.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....
Lepas online jap petang tadi, aku keluar nak cari Foot Patch. Dalam masa yang sama nak pergi ambil kawan aku dekat dengan hospital. Drive sorang-sorang sangatlah mengantuk so aku pasang radio kuat-kuat.
Sampai dekat dengan selekoh yang dah pun jauh dengan rumah aku, aku nampak ada satu kereta di bahu jalan. Dan nampak seorang perempuan duk tengok-tengok tayar, pancit rasanya. So aku tertanya-tanya nak berhenti ke x memandangkan janji dengan kawan aku lambat lagi.
"kalau dia sekat aku stop, kalau x aku jalan terus je", detik hati aku.
Aku teruskan drive dan perempuan tu tahan kereta aku dengan tangan dia. Ok sebab dah niat so aku stop jelah kat tepi kereta dia dan turunkan cermin.
"ehh awak? boleh tolong hantarkan saya ke hospital sekarang?",
Aku angguk dan kami chow. Sepanjang perjalanan, aku senyap dan dia senyap. Dia perempuan yang aku jumpa kat kedai aiskrim kelmarin.
"erm awak..", aku cuba nak tegur
"excuse me..", kata perempuan tu sebaik sahaja ringtone telefonnya kedengaran.
Nampak sangat x kasi aku tegur kan? Time aku x tegur, xde pulak orang nak call. So aku membatukan diri sambil drive sebab perempuan tu borak entah dengan sapa dalam mood sangat serius sambil tengok ape benda kat iPad miliknya. Ok dan sekali lagi term dia gunakan langsung aku x faham. Sepanjang dia borak aku just faham dia kata tayar kereta pancit dan mintak tolong orang hantarkan.
X lama lepas tu kami sampai ke hospital dan dia tergopoh-gapah keluar dari kereta sambil borak lagi. Dia pandang dan angkat tangan kat aku.
"tanda terima kasih kah?", tanya hati aku. "ehh nama?", laung aku dan masa tu dia dah lari masuk dalam hospital. Aku geleng kepala, kalau jumpa dalam keadaan normal x leh ke perempuan ni.
--------
Balik ke rumah, ouhhh~~~ sangat lah letih sampai barang-barang dalam kereta pun suruh Haiqal angkat. Aku terbaring di sofa, tunggu mata nak lelap.
"zue..sambut~!", Haiqal baling satu objek. Aku tangkap
"name tag?", kata aku perlahan...
Aku belek-belek...
"Inas...",
Terlekat Melekat : ni bukan entry cinta atau jantung berdegup kencang. ni entry nak kata jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah =)
Inas..?
ReplyDeletekelembutan :)
ReplyDeletefelda? wakaka
kelembutan??
ReplyDeleteInas bererti kelembutan..
ReplyDeletePembunuh Tanpa Bayang :
ReplyDeletenamanya inaz?
=) kalau jodoh,pasti bertemu juga nanti.
kat name tag macam tuh la namanya..singkatan kot :)
ReplyDeleteinsyaAllah :)