Monday 2 January 2012

New Year Celebration

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Adalah tidak menjadi kewajipan sebenarnya untuk meraikan tahun baru pada 1st Januari setiap tahun. Aku x sure lah pulak kalau agama lain ada waktu tertentu yang disebut sebagai tahun baru bagi penganut mereka. Islam aku tahulah ada.

Adalah seorang hamba Allah bagitahu aku, x salah pun sebenarnya nak celebrate. Tapi jangan melampau. Yup, aku setuju statement tu (kalau ada hukum kata haram, sila inform ye). Semasa aku study dekat Dublin dulu, malam new year je akan ada party. Party kecil atau grand party, gay party, lesbian party, semua party lah ada. Kat rumah aku pun orang datang berkumpul.

Ok aku bukan nak cerita pasal gay party atau lesbian party yang 'best' tapi aku nak cerita pasal 1 Januari malamnya. Selalunya masa study kawan-kawan akan datang ke rumah aku, tapi kawan muslim akan datang pada petang untuk majlis kesyukuran dan malam pulak kawan-kawan non-muslim, ada jugak muslim datang. Malam tu makan-makan sambil borak + main game je sebab nak celebrate birthday aku la kononnya. Bila kat rumah, aku buat makan-makan dengan family je. Belum ada istilah celebrate birthday secara rasminya.

So semalam, ibu ada buat lah makan-makan. Aku jemput kawan sepejabat, tapi ramai x boleh datang sebab ada hal. Boss aku Jack datang, siap tolong angkat-angkat barang lagi. Bagus betul dia...
Petang tu ibu ada bagitahu yang malam nanti akan ada tetamu istimewa, so aku just tunggu.

--------

(Malam)

Ramai kawan-kawan datang, duk makan-makan. Nak buat kat luar, kesiantakut sejuk so buatlah dalam rumah. Tapi ramai kawan-kawan aku terkesima dengan peraturan bukak kasut bila nak masuk rumah. Tapi mereka buat jugak. Musik ada...musik tu kawan-kawan aku ada yang nak test suara, mereka test. Kalau x ada, x ada la musik. Aku tengah-tengah borak dengan Steven, datang sorang tepuk belakang aku. Aku pandang , terkejut beruk jugak la bila nampak Misha. Bila masa pulak dia sampai, so layan Misha kejap.

X lama lepas tu aku nampak 2 warga emas ni, aku pergi dekat rupanya atok dan nenek belah ibu. Lama dah x jumpa mereka, last jumpa masa aku pergi Jepun lepas Tsunami. So borak dengan mereka, tanya pasal rumah kat sana. Semangat Jepun untuk x kalah tu masih ada, atokaku kata lepas je reda Tsunami tu terus bangunkan rumah baru. Sekarang rumah dah cantik pun.

Lama-lama tu kawan aku makin berkuranga sebab mereka nak pergi party kat lain pulak. Sorang-sorang... last sekali Jack yang balik, Misha dan grandparents aku masih lagi ada, mereka bermalam kat rumah aku. Lepas semua balik,baru aku rasa lapar so aku ke dapur nak tengok ayam yang aku panggang dah masak ke belum. Jadi chef sekejap aku malam tu, cong..ceng...cong...ceng kat dapur.

"adik......",

Aku terdengar suara macam memanggil tapi panggil aku ke? Aku dongak kepala, pandang tepi. Ada seorang lelaki intai dari tepi dinding, aku pandang. Muka macam Cina.

"buat apa tu?", tanya dia lagi

Aku just tunjuk pada ayam yang terbongkang atas dulang, "tunggu kat luar, kejap lagi Zue hidang", kata aku dan lelaki tu pergi. Aku sangka tu mungkin kawan Misha, atau sesiapa. Aku x cam pun muka..

Lepas potong-potong ayam, aku pun hidang kat luar dan nak makan la. Perut dah bergendang dah, baru je aku nak ngap ayam tu satu cubitan singgah kat pipi aku yang mulus ni.

"adeiiihhhhh...adeiiih...", aku mengaduh

"orang panggil dia jawab acuh  x acuh je kan?", tanya lelaki tadi. Aku pandang dia dalam-dalam, jantung berdegup kencang.

"abang?", tanya aku. Segera aku bangun , terketar-ketar rasanya lutut. Macam x percaya abang aku yang aku berpisah 23 (24 dah la kot) tahun berdiri depan aku. Ape lagi? Peluk ketat-ketat la.... Sebak semua ada masa tu, rasa gak nak menangis sebab tengok ibu dan baba menangis. Tapi bila pandang Dhiya yang sedang buat muka serius, terus mood menangis hilang terbang melayang.

