Thursday 19 January 2012

Mengidam Lagi~!

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Tiba-tiba aku teringat pada seorang kawan masa sekolah dulu gara-gara mengidam nak makan aiskrim.

Masa ni aku dah naik tingkatan 1. Perangai? Sebaik-baik jin sama macam sejahat-jahat manusia kan? Aku ni kira separa la. Kaki mengorat? Yup , aku lah tu. Kaki mengusik cikgu cun? Tu pun aku jugak la. Semua aku nak rembat, senior pun aku main kenyit je mata. Tak dapat aku sebagai balak, adik angkat pun jadilah. Siapa untung? Aku lah untung, setiap hujung minggu ada je stok makanan aku dapat.

Naik tingkatan 2, masih gatal lagi. Bertambah-tambah kegatalan aku masa tu, tapi aku tak layan junior. Pehh, ape barang nak layan junior. Semua comot-comot je lagi. So aku masih lagi pandang senior dan cikgu muda yang single. Nafsu besar kemain.. Masa tu aku ni memilih la nak berkawan dengan siapa, aku pilih best student, pengawas je.

Tiba-tiba...

Di suatu hari, aku malas nak makan kat cafe. Dewan makan lagi aku malas nak masuk, dengan crowded tak hengat~! Aku pun beli la roti sebungkus dan air milo ais. Masuk kelas curi-curi makan dalam kelas, baru je nak suap roti kat mulut, aku tengok la ada seorang kawan sekelas aku. Lelaki, kurus keding, muka standard Melayu, baju kuning karat. Nama dia Saiful, aku panggil Sepu. Aku memang benci lah dia, sebabnya dia senyap. Bila orang buli dia pun, dia senyap. Aku terus mati nafsu nak berkawan dengan orang macam tu. Tapi sebab aku terdetik kesian, aku pun pergi la kat tempat duduk dia. Dia tongkat dagu kat meja,

(telah di standard kan bahasa dari loghat Kelantan)

Aku : weehh, x gi makan ke?

Sepu : *hanya geleng kepala

Aku : bisu?

Sepu : *henya geleng kepala lagi..dan lagi

Aku : apa masalah kau ehh? aku rasa aku duk dalam kelas pandai dah. ada jugak yang macam ni.

Tapi dia memang pandai pun.. Sebab tu dia dalam kelas tu. Ayat aku sangatlah .... Kejam. Ok teruskan dialog.

Sepu : aku demam...

Aku : demam? *spontan tangan aku hinggap ke dahi dia* , wehh panas ni~! baik rehat je.

Sepu : tak pe, ok lagi ni.

Aku : aku ada ubat, nanti jap *berlari ke beg* . nah...makan ubat tu. tapi kau dah makan belum?

Sepu : belum..

Aku : nah ambik air dengan roti ni..makan..

Sepu : kau?

Aku : aku ada duit lagi, kau makan je.

Nak jadikan cerita tu je duit last aku, semalam kena curi dengan budak mana entah. Tak pasal-pasal aku sumpah pencuri tu. Ish~!


***

(Hujung Minggu)

Balik rumah la apa lagi kan, hari nikmat budak asrama. Maka tunggulah semua pelajar dekat ruang legar, menanti mak ayah datang ambik. Dari jauh aku nampak kereta baba, aku pun angkat beg dan pergi lah. Masuk kereta, cium-cium... Balik..

Dalam perjalanan aku nak balik, aku nampak Sepu. Berjalan dengan beg besar, dah la dia kurus keding. Takut aku kalau dia patah rusuk, jadi aku pun suruh baba berhenti dan tumpangkan dia. Mula-mula dia menolak, bila aku mula nak bukak mata baru dia masuk.

Baba : Saiful, rumah kat mana..

Sepu : emmm...

Aku : baba aku tanya tu, jangan la wat bisu

Baba : Zue.. apa cakap macam tu. Saiful, rumah kat mana nak?

Sepu pun tunjuk la jalan pergi rumah dia. Sampai je, terus ramai kanak-kanak keluar. Ramai betul adik-beradik Sepu. Rumah dia standard rumah kampung yang ada perigi paras lutut. Bahaya~!

***

Lepas je hantar Sepu balik, aku dengan dia makin rapat. Ayah dia meninggal dah, mak dia jual kuih. Masa ayah dia ada, dia senang la jugak. Tapi ayah dia tak tinggal harta pun.

Asal hujung minggu je aku pergi la rumah dia, mak dia buat aiskrim dalam plastik tu. Macam-macam jenis ada, adalah untung sikit tu.

Lepas PMR, aku pindah sekolah. Sepu masih di sekolah tu, tapi bila aku balik cuti je aku pergi jugak rumah Sepu. Bila SPM, dapat je result dan balik rumah je aku pergi rumah dia. Alhamdulillah, keputusan dia pun cemerlang.

Sekarang?

Jadi pensyarah dekat KPTM dan Open University Malaysia. Sudah berkahwin dengan seorang 'domestic engineering' yang cun melecun dan ada anak 4 orang dah. Zulaikha, Athirah, Helmy, Aiman.. Katanya Helmy tu sempena nama aku. Terharu~!

***

(2011)

Aku pergi rumah dia, dia duduk rumah mak dia yang dulu tapi dah ubahsuai jadi besar dah sekarang. Masuk je rumah, pergi salam dengan mak dia. Soalan pertama,

Aku : makcik wat lagi tak aiskrim?

Makcik : buat, nak ke? pergi ambik sendiri. buat je macam rumah sendiri Zue.

Aku ni bukan pemalu pun kalau dah orang bagi green light, aku duduk la kat dapur dengan kawan aku sambil borak-borak.

Sepu : Zue, segannya aku. Datang rumah aku kau makan aiskrim asam tu..

Aku : aku punya suka la, dah memang aku suka..

Sepu : memang la tapi aku segan

Aku : sebab?

Sepu : level..

Aku : aku debik gak kan, manusia sama je.. bulu sama je itam..sama je..sama..

Sepu : ish..kesitu lak. yelah, makan-makan..aku belanja sepeti..


------------


Terlekat Melekat : maafkan aku kawan andai kata aku pernah berkasar dulu..



aku ambil kat sini




yang ni feveret


Terlekat Melekat II : jagung, bandung, asam boi, dan.... bubur kacang~! ahh mengidam...

5 comments:

  1. sob..sob...sob...


    aiskrim asam tu mmg best..!

    ReplyDelete
  2. awak bancuh ngn kordial je ke atau rebus siap?
    rebus tu macam lambat je..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bancuh dengan kordial..

      err..xpenah pulak jumpa yg rebus siap..

      ade eh.?

      Delete
  3. bukan la..kita rebus sendiri la..
    sebab tengok kat satu blog ni, dia rebus..asam tu jadi kembang gilak~!

    tapi rebus2 ni leceh..so xyah lah wat rebus.

    ReplyDelete
  4. umah aku ada zue,x makey pon..sebab semua batuk + flu.mari ambik deh.

    ReplyDelete

AJK Stor