Wednesday, 30 November 2011

Entah la tajuk apa semua tak kena

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Sehari dua ni aku rasa macam semua benda x kena,
tapi bila ada je dugaan ada jugak la Allah datangkan khabar gembira nak balance sesuatu perkara,

--- termenung 30 minit x tahu nak update apa ----

Aku ada janji nak sambung pasal nyanyuk kan? Ye aku ingat tapi yang aku x ingat adalah apa yang aku nak taip.


-------


Dapat call dari kawan aku, dia setuju gantikan aku ke Beijing. Tapi syarat dia aku kena bayar dia 100,000 dalam currency (cny). So bila aku kira-kira around RM 50,000 ++ , tapi kawan aku mesti x kira dalam currency Ringgit Malaysia sebab kami terima gaji dalam (gbp), so kalau dalam (gbp) aku check latest nilai around 10,000 ++ .

Aku kena call boss dulu tanya berapa hari dia ke Beijing,kalau aku bagi 100k dia pulak pergi 2 hari je.. Shopping sakan la dia kan.. Banyak hensem muka~~~!

------

Adik aku Iman yang hari tu guna kerusi roda dah boleh berjalan,tapi katanya belum boleh berlari kuat-kuat lagi. Setakat kayuh basikal macam tempat fisio tu boleh lah, jalan pun lambat lagi sebab macam x biasa berjalan. So alhamdulillah .. Terima kasih Ya Allah =)


Ok x tahu dah nak update apa...


Terlekat Melekat : bila ubat jadi macam gula-gula..hurm..bilalah zombie nak bagi otak baru,otak lama berdenyut dah ni oiii...

Tuesday, 29 November 2011

Buat aku berfikir

....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Terasa nak sambung pasal nyanyuk tapi aku rasa ada lagi topik hangat dalam kepala aku berbanding topik nyanyuk.

PRU 13 (betul ke x entah tuh) x lama dah. Aku pun kena mengundi jugak,jalankan kewajipan sebagai warganegara yang setia kepada negaranya. Tapi yang mana satu aku kena pilih antara dua yang dikatakan agak berpengaruh?

"politik sekarang,kalau x kotor tu bukan namanya politik", ni kata-kata dari seorang sahabat aku. Dan aku mengiyakannya.

So x ada sebab aku nak puji satu dan kutuk satu. Kalau aku puji, dua-dua aku puji dan sama jugak kalau aku kutuk. Aku lebih suka diam dari bercakap sebab bila bercakap aku tengok banyak keluar yang silap dari yang betul.

Aku suka anak muda sekarang ni tahu pasal politik,tapi yelah jiwa orang muda yang bergelora. Bila bercakap ikut sedap mulut saja,tu pasal aku x suka nak bercakap pasal politik memandangkan aku sendiri x tahu nak pilih yang mana.

Senang je keluar "parti tu munafik , fasiq , bla3", uihh apa tu. Jaga sikit mulut kita tu,berpada-padalah dalam semua benda. Aku memang meluat tengok orang yang bajet bagus dalam pemahaman politik tapi sebenarnya dia hanya pak turut. Pencacai.. Lembu... Otak hilang kena curi dengan zombie *kalau zombie bagi kat aku otak orang macam tu, aku lempar je kot...


------


Persahabatan, bagi aku bila cakap pasal relationship dalam persahabatan ni aku just terfikir menasihati supaya lebih elok.

Tapi pelik jugak aku bila orang salah ertikan benda macam tu, so aku pun buat keputusan untuk diam jugak.

Bila kawan baik dengan kita,jangan la kita pijak kepala dia. Tipu dia lah,kelentong sana-sini. Kena pakai agak la sikit kalau nak orang berkawan lama dengan kita. Jangan sampai orang yang sayang kita, sebelah mata pun dia x pandang dah.