Hah~!!! Ok masih lagi x percaya, abang depan mata. Lagi kacak kat luar, muka kebapaan terserlah. Sangat good-looking kat mata aku.

Berborak dengan dia yang fasih bahasa Melayu memang menyenangkan kerja aku. Tapi try bercakap loghat Kelantan, terus dia tanya tu apa benda.

Duduk di luar rumah yang sejuk menyengat, duduk atas buai sambil tengok langit. Berborak, rasa sebak muncul balik. Tiba-tiba rasa ada titisan hangat mengalir di pipi yang sejuk.

"kenapa menangis?", tanya abang

"entah...terharu kot. entah tahun depan dapat ke x macam ni lagi",

"tahun depan, akan bertambah bagus", kata abang

Lengannya dipaut ke leher aku, ditarik ke tepinya. Pipi bertemu pipi, pandang langit... Aku baru rasa kehangatan seorang abang.

"ibu x salah... jangan salahkan ibu pasal tinggal abang", pinta abang

"ye..baik...", jawab aku ringkas.

"terima kasih sebab jalankan kewajipan sebagai seorang adik dengan sangat cemerlang. lepas ni tolong jagakan lagi.. abang duk kat sana, entah bila pulak jumpa",

"ye...baik...",

"sensitifnya, memang adik lah..kaki menangis", sakat abang

"terima kasih buatkan sardin roll, sedap", ketika aku belajar di Dublin, abang aku belajar di Dublin juga cuma universiti yang berlainan. Ibu dan baba akan melawat abang dahulu, baru melawat aku. Setiap kali ibu datang, dia akan bawakan sardin roll untuk aku. Sekarang aku tahu,sardin roll tu abang yang buat...bukan ibu.

"esok abang buat untuk sarapan",

Mata kami menatap langit, aku tersenyum.. Mahu saja panggil Doraemon untuk berhentikan putaran jam. Nak duduk kat situ berjam-jam dengan abang.

"bila nak kawin?", tanya abang

"soalan jangan nak rosakkan mood ok",

Abang hanya ketawa kecil...diikuti dengan aku


---------


"korang, masuk... nak bergambar", laung Dhiya. Aku dan abang masuk, aku ambil camera dan setkan masa.

"tunggu kelip ketiga... senyum ok...", kata aku yang sedang berdiri di tepi ibu.

1...2...."belebokk~!!!" (belebook : aku selalu dengar orang Kelantan sebut bila nak cakap sesuatu jatuh)

"camera~!!", ok faham kan? camera aku jatuh, bersepai~!

"x pe, abang ada bawa camera abang", pantas abang set dan kembali ke tempat duduk untuk mengambil gambar. Aku senyum sambil dalam hati memaki diri sendiri yang cuai.



Terlekat Melekat : genius dalam pelajaran x bererti genius dalam menguruskan hidup.

13 comments:

  1. kata xde nangis2...


    nyesal puji orang yg nangis tu macho~~!!!


    arghhhhhhhhhhhhhhh..

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah..akhirnya dpt jgk zue jmpa dgn abg zue kn...Sara tumpang gembira utk awk berdua.. =)

    jap,cice nk bt ayat ckit...

    Pd suatu hari zue jatuh belebok dr katilnya...heee ;)

    ReplyDelete
  3. salji masuk mata la shila..hahahah...tp agak macho gak la kan.sbb suara sy lagi kasar dr abang


    Sara : thanks :)

    "hati sara jatuh belebook pada si dia"

    ReplyDelete
  4. wlcm =)

    ''hati sara jatuh belebokk pd ''Daniel Henny'' ;P

    ReplyDelete
  5. Ui, manja2 betul abang adik ni.. uhui..


    Dhiya tu sapa pulak?

    ReplyDelete
  6. fikar : dhiya tu calon bini yg ibu aku nak kasi untuk aku..merangkap anak angkat ibu,dia ikut p uk..dia baru habis belajar..x keje lg.


    chenta : amboi...haha

    ReplyDelete
  7. =) sara mengaku dgn zue je..tuan punya badan xtau pn ....heee..wink..wink...

    ReplyDelete
  8. Daniel Philip Henney tu ke..lala..haha kelakar sara...

    ReplyDelete
  9. nie mesti p search dlm google cari nama bf sara ni...haha ;P

    ReplyDelete
  10. haruslah sara...
    tapi sebelum search tu duk gaduh ngn abg dulu..abg kata philip sy kata henny..hambik...

    ReplyDelete
  11. hak3...cian kat awk berdua..duk gaduh2...rupa2nya Philip n Henny 2 org yg sama je...kih3 ;P

    ReplyDelete

AJK Stor