Saturday, 29 December 2012

aku,dudu dan perbualan

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Hari ni aku nak up pasal perbualan aku dengan pembantu peribadi aku, Dudu. Kira ni kompilasi perbualan kami yang sempat aku ingat dan tulis samaada di status fb,di notepad,atau terlintas di fikiran. Mungkin ayat tak 100% sama, tapi apa yang ingin disampaikan tu jelas.

Tarikh,masa,tempat adalah random.

________________________________________

Perbualan dengan Dudu :

"boss,kau pikir kalo aku ada anak gimana ya rupanya?",


"asal tanya aku,rupa mcm rupa kau la kot", jawab aku sambil fokus kerja.


"boss,kalo kasi opinion itu bisa ga pake rasa?",


aku letak pen,aku pandang dia. lantas aku berhujah..


"kau nak anak kau rupa macam mana? hah? klw dah kau nak anak rupa mcm aku, maknanya kau kena kawen dengan aku. klw kau nak anak kau muka mcm Amir, kawen dengan Amir",

*telan air liur

"klw kau nak anak kau rupa tiptop, kau kawen dengan aku jugak",

"bentar boss~! kenapa harus sama boss?",

"kenapa kau tanya? senang je jawapan. sebabnya kau cantik,aku kacak. kau xde buat pembedahan plastik kan? so,tu la jawapannya"

"ya perasan sekali kamu boss",

"ini namanya opinion pakai rasa. faham?",

"iya..baik boss..ngerti..tapi bentar boss",

"apa lagi..?",

"tadi boss bilang aku cantik ya? benar boss?",

"kau pergi ambik kopi kat aku,duduk je kerja~!",

"siappp boss", lari....


__________________________________




Cari hp tak jumpa,guna phone pejabat dan telefon Dudu tengah pagi buta.

"boleh tak kalau aku call,jawab cepat sikit?",

"bisa ga boss telepon besok aja?",

"tak",

"kangen sama aku ya?",

"tak pun,pergi masak.pastu bawa datang ofis.lapar~!",

"alaaa...",

"cepat~!!!!!!!!",

"baik boss",


____________________________


"Dudu,kenapa tak inform petang tadi aku ada outdoor meeting?",

"kan udah boss cancel",

"kan tak jadi cancel",

"ya ampun boss,aku lupa update reminder",

Dengan gerakan pantas aku ambil Ipad atas meja Dudu dan masuk tong sampah. 


_____________________________


"boss,kemana mau pergi?",

"lunch hour. so nak lunch",

"sama siapa?",

"forever alone",

"mau ikut...bisa ga?",

"tak leh",

Aku jalan terus sampai ke lif aku pusing dia ada. Dia senyum bajet comel.

"mau ikut...hee"

Tewas~!

___________________________


"boss..",


"emm",


"lagi tidur? ga mau makan?", tanya Dudu ketika aku terlena di sofa.


"masak apa?",


"belum masak",


"then tanya buat cekadak apa? pergi la masak",


"apa boss pikir aku ini bibik? ga mau ahh..",


"Dudu~!",


"baik boss..makanan siap dalam masa 20minit ya", lariii...


_________________________


"Dudu,hadiah birthday nak apa?",


"erm something sweet,simple. apa jenis terpulang. tapi untuk apa boss nanya? mau kasi?",


"yup, satu sebab kau rajin. dua sebab kau tak cengeng. dan sebab kau ...",


"apa?",


"jangan tanya,biarkan kosong",


"aiwah..",


_______________________


"Adlin, Dudu mana?", tanya aku ketika baru sampai ke rumah Adlin.


"ruang tamu atas,dia demam",


Tap...tap...tap...*ni bunyi tapak kaki naik tangga.


"oit, berapa suhu?", sambil tolak bahu dia dengan kusyen.


"39 entah berapa titiknya",


"panas tu..jom pergi hospital",


"ga mau..", .... "boss..",


"erm?",


"masak aku sup dech..", suara separuh berbisik.


Mata aku perhati muka dia,matanya tertutup rapat. Pipi merah,hidung merah,dagu merah. Auumm..kesian pulak dah. Auumm? Kesian ke geram? *kepok~!


_____________________


"Dudu, kau pergi mana dengan kereta sorang-sorang tadi?",


"intip ya?",


"tak,kau tahu kan kena inform semua dulu sebelum buat apa-apa",


"ya lah.. tadi pergi mart. shopping barang keperluan",


"hurmm..lain kali ajak la sekali. bahaya jalan sorang. yg penting,inform",


"boss..aku mau ke ladies ya",


"erm..",


..10 min..


"boss.. aku mau duduk ni",


"duduk jelah,tak kan nak cakap",


"tadi suruh bilang semuanya..",


"loyar buruk~!"