-------


Bila aku buat entry ni pun aku berfikir jugak.Yelah kenapa aku buat entry ni sebab aku mula menaip seawal jam 8 malam dan sekarang 1:14 pagi.. Kenapa lama sangat? Ehh?


Terlekat Melekat : zombie x carikan lagi aku otak baru..ceit!

Monday, 28 November 2011

Dariku untukmu

....| Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia |....




Menghitung hari untuk diberi lambakkan tugas, menghitung hari untuk merantau lagi ...
Saat kita diberi peluang sebegitu akan ada yang gembira dan x kurang juga ramai yang mengeluh.
Tapi apapun alasan kerja tetap kerja, yelah aku kena buat juga sebab goal aku adalah bila kahwin, kerja merantau ni dapat dikurangkan 50%. Siapa x nak berkepit dengan isteri,ye dak?


Kita selalu alpa bila diberi nikmat kesihatan yang bagus, kita lalai dalam memikirkan hal-hal akhirat. Yup aku, aku memang lalai pun..sentiasa.. Padahal lagu "Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara" tu selalu je dengar, tapi masih juga lalai. Kalau dulu masa sihat,aku banyak nak habiskan masa dengan bersosial. Bukan maksud aku pergi pub ke,clubbing ke. Bersosial macam melancong dan lepak jelah kalau aku pernah buat pun, sebab masa tu x terfikir pun pasal nikmat kesihatan yang Allah bagi ni.


Allah dah kata yang Dia bagi kita nikmat, dan dia juga akan uji kita. Walaupun ujian tu x membebankan kita, tapi kita ni hamba, kerdil, hina.. Sekuat manapun kita, jangan pernah kita pandang sebelah mata je dengan ujian Allah nak bagi. 


Aku, "banyak khilaf aku dah memang patut diuji" .. Tu je ayat bermain di fikiran aku dari "hari tu", dan memang padanlah dengan muka aku yang hensem ni kan? *sempat lagi angkat bakul.




-----




Tadi aku login facebook, pukul berapa tu aku x pasti. Login dan perkara mula-mula yang aku tengok adalah ____________ dan second Cafeland aku. Entah kenapa rasa macam sayang pulak kat game tu buat masa laa ni, entah la sapa pulak nak tengokkan Cafe aku nanti aku x online kan.. Huhuhu..


Balas komen sorang dua, terus aku x nampak apa pun kat skrin. Naahh, bukan skrin aku rosak... LOL~! Aku pun kedipkan mata beberapa kali, lagi...lagi...lagi...dan pandang skrin.. Wahhh~!!!! Masih lagi x nampak =.="
Dan aku pusing belakang dan tengok Haiqal, Dhiya, dan juga baba tengah tengok tv. Ibu dan Iera pulak shopping dan twins tido.. Aku pandang diorang yang tengah tengok movie apa entah,ok clear~~! Yess!!!


Tiba-tiba... Kabur....kabur....kabur... *tahu kenapa kabur? sebab masa clear tadi cakap yess bukan alhamdulillah.. My bad, padan muka aku~!  So lepas kabur aku senyum, entah kenapa senyum tapi sebak.  Masa tu ingat mati je, dan terlintas sebelum aku mati nak jugak aku peluk abang aku yang 23 tahun terpisah dengan aku. *see manusia, masih x reti bersyukur lagi dan masih lebih-lebih mintak itu ini. 


"abang.. ok ke? nak air?", tanya Dhiya yang tiba-tiba ada di belakang


"ok je, boleh jugak", x lama lepas tu dia datang dan letakkan air kat tepi aku dan kembali duduk di ruang tamu. Aku pun ok jelah, baru je nak "jolok" jari dalam telinga mug tu aku nampak telinga mug 4.. "biar betik...sampai 4", aku cuba...cuba..cuba..yup jari aku x tahu nak masuk dalam telinga mana. Givap oredy~!


