Saturday 7 April 2012

Semangat Chef Dolce

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Dah mula rindu ibu dan semua kat sana, apa khabar ye mereka?
Esok dan lusa atau esok sahaja aku tak dapat nak on sebab ada kerja.
Jack kata ni tak main-main dah, memang tak boleh online.

Ape nasib cafeland aku ni?

Sekarang lapar sangat, jadi aku merajinkan diri aku untuk buat pudding.
Pudding paling senang, pudding telur.
Ada juga orang panggil pudding gula hangus.
Dah lama tak buat so aku tak tahu menjadi ke tak ni.

Bila dah blend semua :


  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu esen vanilla
  • telur (aku letak 8 biji)
Dan... dan masa nak blend tu aku masukkan 2 cawan air suam, dan 2 keping roti. Katanya untuk tekstur, dan tak bagi lembik sangat. Aku suka buat pudding yang menggunakan roti sebab kat rumah aku memang banyak roti. =.="

Masa blend tu, pastikan gula hangus korang dalam loyang tu dah siap semua. Aku guna 3 sudu besar gula. Masa nak tunggu gula tu hancur, ambil sedikit sahaja air, sikit dan renjis dalam loyang ada gula tu. 

So bila gula dah hancur,tak la pekat sangat dan tak la pahit. Siap boleh alirkan ke segenap ruang lagi. Masa tu proses pembentukkan pinggang dan mencantikkan bontot boleh berlaku.

Masukkan bahan yang sudah diblend tadi dalam loyang yang ada gula hangus, dan kukus.

( 45 minit ye )


--- rehat tengok Twitter dan dengar lagu jap ---


Ok siap, angkat loyang tadi dan letakkan atas dulang besar yang ada air + ais sikit.. 
Agak-agak suam tu masukkan dalam peti sejuk.
Boleh hidang dan makan dah =)


****

Lepas aku masukkan dalam peti, aku mandi. 
Best betul, segar rasa badan. 
Usai semua aku ke dapur dan aku tengok ada lembaga kat meja yang aku lapik steel.

Ahhh~~~
Dudu~!
p/a aku, aku ingat dia dah tak jumpa jalan balik dah..

"yummy...", katanya.

"ehh~! hold, tak snap picture lagi tu. hancur karya aku...",

So korang aku sempat jugak snap gambar walaupun dah dipotong.
Dudu guna pisau yang tak sesuai, so hancur habis.

Korang pun cuba lah ye, 
aku punya ni tak menjadi sangat.
Warna pudar, so korang boleh kot nak tambah lagi gula tapi hati-hati jangan sampai rentung.


sesuka hati potong je, hancur terus...


Ye... ye aku tahu aku tak reti ambik gambar..
LOL~!


Terlekat Melekat :  lepas ni banyak lagi ak buat, kek karamel tu yang dah lama nak buat, puding roti marble pun lama tak buat...

14 comments:

  1. Sedap

    resepi berbeza

    maybe akn try

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbeza kat roti je kan?

      kalau nak warna lg ok, tambah kastad pon boleh kot tu..

      ok selamat mencuba :)

      Delete
  2. Hmm...marvallous, yummylicious, delicious. Kalau dekat harus akak gi minta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak nak,rela saya buat yg lain dari awak ambil yang Dudu potong hancur ni.. :)

      Delete
  3. Mekaseh...tak per, nak buat lah jap lagi...resipi pun ada tu...

    ReplyDelete
  4. wa makin rajin update psl mknn hehehe~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. time rajin memang lah , lagipun susah mau dapat makan kat sini. kalau kawan takde memang tak tahu nak pergi cari kat mana restoren.so baik masak kat rumah.

      Delete
    2. huhu xpe2 lg jimat klu msk sndr + mengasah bakat ma~

      Delete
  5. nama lain dia cream caramel eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a yelah tu Ikar, best sikit dengar namanya yang tu.

      Delete
  6. wahhhh...rajimnye abam.....nak try buat jugak la...

    bila rajin

    err.....bilalah mood rajin nak sampai...hehe..apam polkadot n kek tiramisu yg semangat nak buat pon x terbuat lagik...

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apam polka dot tu bg khair susah sbb kena jaga api..takut nt jd apam mekar..

      xpe nnt smpai la tu...

      Delete

AJK Stor