Wednesday, 30 January 2013

Terpilih Antara Timbunan

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

.... Layan ....




------------------------------------------------------





-------------------------------------------------------





Suka ^_^


------------------------------------------------------





----------------------------------------------------




Layan.. -_-



Terlekat melekat : jatuh hati sudah.. 

Sunday, 27 January 2013

OTS #1

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....




Ada ni je sebagai pencuci mulut kononnya..
Nasib bujang.
Sayang..mohon masak untuk abang =P


Terlekat melekat : on the spot = ots

Saturday, 26 January 2013

Teman Imaginasi

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Pernah anda lihat anak-anak kecil anda berborak dengan seseorang tetapi realitinya tiada orang pun di depan mereka. Pernah? Pernah?

Itu normal.
Bagi aku anak-anak tu tengah nak explore dunia.
Selagi tak keterlaluan tu bagi aku ok lah.

Benda ni terjadi pada anak angkat aku dulu.
Kami keluar sama-sama dan dalam kereta dia capai hp aku dan tekan-tekan.
Tiba-tiba,

"Dilla,Leesya ni..Dilla kat mana?",tanya dia.

"......", kawan dia

"Apa?! Dilla pergi rumah Leesya? Ala..Leesya keluar ni. Xpelah,bye",

"Sayang call sape?", aku tanya.

"Kawan Leesya..", katanya sambil bagi balik hp ke tangan aku.

Aku tengok skrin,dia tak buka pun sebab aku dia tak tahu pattern aku.
Bila tanya aunt dia, katanya Leesya mana ada kawan.
Bila refer doktor, kata doktor bila kanak-kanak ni terlebih sunyi pun tak boleh juga.
Kanak-kanak ni,tin biskut dia boleh bayang jadi monster.

Sekarang anak-anak aku sendiri pulak dah buat kerja macam tu.
Sara duk berborak dengan dinding, entah dia nampak dinding tu ada mulut gamaknya.
Padahal Muhammad,kembarnya ada je duk golek-golek kat atas tilam.
Dulu mau saja tido dnegan Muhammad dalam satu crib, sekarang dah pandai nak tido asing.
Letak je asing,terus borak dengan kawan imiginasi dia.
Kalau Leesya dengan Dilla, Sara ni entah dengan siapa.
Kalau kawannya mamat,habis aku libas dengan silat cengkam 44 aku..
Haha..

Pandai-pandai kawal,kalau nampak melampau kena selidik juga.


"nama ape?botak dah sama macam kite", - Google
"nama...Google Jr", - Google Jr


Terlekat melekat : aku nak tido dulu..selamat rehat ye.

Satu Ketika Dahulu

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Entry sebelum ni aku ada borak pasal Bercinta Selepas Nikah #Pendapat 
Ye, walaupun aku baru je publish tadi =.="

Aku kata pada pendapat aku atas diri masing-masing untuk melalui percintaan selepas nikah atau belum.

Untuk entry ni aku ingin berkongsi macam mana golongan-golongan yang dah kawin dalam keluarga aku ni dan aku nak classification mereka ni bercinta selepas nikah atau sebelum.
Golongan terpilih sahaja ye.

Baba dan Ibu

Baba super senior di universiti. Manakala ibu pula super junior pada waktu dan ketika itu. Baba memang dah tak belajar kat universiti tu pada masa tu tetapi dia pergi ke sana atas alasan peribadi. Pada masa tu katanya dia tak kenal pun ibu ni. Perkenalan mereka bermula apabila tumit kasut ibu patah dan ibu berkaki ayam dengan beberapa irang kawannya. Melihat hal sedemikian, mata baba tertumpu kepadanya.

"Sebab ibu cantik ke?", tanya ibu ketika baba seronok bercerita.

"Tak,sebabnya awak paling rendah dan pelik la kan tanpa kasut", jawab baba.

Baba kesana beberapa hari. Hari kedua, baba dan beberapa orang junior yang sempat kenal baba lepak. Dan salah seorang daripada mereka kenal salah seorang daripada kawan ibu yang lalu dikawasan lepak. Ibu pun ada sekali. Kawan baba panggil mereka dan mereka duduk sekali berborak kosong.
Pada waktu itulah mata baba terpana dek keindahan ciptaan Allah S.W.T. Kata baba,

"Berseri betul dia ni,sedap mata memandang",

Sangatlah tak kena ayat baba tu bagi akal aku yang waras sebabnya ibu waktu tu macam budak-budak ribena lagi. Baba..baba..kalau gatal datang semua dia nampak berseri.Haha.
Selepas tu ada beberapa kali mereka bertembung dan dipendekkan cerita hari baba nak pulang ke kampung halaman, ibu bekalkan baba bento pertamanya. Sebelum tu baba ada cakap dekat ibu yang dia suka ibu.

