.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....
Selamat berbuka puasa kepada sesiapa yang berpuasa hari ni..
Orang hadap meja, aku hadap laptop.. Ni la jadah bila dah ketagih~!
Sekarang riuh rendah rumah aku dengan kawan-kawan yang datang nak berbuka puasa sekali. Tapi dalam keriuhan tu, teringat pulak la kat baba.. Jari terus mendail nombor telefon baba..
"assalamualaikum baba..."
"wasalam..waktu dekat dah nak berbuka kat sana kan? dan-dan je call",
"emm, saja nak dengar suara. berbuka dengan apa?"
"dengan latte je, malam sikit makan lagi. kejap lagi ada hal pulak"
Baba.. tempat aku cari pasal, cari gaduh, macam-macam. Tapi aku x suka berjalan dengan dia,
"hye Zue, lama x jumpa.. ehh ni abang u ke?",
Tu antara sebab aku x suka berjalan dengan baba aku. Fine.. aku memang kaki jeles pun. So what? Ada masalah?
----
Masa kecik-kecik dulu, ibu aku x suka kalau baba nak ambik orang gaji. Kalau ambik pun, orang tu mesti balik hari dan datang hari Khamis je. So kami bertiga jelah duduk dalam rumah.
Aku..dah macam anak dara, diajar memasak itu dan ini. Mungkin ibu boring x ada teman berbual kat dapur kot. So lama-kelamaan aku jadi tabiat bila time makan je aku akan masuk dapur tolong ibu. Dan mungkin sebab tu jugak la perwatakkan aku ni agak lembut sedikit. Tapi aku bukan pondan ok~!
Disebabkan aku ni just 2 beradik (abang aku tinggal bersama saudara ibu),kami memang di jaga. Khususnya aku sebab aku tinggal bersama ibu dan baba. Asal baba nampak je tingkah laku aku nak kearah lembut banyak, siaplah kaki aku.. Makan rotan la jawabnya. Ok baba tegas~! Mencik~!!!!!!! =P
Walaupun tegas, baba ni sikap dia kebudak-budakkan jugak sebab dia suka buat ibu marah. Marah-marah biasa jelah, bukan marah sampai ada piring terbang dalam rumah. So hari-hari aku hadap je kisah romantik depa dalam rumah.. Ada part berlari berkejaran lah.. Ada part jeling-menjeling lah... Dari yang sweet kepada bitter.. Semua cukup rasa, cukup rempah.
Aku di besarkan dalam keluarga yang pentingkan kasih sayang, sebab tu kot aku mudah mesra dengan orang sehingga orang salah anggap pada aku. Yeah..my bad~! Dan aku fikir, baba bagi kasih sayang melimpah pada ibu so bila aku dah kawin nanti aku pulak patut buat macam tu sebab baba dah ajar aku tuh.
------
Bila di meja makan (kalau x de orang luar la), aku akan duduk di tempat kerusi dihujung. Selalunya untuk ketua keluarga. So ibu tepi dan baba pun duduk tepi. Ibu akan cedok nasi untuk aku dan baba, dan baba akan cedok lauk berkuah untuk aku dan ibu. Time aku, aku kena bagi lauk x berkuah untuk ibu dan baba. Selalunya ayam goreng lah, dan setiap kali aku ambik satu dan nak masuk dalam pinggan ibu and baba mesti aku akan gigit dulu.
MasyaAllah buruk perangai aku nih... Terfikir jugak aku, kenapa la baba x marah perangai aku macam tu dari dulu sebab kadang-kadang perangai aku ni terbawak-bawak hingga sekarang kalau aku x control. Sekarang pulak aku suka sangat tunggu ibu makan, aku pun ambik bekas dia makan. Adeii...apa entah masalah aku. Dapat bini yang cerewet memang masak la aku..Macam kawan aku.
"abang,ambilkan cawan..",
"lah tu cawan abang..guna jelah",
"x mau lah..bekas mulut abang....nak yang lain",
Ambik....yelah nak wat macam mana kan, bibir laki dia sebesar mulut cawan tu~~~!
Mintak jauh lah ehh...
------
Bila cuti sekolah, aku suka baba ada kat rumah. So semasa cuti sekolah jugak la banyak kali baba hilang hp. Aku nampak je hp, aku ambik buang la kat mana-mana. Telefon rumah aku selalu tarik tali penyambung. Surat-surat dari posmen aku yang filter dulu.. Bila tahu baba akan pergi mana-mana esok, malam tu aku keluar la pancitkan semua tayar kereta.
Tapi esok pagi baba pergi juga, taxi airport datang ambik. Aku rasa nak bomb je semua taxi.. 3=)
Arghh~~~! Makin diingat makin aku perasan yang aku kejam... tamak... ape lagi? Muahahaha... sape jugak yang didik kan? *see, dasar x sedar diri nak salahkan parents.
------
Lepas SPM, aku putus dengan minah sorang ni. So bujang kembali lah aku, asal nak pergi party je kawan-kawan gelak je sebab aku x bawak awek. Aku sorang-sorang jelah sebab masa tu Haiqal jarang ada. Satu hari aku rasa tercabar tapi aku x nak awek sebab mind-set aku masa tu kata awek ni menyusahkan. So aku call kawan aku perempuan, suruh dia teman aku shopping dari atas sampai bawah. Sebab aku nak beli pakaian perempuan. Siap je, aku suruh ibu pakai. Ok aku nak puji la sikit kat sini. Ibu aku tahun ni dah masuk 46 tahun dah. Tapi kalau dia pergi mana-mana orang akan kata dia belum nak cecah kepala 3 pun lagi. Same with my baba, 51 tahun gitu lah kot umurnya. Tapi bila muka x de la tua pun kedut ada cuma di bahagian dahi ada la single-line or double-line.
Masa tu umur aku 18 (masa nak pergi party tu), so ibu 30++ tapi macam umur 20++. So bawaklah ibu,kawan-kawan aku ni x kenal sangat ibu kecuali yang memang rapat. So party kali tu depa x ketawa la kat aku.. Aman je rasa.
-------
Bila baba ada kat rumah memang aku akan lekat kat rumah, sampai ibu tanya aku x nak keluar ke. Sebab masa tu je aku ada masa nak cungkil rahsia jantan baba aku. Rahsia jantan..rahsia nak pikat anak dara orang. So ibu akan jeles seketika dengan aku masa tu. Asal ibu nak keluar date dengan baba, aku buat-buat la sakit perut ke, kepala ke.. Depa x akan keluar.
Ok sekali lagi..buruk perangai. Patutlah masa dulu-dulu aku x de adik pun. Kerja aku kacau orang je.
Cukup lah dulu...
Terlekat Malekat : dimana dia kertas kerja aku.. kertas kerja aku yang Jack postkan tu... makian manja lak aku dapat satgi.
rindu baba eh ni..??
ReplyDeleteagak la.. =)
ReplyDeletenak mengadu banyak benda
Tecik2 nakal...
ReplyDeletedh beca2 ni nakal lg x? ;P
baik dah la..haha
ReplyDelete