....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....
Tengah chat dengan Cik Nget tadi, terborak lah pasal gula-gula..
sebab aku bersahur dengan sebiji Hudsons pagi tadi.
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu ibu jarang bagi aku gula-gula sebab katanya gula je lebih, khasiat x ada. Berlainan dengan baba, dia suka beri aku gula-gula berbanding coklat. Lepas dia bagi aku gula-gula, ibu selalu tarik muka.
Kata baba ,
"baba x mampu nak beli coklat dulu, keluarga baba orang susah. sebiji gula-gula yang diperbuat daripada gula melaka tu baba makan 4 hari baru habis"
Punyalah berjimat baba aku nih, makan time dia rasa nak je. Dan benda tu berlarutan dari dia kecil hingga sekolah menengah. Masa sekolah dia just calit dengan jari sikit je gula-gula tu masa dia mengantuk nak revision.
Masa darjah satu hingga darjah enam, asal balik je dari sekolah petang tu ibu mesti check poket. Dan jumpa lah gula-gula dalam poket aku. Dia membebel start dari dia check poket hingga aku nak tidur. Tapi bila baba balik dia senyap la sebab baba aku x suka dengar orang membebel kat anak-anak tapi kalau marah disebabkan kesalahan anak x pe.
Gula-gula yang aku suka beli adalah gula-gula monster, ala yang bila makan tu mesti lidah jadi kaler gula-gula tuh. Bila balik rumah, ibu ternampak terus dia suruh aku pergi gosok gigi dan lidah. Dan masa tu jugak la aku akan selalu muntah. Sebab dulu aku x suka gosok lidah~!
"ibu.....muntah dah~!!!!"
"biar la muntah, kasi keluar balik apa benda x bagus dimakan tadi"
=.=" fedap tetibe ...
-------
Penderaan mental sebab gula-gula ni mula dari umur aku berapa tahun entah,tapi seingat aku sebelum aku ke pra-sekolah.
Baba aku dari aku kecik memang dia sibuk tapi bila dia nak pergi outstation, dia kasi aku 1 gula-gula. Aku pun berjalan macam perompak pergi simpan dalam peti sejuk bahagian buah-buahan.
Satu hari, aku lupa nak ambik gula-gula tu. Dan aku juga lupa yang ibu memang obses buah-buahan~!
"zuemiey~!!!!!!!!!!!!!!!!! siapa punya ni?",
Dengar je ibu laung macam tu,terus aku lompat dari kerusi dan lari ke dapur.
"errr...me...Maa...yaaa..",
Ok ibu aku nama Maya, memang kadang-kadang aku panggil ibu aku Maya dan baba aku panggil Iva. Ada orang kata x baik panggil emak dengan panggilan nama. Tapi memang ibu aku macam tu, bila baba x ada je dia akan suruh aku panggil dia Maya.. ibu pon x pe. Katanya aku pun buah hati dia, bagi dia x salah pun benda tu. Cuma sekarang aku dah jarang panggil Maya sebab takut orang dalam rumah aku fikir bukan-bukan. Ok sambung cerita...
Lepas aku mengaku gula-gula tu aku punya, ibu ambik dan nak buang dalam tong sampah. Sepantas kilat aku ambik dari tangan ibu, bukak wrap, masuk mulut dan kunyah...~!!! Sebab tu baba aku bagi, mana boleh buang..
"gosok gigi cepat...cepat~!"
Owh nasib baik x pekak la telinga aku ni sebab dari kecik dengar orang menjerit high pitch. So dengan selamba aku senyum dan masuk bilik..tido..
"sayang..bangun..jom makan", kejut ibu dan aku turut dia ke meja makan. Baru je nak suap nasi ke mulut..
"dah gosok gigi yang makan gula-gula tadi?", tanya dia dan aku geleng..
"kenapa x nak dengar sangat ibu suruh? hah?~! bla3..... ",
Tibe-tibe teringat baba masa tu dan air mata bergenang, terus turun dari kerusi dan lari masuk bilik,masuk bawah katil dan nangis.... tertido..
Sedar je dari tidur,jam hampir pukul 11 malam. Dengar ibu masuk nak letak baju yang dah siap gosok dalam bilik. Rutin macam tu dan dia tahu aku bawah katil..
"eii..makan gula-gula..x gosok gigi.. esok ulat penuh dalam mulut..muntah keluar ulat...bla3", kata ibu
Ibu tutup je pintu terus aku keluar dari bawah katil dan gosok gigi,lidah.. Lepas tu duduk depan cermin sebab nak check ulat sampai la tertido. Ok ni cerita masa pra-sekolah.
Bila besar masuk darjah 1 macam tu, cakap la hantu nak jilat kaki ke... Aku makan je gula-gula tu..
Ok..kerana sebiji gula-gula jugak aku fall in love..
Kerana sebiji gula-gula jugak aku dapat tengok senyuman di wajah seorang anak kecil..
Banyak lah kerana sebiji gula-gula...
Thanks baba... and sorry Maya =)
Terlekat Melekat : bila hati dah sayang, orang kata benci pun kita masih lagi sayang...
hahahaah....
ReplyDeletenakalnye abang kacak ni..
siap tido bawah katil..
aish..
tu tempat selamat la..haha
ReplyDeletehahaha. comel je.
ReplyDeletetegas jugak mak ko eh
wow.
ReplyDeletehebatnya penangan sebiji gula gula.
hahhaa, jilat gula2 jimat 4 hari, siap palit kat jari.
ReplyDeletekena selalu buat entry macm ni.. best. :)
ha ha ha adakah patut macm tu? :p tapi kesian lak tengok abg kacak kena buli ngan mami die hehehe....
ReplyDeletebtw: wen dtg dari blog dill.
Lea : tegas jugak lah..sampai tercekik dibuatnya.
ReplyDeleteJuno : tu baru sebijik,try berbijik2 lagi dasyat kot
Zulfikar : tu lah baba aku..alasan dia "baba anak org susah".. padahal dia tu yg kemut..kah3
Wen : penderaan mental di zaman kecik..masa tu era kegelapan..haha *blog dill?