Pulanglah baba ke kampung untuk jangka masa yang lama. Dan dia kembali kesana dengan harapan dapat jumpa lagi ibu walaupun selepas dia pulang tu dia memang tak berhubung pun. Alangkah dukacita rasa hati apabila terdengar khabar bahawa nama pelajar yang baba cari tu tiada dalam profile current student disana.

Baba pun buat keputusan untuk balik keesokkan harinya walaupun tak beli tiket lagi. Dan dia lepak di bangku tempat mereka pernah lepak ramai-ramai dulu. Tak lama lepas tu datang seorang perempuan bertudung dan pakaiannya menutup aurat. Baba tak kenal siapa, perempuan tu duduk dan bagi baba bekas makanan petak daripada besi. Dia suruh makan sebelum pulang,jadi baba bukalah bekas tu. Dan ya, bento~!

"Awak memeluk agama Islam kerana saya pernah cakap saya suka awak?", tanya baba.

"Tak..sebelum tu lagi saya memang sedang mendalami. Dan rasa tu sedikit demi sedikit terhapus kerana tiada sokongan. Selepas saya terdengar suara awak azan dirumah kawan awak,dan kamu semua berjemaah, rasa ingin mendalami hidup kembali. Saya ikhlas memeluk agama Islam, dan saya yakin ini adalah agama yang saya cari selama ini", ibu.

Ya,ibu aku tiada agama pada awalnya. Dia saudara baru pada ketika itu. Dan aku pendekkan lagi cerita,mereka berkahwin. Aku boleh katakan ni pun bercinta selepas kawin sebabnya baba tak kenal lagi tentang ibu pada waktu tu.

"Dapat anak baru tahu ibu kamu ni Zuemiey suka menjerit", baba.


Golongan seterusnya adalah Zuhayr dan Kareena. Tapi aku dah malas menaip,aku kena dengar dulu sekali lagi cerita mereka.

Terlekat melekat : Nak pergi kerja dulu.. =)

Bercinta Selepas Nikah #Pendapat

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Tadi sambil makan aku sempat jengah Home di Facebook. Ramai juga yang sedang beri pandapat masing-masing tentang bercinta selepas bernikah. Dalam erti kata lain selesai akad nikah dan jalani kehidupan suami isteri ketika itu waktu terbaik untuk bercinta. Dan banyaklah komen-komen yang katanya setuju 1000%, setuju sangat-sangat, dan ada juga kata tak setuju terus.

Pendapat aku pula.
Situasi ni perlu dikaitkan dengan bagaimana cara seseorang itu menjalani kehidupan dia bersama orang yang dia sayangi tu.

Kes 1 :

Zaleha dan Kassim, saling tidak mengenali. Ibu bapa kedua-dua belah pihak nak sangat mereka kahwin. Mereka (Zaleha dan Kassim) mungkin akan fikir risiko mereka tinggi kerana mereka tak kenal macam mana perangai masing-masing. Tapi bila pandang si parents masing-masing, seakan ada lambaian berbentu Guarantee dari pihak ibu bapa. Maka mereka berkahwin dengan niat membahagiakan hati parents dan dalam masa yang sama memang mereka tiada calon dan redha jodoh mereka dengan sesiapa sahaja. Apabila berkahwin, hari demi hari mereka belajar tentang satu sama lain. Kesukaan masing-masing dan sewaktu dengannya. Berbahagialah mereka hingga akhir hayat.

Bercinta setelah berkahwin.

Walaupun telah dicanang bahawa "couple adalah haram kerana tiada dalam ajaran Islam", tetapi tidak salah untuk kita sedikit demi sedikit ambil tahu tentang personal life seseorang itu kalau memang kita dapat rasa nak tak nak , esok lusa dia juga disebelah kita atas pelamin.