____________________________


"ni gambar sape Dudu?",


"mantan pacar aku",


"yang mana sorang?", sambil next-next 


"semuanya",


"gila bapak~! kau ni couple ke kumpul hiasan?",


"aku setia dech,mereka itu yang bego",


"asal leyh?",


"gimana bisa couple aja belum cukup seminggu udah mau kissing. bego amat la tu",


"tu bukan bego dah Dudu, tu bangang~!",


"yang boss marah benar kenapa? gila ya?",


_________________________


Keluar dari bilik,nampak Dudu tidur di meja kerja.


"tu la aku cakap, ambil sarapan baru tak mengantuk otak pun cerdas",


"emmm..",


"dah-dah,bukak mata tu. ni tolong check petang ni appointment dengan sape",


"check aja sendiri, aku lagi ngantuk ni boss",


"eh kerja kau,siapa suruh tidur lambat",


Angkat kepala dari meja dan renung dengan mata separuh terbuka.


"boss ini gimana, aku tidur lewat kernanya apa? boss bawa pulang kerja ke rumah dan suruh aku check. aku tidur lambat, bangunnya awal bangat~!",


"asal bangun awal? bangun jelah nak solat subuh tu",


"boss~!!!!",


"ape?",


"boss ngerti ga apa aku cuba bilang ni? aku bangun awal kerna boss kejutkan aku untuk masak~!!",


"ehh ye ke..ooo", tersenyum sendiri. "bangun lah check kejap lepas tu masuk rehat dalam bilik aku",


"benar ni boss? sayang boss~!",


"tau dah.."


___________________________


29/12/12

Friday, 28 December 2012

Kahwin Lagi ..

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Sebelum masuk part utama, ada soalan dari kawan-kawan pembaca berbunyi

Zue,aku perhati di blog kau ada kau mention 1 Malaysia. Kau memang penyokong tegar kerajaan ke? Kira toreh tangan,darah keluar warna biru?

Ok ni jawapan aku.

Uk aloh mung..jange la tanyo aku gitu. Doh namo pun undi tu rahsio, bia la aku nok sokong hok mano.. Mung tok tahu aku pakoh hok mano,hati aku buke buleh mung baco bohh. Toreh tange aku tubik daroh biru? Bia betul mung, stakat mitos hok aku dengar ado daroh putih,daroh ite. Takdok lagi oyak ado daroh biru. Naka mung nih bohh..sajo nok buak aku ssuko kok'o

Translate (perhatian,yang bertanya tu tak semestinya Kelantanese. Aku suka balas ikut loghat sebab kalau mereka tak faham,mereka akan tanya berulang kali. Tak ke kat situ nampak aku ni friendly,suka chat? Tak eh?)

La kau ni..jangan la tanya aku macam tu. Dah nama pun undi tu rahsia,biar la aku nak sokong yang mana pun.. Kau tak tahu aku pangkah yang mana, hati aku bukan boleh kau baca boss. Toreh tangan aku keluar darah biru? Biar betul kau, setakat mitos yang aku dengar ada darah putih,darah hitam. Takde lagi kata ada darah biru. Kelakar la kau ni boss..saja nak buat aku gelak sakan

-- Tutup topik --


Ucapan tahniah buat :

Auni Nazirah dan suami tercintanya Leman Kuda. Auni...asal Leman? Stress aku fikir kau ni. *sempat.
Dapat gambar kau email,tersengih-sengih kau naik kereta kuda. Lupa Leman tauke, takkan kau nak naik kereta lembu pulak. *sure aku dapat mail spam nanti. haha.
Leman cakap kat aku,kalau kau boleh kasi kembar sebab dia ada baka kembar, dia nak jadi partner aku.
Auni,kerja keras sikit ye? Haha..

Sebelum terlupa KFCM : Kharul Fahmi Che Mat dan Leuniey pun hari ni jugak. Tahniah..

Best friend ketika di Langkawi, Naqiuddin. Tahniah, dah jadi suami orang dah kau sorry lupa nama isteri. Kau pun tak email kad scan.. Tapi pandai kau pilih, sweet je. Jadi suami yang baik ye Din..

Ok yang ni kalau orang kata mulut Chef Wan laser, aku rasa mulut dia ni lagi lah. Wan juga, cuma bukan chef tapi jurutera. Dapat isteri pun jurutera, eloklah. Cuma kesian isteri kau, setiap hari kot kena dengan kau. Tahniah Wan, kau membuktikan kau ni straight.

Kegagalan pada masa lepas tak bererti akan gagal juga dimasa depan. Kita boleh ubah nasib kita, so tahniah kepada Azila dan pasangan. Wah Hakim dapat adik beradik express ye sebab mummy dia ada anak tambahan 2 orang dan sorang anak tu merupakan baby umur 6 bulan. Jadi isteri dan ibu yang baik ye Zila.

*Check email undangan kawin sapa lagi ni. Sakit hati...*

Apek! Ok ni bukan KFCM ni betul-betul Apek. Nama dia Ng (pronounce Ang katanya), aku selalu panggil dia Angkor Wat. Jahatnya aku. Berbangsa Cina sudah tentulah. Berkahwin dengan pasangannya nama Sandy. Tahniah korang.. dalam email Ng ni katanya dalam masa 5 bulan lagi dia bergelar ayah. Makanya Ng, jaga elok-elok isteri tu ye. Produktif betul kau..cepat dan efisyen~!

