Monday 26 December 2011

Cerita sape ni? - Prt 2

Di Malaysia ...

Khairuddin Dan Iva membesarkan Zuemiey di merata tempat. Sekejap di Perak, sekejap di Sabah , kadang-kadang pulang ke Selangor. Hal ini kerana Khairuddin x harap 100% kepada pekerjanya untuk menguruskan cawangan baru atau apa-apa bisnes.

Tidak lama kemudian , Khairuddin mengajak Iva menetap di Kelantan. Pada awalnya Iva tidak mahu kerana dia menyangka Kelantan sebuah negeri yang terdiri dari orang-orang yang 'ganas' kerana dia mendengar jiran-jiran bercerita tentang attitude penduduk Kelantan. Namun akhirnya Iva patuh dengan cadangan suaminya tercinta.

Zuemiey yang dahulunya dipimpin ketika mahu berjalan kini sudah dewasa. Ketika naik tingkatan 1, Zuemiey menempatkan diri di sekolah berasrama di Kota Bharu. Sepanjang dia dewasa, dia hanya tahu dia adalah anak tunggal dan dia hanya mempunyai kawan-kawan rapat yang diaanggap adik-beradik.

Setelah tamat PMR, dia berjaya ke sebuah sekolah di Langkawi. Dan setelah SPM (perghh gila punya ringkas citer ni) , dia mengikuti A-Level dan melanjutkan pelajaran ke Dublin. Pejam celik, dia sudah habis degree dan balik ke Malaysia dan bekerja di Kelantan. Sambil bekerja dia menyambung pelajaran ke peringkat Master.

Tahun 2011

Zuemiey mendapat tawaran bekerja di United Kingdom dan dia menerima tawaran tersebut. Ketika dia bekerja di UK, dia telah terjumpa dengan seorang kawan kepada babanya. Kawan baba bertanya perihal abang kepada Zuemiey. Zuemiey yang blurr terus menyiasat tentang hal tersebut. Selang beberapa hari rahsia selama 23 tahun terbongkar. Zuemiey mendapat tahu dia mempunyai seorang abang yang kini seorang Prof di salah sebuah university di Amerika.

Walaupun terkilan, Zuemiey tetap bersyukur kerana dia sempat mengetahui berita itu. Dan dia juga bersyukur kerana abangnya cukup sempurna di matanya walaupun dijaga oleh saudara bukan Islam..


Habis....... ~!

Ringkas kan? Kan?
Yess~!

Terlekat Melekat : ada budak rajin cat bilik siap lukis-lukis..wow~!

#kbai~!

4 comments:

  1. kagum..ringkas..padat..

    xsempat hembus nafas, da abes baca..

    =P

    ReplyDelete
  2. pehhh ringkas habis ending dia...

    abg ko terer ckp jepun la kan...


    p/s abaikan soalan bengap dari aku.

    ReplyDelete
  3. terer la kot sbb duk ngn sedara jepun..tapi dia reti cakap malay gak.

    ReplyDelete

AJK Stor