Aku pun bangun dan masuk la dalam bilik, nak baring tapi aku x buat status afk pun kat facebook. Karang ada pulak yang rindu aku~! *macam biasa perasan. So aku type lah status, untung sebab aku hafal mana letak huruf-huruf so aku menaip dengan konfidennya. Tapi aku lupa.. aku x hafal berapa jarak button share di facebook~! LOL,givap ...... masuk bilik dan kunci pintu.


Aku bangun dari tidur dan aku sedar aku kat tepi jakuzi. Yeah~! Aku boleh ghaib lah pulak...bukan ke tadi atas katil. Pandangan clear, ok alhamdulillah... Bangun je terus keluar bilik dan tengok ibu kat dapur. Aku ambik 2 mangkuk 1 letak nasi dan 1 letak sup, tengok bawah saji ada lauk. Ok makan.... lapar dowhh~! 


"tadi x makan lagi ke?",


"belum..lapar la ibu..",


"ye makan la...",


"ehh abang, makan lagi? bukan dah makan sama-sama kami ke masa dinner tadi?", tanya Dhiya sambil ibu buat muka pelik. 


"ni dinner la ni.. mana abang dinner lagi..", aku makan aje. Then siap aku basuh mangkuk dan hadap lappy. Tengok hp berpuluh missed called dari Jack dan ye macam biasa mesej maki manja-manja. Aku pun terus balas makian manja jugak, fair~! Ok pandang balik laptop, gosok-gosok mata sebab aku tengok jam beberapa minit (kurang 5 minit) nak masuk pukul 12 tengah malam. 


Fine... patut lah ibu dan Dhiya tanya aku x makan lagi ke sebab aku x pernah makan nasi lebih dari pukul 10 malam. Ok bagus lah aku, muda-muda dah nyanyuk.. Ehh aku nyanyuk ke?? Bunyi daun pintu bilik Haiqal mematikan soalan tu dan muncul soalan di bibir pulak...


"carl, nyanyuk orang tua tu nyanyuk la kan? kalau orang muda nih? macam aku yang hensem ni..kalau pelupa kira nyanyuk ka?",soalan yang membuatkan Haiqal mencebik secara spontan


"nyanyuk tua tu disebabkan faktor umur,penyakit dan stress. Orang muda ni pulak faktor dia stress, pernah terlibat dalam kemalangan dan berlaku kecederaan di bahagian kepala,tekanan kerja, x cukup rehat..bla3...",


"aku sekarang banyak lupa benda la,kadang-kadang benda tu sangat penting pun aku boleh lupa.. aku ni kiranya menuju kearah nyanyuk ke?",


"paling awal orang menuju kearah tu pun ketika berumur 40an macam berlaku kat Amerika nuh.. kau 20++ baru. Tapi...semua benda x mustahil",


"bimbang lah... bla3 *merungut,dasar x sedar diri yang diri tu banyak dosa", 


Haiqal datang kepada aku dan letakkan tangan di bahu aku sambil tepuk sedikit , "robbii zidnii 'ilmaa warzuqnii fahmaan"...


"err... Ya Allah...tambahkan ilmu kepadaku dan kurniakan kefahaman Al-Quran? maksud kau?",


"yelah,maksud aku perbanyakkan la doa..nak doa senang pun ada kalau kau malas hafal tapi seingat aku kau ajar doa tu kat Iman kan? hah lupa? ok lupa, so baca la Ya Allah berikan kekuatan ingatan kepada aku supaya aku tidak mudah lupa",


"a'a..kembali di simpang mula-mula...",


"kau ada ilmu tu, aku jeles dengan kau yang ada yang menjadikan kau salah seorang calon suami yang dicari. So gunakan.. Allah bagi tu sebagai peringatan, dan Dia boleh beri balik nikmat tu bila-bila masa",


So manusia yang sedang membaca sekarang, nampak x kat situ apa aku cuba sampaikan? Kembali kepada yang asal.. Yup~! Dan aku nak tunjuk,tu dia sahabat dunia dan akhirat. Bertuah aku~!