*Check*

Amirlias dan Juliana. Yang hantar email Amir dan dalam email tu katanya aku kenal Juliana masa kerja di Kelantan. Yup kenal,cuma yang aku tak kenal sekarang Amir ni. Boleh pulak lupa kawan sendiri, aiseyh~!
Apa-apa pun, tahniah dan selamat bercinta. Jaga Juliana elok-elok, dia lawa..Hee..

Senior Fitri. Aku panggil Hyung. Bertemu jodoh dengan kawan sekerja dia, Amanina. Ingat lagi dulu selalu dia cerita yang si Amanina ni usha dia sampai dia takut. Hyung, Amanina tu bukan sengaja kot nak usha kau. Tapi sebab dia tahu kau berumur dan single,tu dia paksa diri dia. Amanina..Amanina..dapat jugak kau si Hyung ni. Untung badan,sebab Hyung ni suka sumbat makanan. Gemuk la kau nanti. Jaga Hyung baik-baik, piat telinga kalau dia lupa nak balik rumah sebab kerja ye.

Last mungkin,tak tahulah kalau ada terlepas pandang tu maaf.

Tahniah kepada mantan calon kakak ipar aku akhirnya berkahwin walaupun kahwin gantung. Payah sangat kan si suami nak cuti. Tak apa, sanding tu adat je. Jaga diri baik-baik dan moga bercinta hingga syurga.

****

Kepada mantan calon adik ipar, adik kembar kepada arwah tunang. Jangan bersedih, fikir positif. Mungkin ada yang jauh lebih hebat dan bagus untuk awak. Putus tunang, bukan putus nyawa. Faham kan?  ^_^

Kepada Qaisara Qaireen yang tak asyik duduk keliru nak kahwin ke taknak tu, bawa bertaubat lah dik. Haha. Ambil orang yang nak kita, jangan dikejar orang yang kita suka dan pandang kita sebelah mata je. Yang terbaik ada di depan, grab.

Hafizah yang katanya tahun 2012 penamat bujang tapi beberapa hari lepas dia email kata rasanya tak berjaya. Jangan bersedih, aku pun tak kahwin lagi. 2013 kan masih ada.. Chill.

****

Kepada yang kahwin dua dan lebih tu,berhati-hati dalam menguruskan rumahtangga. Adil itu memberikan sesuatu kepada yang berhak menerima. Tak faham baca balik biar faham betul-betul. Jangan ikut nafsu.

Kepada isteri yang tak tahu suaminya kahwin lain akhirnya dapat tahu. Be pro, jangan melalak depan orang ramai. Tarik madu masuk bilik, slow talk lepas tu ikut suka. Sebaiknya guna cara matang. Yang penting,soal siasat si suami tu lebih sikit. Haha.

Kepada yang menjadi madu tu. Kalau suami nak cerita aib atau kekurangan isteri pertama, halanglah. Mungkin lepas ni suami boleh cerita aib kamu pula pada bakal isteri seterusnya. Jangan berlagak, kena faham kamu bukan yang pertama. Kena faham yang kamu ambil orang punya. Jadi,jaga adab jangan biadap.

-- Tutup topik --

Ingat nak sambung sikit pasal aku dan ibu tapi tak apalah, panjang dah ni.
Tak sabar menanti berita untuk menyambung dan kukuhkan tali perhubungan :
Ayah Ikar, Abang Neka, Abang Coral , Abang Due, Abang Epul, Abang(s) Retiss Blogger(s).
Semua abang, aku je adik. Haha..


Terlekat melekat : asal la ibu selalu ber Kimjang ni. cepat benar habis..sapa sedut?
 

Tuesday, 4 December 2012

Tak Ada Tajuk Khas

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Apa khabar semua? Kekok dah rasa nak menaip kat sini, lama dah idea tak datang. Update kali ni juga masih tak ada motif yang tepat, cuma nak sekadar tak nak bagi debu berinci.

Owh ya, lupa...lupa..nak tanya, ada sesiapa diantara kalian yang bagi aku muffler warna merah??


Terima kasih, warna cantik cuma sayang aku tak boleh nak pakai sebab kulit aku sensitif. T_T Mungkin sebab benang tu jenis kasar dan berbulu kot. Tapi takpa, aku simpan ya. Terima kasih. :)

Dan terima kasih juga untuk yang ni , lama sangat dah ibu pakai tapi tak ingat nak snap.


Warna agak jambu untuk si jejaka, tapi kalau keadaan memerlukan kita dah tak fikir apa orang nak kata. Benang ok,tak berbulu dan tak buat aku miang. Cuma sedikit berat. Tapi ok.. Terima kasih ye,panjang yang sangat sesuai. Kadang-kadang boleh bantu aku jerut leher orang-orang yang aku nak pekik.


