Saturday 24 December 2011

Terlupa

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia  | ....

Kerap kali rasanya aku lupa sesuatu perkara dalam minggi ni. Sepatutnya kelmarin aku hantarkan adik aku ke airport, dia akan bertolak ke Jerman untuk ketuai kumpulan dari universiti dia dalam pertandingan apa entah. Boleh pula aku terlupa tarikh? Ni sudah parah~!

Dari semalam rasanya mood bagus je, dan adalah yang bertanya "ehh awk ni kenapa baik sangat?", bila chatting. Yang x boleh nak tahan bila ada yang tanya "ni sape?". Ok, aku memang selayaknya menjadi x sebaik sekarang kot. Semua orang pelik, nanti semua orang risau pulak dengan perubahan ni. Ok, ni bukan tanda-tanda ajal dah dekat kot.

-------

Hari ni aku keluar lagi dengan Dhiya, katanya dia nak ikut sebabnya mana tahu terjumpa si perempuan yang selalu aku jumpa dalam keadaan x normal tu.

Kami pergi beli barang dapur dan makan-makan. Lama juga Dhiya pandang tepat kemata aku.. Mana tahu aku terpandang si perempuan tu.

Dia x kelihatan.. Aku x tahu nak cari dia kat mana dah selain hospital yang besar tu. Aku dan Dhiya menuju ke kereta. Aku mengambil tag nama perempuan tersebut dalam kocek seluar aku, aku pandang dan genggam lalu aku masukkan kembali ke dalam kocek seluar.

Kereta aku berlalu pergi dari situ dan menuju ke rumah.


Terlekat Melekat : andai jodoh, jumpa lagi =)

5 comments:

  1. harap-harap dapat laa pulangkn tag tu pada tuannya..

    tapi kalo simpan pn, ok pe..

    kenangan..

    ReplyDelete
  2. nenong..nenong...

    udah2 laaa tu..

    agaknya dapat tag tu as cenderamata..memang takkan jumpa dah lagi pasni..

    *niat jahat*

    ReplyDelete
  3. ntah napa. bila aku baca kisah Inas ni, aku bygkan muka Scha Alyahya.

    ReplyDelete
  4. sebab ko kenal org nama inas yg macam scha kot .....huhu

    ReplyDelete
  5. ke sbb orang dok inas yg comel cm scha..?


    hakhakhak..

    ReplyDelete

AJK Stor