Saturday 25 February 2012

Sleeping Beast Award

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Aku mengantuk..

"awak, bangun... awak!", nyaring sungguh suara kecil itu. Bingit! Segera aku bukakan mata..

"emm..mengantuk lah. awal awak datang hari ni",

"ibu nak saya temankan dia pergi shopping. bangunlah..ikut sama nak?",

"for what? tolonglah.. awak dengan ibu berkepit, saya jalan sorang-sorang. awak.. lapar ni",

"bangun cepat, saya sedia sarapan. terbaikk punya..", seperti biasa jika dia datang memang dia akan sediakan sarapan untuk aku. Mata aku kian layu kembali, menghantar jejak langkahnya dengan mata hampir separa tertutup. Deebikk~!!

"ye...nak bangun la ni", kata aku spontan selepas bantal besar hempap dada aku. Daun pintu ditutup, aku panjangkan langkah ke bilik mandi. Selesai semuanya, aku baring semula di atas tilam empuk, menantikan saat untuk bersarapan.


..........


"hahhhhhhhh~!!!!", bagaikan terkena kejutan eletrik, aku bingkas bangun dari katil. Habis baju dan tilam basah lencun. Aku pandang dia, kening dinaikkan.. "i dah mandi lah u... kenapa mandikan i sekali lagi?",

"ye ehh dah mandi? mesti mandi kerbau, sebab tu mengantuk balik. ok bersiap..", katanya seolah-olah tidak bersalah.

"awak........",

"ape...", balasnya

"awak ni kan...",

"aaa...ibu...", dia lari lintang pukang saat melihat aku mengejarnya dari belakang. Pusing ke ruang tamu, ke laman dan masuk kembali dalam rumah.

"kamu berdua ni kenapa?", sergah ibu. Dia cepat-cepat menyorok belakang ibu,

"ohh nak salahkan Zue la ni? tak adil betul..", aku malas melayan dan terus naik ke atas. Dengan baju yang basah aku hempap kembali tilam, mataku layu kembali.. Senyap....


.............


"sayang~!!!!!!!!!!", aku terdengar jeritan yang kuat. Aku toleh belakang, aku lihat tubuhnya melayang. Dan jatuh~! Darah merah pekat mengalir..

"shhhh.... i ada.. u akan ok.. shhh", kata aku sambil aku rangkul tubuhnya. Aku takut...

"i datang nanti..", matanya terpejam..

"sayang? sayang... hey bangun...sayang...sayang~!!!!", aku jerit sekuat hati..


"Zue... doctor~! Zue..ni ibu, open ur eyes sayang..Zue..", aku dengar suara ibu.. aku buka mata.

"Ibu..tadi Zue mimpi Sara...",

"shh..ye..ye..mimpi..", ibu cium dahi aku bertalu-talu.

"ibu~! tu Sara..tu...", aku tunjuk ke arah dinding..

"doc..please..",

Aku lihat doktor dan nurse datang menghampiri aku, dicucuk cecair pada wayar yang melekat di tangan aku.. Aku diam...diam...diam...



Terlekat Melekat : macam flashback.. tu lah penangan tidur..errk~!

5 comments:

  1. kompleks betul mainan tdo kau ni, sara tu bekas tunang kau yang dah meninggal tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a, mmg sekarang byk lah flashback walaupun aku duk sedar... aku nampak dia dtg dlm mimpi, senyap je...

      tapi otak aku takdelah kacau sbb mimpi2 dan falshback tu..

      Delete

AJK Stor