Tuesday, 24 April 2012

Iklan Sebentar

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....





A.S.A.P okay? =)

With care,
ZK.

Monday, 16 April 2012

Sekali lagi

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Dulu orang dah bosan guna facebook,aku baru nak guna.
Sekarang orang punya tweet dah berpuluh ribu, aku baru beribu.

Dulu bila kawan-kawan kata,

"beralih lah..tweet pulak. apa barang fb,leceh..",

Aku akan jawab,

"tweet lagi leceh lah..",

----

Sekarang aku guna tweet sampai limit dua tiga kali, dan sekarang pun dah kena limit.
Sekat la 10 minit je kan, ni lama pulak sekat.
Sesiapa di medan timeline tu terperasan tak aku hilang..
Jeng..jeng...jeng...

Tengah sabar ni menunggu tweet ok balik sambil-sambil tak sedap hati tak senang duduk sebab kereta hilang.
Inform baba, dia kata insyaAllah 24hours akan jumpa.
Hope so lah kan baba..

Baby gemok tu baba yang kasi..
#haish


Terlekat Melekat : Sambil tunggu bluebird, kita kerja dulu ok. ^_^

Sunday, 15 April 2012

Surat 1

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Surat ini aku tujukan kepada cinta aku, buah hati aku,kesayangan aku iaitu bakal isteri aku. Bagi yang menyampah,sila jangan baca bagi mengelakkan anda mencemuh dan mengutuk lantas menambahkan apa yang tak patut ditambah...
Bagaikan surat Aku Janji, insyaAllah dengan izin-Nya semuanya akan terlaksana.

Bismillah..


Assalamualaikum sayang,


Sihat? Makan dah? ( *jap part ni perlu sangat ke aku nak taip? ) Makan banyak sikit, abang tak suka isteri abang kurus cekeding sampai abang boleh bilang satu-satu tulang rusuk sambil buat main gitar. 


Setiap lelaki inginkan isteri yang sentiasa disisi,siang malam tanpa penat dan jemu melayan setiap karenah. Walaupun abang tahu abang tak banyak karenah,tapi nanti abang akan usahakan untuk buat banyak karenah yang mampu membuat sayang pening kepala. Tapi... tapi..tapi , kalau abang masih dengan kerja macam ni, ya macam sekarang ni.. Sayang agak sempat ke abang nak peningkan kepala sayang?


Macam yang sayang tahu,katil abang semasa abang bujang (sekarang) hanyalah hiasan yang melengkapkan nama bilik tidur. Abang tidur di meja lab pun jadi,sempat lah layan mimpi barang seEpisod dua. Abang balik masak dan makan. Abang kembali lagi ke lab sebab kerja abang banyak dan satu kerja makan masa lama sangat. 


Kalau kita ada anak (insyaAllah) , abang ni bukan nak anak sorang dua. Sayang tahu kan abang pun tak ramai adik beradik. Abang mesti la nak juga produce anak kembar, kalau boleh dua tiga pasang ( 6 orang dah ), dan abang nak juga sayang merasa untuk kandungkan single baby kalau boleh seorang dua (3 orang pulak tambah ). Bila dah ada anak nanti, tak kan abang tak nak manja-manja dengan anak abang. Ehh, mana adil. Abang penyumbang terbesar, takkan abang nak buat donno je.. Jadi, kalau abang kerja yang kena lempar kesana kemari, sayang rasa abang sempat ke nak manja dengan diorang?


Abang sebenarnya malas nak tanya soalan berulang kali kat sayang ni.. Jadi kita teruskan dengan plan abang fikir ni..


Abang terfikir nak teruskan kerja abang sekarang untuk setahun dua lagi, dan abang nak urus bisnes baba. Ala baba... bapak mertua sayang yang perasan muda sebab muka tak kedut tu.. Sebabnya,setiap kali abang terfikir tentang tanggungjawab abang sebagai seorang anak.. Abang mesti akan terbayang muka baba kian berkedut dan dimamah usia. Plan abang ni ok ke tak? Tentang abang ipar sayang si Zuhayr tu, abang dah buat keputusan untuk tak push dia. Dia berjiwa pendidik,maka biarkan dia terus mendidik anak-anak muda untuk jadi berjaya macam dia.