****


Bila buat kerja dan habis discussion dengan team, selalunya aku akan salam lah dengan yang lelaki ni. So ada soalan yang tanya kenapa tangan aku lembut semacam. Jadi kat sini aku nak reveal secret la, bukan jenama gah yang aku duk pakai. Dan aku bukan pakai sentiasa, cukup sekadar aku pakai semasa nak jumpa client atau keadaan yang dimana aku perlu berhadapan dengan orang. So ni je..




Pertama sekali aku tak tahu korang tahu tak jenama ni. Dan kedua, semua ni punyanya ibu,aku cilok je. Gamat Body Lotion. Aku pakai kat tangan, ambik sikit je sebab bau kuat. Nak buat krim rambut pun boleh,nak sapu muka pun ok. Tapi aku guna di tangan je. Ayu Sejuk, ni aku tengok ibu guna. Krim ni macam krim yang sengkuang tu... Ye, ambil sapu sampai resap dan gosok. Keluar la daki. Ni selalunya aku guna dekat pergelangan tangan lepas tengok ada kesan jam atau di jari untuk kesan cincin. Tapi tak la guna sentiasa, aku bukan perempuan nak jaga sangat benda-benda ni.. 


****

Dulu tudung bawal, lepas tu selendang, keluar balik bawal tapi printed. Ok yang printed dan ada bulu-bulu tu, seriously aku tak suka. Macam kain pak haji. Semalam duk lipat baju-baju sambil tengok cerita yang nak kata sedih tak tapi nak kearah numb tu lebih.

Syok-syok lipat, jumpa tudung bawal printed bulu tepi yang ibu punya.. Aku pun tengok tv dan main-main dengan tudung tu. Tiba-tiba...

"Cheq!!! Awat buat lagu tu....!",

"Ape dia? Bergetar gegendang telinga.. Haish..", bebel aku lepas dengar ibu pekik.

"Tu apa?", mulut dia muncungkan...




Habis dah semua bulu kat tepi tu aku tarik cabut... Dang~!!


Setakat disini saja.. =)


Terlekat Melekat : tak secantik yang digambarkan.. 








Sunday, 30 September 2012

Rasa

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Aku rasa semua orang pernah rasa perasaan yang tak boleh nak ungkap secara lisan.
Perasaan bila kita buat kerja/sesuatu tetapi at the end orang lain dapat nama.
Dalam masa yang sama kita tak ada peluang nak cakap apa-apa.
Kalau dalam company, aku tak kisah sangat.
Competition.

Termenung...

Tapi kalau dalam kehidupan seharian macam mana?
....


Terlekat melekat : "anda isi sendiri sebaris ayat yang mampu buat anda sedap hati"

Saturday, 29 September 2012

Risau

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....


Hari ni dari bangun tidur memang rasa semacam je.
Rasa badan tak best (mungkin sebab aku tidur atas sofa kayu kat bilik Oba aku)
Rasa hidung gatal,tapi masih berharap tak selesema.
Leher habis merah-merah macam ruam tapi bukan love-bites.

Eh, aku ada tertanya-tanya satu benda ni tapi bila nak Google..
aku tak tahu nak taip apa.
Benda ni berkaitan ribut taufan yang melanda baru-baru ni.

Sekejap aku cuba lagi Google ....

Bukan apa,aku ada bercakap dengan oji iaitu pakcik aku pasal kenapa internet tak berapa nak best sangat.
So dia kaitkan dengan ribut taufan tu, bukan ke benda tu berlaku di selatan Jepun?
Aku pun ada tanya kawan-kawan aku di UK, dia kata line cukup-cukup makan jelah.
Malaysia ada yang kata ok,ada yang kata tak.

Tapi sebenarnya bukan ni yang menyebabkan aku risau.
Sekarang aku berada di hospital, bukan aku sakit tapi Oba aku.
Beberapa jam lepas muntah darah, risau betul aku.
Baru je beberapa hari lepas boleh discharge dari wad..
Ni kena masuk balik, bermalam kat sini pulak la aku..

Tapi aku pun risau juga pasal kerja aku yang ada tak sentuh lagi tu.
Email aku tak lepas-lepas pun lagi nak sent ni..
Ape ke hal?
Takkan masalah lappy aku kot.
Ke lappy aku ni ada penunggu?
Ok mula merepek dah.

Sebenarnya yang mana satu buat aku lagi risau ni bila semua benda masuk kepala otak??
Emm... oba kot..a'a bila letak tangan kat dada rasa 'dentuman' jantung yang kuat seakan mengiyakan.
Harap dia cepat baik..


Terlekat Melekat : aku belum makan lagi ni,takde ke yang sudi masak ni?? *frust

Friday, 28 September 2012

Entry Terbantut

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Hari Raya dah habis kan?
Nampak tak kat situ aku cuba katakan apa?
Aku cuba kata yang lama aku tak jenguk benda alah ni.

Apa dah entry terbantut aku?
Kek coklat kan..
Ya macam biasa aku tanya aku jawab..

