Sunday 11 December 2011

Penyejuk mata

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Hari ni sibuk dengan lambakkan kerja yang lama dan ada lagi yang baru dapat pagi tadi. Kerja nak cepat je kan, so biasalah. Dari buat kerja dalam bilik sendiri, aku beralih ke tepi ruang tamu. Sedang asyik buat kerja, teringat pulak puteri aku tengah tidur. Abangnya Muhammad awal pagi dah ibu abi ke mana entah. So aku masuk ke bilik si kembar dan tarik keluar katil lepak (katil lepak tu tinggi sedikit dari katil tidur, khusus untuk tukar lampin atau si kembar just nak main-main) ke sudut ruang tamu.

Melihat Sara yang hampir terjaga, aku pasangkan lagu Yusuf Islam - I Look I See dan Sara kembali tidur. Aku sambung buat kerja dengan senyuman, tenang rasa tengok anak sedang tidur. Usia Muhammad dan Sara kini hampir 11 bulan. Frankly speaking, tarikh lahir diorang pun aku lupa =.="

Sejam berlalu.....

Rengekkan Sara membuatkan aku hilang fokus tapi aku x bangun untuk melihatnya. Entah kenapa, aku suka dengar si kembar merengek. Aku hanya pandang, Sara golek-golek atas tilam dan tangannya memegang penghadang katil. Ringan sahaja tubuhnya bangun dan berdiri, lalu aku lihat kakinya melangkah ke kiri dan ke kanan.

"wahh anak aku dah nak pandai jalan~!!!!!!!!!", ok fine spontan dalam hati. Suka bercampur sebak~!

Mungkin ni perasaan semua ibu bapa bila tengok perubahan yang positif dalam diri anak mereka. Dah lama aku terfikir bila anak aku nak mula berjalan, patutkah aku ajar mereka berjalan. Dan aku juga terlupa bahawa kawan aku yang merupakan suami kepada ibu susu si kembar ni seorang doktor pakar kanak-kanak juga.

Kata Doktor :

Kita x perlu ajar anak kita bertatih kerana mereka akan bertatih dengan sendirinya apabila rasa ingin bertatih hadir dalam diri mereka. Keputusan itu ditangan mereka (wahh, siapa kata bayi x boleh buat keputusan sendiri? mereka peguam, mereka juga hakim untuk diri mereka). Proses meniarap,merangkak,berjalan,berlari adalah berbeza diantara seorang bayi dengan bayi yang lain, so ibu bapa x payah nak bimbang. Tapi kalau dah umur 3 tahun belum berjalan lagi, sila jumpa pakar.

Kebanyakkan ibu bapa , apabila anak mereka sudah mula ingin bertatih atau berjalan, mereka akan membeli baby walker. Tahukah anda bahawa penggunaan baby walker tu boleh buat otot yang diperlukan untuk berjalan x berkembang dan perkembangan bayi untuk berjalan akan terhalang.

Ibu bapa juga boleh berjalan bersama si kecil tetapi jangan pimpin tangannya, lebih elok jika pegang badannya (mungkin pada bahu) supaya tubuh si kecil tegak, bukan condong ke hadapan. Pemakaian kasut untuk bayi apabila bayi mula berjalan pun x elok jugak sebenarnya. Jika mereka ingin berjalan, biarkan mereka berjalan tanpa kasut, biarkan kaki mereka memijak rumput,karpet, pasir dan apa sahaja yang x merbahaya. Kalau nak tahu orang zaman dahulu memang galakkan anak-anak kecil memijak rumput yang berembun lagi, katanya nak kuatkan otot kaki. Cubalah,mana tahu menjadi.


Saranan Doktor :

Beli alat bantuan untuk bayi berjalan seperti Mothercare Walking Assistant. Kerana alat ini si ibu perlu pegang di bahagian atas, so badan anak anak tegak.

Untuk kasut, beli kasut yang diperbuat dari bahan lembut. Senang dipakai dan ditanggalkan, dan juga ringan.


So aku dah x sabar nak tengok perkembangan Muhammad pulak kali ni. Harapnya setiap hari akan ada perkembangan positif dari mereka.


Terlekat Melekat : akan aku buat hari mereka begitu indah, insyaAllah..

2 comments:

  1. owh..

    mcm tu eh..

    tp orang kata tak pakai selipar nanti masuk cacing..

    ReplyDelete
  2. haha...kena tnye pakar lah yg tu..mgkin kena jaga dr segi pemakanna lah pulak tu

    ReplyDelete

AJK Stor