Friday 10 February 2012

Ikatan Ikhlas

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Seperti semua sedia maklum, anak kepada Baba Khairuddin dan Ibu Iva hanyalah Zuhayr dan Zuemiey. SI kembar yang seorang over-aktif dan seorang lagi over-pasif. Bila dah besar a.k.a tua sekarang, yang aktif dah jadi pasif , yang pasif jadi aktif...

Kalau berjaya baba mintak lagi anak dengan ibu, maka bertambahlah adik beradik aku kan? Tapi tak ke memalukan kalau aku sekarang ada adik? Sepatutnya aku dah bermain dengan anak dah pun. Ibu tak ada masalah sebab orang percaya je anak dia baru umur 20 tahun.

Sejak dari aku sekolah lagi memang ibu meraikan kalau ada kawan-kawan aku datang ke rumah. Sehingga ibu juga bahasakan dirinya ibu bila bercakap dengan kawan-kawan aku.

"Ibu, mana boleh orang lain panggil ibu ni ibu. Ibu ni ibu Zue ke ibu orang lain?",

Tu antara ayat yang aku cakap bila aku rasa kasih sayang ibu akan berkurang kalau dia rapat dengan kawan-kawan aku. Sampai satu tahap aku risau, aku tak kasi kawan aku datang rumah. Kalau nak jumpa ,aku akan keluar jumpa kat luar. Sangatlah kedekut nak kongsi kasih sayang..

Sekarang aku rasa lain je, walaupun tak pernah jumpa , tak pernah berborak ,aku rasa ikatan tu ada. Bila susah , ada yang bagi moral support. Bila gembira, ada yang turut gembira. Soal kawan ketika senang sahaja tu aku tolak tepi dulu.

Rasa yang sangat puas bila dapat rasa satu-satu ikatan tu wujud. Rasa macam ramai je adik beradik, ramai je sahabat.

Dalam berkawan ni kita tak boleh lah nak :


  • Cepat sangat sentap tanpa motif.
  • Conquer. 
  • Berkira.
  • Batu api.
  • Terlampau cerewet
  • Fikiran negatif
Banyak lagi benda yang harus dikawal, aku pun kadang-kadang terbabas jugak. 

Kawan aku pernah kata yang dia lagi rasa dia jadi diri dia bila dia bersama kawan-kawan yang memahami dia. Aku tak kata ahli keluarga ni tak ok, tapi kadang-kadang ada sesuatu yang kita memang tak nak keluarga kita dapat tahu. Kita mungkin takut mereka terbeban, risau dan segala macam kemungkinan lagi.

Apa yang penting bila kita jalinkan satu-satu ikatan tu,kita kena ikhlas.Terima dia seadanya tanpa rasa ragu yang menggunung.

Setiap orang ada cara mereka berfikir dalam sesebuah ikatan, tapi bagi aku.. Aku terima dan bersedia dengan apa risiko. 


Terlekat Melekat  : lesbian suka berkawan dengan aku, sebab dia kata aku boleh teman dia shopping? errk.. gay pun ada berkawan dengan aku, mereka kata sebab aku ni nasihat tapi bukan pangkah. aku nasihat apa perlu,aku tak berani nasihat lebih-lebih. T__T

6 comments:

  1. Dalam berkawan ni kita tak boleh lah nak :


    Cepat sangat sentap tanpa motif.
    Conquer.
    Berkira.
    Batu api.
    Terlampau cerewet
    Fikiran negatif

    setuju la sangat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aku nampak point tu yg kawan baik jadi renggang..

      :)

      Delete
  2. yela2..

    janji lepas ni x sentap2 lagi..
    janji lepas ni x conquer2 lagi..
    janji lepas ni x jadi batu api..
    janji lepas ni x fikiran negatif lagi..

    hurmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk ni nk terasa kenapa pulak?
      adess..

      awak ada sentap ke?
      ada conquer?
      ada batu api?
      ada fikir negatif..?

      cehh...cehhh...

      Delete
  3. sedang fikir banyak kali...tak berani nak rapat sangat dengan sesiapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai cari kawan, pandai jaga kawan..setel dah :)

      Delete

AJK Stor