Sunday 15 April 2012

Surat 1

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Surat ini aku tujukan kepada cinta aku, buah hati aku,kesayangan aku iaitu bakal isteri aku. Bagi yang menyampah,sila jangan baca bagi mengelakkan anda mencemuh dan mengutuk lantas menambahkan apa yang tak patut ditambah...
Bagaikan surat Aku Janji, insyaAllah dengan izin-Nya semuanya akan terlaksana.

Bismillah..


Assalamualaikum sayang,


Sihat? Makan dah? ( *jap part ni perlu sangat ke aku nak taip? ) Makan banyak sikit, abang tak suka isteri abang kurus cekeding sampai abang boleh bilang satu-satu tulang rusuk sambil buat main gitar. 


Setiap lelaki inginkan isteri yang sentiasa disisi,siang malam tanpa penat dan jemu melayan setiap karenah. Walaupun abang tahu abang tak banyak karenah,tapi nanti abang akan usahakan untuk buat banyak karenah yang mampu membuat sayang pening kepala. Tapi... tapi..tapi , kalau abang masih dengan kerja macam ni, ya macam sekarang ni.. Sayang agak sempat ke abang nak peningkan kepala sayang?


Macam yang sayang tahu,katil abang semasa abang bujang (sekarang) hanyalah hiasan yang melengkapkan nama bilik tidur. Abang tidur di meja lab pun jadi,sempat lah layan mimpi barang seEpisod dua. Abang balik masak dan makan. Abang kembali lagi ke lab sebab kerja abang banyak dan satu kerja makan masa lama sangat. 


Kalau kita ada anak (insyaAllah) , abang ni bukan nak anak sorang dua. Sayang tahu kan abang pun tak ramai adik beradik. Abang mesti la nak juga produce anak kembar, kalau boleh dua tiga pasang ( 6 orang dah ), dan abang nak juga sayang merasa untuk kandungkan single baby kalau boleh seorang dua (3 orang pulak tambah ). Bila dah ada anak nanti, tak kan abang tak nak manja-manja dengan anak abang. Ehh, mana adil. Abang penyumbang terbesar, takkan abang nak buat donno je.. Jadi, kalau abang kerja yang kena lempar kesana kemari, sayang rasa abang sempat ke nak manja dengan diorang?


Abang sebenarnya malas nak tanya soalan berulang kali kat sayang ni.. Jadi kita teruskan dengan plan abang fikir ni..


Abang terfikir nak teruskan kerja abang sekarang untuk setahun dua lagi, dan abang nak urus bisnes baba. Ala baba... bapak mertua sayang yang perasan muda sebab muka tak kedut tu.. Sebabnya,setiap kali abang terfikir tentang tanggungjawab abang sebagai seorang anak.. Abang mesti akan terbayang muka baba kian berkedut dan dimamah usia. Plan abang ni ok ke tak? Tentang abang ipar sayang si Zuhayr tu, abang dah buat keputusan untuk tak push dia. Dia berjiwa pendidik,maka biarkan dia terus mendidik anak-anak muda untuk jadi berjaya macam dia.


Bila abang masuk dalam bisnes baba, abang tak rasa yang abang boleh tinggal kerjaya abang yang masuk keluar lab ni. Jadi,tu plan seterusnya untuk kembangkan bisnes. Sayang jadi partner abang ok? *peluk ketad-ketad.


Kalau plan ni berjaya, ada kemungkinan yang paling Abang nampak ianya akan berlaku dan sayang kena hadapi. 



  • Kalau kerja abang sekarang, mungkin keperluan dan kemahuan sayang abang boleh laksanakan. Tapi kalau dah abang kerja sendiri, abang tak tahu apa akan jadi. 

Dan kalau plan ni berjaya, banyak juga faedah kita dapat.

  • Kita boleh masak, kemas rumah, kemas katil, selerakkan bilik , menanam , bersenam, jamming, berenang bersama-sama
  • Kita boleh proceed buat keturunan berulang kali dan banyak-banyak (macam senang je kan?)
  • Kita boleh honeymoon macam baba dengan ibu tiap bulan.
  • Anak-anak kita nanti abang boleh pay attention macam baba buat kat abang dulu
  • Banyak lagi sayang..so kita buat berperingkat-peringkat ok?
Kita tak tahu apa akan berlaku di masa depan, ini sekadar janji jika abang dan sayang sempat melayari bahtera bersama-sama. InsyaAllah,sama-sama doa untuk yang terbaik.

Salam penuh kasih,
abang


Surat kalau panjang umur..


Terlekat Melekat : manusia hanya mampu berjanji dan janji akan terlaksana jika dengan izin Allah S.W.T . Tetapi manusia tidak kuat untuk memuaskan hati semua pihak. Oleh itu jika kau rasa dia tidak mampu memenuhi hasrat hati kau, maka berpaling darinya dan maju kedepan.. Jika kau tak suka,kenapa masih berdiri dan sakitkan hati sendiri. Majulah juga kedepan.. Tiada siapa mahu menyakiti dan disakiti dengan sengaja.

7 comments:

  1. Replies
    1. plan abang ni cantik kalau berjaya...

      sayang ke ni? ehh..silap orang..

      tumpang lalu *lalu depan abang ipar..

      Delete
  2. okey plan dah cun. tinggal nak laksana je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh lah Ikar..harap2 terlaksana dengan izin-Nya.
      terasa jugak kesian kat bapak sendiri.

      Delete
  3. hahaha macm2 la abam zue ni

    syg abg tu akan dtg nye la

    plan da hebat da

    waaa nk suami cmni satu

    ReplyDelete
  4. banyakkan berdoa insyaAllah awak akan jumpa sayang awak (^-^)

    ReplyDelete
  5. wahhh...kalau 'sayang' tu baca surat ni mesti mengalir la ir mata....sambil tersengih2...hahaha

    insyaAllah...kami doakan plan abam ni berjaya dan cepat dapat 'sayang' tu.... :D

    ReplyDelete

AJK Stor