Wednesday 28 December 2011

Kalau dah jodoh

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Kalau beberapa bulan lepas aku beria-ria nak kahwin, sekarang aku rasa ok dah pulak x kawin lagi..
Aku rasa macam perjalanan masih panjang lah pulak..

Pagi tadi aku duk borak dengan Amir dan boss aku si Jack.
Amir story moory yang dia berkenan kat seorang awek kat kampung dia. Baru habis study je, tapi dia rasa x yakin. Sebabnya dia kata yang,

"aku ni orangnya macam-macam... Enggak pantas sama dia. Dia baru aja tamat belajar di Al-Azhar. Waduhh, keren lohh agamanya. Aku? Jahil..",

Lebih kurang macam tu la ayat Amir. Amir siap kata yang 'perempuan baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya'.. Tapi bagi aku, aku rasa Amir masih belum terlambat untuk manjadi baik.

Baik bagi pandangan mata aku bukanlah seorang yang kuat agama sahaja. Malahan luaran juga mesti baik, banyaklah term-term baik yang kena kenal pasti tu.

Lepas tu tanya pulak Jack bila dia nak kawin. Jack ni, walaupun dia ni non-Muslim, aku x ada la dengar dia ni kaki perempuan, malam-malam tidur berteman. Yang aku tahu dia ada awek, tapi masih awek atau dah putus tu aku x tahu. Jack pun kata la (aku translate ehh...)

"selagi aku punya tabiat masih sama, aku x rasa aku mampu menjadi ketua keluarga yang bagus",

"apa tabiatnya?", tanya Amir

"aku x boleh tinggal kelab malam dan arak.. itu merupakan 2 benda yang paling merosakkan life aku. tapi aku masih x boleh tinggal. jadi,macam mana nak menjadi ketua keluarga? macam mana aku nak bagi contoh yang baik kepada keluarga aku?",

Hey~!!!! Tu non-muslim tu yang bercakap. Ada yang muslim pun x fikir benda macam tu kan? Tipulah kalau semua yang muslim ni kawin sebab "aku kahwini kau kerana agama kau dan kerana cinta kau kepada Allah", jangan buat aku gelak guling-guling lah. Bukan semua ok~! Banyak yang niat lari dah, banyak yang "aku kahwini kau kerana ______ ", korang boleh letak sendiri apa benda yang terlintas.

Macam main spin the bottle dah pulak, tiba giliran aku. Amir tanya bila aku nak kawin walhal short-list ada je depan mata. Short-list? Kelakar je aku rasa Amir ni, memandai.

Setelah aku fikir aku boleh hold dulu nak kawin tu sebab umur aku baru nak masuk 27 tahun. Yup baru nak masuk 27 tahun. Mungkin bagi perempuan, mereka dikatakan andartu. Tapi bukan bagi lelaki.. Aku duk fikir dalam kepala aku, aku akan mulakan worktour. Kalau aku kawin, aku x nak duk jauh dengan wife aku. Aku bukan macam baba yang boleh buat perkahwinan jarak jauh.. Daaa~!!! No way...

"ala kau x leh duk jauh sebab x tahan nak dilayan ke?",

Ok apa motif kawin selain nak tambah bilangan Muslim kat dunia, selain menghalalkan hubungan, selain yang dari segi agamannya? Huh?

Kawin... bukan ke lelaki kalau diorang kawin maksudnya diorang ni dah bersedia nak galas tanggungjawab, nak ada orang jaga makan , minum, pakai. Tipu la kalau aku kata ,

"helloooo.... aku kawin bukan sebab nak bermanja ok. setakat nafsu yang satu tu aku boleh tahan lah weyy",

Oitt, ni manusia ni. Semua sama je bab tu, semua nak je bermanja termasuklah atok korang sendiri. Perkahwinan ni bukan atas dasar seks semata-mata. Seks tu bonus je aku rasa, yang paling penting adalah attention, belaian, kasih sayang.

"attention, belaian, kasih sayang tu akan termeterai bukan ke dengan persetubuhan?",

Bagi kau mungkin yup, bagi aku... NOPE.
Aku pernah dengar seorang kawan aku bercerita. Dia lagi suka kalau duk dekat dengan pasangan dia, dia luah problem, dia cerita pom..pam..pom..pam.... berserta dengan sentuhan macam hug and kiss. Katanya tenang je rasa, damai.. Mungkin tu nikmatnya bila dah kawin. Bukan semua orang yang dah kawin, masuk bilik tidur terus nak buat hubungan kelamin. Bukan semua orang tiap malam nak buat benda tu kecuali yang 'nafsu kuda'.

