Wednesday 11 January 2012

Mahu cuba

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebelum presentation pagi tadi, aku lepak kat bilik a.k.a pejabat aku.
Nak tunggu sorang-sorang datang tu bukan main lambat lah kan.
Pukul 8.45 pagi nak start dah, 8.00 pagi aku sampai duduk sorang-sorang dalam bilik meeting ambil semangat.
Pukul 8.10 pagi sorang client dari Jepun datang.
Ni lah sebab ibu aku banggakan bangsa mereka, tiba awal.
Bagus~!

45 minit masa terluang, aku senyap je sebab client tu pun macam ada je urusan dia.
Bosan... ahhh.. ~~~~~~
Pandang kiri... pandang kanan... atas.... bawah....depan
Aik~!!

"pasaipa Amir duk lambai-lambai tu..haish", aku pun berjalan kearah Amir. Belum sempat aku tanya kenapa, dia terus

"nah, punya kamu..", lalu dia mem'blah'kan dirinya. Aku pegang pandang... "heh?", sambil angkat kening sambil belokkan mulut. "novel?", dekat kepala penuh tanda soal.

45 minit aku terisi dengan membaca novel . Hah novel ape?
Novel Melayu, kalau English kena baca malam masa suasana sunyi.
Sebab ayat dia...ayat dia..pehh...
Lepas baca, terasa macam ada wife kat sebelah ni. =.=


***

Selepas tamat presentation, aku masuk bilik. Dah siap ada coffee pun atas meja, ini sudah bagus.
Coffee dan novel, so aku 'hold' masa sekejap memandangkan semua sibuk dengan hal masing-masing.
Aku x ada kerja ke?
Presentation tadi tu kerja aku la..
Senang?
Lutut senang.. haaa... belum tidur ni. T__T

Dah la semalam down gila.
Baba, ibu, abang semua sibuk.. Mencik~!

"Zue, kau nak balik dah kan? Drop aku kat rumah, kereta aku baru sampai", baru nak kumpul balik sedih Adlin pulak dah datang. So aku balik rumah dengan Adlin.

Ohh lupa pulak nak cerita... Pasal Adlin.
Dia dah tinggal dengan aku.
Macam ni ceritanya...

Adlin x duduk rumah yang company sediakan sebab jauh katanya, dan aku pulak memang kawan dah carikan berdekatan dengan company. Adlin pulak beza 1 taman lah dengan aku.
Kalau korang nak tahu kat sini (bayangkan rumah teres berhadapan..panjang) , nombor rumah tu memang lain lah kan, tapi poskod pun lain. Nampak x betapa luasnya kawasan.. pening posmen.

Entah gila apa owner rumah Adlin tu bagi notis 24-jam untuk pindah. Kesian...
So rumah aku ni kalau kira dalam 3 1/2 tingkat.. kira 4 lah senang.
Masuk rumah, ok ni tingkat yang 1/2 tu..just ruang dan perabot sikit.
Belok kiri turun sikit dapur, turun sikit ruang tamu,lepak dan bilik-bilik.
Belok kanan naik sikit macam dapur tapi x guna dan naik sikit bilik-bilik..
Kalau terus belok kiri tadi, jumpa bilik kan? Turun lagi, tu bawah tanah.. Ada library, bilik Amir , bilik lepak dan pintu sambung ke garage.

So... aku pun cakap kat Adlin

"wahai adindaku yang cantik rupawan.. kau boleh duduk rumah aku tingkat atas.. nanti pintu masuk ke tingkat atas sebelah dapur yang aku x guna tu kau kunci. so kalau nak masuk rumah kau nanti kau boleh guna tangga luar rumah atau pintu dekat dapur tu kau buat je as pintu masuk kau",

"ohh baiknya kau kandaku yang hensem... ehh jap, dapur x sekali ke..alaa...",

"dinda, kalau dapur sekali ke x sekali ke.. kau jugak kena masak masa aku malas", dengar je tarus Adlin mencebik.

Ok Adlin pun pindah masuk rumah aku.. Dia duduk dengan adik lelaki dia. Ok baru aku terfikir aku belum lagi bertegur sapa dengan adik dia. =.="

Korang baca x tadi yang aku suruh Adlin masak?
Aku lupa yang aku banyak kerja kat rumah, Adlin banyak duduk pejabat.
Adik dia dan adik aku Iman jarang balik..
Amir ? Pun sama...
Demm~!!!

Ingat ramai duduk makin meriah..
So kawan-kawan aku yang free, jiran datang la lepak kadang-kadang...

Banyak pulak aku cerita pasal Adlin, aku tengok title baru aku ingat aku nak cakap apa tadi.. ceit~!


***


Balik rumah aku sambung baca novel tu, dan habis..
Sekarang aku masuk library jumpalah novel siapa entah..Puteri kot.. dan aku baca lagi..
Novel jiwang la kan..

Untuk apa aku baca?
Aku tengah nak kumpul mood romantik.. aku layan jugak movie Korea..
Berjaya ke x?
Macam x je..
Hurm,,,

Tu je aku nak melalut sebenarnya

Terlekat Melekat : aku nak saman Mark sebab pilih kasih~!

8 comments:

  1. tak tido lagi rupanya..
    mmg patut pun mark pilih kasih..

    pergi tido laaaa....!!!!



    selamat beromantik..
    mencari jiwa untuk pnulisan WK..

    ReplyDelete
  2. selamat kumpul mood romantik.
    aku tak sabar nak muntah hijau.

    :)

    ReplyDelete
  3. nget : i x tido la u...line i gilak.. knp mark patut pilih kasih?

    perlu bantuanmu..


    mell : hoho payah..payah...mmg tgh kumpul

    ReplyDelete
  4. mark mahu bagi peluang utk kamu berehat..

    ye..berehat..

    hohohoh..

    tapi xpe la..da slmt pn keluar dgn jack.. :P

    ReplyDelete
  5. aku syak rumah ko mesti rmaai orang ni...


    kompleksnya aku nak pahamkan struktur sosial kau ni Zuemiey...

    ReplyDelete
  6. fikar..sesungguhnya..pagi - petang aku sorang je kat rumah..mlm...ada la 3 org ..huhu


    errk

    ReplyDelete
  7. khair,

    kalau sokmo sorang2 mmg tak syok kan?

    dill.

    ReplyDelete

AJK Stor