Saturday 14 January 2012

Jawab soalan

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Entry nak jawab soalan-soalan dari kawan-kawan aku.
Cakap dekat Cik Nget nak rehat, ok tengah nak rehat la ni.

1. Perasaan kau bila mula-mula naik kereta mewah baba kau.

Aku faham kat sini kereta mula-mula baba aku lah kan? Perasaan aku.. suka sebab aku fikir bila ada kereta, baba boleh bawa aku dan ibu jalan-jalan. Kereta Proton warna putih. Baba beli masa aku darjah berapa dah aku lupa. 5 ke 6 entah. Kereta tu cantiknya tak lama sebab ibu bawa secara ganasnya, rempuh tiang la, pokok la, nasib tak rempuh orang je. Dan 'kereta mewah' dimata aku adalah kereta yang beli dengan hasil titik peluh sendiri.


2. Perasaan kau bila kau dilahirkan dalam keluarga yang serba ada.

Aku nak senyum boleh?
Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba ada, tu aku mengaku. Tu semua gara-gara family baba aku yang kuat berniaga. Family ibu yang suka usaha dan cari jalan untuk maju.

Aku cerita sikit pasal family ibu dan baba ye?

Family ibu aku memang menetap di Jepun sebab asal sana. Dulu ibu kata atuk aku ni ada bukak kilang tapi aku lupa kilang apa. Bila ibu tengah belajar dan dah nak habis dah kot, atuk aku pun nak bukak kilang buat arak. Sebab kemungkinan untuk berjaya tu tinggi. Lepas dia tahu ibu nak masuk Islam, dia terus berhentikan pembinaan kilang tu. Roboh balik semua dan keluarga ibu rugi banyak sangat masa tu. Ibu aku ingat atuk aku mengamuk jadi ibu bawa diri ke universiti dia dan tak balik. Lama kelamaan ibu rindu mama dia dan dia balik senyap-senyap. Ibu terkejut bila tengok tempat kilang tu tadi dah ada bangunan tapi tak besar pun. Atuk aku buat roti secara kecil-kecilan. Sekarang bakeri lah, dan ada tambah produk baru serba sedikit.

Baba pula asal Sabah, dari aku tak wujud lagi memang family baba dah buat bisnes. Bila baba aku dah besar, kahwin dan ada family sendiri, dia mula mencari sumber baru. Makanya aku boleh katakan apa yang aku rasa dari kecil tu banyaknya dari usaha baba sendiri. Dan aku bukan senang dari aku bukak mata tengok dunia. Family aku susah lah,makan tu makan lah cuma makan basic.

Bila aku naik darjah 1, aku nak itu...aku nak ini.. Aku tak faham bila baba aku kata "sayang, insyaAllah nanti baba belikan". Apa yang aku faham bila aku mintak aku nak benda tu depan mata dah. Pernah beberapa kali bila masa makan, baba akan letak nasi dalam pinggan besi yang besar sikit. Ada telur rebus dan kicap, baba suap kat ibu, aku...ibu...aku...ibu...aku...dia...ibu...aku..ibu...aku...ibu...aku...dia. Kira lah rationya. Aku hanya tahu buka mulut dan makan, aku tak faham bila baba kata "kita kongsi ok".

Hey kawan, apa kau nampak hari ni bukan aku yang dulu. Aku pernah lah pakai baju kuning karat, aku pernah lah pakai kasut buaya walaupun ibu jahit berapa kali dah kasut aku tu. Aku pernah lalui saat sukar juga. Jadi aku faham bila kawan-kawan aku kata "aku anak orang susah".

Baba dengan sikap tak nak susahkan orang tua, ibu pula semangat Jepun yang kuat berusaha. Maka hari demi hari mereka fikir untuk hidup lebih baik.

Bila besar sikit family aku kira cukup-cukup makan. Ibu akan kata

"maaf sayang, semua yang sayang nak ibu dan baba tak dapat belikan",

"mana ada saya nak apa-apa", kata aku yang memang dari kecil guna saya bila cakap.

"ibu tahu sayang nak apa yang kawan-kawan dapat kan? nanti ada duit ibu belikan ye",

"tak apa ibu, saya tak perlukan benda tu. mereka ada apa yang saya tak ada. dan saya juga ada apa yang mereka tak ada",

"apa zue ada?", tanya baba sambil menulis

"saya ada baba dan ibu yang hebat, mereka juga ada tapi mungkin tak sehebat ibu dan baba saya",



3 . Apa buat kau bangga dengan ibu dan baba?

Apa buat aku bangga... Mereka berusaha dari bawah walaupun pada ketika tu mereka ada semuanya.



4.  Seronok tak belajar kat negara orang?

Seronok sebab masa kat sana aku berpeluang kerja part-time, dan bayar sendiri duit sewa rumah dan beli sendiri barang yang aku nak tanpa minta duit dengan baba dan ibu.


5. Azam kau.

Azam? Setiap tahun aku akan cakap azam aku tahun ni nak jadi baik. Tu je.. sebab dalam baik tu banyak. Yang paling utama aku nak bahagiakan baba dan ibu.


Siap... ~!!!!
Kawan, kesenangan tu tak datang dengan senang.
Usaha.. tawakkal..
Jalan itu harus diredhai..

Terlekat Melekat : biar apa orang nak kata, kita tahu kebenarannya.

7 comments:

  1. testing testing komen box baru dia..

    baba kau buat busines construction ke skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kat Cik Nget sebab meng'edit'.

      baba aku wat keluar masuk barang je.

      Delete
  2. ermmmm nice entry.... tingat zaman dolu2 yg penuh kesukaran :(

    ReplyDelete
  3. Cik Tyee : setiap orang akan ada part susah. cepat atau lambat je


    Mell : =)

    ReplyDelete

AJK Stor