Aku tidak menidakkan kuasa seks dalam menenangkan pasangan, karang ada pulak yang kata

"emmh~~~ kalau ikut kata Zue ni, x ada anak la aku",

Aku belum kawin, tapi aku dengar dari orang yang dah kawin pun bukan 3x sehari buat.. 1x sehari 7x seminggu pun belum tentu.

Jap...jap.... aku teringat sesuatu.....

Aku nak cerita pasal kenapa aku x kawin lagi kan? Yang aku melalut pasal seks bagai ni wutthe kan? Lah...hai... awat korang x sekat aku awal-awal tadi..Kah3~!!

Ok sambung pasal jodoh tadi..

Aku kata la aku fikir yang aku nak kawin sebelum 34 tahun.. Ermm tua sangat ehh? Tu aku jangka, tapi kalau dah jodoh aku sampai depan pintu rumah dah minggu depan, akan aku kawin jugak minggu depan.

Aku malas sangat dah nak fikir pasal kawin sebenarnya, ada tu adalah. Walaupun ibu x henti-henti suruh kawin kan. Lepas satu..satu calon ibu wat balik aku jadikan kawan aku. Bukan aku x nak kawin, pintu hati x terbuka lagi.

+++++

Nak-nak aku kena cop playboy. Waklu, mulut busuk jiwa parah hati bangkai otak pink betul sapa kata aku lagu tu. Takat nampak kat wall aku memenuh dengan orang post atau aku komen-komen, x bermaksud aku playboy. Kot-kot balak/minah korang yang duk bajet bagus depan korang tu ada akaun facebook satu lagi kot duk selingkuh dengan mana-mana minah/balak lain. Sesedap kek sepahit arang je kata aku playboy. Lempang karang nak? Dah x suka a.k.a jeles kat wall aku, atau status aku ke ape ke, pandai-pandai la hide. Block terus pun aku x kisah lah. Aku bukan kacau wall korang pun. Piiirahhh~!

Aku x sedih pun setakat korang nak remove aku, tapi aku lagi sedih kalau orang judge aku.

"dah macam mana x kata lagu tu kalau wall penuh macam tu"

Tanya la aku, tu sapa, tu sapa...  x payah nak ikut sedap mulut busuk korang je kata macam-macam. Macam la korang baik sangat kan? Inbox tu entah apa yang ada.

Aku rasa setakat ni aku x ada lagi duk post "i love u so much sayang, rindu giler kat u...sehari i x nampak u, rindu la...", then aku copy paste kat berpuluh-puluh girl dalam friend list aku. Aku rasa x ada lagi ni...

Aku rasa lebih elok kot korang kenal aku yang x control ni dari kenal aku yang control tapi belakang, berapa ramai girl dah aku main..Kan? Terasa? Kau kah orangnya? Lahh...~~~~

Hah, yang duk gedik kata aku gay tu pun sama lah. Mulut jaga-jaga dowh... Kita sepatutnya doakan benda baik untuk kawan-kawan kita.. Kalau ada kawan kita yang gay pun, nasihat mereka. Bukan lari.. Mungkin mereka tersilap langkah.. Belum lambat lagi.

Tamat part touching

+++++++

Ok kesimpulan kat sini, aku x tahu kenapa aku x nak kawin lagi, x tahu kenapa x kawin lagi, dan x tahu..x tahu...x tahu..... Faham?

Ayat kat entry ni macam mama boy duk potpet kat dapur lak kan? Kah3...


Terlekat Melekat : bebola salji yang dilempar dengan kelajuan yang kuat mampu memecahkan cermin..harap maklum

4 comments:

  1. awak ngn ikar tu, kalo da tulis mmg selalu tak sedar diri..

    ReplyDelete
  2. T_T

    kami juga manusia yang punya hati perasaan..alalalala

    ReplyDelete
  3. erm, lek, baru 27thn. muda lagi. enjoy dulu, nanti jumpa org yang kita cinta. kawin la kan. simple.

    ReplyDelete

AJK Stor