Bila abang masuk dalam bisnes baba, abang tak rasa yang abang boleh tinggal kerjaya abang yang masuk keluar lab ni. Jadi,tu plan seterusnya untuk kembangkan bisnes. Sayang jadi partner abang ok? *peluk ketad-ketad.


Kalau plan ni berjaya, ada kemungkinan yang paling Abang nampak ianya akan berlaku dan sayang kena hadapi. 



  • Kalau kerja abang sekarang, mungkin keperluan dan kemahuan sayang abang boleh laksanakan. Tapi kalau dah abang kerja sendiri, abang tak tahu apa akan jadi. 

Dan kalau plan ni berjaya, banyak juga faedah kita dapat.

  • Kita boleh masak, kemas rumah, kemas katil, selerakkan bilik , menanam , bersenam, jamming, berenang bersama-sama
  • Kita boleh proceed buat keturunan berulang kali dan banyak-banyak (macam senang je kan?)
  • Kita boleh honeymoon macam baba dengan ibu tiap bulan.
  • Anak-anak kita nanti abang boleh pay attention macam baba buat kat abang dulu
  • Banyak lagi sayang..so kita buat berperingkat-peringkat ok?
Kita tak tahu apa akan berlaku di masa depan, ini sekadar janji jika abang dan sayang sempat melayari bahtera bersama-sama. InsyaAllah,sama-sama doa untuk yang terbaik.

Salam penuh kasih,
abang


Surat kalau panjang umur..


Terlekat Melekat : manusia hanya mampu berjanji dan janji akan terlaksana jika dengan izin Allah S.W.T . Tetapi manusia tidak kuat untuk memuaskan hati semua pihak. Oleh itu jika kau rasa dia tidak mampu memenuhi hasrat hati kau, maka berpaling darinya dan maju kedepan.. Jika kau tak suka,kenapa masih berdiri dan sakitkan hati sendiri. Majulah juga kedepan.. Tiada siapa mahu menyakiti dan disakiti dengan sengaja.

Saturday, 7 April 2012

Semangat Chef Dolce

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Dah mula rindu ibu dan semua kat sana, apa khabar ye mereka?
Esok dan lusa atau esok sahaja aku tak dapat nak on sebab ada kerja.
Jack kata ni tak main-main dah, memang tak boleh online.

Ape nasib cafeland aku ni?

Sekarang lapar sangat, jadi aku merajinkan diri aku untuk buat pudding.
Pudding paling senang, pudding telur.
Ada juga orang panggil pudding gula hangus.
Dah lama tak buat so aku tak tahu menjadi ke tak ni.

Bila dah blend semua :


  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu esen vanilla
  • telur (aku letak 8 biji)
Dan... dan masa nak blend tu aku masukkan 2 cawan air suam, dan 2 keping roti. Katanya untuk tekstur, dan tak bagi lembik sangat. Aku suka buat pudding yang menggunakan roti sebab kat rumah aku memang banyak roti. =.="

Masa blend tu, pastikan gula hangus korang dalam loyang tu dah siap semua. Aku guna 3 sudu besar gula. Masa nak tunggu gula tu hancur, ambil sedikit sahaja air, sikit dan renjis dalam loyang ada gula tu. 

So bila gula dah hancur,tak la pekat sangat dan tak la pahit. Siap boleh alirkan ke segenap ruang lagi. Masa tu proses pembentukkan pinggang dan mencantikkan bontot boleh berlaku.

Masukkan bahan yang sudah diblend tadi dalam loyang yang ada gula hangus, dan kukus.

( 45 minit ye )


--- rehat tengok Twitter dan dengar lagu jap ---


Ok siap, angkat loyang tadi dan letakkan atas dulang besar yang ada air + ais sikit.. 
Agak-agak suam tu masukkan dalam peti sejuk.
Boleh hidang dan makan dah =)


****

Lepas aku masukkan dalam peti, aku mandi. 
Best betul, segar rasa badan. 
Usai semua aku ke dapur dan aku tengok ada lembaga kat meja yang aku lapik steel.

