Thursday 15 December 2011

Orang luar? Ceit~~~!


.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Lama rasanya jemari x berlari-lari diatas papan kekunci..
So moh kita =)


Tadi aku godek-godek external hard-disk ibu, so aku jumpa satu cerita jepun bertajuk Koizora ataupun dalam english Sky of Love. Disebabkan otak aku sarat sangat dengan kerja maka aku luang sedikit masa untuk layan cerita. 

Aku, dari dulu orang tahu aku ni anak ibu. Tapi jarang sekali kawan-kawan nak nampak aku menangis. Tapi cerita tu tadi buat hati aku yang keras ni tersentuh. Bila cerita dah habis, aku sedar ada air mengalir di pipi. Spontan hati aku kata , "betapa hebatnya penangan cinta...".

-----

Walaupun aku dibesarkan dalam keluarga yang cukup bahagia, penuh kasih sayang dan cinta tetapi aku x pandai nak terima rasa cinta dan kasih sayang dari orang luar. Bagi aku, aku hanya perlukan kasih sayang dan cinta hanya dari keluarga aku dan juga bakal keluarga aku.

Sebab tu, bila datang seorang perempuan yang sanggup susah payah demi aku, aku langsung x rasa apa-apa. Walaupun pada masa tu aku hanya bagi dia coklat, aku x rasa itu benda besar pun tapi aku nampak wajah dia yang bersungguh-sungguh. Cehh,macam budak-budak~!

Aku buang dia dari hidup aku jauh-jauh, aku maki dia, aku buat jahat dengan dia walaupun aku x pernah tinggi suara pun dengan perempuan lain, dia tetap senyum dan tepuk tangan sambil berdiri bila aku naik pentas terima anugerah. Bila hari sukan, aku dapat trofi kemenangan. Dari jauh aku dengar dia jerit, "dia sahabat saya~!!!" sambil tepuk tangan. Masa tu dalam hati aku x pernah nak ucap thanks,malah ayat yang selalu muncul adalah "bodoh...". Teruk betul aku...

Masih aku ingat masa aku lepaskan dia, halau dia jauh-jauh.. Aku dengar dia kata "saya tunggu awak.." semasa aku melangkah pergi. Tapi aku x toleh pun sebab aku takut aku kesiankan dia. Aku tinggalkan dia demi keinginan aku untuk memiliki gadis yang aku suka. Walaupun aku belum pasti betul ke gadis yang aku tunggu tu pun mahukan aku juga.

Dia tepati janji dia untuk tunggu aku sebab lepas je habis belajar, aku terjumpa dia balik. Lepas jumpa, aku bawak dia datang rumah aku untuk hadiri satu majlis. Ibu dan baba aku suka dia, ibu aku masuk meminang. Aku terima dia dalam terpaksa sebab nak jaga hati parents aku, tapi lama kelamaan dia buka pintu hati aku. Tanpa aku sedar , hati aku dah terima dia. Percakapan aku makin hari makin lembut bila bercakap dengan dia, x ada makian, dan tanpa aku juga sedar aku dah mula ambil berat tentang dia. Sayang dia? X payah nak cakap... sebab tu pun aku x tahu dari mana dan bila terbit rasa tu.

Dia x pernah merungut, sangat sederhana. Kadang-kadang aku x percaya sikap dia macam tu, yelah sebabnya aku rasa perempuan zaman sekarang ni mana ada yang macam dia. Mungkin ada, tapi x semua jujur macam tu. Hipokrit mungkin, atau mungkin juga aku x terjumpa.

Dia x tawan aku dengan kecantikkan walau dia cantik, dia x tawan aku dengan kebijaksanaan dia walaupun dia bijak. Dia tawan aku dengan kelembutan, dengan kesabaran.. 

Aku bukan lelaki psycho yang nak ulang berkali-kali tentang bekas tunang yang dah x mungkin kembali ke pelukan, yang x mungkin boleh membelai aku dengan sentuhan hangat. Aku hanya lelaki yang dibuka matanya pada tahun,bulan,minggu,hari,jam,minit dan saat yang terlambat... 

Terima kasih sayang, kerana mengajar aku erti kasih , sayang, dan cinta. Yang aku tolak mentah-mentah kerana ianya hadir dari orang luar. Terima kasih kerana hadir walaupun sekejap kerana dengan hanya sekejap itu, kamu mengajar aku pelajaran dalam hidup yang mungkin aku x akan rasa dengan orang lain. 

---------


Okeh~!
Siap dah emosi-emosi... emmh x mau emo..x mau... =P

So peeps~!,
Belajar, rasa, aplikasikan...
Yang penting belajar bersyukur sebab kenikmatan x datang berkali-kali.


Terlekat Melekat : perut aku asyik bunyi je,kalah orang ikat perut gara-gara diet.

2 comments:

AJK Stor