So selepas buat mogok merajuk, baba dan ibu ada request aku buat makanan kat diaorang.
Jom-jom..jenguk dapur bersepah aku..


v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




ok ni lepas aku adun sebatikan adunan tu. sebenarnya ni aku buat brownies.



ni takde motif,ni buat sebab dengan kepala tak berapa nak center. so kita campak coklat dalam adunan yang dah manis tu menajdikan brownies nanti triple manis.



ok letak dalam loyang ikut shape korang suka..


Termenung...
Aku sebenarnya kagum dengan diri sendiri tapi belum ujub sebab aku buat entry ni dah 3 jam tapi belum siap jugak.. 

Ting!!

Ok dah masak tu brownies kita,jom tengok hasil..


ok siap..tapi tak menarik. aku masih tak puas hati nak campak barang so jom campak lagi..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


&


nampak campak ape? yup coklat,kekacang dan butterscotch. menjadikan brownies ni sangat manis~!


Jadi brownies ni aku namakan Brownies Baba Aku.
Bila hidang,aku dapat nampak muka baba aku lain semacam je.
"Nak baba kena potong kaki hujung tahun ke?",
Nampak tak kat situ perlian maut dia?
So lepas hidang dekat dia,aku masuk peti.
Tak sangka pulak bila masuk peti,rasa manis tu kurang.
Petang tu tengok loyang dah kosong pun.
Lega~~~~


Termenung..
Sebenarnya ni dah keesokkan hari pulak dah,aku dah siap tidur dah pun ni.
Kejap lagi nak buat kerja.
Lama kan? 
Bukan pasal apa ni, satu gambar pun dekat sejam loading. 
Perghh~~~! 

Yang aku buat untuk ibu tak update lagi,cenggana???
Haish~!

Terlekat melekat : mengantuk le pulak...


Monday, 20 August 2012

OUAUJ

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Selamat Hari Raya...Selamat Hari Raya...Selamat Hari Raya..
Pom pam..pom pamm pomm pommm pommm... Haa kasi efek bibior sikit~!

Sihat? Mestilah sihat kan, kalau tak sihat takkan la ada daya nak baca ni.
Kalau tak sihat pun, confirm tak nazak kan?
Haa..

Entry kali ni aku kasi banyak 'ENTER' sikit,
kesnya nak kasi panjang berjela walaupun isinya kontang saja.
Nak marah aku?
Marah lah,macam aku dengar pulak.

Esoknya nak raya, malam tu aku kena pi kerja.
Sampai dalam lab pun aku pasang lagu raya yang aku download.
Kawan aku duk nanti ja aku nangis ni,
tapi aku rasa depa lupa yang aku ni bab menjaga kemachoan aku,
aku rela tahan sat.
Jadinya aku tak nangis la cuma sebak ja..

Ni baru balik,
tekan phone recorder ada la suara ibu dan baba.
Terus bergenang air mata ni.
Nasib kat rumah tak dak orang,
tapi aku mai crita kat sini jugak.
Kira masih lagi macho cuma kurang la kan.

Baba minta aku buatkan kek coklat untuk dia.
Ibu pula minta aku supaya bersabar. =.="

Nanti entry akan datang,
aku upload la rupa kek tu ye.
Tu pun kalau aku buat la.
Parents aku pun nak beraya dengan aku raya ke berapa entah.
Katanya pi beraya rumah abang aku dulu.
Plan hancur betul.

(Layan lagu Pergi Tanpa Alasan - Eren dulu sat)





Post kat sini jugak lah status facebook yang aku buat tadi,
Due kata panjang lebar dah boleh masuk blog..




  • selamat hari raya,khair mintak maaf andai kata sepanjang kenal kita ada bermasam muka,berkelahi,cakar-cakar muka,tarik-tarik rambut,gigit-gigit cuping telinga,tercuit mana tempat-tempat tak sengaja tu ye. haa..

    kira maaf lah ni,mintak maaf..
    tapi tak janji la tak buat lagi lepas ni..

    makan tu jangan banyak sangat,
    jangan qada' makan untuk puasa lepas,
    karang berat naik penuh wall pulak duk merungut,
    haha..ada yang dah terasa ke..

    makan selagi mampu,
    tapi,
    lebih baik jika makan secara sederhana,
    nanti nak beribadat pun tak la berat badan sangat kan.

    khair ni nak buat ucapan raya atau nasihat dalam pemakanan ni?
    haha..tu la orang kata,manis mulut berbicara.
    tetibe..

    sebenarnya rindu nak conteng wall je,
    tapi mata dah layu badan dah letih,
    baru balik kerja katakan,
    semalam kat sana,
    sampai kuih tart kat rumah pun lemau dah nye..

    mintak diri dulu lah ye..
    jangan duk teringat pulak,
    kalau teringat jugak..pandai-pandai la seru.

    assalamualaikum..


    Ok berbalik pada tajuk utama aku kat atas sana tu..
    OUAUJ - Orang Update Aku Update Jugak
    Update pasal raya.

