Saturday, 26 January 2013

Bercinta Selepas Nikah #Pendapat

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Tadi sambil makan aku sempat jengah Home di Facebook. Ramai juga yang sedang beri pandapat masing-masing tentang bercinta selepas bernikah. Dalam erti kata lain selesai akad nikah dan jalani kehidupan suami isteri ketika itu waktu terbaik untuk bercinta. Dan banyaklah komen-komen yang katanya setuju 1000%, setuju sangat-sangat, dan ada juga kata tak setuju terus.

Pendapat aku pula.
Situasi ni perlu dikaitkan dengan bagaimana cara seseorang itu menjalani kehidupan dia bersama orang yang dia sayangi tu.

Kes 1 :

Zaleha dan Kassim, saling tidak mengenali. Ibu bapa kedua-dua belah pihak nak sangat mereka kahwin. Mereka (Zaleha dan Kassim) mungkin akan fikir risiko mereka tinggi kerana mereka tak kenal macam mana perangai masing-masing. Tapi bila pandang si parents masing-masing, seakan ada lambaian berbentu Guarantee dari pihak ibu bapa. Maka mereka berkahwin dengan niat membahagiakan hati parents dan dalam masa yang sama memang mereka tiada calon dan redha jodoh mereka dengan sesiapa sahaja. Apabila berkahwin, hari demi hari mereka belajar tentang satu sama lain. Kesukaan masing-masing dan sewaktu dengannya. Berbahagialah mereka hingga akhir hayat.

Bercinta setelah berkahwin.

Walaupun telah dicanang bahawa "couple adalah haram kerana tiada dalam ajaran Islam", tetapi tidak salah untuk kita sedikit demi sedikit ambil tahu tentang personal life seseorang itu kalau memang kita dapat rasa nak tak nak , esok lusa dia juga disebelah kita atas pelamin.

Bagi aku yang menjadikan berpasangan itu haram jika ianya mampu membuat kedua-duanya masuk ke kancah maksiat. Jika pasangan tahu basic knowledge tentang hukum hakam sekalipun,mereka mampu untuk menghalang diri mereka dari terjerumus terus masuk ke stage yang lebih teruk sehingga ada yang berikan cucu express kepada ibu bapa masing-masing. Berpelukkan,buat deep kiss dalam kereta ataupun di public.


Boleh tak kalau aku katakan atas diri masing-masing ?
Seorang lelaki yang baik tidak akan cuba untuk ajak pasangannya terjerumus ke situasi yang teruk.
Seorang perempuan yang bijak tidak akan tergoda dengan ajakkan pasangannya untuk melakukan apa-apa kelakuan sumbang.




Soal bercinta selepas kawin bagi aku mula di'high class'kan setelah banyak kes pasangan bercinta ni produce  benih-benih luar nikah ( bagi yang masih menjaga batas,alhamdulillah). So dari benda tu makin mendadak naik,lebih baik tak perlu couple. Dan bila tak couple,macam mana nak kenal pasangan?
Daripada percintaan setelah sah. Ni hanya pendapat aku..

Bercinta selepas atau sebelum nikah ada pahit dan manisnya. Tak perlu nak bertekak sehingga bergaduh hanya kerana nak cakap kau sokong bercinta selepas nikah, yang sorang lagi sokong bercinta sebelum nikah. Bagi aku juga, kau buat apa yang kau rasa kau boleh dan ianya tak melanggar hukum.

Bila orang bercinta kau tak boleh nak judge orang tu teruk sebab dia tak berfikiran macam kau. Mungkin dia jenis tak boleh nak tawakkal dengan redah je satu-satu hubungan tanpa kenal siapa pasangan dia. Dan mungkin kau boleh tawakkal. Do your best and Allah S.W.T will do the rest. Hanya Dia tahu apa hati kau nak dan apa hati kau rasa.




Terlekat melekat : aku juga sedang mengenal dia yang dahulunya mungkin diselaputi lumpur tapi kini makin bersinar-sinar di hati. moga Allah S.W.T merestui perjalanan aku mengenal cinta manusia.

Terlekat melekat II : sumber gambar dari Google.

0 blogger kaki gosip:

Post a Comment

AJK Stor