Tuesday 6 December 2011

Kenapa?

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | .....


Aku terfikir apa jadahnya ada manusia ("dia" dan mungkin bukan kamu,juga bukan aku) yang berpaksikan Kiblat , bertunjangkan agama yang benar, dipimpin oleh akal yang waras, mampu berdiri gah di tampuk yang sangat kukuh, tetapi x berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan setiap bait kata, setiap madah bicara, setiap gerak laku. Apa mesej sudah x lagi sampai ke otak?

Aku rungsing apabila melihat anak remaja yang diharapkan dapat menjadi galang ganti dalam memerintah negara khususnya dan dunia amnya menjadi begitu lalai dan terleka dek kemodenan dan kecanggihan. Aku sedar akan itu semua, apa kamu yang disekeliling mereka juga sedar?

Aku bingung ketika melihat si alim ulama yang boleh sahaja mendongak ke langit kerana penuhnya ilmu agama di dada jika dia mahu akan itu , yang mampu memangkah setiap usul yang dirasanya salah lalu di tunjukkan cara yang betul dan yang lunak suaranya ketika membaca setiap ayat di dalam kitab suci tetapi pincang katanya apabila menuturkan soal politik. Apa politik itu satu faktor random yang fungsinya memusnahkan kedamaian?

Aku sedih apabila melihat si anak yang dijaga oleh tangan mulus kedua ibu bapanya, disirami cinta dalam dirinya dengan alunan zikir, di baja pula cinta itu dengan ayat Al-Quran , lalu dibentang pula benteng untuk menjaga cinta itu dengan istighfar. Kerana apa semua itu dilakukan? Kerana diharap oleh pemilik tangan mulus itu supaya tumbuhnya pohon sakinah, moga berputik buah mawaddah lalu lahirlah zuriat qurrata a'yun. Tetapi malangnya yang didik dan dibelai itu menghasilkan hati sekeras batu, nafsu membuas. Yang suci menjadi kotor berdaki, yang intan menjadi kaca, yang mulia jatuh ke lembah hina. Silapnya dimana?

Aku .. hanya berfikir, mungkin bukan itu yang kamu fikirkan. Tapi kenapa? Kenapa untuk apa? Mungkinkah kenapa itu adalah jawapan soal balas dari soalan terkumpul ataupun dari solusi yang bakal muncul? Kenapa?


Terlekat  Melekat : zombie x buat kerja ke? zomba perlukan otak baru~!


tengok..fikir...maksud..kenapa?

2 comments:

  1. kalau semua orang baik kt dunia ni..

    tak mencabar laa kan..?





    *saya da promot sikit2 blog awak.. mana upah..?? lol

    ReplyDelete
  2. I found Hubwit as a transparent s ite, a social hub which is a conglomerate of Buyers and Sellers who are ready to offer online digital consultancy at decent cost. Discount clothes

    ReplyDelete

AJK Stor