Sunday 25 December 2011

Cerita sape ni? - Prt 1

Aku rasa nak bercerita lah hari ni.. Aku cerita secara ringkas dan general lah ye..

Pada suatu hari ... ehh patut ke aku letak pada suatu hari? Macam dalam buku cerita kanak-kanak la pulak kan?
Ke macam mana? Ohh,ok...sambung cerita...

Dulu ada seorang lelaki yang x la sekacak aku, tapi tinggi lampai, berkulit putih , Chinese-look , dan sasa. Berasal dari Sabah, namanya Khairuddin. Selepas tamat belajar di peringkat menengah dan so on yang perlu, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia belajar dengan bersungguh-sungguh dengan jayanya dalam bidang perniagaan. Selepas tamat belajar sekian lama, dia kembali semula ke universiti tersebut. Motif? Aku x tahu.. 

Semasa ke universiti, dia tangkap cintan dengan seorang awek Jepun bernama Iva Maya atau nama Jepun awek ni aku x ingat. Perempuan ni kacukkan Jepun - Jerman, cun x payah nak kata la. Membuatkan si Khairuddin ni meleleh.. Apa entah penangan awek Jepun ni, aku pun x tahu. X kan sebab rupa je kot..

Semasa bercinta tu Khairuddin ni memang tinggal di situ sekejap, atas alasan apa aku pun x tahu jugak. Banyak benda rupanya aku x tahu. Iva masa tu muda lagi. Tak lama selepas tu, keluarga Khairuddin call suruh Khairuddin balik ke Malaysia kerana ayah kepada Khairuddin sakit. Maka tinggallah Iva disana. Selepas lama pulang ke Malaysia, Khairuddin menghantar surat kepada Iva mengatakan bahawa dia mungkin x dapat kesana lagi dalam masa terdekat. So, dia suruh Iva jaga diri dan jangan tunggu dia. 

Maka minggu berganti bulan. Khairuddin sibuk menguruskan syarikat milik ayahnya. Ayah Khairuddin? Ada lagi.... Masa aku cerita sekarang ni pun dia ada lagi. Hampir setahun kemudian Khairuddin terdetik hati nak berjumpa Iva, maka dia pun pergilah balik ke universiti tu. Hancur harapannya sebab pelajar nama Iva Maya dah x ada kat situ. Khairuddin fikir mungkin Iva sedih sebab dia tinggalkan Iva... Beberapa hari Khairuddin berada di sana. Khairuddin tekad,jika esok Iva masih tidak muncul maka dia akan pulang ke Malaysia.

Esoknye sudah tiba, kelibat Iva x juga kelihatan. So Khairuddin pergi ke taman di mana dia dan Iva pernah date (gatal juga Khairuddin ni). Dia lepak kat situ beberapa jam, x lama lepas tu dia ternampak seorang wanita memakai dress labuh dan menutup kepala dengan kain skaf a.k.a selendang. Khairuddin pandang lama-lama sebab wajah tu iras Iva. Perempuan tu berjalan mendekati Khairuddin,

"assalamualaikum..", kata perempuan tu. Khairuddin menekup mulut secara spontan.

"waalaikummusalam..", jawab Khairuddin dalam keadaan terkejut.

Iva Maya telah memeluk Islam selepas ditinggalkan oleh Khairuddin. Bukan kerana cintanya kepada Khairuddin tetapi kerana dia telah jatuh cinta kepada Islam. Dia teruja mendengar Khairuddin membaca Al-Quran ketika mengendap Khairuddin di rumah kawannya, dia tersentuh bila terdengar Khairuddin melaungkan azan ketika hendak solat berjemaah di rumah kawannya. Iva Maya telah menukar nama kepada Nur Firdaus Binti Abdullah, sebab tu lah Khairuddin x jumpa pelajar bernama Iva Maya.

Atas dasar cinta dan tanggungjawab, maka Khairuddin memperisterikan Iva dengan restu dari kedua-dua belah pihak... *happy kah mereka?


-------


Ketika Iva belajar di tahun akhir, dia telah di sahkan mengandung. Alangkah sedih rasa hati kerana suami tercinta tiada di sisi. Khairuddin terpaksa menguruskan syarikat di Malaysia. Kerana ketabahan hati, Iva tetap meneruskan pelajaran walaupun terpaksa mengharungi perkahwinan jarak jauh (PJJ).

Pejam celik Iva sudah tamat belajar dan dia menetap bersama keluarganya di Jepun. Pada ketika itu Kharuddin pulang untuk menemani isteri yang sedang mengandung. Keluarga Iva teruja dengan kehamilan Iva, mereka tidak sabar menunggu kelahiran tersebut kerana ini merupakan hasil perkahwinan campur yang telah lama tidak dilakukan oleh keluarga Iva (keling x ayat aku ni?).

Dalam keluarga Iva, ada satu keluarga sebelah ibu Iva tidak mempunyai anak. Maka malam tersebut mereka berborak-borak dengan saudara sebelah ibunya.

"kalau anak Iva ni 2 orang dalam ni, makcik ambik la satu", kata Iva (aku translate dah ni). Ketika itu Iva tidak tahu jantina bayi dalam kandungannya kerana mengikut adat keluarga untuk x memeriksa jantina kandungan.

Oleh kerana Iva sudah lama tidak berjumpa dengan keluarga mertua, maka Iva membuat keputusan untuk melahirkan bayinya di Malaysia.  Maka pulanglah mereka ke Malaysia...

Beberapa bulan selepas itu Iva selamat melahirkan bayinya di hospital yang terletak di Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, bayinya sihat dan rezeki dari Allah , Iva melahirkan bayi lelaki kembar.

Selepas 7 hari diberi nama anak lelakinya Muhammad Helmy Khair Zuhayr dan Muhammad Helmy Khair Zuemiey. Setelah tamat tempoh berpantang , Iva pulang ke Jepun untuk melaksanakan tradisi di sana pula. Dalam masa yang sama, Khairuddin juga pulang ke Jepun untuk membuka cawangan baru disana. Mereka menetap di Jepun hampir 3 tahun.

"kalau anak Iva ni 2 orang dalam ni, makcik ambik la satu",

Kerana terlepas cakap ketika mengandung (kata orang tua) , salah seorang daripada anak Iva iaitu Zuhayr tidak mahu duduk dekat dengan Iva. Zuhayr sangat rapat dengan saudara belah ibu Iva yang Iva telah berjanji itu. Hal ini telah menyebabkan Iva mengalami sedikit masalah dengan saudaranya yang juga ingin mempertahankan hak penjagaan ke atas Zuhayr. Tetapi masalah ini tidak di bawa ke mahkamah.
Iva enggan memberikan Zuhayr kepada saudaranya kerana saudaranya bukan Islam. Selepas pujukan demi pujukan diberikan maka Iva melepaskan Zuhayr ke tangan saudaranya dan mengajak suaminya Khairuddin untuk balik dan menetap di Malaysia untuk membesarkan Zuemiey.


 Terlekat Melekat : kejang dah jari aku... sambung lain kali pulak..

2 comments:

  1. naik bulu roma baca cerita ni...

    ok, aku dah jumpa cermin dalam blogspot. :)

    ReplyDelete

AJK Stor