Monday 26 December 2011

Sabar~! Akan ada berita gembira buatmu

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Pukul 4 pagi waktu tempatan aku masih berlegar di airport. Gijoe yang merupakan pilot untu penerbangan aku masih x telefon aku, naik pening dah kepala sebab aku tertido juga barang sebentar. Twins masih lena tidur, sementara Haiqal, Iera, Dhiya dan juga kedua ibu bapa aku sedang asyik berborak. Sejuk penghawa dingin mengcengkam hingga ke tulang hitam, aku berlalu keluar dan duduk di bangku tersedia.

Melihat gelagat manusia di pagi buta.. Aku tersenyum. Pagi-pagi pun dah ada pasangan bergaduh, sambil diperhati oleh seorang lelaki yang sedang berdiri sambil menghisap rokok. Si anak menjemput ayahnya yang baru pulang entah dari mana, dipeluk erat. Aku tersenyum lagi..

"sorry..sorry... excuse me..",

Kedengaran suara perempuan yang dalam keadaan terburu-buru. Perempuan itu berlari ke kaunter pertanyaan. mungkin dia terlewat. 10 minit kemudian aku melihat perempuan itu berjalan ke luar sambil memegang telefon bimbit. Di berdiri tepat di tepi aku, aku pasang telinga secara x sengaja ketika dia berbual. Aku dapat ringkaskan bahawa perempuan tu terlepas penerbangannya, dan dia sedang 'kecut perut' sebab dah confirm sangatlah kalau dia ambil penerbangan seterusnya , dia x akan sempat sampai ke destinasi yang dituju. Pitch dia makin naik, seakan marah...  Aku bangun dari situ, x kan la aku nak pasang telinga lagi. Aku bangun dan berlalu di hadapan dia sambil melihat dia dengan hujung mata aku. Ehhh~~~~~ Aku undur 2 langkah, aku pandang dia. Dia cepat-cepat memutuskan panggilan.

"awak lagi, awak intip saya ehh?",

"hello... please lah. banyak kerja lagi kot daripada nak intip orang ni", bidas aku. Perempuan itu hanya buat muka 'xda nafsu a.k.a numb'. Aku x jadi nak marah.

Aku berlalu ke arah family aku dan aku ceritakan kepada Dhiya, lalu Dhiya terus pergi ke arah perempuan tersebut yang masih menunggu di hadapan pintu masuk. Aku duduk dan berborak dengan baba, mendengar cerita-cerita semasa dia di pejabat.

"baba, boleh x kawan Dhiya tumpang kita ke UK? Dia nak ke UK jugak tapi terlepas penerbangan", jelas Dhiya. Aku terkejut...

"ehh jangan tanya baba, tanya Zuemiey..",

Dhiya angkat kening, aku balas angkat kening jugak. Aku fikir... Aku x kenal dia pun, kenapa nak tolong. Tapi mungkin dia ada kerja penting kat sana. Oleh sebab aku dengan penerbangan sendiri, ruang pun cukup lagi so aku angguk. Bersinar mata perempuan tu..

---------

Semasa perjalanan, semua tidur kecuali perempuan tu. Dia sedang asyik menaip. Aku menghampirinya dan melihat apa yang ditaip. Dia tidak melayan, aku bangun dan mahu ke tempat duduk aku untuk tidur.

"Inas...", panggil aku. Dia angkat muka, "hah?",tanya dia. Aku hulurkan tag nama, dia senyum dan ambil.

"awak? nama awak?", tanya Inas

"Zuemiey..",

"ok Zuemiey, ehh, thanks sangat ok tolong saya ni",

"dah book hotel belum?", tanya aku

"x, sebab duduk rumah kawan. nanti dia datang jemput kat airport",

Aku angguk dan senyum. Lalu berlalu pergi ke tempat duduk dan tidur...


-----

Airport


"ada buat ape kat sini?", tanya aku kepada Inas ketika sedang menunggu kawannya.

"ada seminar... Zuemiey duduk mana?",

"Edgbaston, rumah kawan kat ne?",

"x tahu lah pulak.. ehh Zuemiey, saya pergi dulu. kawan datang dah.. ", kata Inas lalu Inas berlalu pergi. Aku melihat kawan perempuan Inas. Aku hanya senyum kepada wanita berambut blonde tersebut.


Terlekat Melekat : kerja aku nak kasi balik tag nama dah selesai.. so ape lagi? senyum....

4 comments:

AJK Stor