Saturday 26 January 2013

Satu Ketika Dahulu

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Entry sebelum ni aku ada borak pasal Bercinta Selepas Nikah #Pendapat 
Ye, walaupun aku baru je publish tadi =.="

Aku kata pada pendapat aku atas diri masing-masing untuk melalui percintaan selepas nikah atau belum.

Untuk entry ni aku ingin berkongsi macam mana golongan-golongan yang dah kawin dalam keluarga aku ni dan aku nak classification mereka ni bercinta selepas nikah atau sebelum.
Golongan terpilih sahaja ye.

Baba dan Ibu

Baba super senior di universiti. Manakala ibu pula super junior pada waktu dan ketika itu. Baba memang dah tak belajar kat universiti tu pada masa tu tetapi dia pergi ke sana atas alasan peribadi. Pada masa tu katanya dia tak kenal pun ibu ni. Perkenalan mereka bermula apabila tumit kasut ibu patah dan ibu berkaki ayam dengan beberapa irang kawannya. Melihat hal sedemikian, mata baba tertumpu kepadanya.

"Sebab ibu cantik ke?", tanya ibu ketika baba seronok bercerita.

"Tak,sebabnya awak paling rendah dan pelik la kan tanpa kasut", jawab baba.

Baba kesana beberapa hari. Hari kedua, baba dan beberapa orang junior yang sempat kenal baba lepak. Dan salah seorang daripada mereka kenal salah seorang daripada kawan ibu yang lalu dikawasan lepak. Ibu pun ada sekali. Kawan baba panggil mereka dan mereka duduk sekali berborak kosong.
Pada waktu itulah mata baba terpana dek keindahan ciptaan Allah S.W.T. Kata baba,

"Berseri betul dia ni,sedap mata memandang",

Sangatlah tak kena ayat baba tu bagi akal aku yang waras sebabnya ibu waktu tu macam budak-budak ribena lagi. Baba..baba..kalau gatal datang semua dia nampak berseri.Haha.
Selepas tu ada beberapa kali mereka bertembung dan dipendekkan cerita hari baba nak pulang ke kampung halaman, ibu bekalkan baba bento pertamanya. Sebelum tu baba ada cakap dekat ibu yang dia suka ibu.

Pulanglah baba ke kampung untuk jangka masa yang lama. Dan dia kembali kesana dengan harapan dapat jumpa lagi ibu walaupun selepas dia pulang tu dia memang tak berhubung pun. Alangkah dukacita rasa hati apabila terdengar khabar bahawa nama pelajar yang baba cari tu tiada dalam profile current student disana.

Baba pun buat keputusan untuk balik keesokkan harinya walaupun tak beli tiket lagi. Dan dia lepak di bangku tempat mereka pernah lepak ramai-ramai dulu. Tak lama lepas tu datang seorang perempuan bertudung dan pakaiannya menutup aurat. Baba tak kenal siapa, perempuan tu duduk dan bagi baba bekas makanan petak daripada besi. Dia suruh makan sebelum pulang,jadi baba bukalah bekas tu. Dan ya, bento~!

"Awak memeluk agama Islam kerana saya pernah cakap saya suka awak?", tanya baba.

"Tak..sebelum tu lagi saya memang sedang mendalami. Dan rasa tu sedikit demi sedikit terhapus kerana tiada sokongan. Selepas saya terdengar suara awak azan dirumah kawan awak,dan kamu semua berjemaah, rasa ingin mendalami hidup kembali. Saya ikhlas memeluk agama Islam, dan saya yakin ini adalah agama yang saya cari selama ini", ibu.

Ya,ibu aku tiada agama pada awalnya. Dia saudara baru pada ketika itu. Dan aku pendekkan lagi cerita,mereka berkahwin. Aku boleh katakan ni pun bercinta selepas kawin sebabnya baba tak kenal lagi tentang ibu pada waktu tu.

"Dapat anak baru tahu ibu kamu ni Zuemiey suka menjerit", baba.


Golongan seterusnya adalah Zuhayr dan Kareena. Tapi aku dah malas menaip,aku kena dengar dulu sekali lagi cerita mereka.

Terlekat melekat : Nak pergi kerja dulu.. =)

0 blogger kaki gosip:

Post a Comment

AJK Stor