Ahhh~~~
Dudu~!
p/a aku, aku ingat dia dah tak jumpa jalan balik dah..

"yummy...", katanya.

"ehh~! hold, tak snap picture lagi tu. hancur karya aku...",

So korang aku sempat jugak snap gambar walaupun dah dipotong.
Dudu guna pisau yang tak sesuai, so hancur habis.

Korang pun cuba lah ye, 
aku punya ni tak menjadi sangat.
Warna pudar, so korang boleh kot nak tambah lagi gula tapi hati-hati jangan sampai rentung.


sesuka hati potong je, hancur terus...


Ye... ye aku tahu aku tak reti ambik gambar..
LOL~!


Terlekat Melekat :  lepas ni banyak lagi ak buat, kek karamel tu yang dah lama nak buat, puding roti marble pun lama tak buat...

Thursday, 5 April 2012

Bisikan

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

























Aku rasa banyak yang dengar bisikan ehh?
Hantu apa duk ikut korang ni?

Monday, 2 April 2012

Dah Janji

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Apa khabar semua?
Hidup ok tak?
Ada orang buat kacau kat kawasan korang?
Pandai-pandai jaga diri ye..
Aku jauh~~~

Semalam aku lepak di lab sehingga pukul 8 pagi tadi.
Orang masuk thumb print, aku pulak macam zombie keluar dari lif.
Sampai kat rumah aku rest sejam.
Hari ni aku ke hospital lewat sikit.

Aku teringat semalam aku ada buat entry pasal cocktail berlambak kan?
Atas nama bujang malas maka hari ni aku buat pencuci mulut yang paling simple.
Kalau anak-anak dara kat rumah tu kata,

"ahh malas lah...",

"mak oii... susah lah~!",

Tu aku rasa dah memang virus malas menguasai diri. Parah dah tu..
Bawaklah berjumpa bomoh cacing.
Berpintal usus kot dengan cacing-cacing tu semua.
Sebab tu banyak alasan.

Resipi aku tak letak sebab aku main campak je segala mak nenek,
tup..tup jadi..
So akhak..akhak...abam..abam...adhek...adhek...

Terhasil dari dapur bujang..
Benda senang dan cepat,
10 minit siap..





Bawah loyang (bekas) tu aku dah tabur banyak cocktail,
aku masukkan beberapa senduk puding dan aku tabur pulak lagi..
ni bahagian atas aku tabur sikit.
Ada yang masuk dalam sebab puding masih cair sangat aku dah gelojoh tabur.






Ni rupa selepas aku terlangkupkan.
Ahh aku tahu tak terliur pun nampak,
bukan sebab ni tak sedap tapi cara aku ambil gambar tu tak menarik..
Kan?Kan? Ahhh~~~~!

So aku potong-potong bawak ke hospital masa ziarah tadi.

Ibu kata,

"asal tak guna pembahagi siap-siap tu? baru senang nak potong",

Pembahagi tu plastik/steel yang bentuknya macam slice. Ada 8 slice semuanya. So just letak atas dulang dan masukkan cocktail ikut slice dan tuangkan puding.
Bila puding keras dan terlangkupkan, kita akan nampak cocktail tu macam bentu satu slice cake dah.
Senang nak potong dan tak lah pecah-pecah.
Korang faham tak? Ayat macam keling dah tu..


Terlekat Melekat : nanti aku rajin aku nak buat something yang guna cara double-boiled.

Sunday, 1 April 2012

Esok

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Alhamdulillah selepas solat Subuh pagi tadi Aleesya dah sedar dari tidur yang berhari-hari.
Ada sedikit ujian keatasnya dan dia lalui dengan selamat.
Bangun je mulut dah potpet gaya mak nenek sehingga doktor pun kata dia hyperactive.

Esok pagi ada masa sikit, petang baru nak pergi pejabat.
Aku tengok kat rumah aku tu stok cocktail banyak,
aku terfikir nak buat apa ye dengan benda tu?

Nak simple, mudah, cepat..
So esok lah kita tengok hasilnya..


Terlekat Melekat : pernah makan apam balik yang saiz kecil? garing? manis + masin? sedap..mana mau cari?

AJK Stor