-------




(Note tambahan dari DR.Haiqal)


Susah kita nak klasifikasikan tu nyanyuk atau x, tapi kita boleh check sendiri. So... rajinkan diri ..




- Lupa tapi benda tu x ganggu kehidupan seharian kita : contoh korang minat lagu tu,hafal lirik..duk nyanyi sampai mana naik turun pun korang tahu. Tapi tajuk lagu tu sentiasa lupa, so yang ni xpe. 


- Lupa pada sesuatu padahal tu korang selalu buat : contoh mandi,setiap hari kita akan mandi tapi satu hari tu kita langsung lupa nak mandi. Atau kita bangun tidur, kita tengok seorang perempuan tapi kita x panggil nama dia sebab kita x kenal dia. Padahal dia ibu kita...


Yang diatas ni tanda awal penyakit nyanyuk. 


"errm kalau makan ubat tambah kekuatan ingatan tu.. ok dakk?",


"tok sah la, membazir. Entah ye entah x ubat tu semua, jamin ke semua tu ada test dan duk buat kajian semua ni. Ke pakai ambik formula orang je.. Kalau kau nak tahu banyak ubat minda x leh pakai (tambah ingatan), kalau dak x kan la National Institute of Health US sana leh bagitau ubat-ubat kat sana pun x mampu nak pulihkan daya ingatan. Dan kau pasti ke ubat dalam negara kita ni x cilok ubat luar?",


"then...makanan tambahan yang aku makan tu macam mana pulak?",


"kau makan spirulina,minyak ikan,vit-C tu x kesah lah. Tu dalaman kau, macam antibodi , kulit .. x kesah lah",


"makanan untuk tambah kekuatan ingatan?",


"awat kau tanya aku soalan yang kau dah tahu? ish~! madu kau makan kan? yg tu elok...apa lagi..kurma..biji kopi",


"awat lak biji kopi",


"dikatakan biji kopi ni menyumbang kepada kebijaksanaan,so kalau fikir logik,bijak tu dituju kepada satu cara bagaimana seseorang berfikir dan lakukan benda tu,tu menghasilkan bijak. fikir dan lakukan..orang nyanyuk depa x fikir, depa duduk termenung.. so aman tahu tu pun salah satu gak kan...",


"lagi....", tanya aku dan Haiqal dah muka ketad *wutsyuido..wutsyuisay..wutsyuifeel...


Terlekat Melekat : macam biasa la entry dengan title tu lain sket *sket ke?


Bersambung...otak aku dah sakit balik... *otak? zombie...i need new one..new otak!

Sunday, 27 November 2011

Pengalaman itu guru kepada hidup

....| Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia |....

Semalam rancang nak keluar esok ke mall nak cari glue dan bahan-bahan nak buat craft berasaskan kertas memandangkan tangan makin gatal je sehari dua ni. Tapi lain pulak jadinya, tup-tup hari ni jugak aku keluar.

"demam lagi ni Dhiya", kata aku sambil baca suhu takkala mesin measure temp tu berbunyi. Bingit!

"emm..", katanya malas sambil pejam balik mata

"ada nak makan apa-apa x ni?",tanya aku *aku kan baik

"something yang sejuk...",

"duduk la dalam peti ais,sambil kunyah ais.. sejuk gak tu", sambil pandang Dhiya. Cuba melawak tapi x menjadi.. =.="

"tutti ada x? terasa nak makan yogurt sejuk kat tutti",

"bersiaplah,bangun-bangun", walaupun kedai tu agak jauh. Tapi kesian dekat dia,aku pun rela jelah walaupun kaki aku berdenyut lagi.

---------

Sebelum kami ke Tutti, aku singgah la beli barang kejap. Nak mencari glue,board dan beberapa barang lain. Dhiya just nak tunggu dalam kereta so aku x matikan enjin sebab nak biarkan air-cond terpasang, so aku chow secepat mungkin. Cari la barang tu, ambik semua dan ke kaunter pembayaran. Siap semua aku bergegas ke tempat parking kereta.