    Aku mintak maaf (refer kat status facebook)
    Aku bukan tak ikhlas nak mintak maaf tapi ..
    Aku memahami yang korang dah malas baca dan aku pun mengantuk dah nak ulang yang sama.
    Haha..jangan marah ;)

    Jumpa lagi lain masa semua..
    Jaga diri naa.
    Assalamualaikum..

    Terlekat Melekat : andai itu takdirnya cinta kita,biarkan rasa itu terus hidup dan terlukis di jiwa.

Tuesday, 24 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan..

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Cuba teka aku kat mana?
Jeng..jeng..jeng...
Masih disini, baru lepak dalam lab ambil aura kerja.
Pagi sangattt~!

Alhamdulillah kesihatan masih ok jadi aku teruskan berpuasa.
Puasa ke idok semuanya ni?
Jangan duk skip lah..

Sekarang ni mood nak menulis kurengg..
Pulp pun belum buat lagi.
Semangat hilang sebab ....

Semangat kerja masih kuat sebab nak cuti awal kan.
Tahun ni nampak gaya kalau ada rezeki balik raya, aku beraya di Sabah.
Berjubah putih aku raya ni.
Hensem mak oii...
Anak-anak pun naik ke Sabah lah.
Kawan-kawan yang stay di pantai timur dan selatan dah bebel.
Jangan risau,aku join korang lepak punya malam merdeka tu  =P

Terlekat Melekat : cik buah hati tiupkan ilham padaku walaupun dimana kau berada.

Thursday, 5 July 2012

Silap itu dari aku

....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Alhamdulillah, sihat lagi.
Ramai puasa hari ni? Tahniah.. =)
Aku lambat lagi boleh berbuka.

Hari ni bilik ceria, ibu bawakan banyak bunga segar.
Mungkin sehari dua lagi aku boleh discharge cuma doc suruh aku banyak guna kerusi roda walaupun aku boleh berdiri.
Jack bagi aku cuti rehat seminggu lagi dan masuk kerja.
Ingat 3rd Ramadhan ni nak balik jumpa anak-anak dan bakal isteri ( _ _ )"

Amir masih marahkan aku kesnya aku sound dia.
Sound sebab dia delete mesej dalam twitter aku.
Mesej aku belum baca.
Hari ni dia buka mulut, cakap sebab dia delete.
Aku senyap sebab aku nak chill dah.
Tapi dia masih marah, mungkin sebab selama ni aku tak pernah marah dia macam tu.
Silap tu dari aku, aku tak pernah nak shut down lappy aku dan aku guna Hotot untuk Twitter, Hotot tu kita tekan je terus masuk ke semua tab yang kita dah setting.
Jadi silap aku kat situ.

Iman masih tidur, Amir galang ganti Iman pada aku.
Cara dia, karenah dia, otak dia samalah macam Iman.
Tak center.
Harap Iman cepat bangun dan Amir cepat sejuk.

Dalam marah-marah Amir, dia masih temankan aku.
Yang lainnya dia pakai headset/headphone *tak tahu apa beza.
Jadi bila aku panggil dia tak dengar.
Aku biarkan.

Tadi.. dia nyanyi kuat la.
Lagu Christina Perri , apa dah.. Jar of Hearts eh?
Aku biarkan juga, dia nak karok gamaknya.
Aku bangun nak ke tandas, aku tengok skrin lappy dia.
Oh dia tengah Skype dengan perempuan.
Dan...dan...dan...
Perempuan tu EX dia yang dia putus tahun lepas rasanya.

Aku masuk tandas.... keluar tandas.

"boss, kau rasa ok nggk aku nggk terima dia kembali pada aku?",

Aku faham dia maksudkan perempuan tu.

"atas alasan apa dia nak kembali? bukan dia kata dia nak kawen dengan kekasih dia ke?",

Perempuan tu masa dalam special relationship dengan Amir, dia sebenarnya dah ada balak pun di Brunei. Yup, perempuan tu orang Brunei.

"dia bilang nggk jadi",

"semua keputusan kau bisa buat sendiri", kata aku.

"final decision aku, nggk terima. kerna jika dia mahu aku,cintanya kuat untuk aku nggk akan dia terima yang lain. dan nggk akan dia tipu aku kaya' gitu",

"ok",

"ok aja boss? jadi apa rasionalnya keputusan aku untuk tanya pendapat sama kau boss. baik aku fikir sendiri",

"tu lah sebaiknya. tapi suara kau sedap,lagu tu pun..", lari topik

"lagu tu pun kena boss sama kau",

=.= dalam marah aku sempat lagi perli aku..

Terlekat Melekat :

I learned to live half alive
And now you want me one more time
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul

Tuesday, 3 July 2012

Ada lagi ni.

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

(10 minit merenung skrin),

Aku baru pindah wad..