Bagi aku yang menjadikan berpasangan itu haram jika ianya mampu membuat kedua-duanya masuk ke kancah maksiat. Jika pasangan tahu basic knowledge tentang hukum hakam sekalipun,mereka mampu untuk menghalang diri mereka dari terjerumus terus masuk ke stage yang lebih teruk sehingga ada yang berikan cucu express kepada ibu bapa masing-masing. Berpelukkan,buat deep kiss dalam kereta ataupun di public.


Boleh tak kalau aku katakan atas diri masing-masing ?
Seorang lelaki yang baik tidak akan cuba untuk ajak pasangannya terjerumus ke situasi yang teruk.
Seorang perempuan yang bijak tidak akan tergoda dengan ajakkan pasangannya untuk melakukan apa-apa kelakuan sumbang.




Soal bercinta selepas kawin bagi aku mula di'high class'kan setelah banyak kes pasangan bercinta ni produce  benih-benih luar nikah ( bagi yang masih menjaga batas,alhamdulillah). So dari benda tu makin mendadak naik,lebih baik tak perlu couple. Dan bila tak couple,macam mana nak kenal pasangan?
Daripada percintaan setelah sah. Ni hanya pendapat aku..

Bercinta selepas atau sebelum nikah ada pahit dan manisnya. Tak perlu nak bertekak sehingga bergaduh hanya kerana nak cakap kau sokong bercinta selepas nikah, yang sorang lagi sokong bercinta sebelum nikah. Bagi aku juga, kau buat apa yang kau rasa kau boleh dan ianya tak melanggar hukum.

Bila orang bercinta kau tak boleh nak judge orang tu teruk sebab dia tak berfikiran macam kau. Mungkin dia jenis tak boleh nak tawakkal dengan redah je satu-satu hubungan tanpa kenal siapa pasangan dia. Dan mungkin kau boleh tawakkal. Do your best and Allah S.W.T will do the rest. Hanya Dia tahu apa hati kau nak dan apa hati kau rasa.




Terlekat melekat : aku juga sedang mengenal dia yang dahulunya mungkin diselaputi lumpur tapi kini makin bersinar-sinar di hati. moga Allah S.W.T merestui perjalanan aku mengenal cinta manusia.

Terlekat melekat II : sumber gambar dari Google.

Saturday, 19 January 2013

Sumber : Google




.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....



Hadiah Pelik

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Seperti semua yang sedia maklum 1st January lepas merupakan tarikh dimana umur aku meningkat 1 angka.
Seperti yang semua sedia maklum juga yang aku ni masih muda belia dan masih lagi mendapat hadiah.
Gaya adik-adik ..

Terima kasih yang bagi hadiah,susah-susah je.
Apepun terima kasih, dan terima kasih sekali lagi sebab letak nama penghantar.

Apa yang menjadi topik aku hari ini adalah tentang hadiah aku yang pelik-pelik.
Lagi pelik bila tidak dinyatakan secara tepat siapa penghantar/pemberi.
Suka nau gurounye..~!

Antara hadiah-hadiah pelik yang aku dapat.
(Gambar tidak diletakkan,Google saja sebab aku malu)


  1. bra push-up : aku ada gaya nyah terlampau ke?
  2. dildo : aku ada gaya gay tegar?
  3. kondom pelbagai ketebalan dan perasa : yang ni kalau aku ada bini pun aku tak pakai.
  4. kotak besar mengandungi sebatang cucumber : aku rasa ni dildo alternatif.
  5. tak tahu : aku tak tahu apa nama benda ni,macam mic tapi bukan.
Hahaha..
Banyak benar lagi aku dapat yang pelik-pelik ni.
Maaf,yang memang aku tak guna tu aku dah agihkan kepada kawan-kawan.
Aku hargai pemberian tu tapi aku kena beri orang sebab aku rasa mendatangkan fitnah pula kalau simpan.
Maaf.

Terlekat melekat : apa khabar semua hari ni? waras?

Tuesday, 1 January 2013

Bunga Api

....| Assalamualaiku, , Salam 1 Malaysia |....

Hey~!!!
Pum..pam..pum..pam..
Tu bunyi letupan bintang kecil buatan manusia di minda aku.

Selamat tahun baru ^_^
Selamat berazam baru juga.
Bagi yang azam lama masih tak berjaya, bawa la ke tahun ni dan tambah dengan yang baru.
Macam aku~!

Selamat rehat awak.
Tetibe..


Terlekat melekat : ada orang sewel dalam rumah aku..

AJK Stor