Sunday 18 December 2011

Pandang-pandang

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Semalam suhu badan aku memang naik mendadak, seharian sejuk bila malam aku macam beku je. Tapi suhu badan naik 40 darjah.

Bangun pagi tadi tengok Dhiya tertido di sofa di tepi katil. Semalam jaga aku mungkin sebab aku demam selepas semua orang masuk tidur. Kesian Dhiya...

As upah dia jaga aku semalaman dan aku masih lagi x ok sepenuhnya, aku bawa Dhiya ke Tutti Fruitti (entah eja betul ke dak) lepas Dhiya kata terasa nak makan lagi kat sana. So pergi...

Lepas makan,terus balik sebab aku dah x larat gila...


-------


Petang tu Qawwim, Darwish dan juga Qashah ajak aku keluar. Ahh again ke Tutti, so aku x nak join. Last-last kami ke kedai makan macam cafe ala modern gitu. Baru bukak atau memang aku x pernah ambik tahu. Best la sebab nampak macam private je cafe tu.

So tengah syok-syok berborak Qawwim nak tukar tempat duduk dengan aku. Aku duduk sebelah dinding, so aku bangun la tukar. Qawwim ni pemalu so x pelik lah kot kalau nak duduk kat ceruk macam tu =P

Tekak aku macam x boleh nak terima sebarang makanan dah, so aku just order air buah je. Qawwim nak try salmon kat cafe ni, dengan Darwish memang x habis-habis dengan pasta , si Qashah pulak memang dengan steak tulang rusuk jelah asal makan kat luar.

Makan dan borak... x lama lepas tu,

"Zue, ko nampak x girl selang dua meja dari kita kat tepi ko tengok kat kita?", tanya Qashah

Aku geleng dan jawab x nampak sebab aku memang x tengok pun ke arah tu. Bukan bajet baik tapi kepala tengah berdenyut. So aku biarkan je, aku pun rasa x pelik sebab Qashah tu manis orangnya. Dengan senyum x lekang di bibir so x pelik sangat pun.

"wehh, dia tengok lagi la.. senyum lak tu. cukup dah ni, kita 4 orang. diorang pun 4 orang tu",

"wat derk dah la.. x payah la pandang", kata aku dan disokong oleh Qawwim dan Darwish. Qashah mencebik..

"tisu ada?", tanya Qawwim dan aku geleng. "Nak sapu mulut ke? Padahal napkin tu kan ada", detik aku dalam hati.

"bro, dia bagi", kata pelayan lelaki sambil menunjuk kearah meja perempuan terbabit. Aku sempat memandang tisu yang diconteng "hye =) , this is my fone number..bla3"..

Baru sahaja tangan Qashah mahu mengambil tisu tadi, aku segera ambil dan hulur kepada Qawwim. "nah tisu..", dan Qawwim tanpa melihat contengan tu terus lap tangan dan air yang tertumpah di meja. Qashah tepuk dahi.

"uiks~! pasaipa x bagi aku salin dulu?", tanya Qashah

"Qashah... jangan la tunjuk sangat, mudah sangat kot...", tegur aku. Bukan bajet baik , tapi aku rasa ada cara lagi elok kot nak mulakan ukhwah. Qashah hanya angguk..


------


Seusai makan, borak dan bayar bill makanan tadi, kami bangun dan menuju ke kereta. Kami jalan sambil borak, mengalahkan mak datin pulak lambatnya. Qawwim pandu kereta sebab semua yang lain malas,

"tunggu...", panggil seorang perempuan. Aku ingat pekerja dalam cafe tu, kot-kot la ada barang tertinggal. Tapi Qashah kata perempuan tu salah sorang yang duduk di meja tadi., aku masuk dalam kereta sebab aku nampak jalan macam bergerak je begitu juga dengan Qawwim. Dia masuk nak start enjin kereta, tiba-tiba datang perempuan yang lain pulak ke tepi tingkap Qawwim. Tinggi lampai, tapi aku rasa macam ada x kena je dengan dia ni..

"kenapa x call? kan dah bagi number", kata yang kat tingkap. Semua yang ada kat situ terbuntang mata sebab dengar suara macho "awek" tadi.. "Qashah mesti sedih ni", detik hati aku yang tengah bergelak ketawa.

"ayah su, dia tanya ayah su la..", kata Qawwim kepada aku. Aku pejam rapat mata, "dizzy...dizzy...".

"awak, saya tolong tanya bagi pihak kawan saya je ni. diorang tu perempuan betul la...saya je yang istimewa sikit",

'Istimewa' perlu ke mention tu.. huuu~!!!!

Aku nak muntah, so aku pejam je mata. Kat tekak macam ada benda je nak tunggu masa keluar. Entah apa kelentong kawan-kawan aku, akhirnya kami chow.

Si 'istimewa' tadi tu nak ngorat Qashah..

Ngorat? Ye ke? Erkkk~!


Terlekat Melekat : jangan tunjuk sangat lah nak mengorat ke,minat ke.. macam pelik je aku tengok kalau girl yang macam tu. lelaki x pe kot sebab memang kami ni timba..kah3.. *xdek nak kata kat individu, tapi nak kata kat semua. kita mampu naikkan saham diri kita. jangan risau x ada yang pandang, sebab lelaki yang baik akan pandang perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya. jika tunjuk sangat kita mudah, lelaki/perempuan tu akan dinilai sebagai seseorang yg "mudah".

Fikir sendiri 'mudah' tu .. semua jawapan x salah kot.

4 comments:

  1. kahkahkahkah...

    kesian..takpe qashah..
    cuba lagi.. =)




    ok2..jgn jadi terlalu mudah..

    ReplyDelete
  2. agak lah tapi kami x gelak pun kat dia...esok2 lah baru seloroh lak.



    mudah ke? :p

    ReplyDelete
  3. mudah laa kot kalo orang lain bole nampak..


    ke camne..?

    ReplyDelete

AJK Stor