(15 minit merenung lagi),

Pindah wad lepas aku stabil selepas beberapa hari aku lemah.
Aku pun tak sedar bila aku pindah masuk ICU.
Aku buka mata, aku nampak bilik lain.
Sorang pun takde kat sisi aku.
Selalunya aku akan nampak Amir main game atau Dudu yang tengah baca majalah.
Ibu...ibu pun takde.

(5 minit senyap),

Muhammad dah balik Singapura lepas dia stabil hari tu.
Baba kata dia ok cuma macam biasa pasifnya.
Sara pula masih aktif tapi dah berkurang beberapa peratus lepas Muhammad sakit.

Sebelum tidur semalam kawan sepejabat aku meninggal, Abel.
Dia tak anut mana-mana agama, seingat aku masa borak dengan dia dulu dia pernah kata
(aku translate)

"aku takde agama, tapi kalau aku mati aku boleh pilih tak cara aku disemadikan?",

"kalau la kau boleh pilih,apa cara yang kau pilih?", tanya aku

"aku pilih cara yang tidak semua agama lakukan. aku pilih untuk dibakar kemudian abu aku dihanyutkan ke sungai",

"kenapa?",

"bagi aku air itu ada tenaga yang mampu aku rasa. macam kau kata lepas sembahyang kau rasa kau bertenaga",

Aku diam.
Aku tak bidas balik, aku senyap Amir masuk panggil aku ke lab.
Sekarang aku tertanya-tanya, mayat dia dibakar ke?
Tapi aku masih berharap dia mati bukan dalam keadaan takde agama.

(senyap,terbayang mukanya)

Masa mula-mula masuk hospital, kawan aku masa sekolah di Langkawi meninggal.
Kemalangan.
Dia balu, suami dia meninggal ketika dia mengandung 7 bulan tak silap aku.
Aku contact adik lelaki dia yang memang aku kenal.
Adik dia kata kakak dia teringin nak makan murtabak.
Adik dia suka rela nak temankan kakak dia beli murtabak,tapi adik dia pergi mandi dulu.
Adik dia keluar, tengok kakak dia dah takde.
Mak kata kakak ambil motor dan pergi pasar beli murtabak.
Tak lama lepas tu mak dapat call kakak kemalangan.
Kakak meninggal bersama anak dalam kandungan yang mencecah 9 bulan.
Selepas tahlil malam tu adik dia baru teringat nak contact bakal tunang yang berada di Jordan.
Masa tu dia perasan ada 1 mesej diterima dan belum dibaca.

"adik,kakak pergi dulu.tak boleh nak tunggu dah,kakak bawa adam jumpa abang" -

Adam tu nama anak dalam kandungan lepas doktor sahkan bayi lelaki, kakak dia pilih sebab arwah suami dia pernah sebut nama tu.

Semoga dia tenang disana.

(sebak)

Sekarang Amir ada tengah tidur, aku view facebook. Amir tukar profile picture dan cover picture.
Notification game penuh.
Nasib gambar Mell dengan Ariff.
Sesuka hati je kan?
Kalau orang marah macam mana?
Twitter pun dia masuk, lawan tokey nampak.
Patutlah Wajdi panggil Mat Amir pun.
Haish...
(tak marah,rasa nak buat bola je)

Thanks to Sabridah sebab barang yang dia hantar dah sampai ke tangan penerima.
Harap penerima tak blur dan harapnya dia faham yang dia kena tolong simpan.
Zine dah sampai jugak.
Thanks.

(2 jam)

Urff...
Baru bangun tidur, sampai terlelap fikir nak taip apa.
So takat ni lah dulu.
Kalau aku ada lagi,maknanya ada lagi la post.
Yang mana berjalan-jalan ke Karya, aku hentikan sebarang post cerita.
Hati Terukir Cinta sedang dicheck oleh sifu.
Kistot yang lain harus dikemaskini.


Terlekat Melekat : merindui bauan suci ...

Thursday, 7 June 2012

Bertemu Kembali

... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Lama sangat dah rasanya tak menulis, tak mengarut kat blog ni. Debu pun dah berinci, rasa jemari pun keras semacam bila nak menaip panjang-panjang. Apa khabar semua? Aku harap semua sihat-sihat belaka lah.

Pertama sekali aku nak cakap yang entry kali ni juga berkaitan dengan aku dan terdekat semata-mata.

Hari ke hari, bila ada bahagia akan ada juga terselit duka. Kepada yang friend dengan aku di facebook,aku ada update satu status yang rindu terubat sebab dapat jumpa anak. Berbulan dah tak jumpa akhirnya mereka datang  kesini untuk ziarah aku. Tapi bahagia itu tak kekal lama bila anak aku Muhammad jatuh tangga dan tangannya patah. Lebih teruk aku rasa bila doktor kata tengkorak Muhammad retak dan kemungkinan untuk internal bleeding tinggi. Masa doktor cakap tu aku baru tahu yang ubun-ubun Muhammad tak mengeras sepenuhnya macam kembarnya Sara. Nampak macam banyak kemungkinan saja kan?

