"kalau nanti kamu kahwin, tak tau dah ibu nak gaduh dengan sapa. lagipun umur baru dua puluh teeeetttt , awal lagi kan?",

Lepas aku selidik, rupanya dia tak berkenan dekat kawan aku yang aku duk kawan. Padahal kawan je.. Hurm.. ibu...ibu...


****

Tak dinafikan, dialah tempat aku bermanja, bergaduh dari kecil lagi. Baba pula tempat aku meluah rasa aku tak puas hati dengan ibu aku. Persis anak tunggal gitu kan? Tunggal lah sangat.

Dia bagi racun, dia ubatkan dengan penawar. Dia yang buat aku rasa aku perlu semangat walaupun kadang-kadang aku rasa nak je cari pasal dengan dia. Ibu dan baba, macam isi kelapa dengan airnya.. Kondisi yang berlainan tapi cukup sempurna, saling sempurnakan hidup masing-masing. Aku dan abang dikata anugerah terindah untuk mereka, dan mereka juga paling bernilai dalam hidup aku dan abang.


Terlekat Melekat : line slow sangat, twitter macam takleh on je, inbox fb gila lagi... ahh ok nak buat kerja dulu... tc =)

7 comments:

  1. dah lama x jengah sini (^-^)

    waa menarik2..
    dulu mama dgn ayah pun x prnh bli bnd2 ubat minda mcm tu ayah..
    ayah siap ckp "Budak ni klu dibagi minum air turun dr langit ke ape ke klu xnk belajar x pandai jugak!" hehe ayah la...

    mama plak memang x suka manjakan anak2 huhu..nasib la..tapi disebabkan tu jugaklah yang membentuk kte pada ari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, antara salah satu ayat ibu gak tu..

      "kalau pemalas,memang pemalas lah sampai bila..",

      teguran mereka, sekasar mana pun atas dasar membentuk :)

      Delete
  2. entry2 mcm ni lah yang menarik aku membaca dan terus membaca.. lama jugak kau murung lepas tunang kau meninggal kan..

    Jalan masih jauh, happy beb, hidup tak lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama lah jugak..hilang nafsu tengok orang kahwin.pheww..~!

      thanks :)

      Delete
  3. mothers said the darnedest things ;-)p

    ReplyDelete

AJK Stor