Sunday 29 January 2012

Entry tiba-tiba

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Setelah aku baca entry budak gedik nak tukar produk penjagaan diri yang kononnya memberikan kesan macho dalam diri, aku pun teringat lah jugak pasal kisah aku..

Sebab aku ni mama boy, maka dari dulu harus lah aku berkepit dengan ibu aku kan? Jadi ibu aku tu...yelah..ibu aku tu ...perempuan lah kan? Perempuan ni kalau messy bukan perempuan, perempuan ni nak tak nak dia akan jaga jugak tubuh dia. Jadi aku dari kecil sudah terdedah dengan


  • masker oat
  • masker pisang a.k.a banana
  • masker timun batang a.k.a cucumber
  • masker yang dah siap dekat kedai
  • masker madu
Jap~! Aku bukan nak perkenalkan jenis-jenis masker pun, ahh banyak tak terkira lah jenis-jenis masker dari ibu aku.

Mandi petang harus ibu aku sediakan mandian susu. Bila stress kena makan buah. Hidup jangan stress, kena tenang aje. Seminggu sekali bila jumpa memang azab lagi-lagi weekends, ibu aku akan sental badan aku dengan hampas kacang soya lah.. Arghhh~!!!!

So, harus lah kulit aku licin kan? Hurm... Kalau boleh dulu semua nak yang daripada bahan semulajadi je. Kimia-kimia tolak tepi. Aku ni...ye aku ni..nasib tak jadi 'lembut' je kot. Sebab aku masih lagi nak jadi lelaki sejati, tapi kadang-kadang kawan aku kata aku lembut jugak.. Lembut hati......

Bila dah kerja, dah duduk jauh dari ibu, masa tu lah nak tunjuk yang aku pun reti lah jaga diri aku. Jadi, takde dah masker-masker ni, mandi susu? Lagi la tak. Paling tidak pun aku mandi air aromaterapi je.

Nak-nak lagi bila ...



Time dulu Fahrin tengah naik, aku pun try la usha-usha mamat ni. Ok gak dia, aku pun tilik muka dia..Tilik..tilik..

"ehh ni tak leh jadi, dia lagi ensem dariaku larhhh~!!!!",

Maka dengan akal yang tengah tak center + kurang panjang akal = kurang cerdik, aku pun guna la produk ni. Dengan alasan, muka aku berminyak.Yeah...~!! Ok pakai.. pakai...pakai...habis la 1. Aku pun tilik la muka aku.. tilik...tilik... 

"boleh tahan gak aku ni.. ok lah,kira berjaya lah...",

Aku pun stop produk ni setelah aku rasa aku setanding dengan Fahrin ni. Punyalah perasan tak hingat dunia..

Ubat ketiak.. Mula-mula aku pakai Rexona, lepas ni gedik tukar Nivea. Habis sebotol aku pun tahu yang bau ketiak lelaki ni penawar kepada stress. Aku pun malas la nak beli yang lain, aku pakai bedak je. Tengahari time panas tu aku sengaja lalu depan kawan-kawan aku, tak dengar pulak mereka bebel bau badan. Aku pun pergi duk tepi ibu aku, bila duk tepi ibu aku suka angkat tangan ke penyandar sofa dan duduk dekat-dekat ibu. Jadi ibu aku pun senyap jugak.. bila aku tanya dia kata takde bau masyem atau busyuk pun.Aku pun tak pakai lah lepas tu.... Tapi gara-gara ...




Ye~! Gara-gara dia duk lari semata-mata nak kejar perempuan tu , aku pun beli gak lah. Kat sini tak fikir panjang lagi. Aku pun pakai lah...pakai...pakai...lepas tu bila takde pun perempuan aku nak kejar, aku pun terus tak pakai. Kalau rasa stress sangat je pakai sebab bila stress badan kita boleh berbau kurang best sikit.

Syampu aku tak tukar, shower gel pun aku tak tukar.

Nora Elena, Stanza Cinta, Ombak Rindu .. Semua naik kerana Aaron Aziz~! Aku mula stress balik, akal pendek aku pun datang balik. Aaron Aziz pulak duk tengah jadi duta untuk produk pencuci muka, terus aku beli,



Dan aku masih lagi guna sampai sekarang.. Yerp sampai sekarang. Sebab? Aku tak transform jadi kacak macam dia lagi. Sebab bila aku ambil gambar, aku tak nampak kurus macam dia pun... Haha..ok gurau~!

Aku guna seminggu sekali je kot, ke time tak selesa dengan muka je aku guna..

Macam ni lah aku... Tapi aku nak cakap, sama je kot pencuci muka mana pun. Aku nampak sama je..

Terlekat Melekat : sempat aku update tengah buat kerja..hoho..ok nyte all ;)

7 comments:

  1. mudah terpengaruh betul...


    *mesti budak yg tuka produk tu macho betul kan..?

    ReplyDelete
  2. dia menangis ke? kalau menangis..macho lah :p

    ReplyDelete
  3. korang cerita budak gedik mana ni?

    ReplyDelete
  4. ingatkan aku sorang saja yang asyik tukar-tukar. rupanya ada member plak.

    ReplyDelete
  5. Fikar : aku rasa dah backlink pun pasal budak gedik tu..huhu..*Budak Senget


    Mawar : mudah terpengaruh punya pasal memang lah...pupu..

    ReplyDelete

AJK Stor