Ada yang tanya Muhammad tu umurnya berapa. Umurnya setahun setengah, dia memang agak pasif jika nak banding dengan Sara yang hyper. Semalam aku tidur di katil Muhammad bersama Sara lepas doktor bagi aku kebenaran untuk rehat kat situ. Muhammad sedar,tapi masa tu aku pula yang nyenyak lepas doktor cucuk ubat sebab aku pun tak sihat sangat. Pagi tadi Sara langsung tak sentuh botol susu, yang dia tahu dia nak aku angkat dia letak atas katil. Tangan dia sentuh Muhammad,cuma untuk kejutkan Muhammad sebab waktu tu selalunya mereka tengah bergaduh. Semalam dan hari ni aku hanya dengar tangisan kecil Sara je. Muhammad sedar seperti yang doktor jangka, tepat jam 12.30 tengahari tadi dia sedar. Tapi dia hanya menangis yang tak keluar suara, aku larang doktor bagi pelali sebab aku lagi ok tengok anak aku sedar dari dia tidur tak bergerak sikit pun. Lepas usap dan baca-baca Al-Quran,dia nampak ok dan senyap. Dia just senyum bila tengok Sara dekat dia, tapi Sara nangis pula.

Lepas Sara tertidur di katil Muhammad, aku ambil peluang nak lawat adik aku Iman yang ada di hospital yang sama. Dia koma sejak bulan 2, tahun ni. Ummi tak lepas pun tangan anak teruna dia sorang ni, Iman nampak ok. Sekarang tak ada bleeding kat telinga dan hidung tapi ada sedikit pendarahan bila dia buang air kecil. Doktor pun tak tahu kenapa , katanya tak ada luka dalaman. Ustaz pula kata hold,mungkin system cycle.

Kata Ummi dia mimpi Iman senyum,Iman duduk tepi jalan pakai baju elok. Chubby sikit dari yang sekarang. Ummi cuba untuk tanya tapi dia hanya senyum dan pergi. Aku cakap kat ummi, dia sihat-sihat saja tu. Aku taknak fikir bukan-bukan sekarang sebab aku lagi risaukan anak aku dalam masa yang sama Iman juga penting. Aku berborak dengan Iman, aku kata sebab apa aku tak datang jumpa dia lama dah. Aku cerita soal kerja, macam mana aku kena maki. Macam bercerita kat kanak-kanak,siap dengan tangan kekiri, kekanan. Lepas tolong sapu losyen kat tangan dan kaki Iman, aku chow sebab aku kena jumpa doktor. Air dalam botol yang tergantung kat besi yang tersalur di badan aku dah habis.

Sampai di bilik Muhammad, aku jumpa dengan ibu,baba,Dhiya,Dudu,dan macam biasa pak guard aku Amir. Rindu betul pada baba,ibu. Peluk cium aku hadiahkan,sebak sekejap.

"Baba faham,macam ni la baba rasa bila Zue sakit",

Bisik baba ketika aku peluk dia,air mata yang aku tahan jatuh juga. Bila aku buka mata, nampak Dhiya dan Dudu buat muka pelik. Terus mood hilang. Mereka...ahh,suka saja hilangkan mood aku. Macam tak pernah tengok orang menangis pulak.

"Boss yang garang kok bisa nangis", kata Dudu.

"Aku manusia,bukan robot", balas aku malas.

****

Hari ni sempat juga aku buka facebook, Amir malu-malu nak main poker. Ahh macam dia tak tahu aku, main jelah bukan aku marah. Twitter, semalam pun sempat buka dan hari ni pun sempat buka. Dapat la tweet-tweet dengan kawan-kawan yang selalu ada dan yang tak selalu ada.

Bila tweet, aku jadi keliru bila ada yang terasa dengan tweet aku. Sungguh aku kata, aku tak ada niat nak sakitkan hati apatah lagi perli. Aku hanya taip dan post. Lahir dari hati yang banyaknya, dan berlambak tweet pasal anak aku.

Aku nak mintak maaf kalau ada yang terasa dengan aku,aku taknak hilang kawan tapi kalau aku asyik buat korang terasa ... Aku rasa bersalah. Gila kau aku tak rasa bersalah tu. Rasa la...rasa..
Otak makin pending, bila orang kata terasa aku tak dapat nak faham terasa macam mana. Tu yang ada naik meroyan bila dia kata ok lah bla3 aku pun kata ok juga. Ahh,tak sempat nak fikir jawapan yang lagi bagus. Dan ini perkara yang benar aku nak cakap, inbox aku tak boleh guna..T_T. Twitter~~

So korang yang berkenaan, mungkin korang sedang baca ni. Aku mintak maaf... Ikhlas ni. Hope aku tak buat dah. Yelah,aku la.. Aisehhh..

Terlekat Melekat : Sara tengah ajak Muhammad main teddy, tiba-tiba Sara jadi perempuan balik. Kalau tak
                             Muhammad yang main teddy, dia main kereta. =.=".

Terlekat Melekat II : "wawa..tatataaa...", "walid tak faham la sayang...", T_T


AJK Stor