Dari jauh aku nampak pintu kereta terbuka, ada seorang perempuan lingkungan 50an depan kereta aku. Makin la cepat aku jalan,mana tahu jadi apa-apa. Betul-betul depan kereta aku, aku tengok Dhiya terduduk. Ok dia muntah... Ada sorang lagi awek duk gosok-gosok belakang Dhiya. Aku bukak bonet dan ambik air botol dan curah atas tempat muntah tadi yang dekat dengan longkang.

"bawa la isteri pergi klinik, lemah badan dia tu", kata makcik tadi

"haa? ooo... aaa ye memang dia demam",

"pregnant ke?", tanya salah seorang lagi awek

"abang nak tisu..", pinta Dhiya sebelum aku bukak mulut. Fuhh~~~~

--------

(Dalam kereta)

Aku terus ke klinik, dan Dhiya kena tahan kejap nak masukkan air. Agak lama jugak aku merayau sekitar tu, last sekali melekat tempat advertisement bab pregnant. *gatal pulak tangan. X lama lepas tu Dhiya keluar, muka ok sedikit dari tadi. Lepas bayar-bayar semua masuk la kereta, macam lelaki-lelaki lain aku tolong la bukakkan pintu untuk Dhiya. Tapi aku pelik kenapa ada orang tengok pelik, before masuk kereta aku pandang la seluar aku kot-kot x zip ke...  =/ Tapi x dek pulak..Hurm....

Aku serba salah nak balik rumah terus or teruskan macam plan ke Tutti. Tapi tengok Dhiya dah lentok, aku pun terus pusing balik ke jalan nak balik rumah. Cuaca pun ok je.. Nyaman..

"nak Tutti....", suara Dhiya tiba-tiba kedengaran. Dan siyes memang terkejut lah, nasib mulut boleh control.

"kan lemah lagi tu..nanti ok kita pergi k?",

"x mau.. nak sekarang...",

Perghh~~~ Manja lah pulaks! Aku pun U-turn balik dan ke Tutti.. Frankly speaking ni first time aku ke Tutti, banyak kali jugak aku dengar Qashah duk sebut Tutti. Katanya kopak poket nak bayar Tutti untuk "girls" tengah-tengah bulan. So aku pun masuk, Dhiya ambil sendiri dia punya aku pun ambik sendiri. Aku tengok kebanyakkan orang pergi macam makan x habis je, so masa nak ambik tu aku tengok benda tu macam memuakkan aje so aku ambik sedang-sedang saja sama macam Dhiya.

Yup aku memahami sekarang kalau kawan aku kata kopak tengah-tengah bulan sebab selepas + - * / dan diconvertkan ke RM jumlahnya beberapa ringgit lagi nak dekat RM90. Tu dua orang makan,kalau belanja beberapa orang? Memang betul lah.. So nasihat untuk Qashah, sebelum bawak datang draw duit lebih sikit lah~~~~

Happy nampak Dhiya makan sambil senyum, macam budak kecik.. Comel..*ok dah2.. Salah satu pasal Dhiya yang aku suka adalah dia x cover. Sesetengah girl kalau depan lelaki punyalah cover makan, ada tu suap then nak kunyah sampai tutup mulut dengan tangan. Ada pulak ambik nasi separuh senduk padahal dia selalu makan lagi banyak dari tu. Jangan risau kalau dengan aku ye awek-awek sekalian, aku memang suka girl kuat makan..

Siap je makan kami terus balik sebab Dhiya lupa bawa sweater ... Dan aku pulak tadi just pakai baju tee dan jeans je same with Dhiya. Matching lak tuh.. On my way nak balik Dhiya mintak nak pergi kedai-kedai tepi jalan ni tapi ok la tempat tu serba benda jual. Jalan-jalan cuci mata dan makan lagi... Wah kenyang tol~! Dan aku tertarik dengan satu baju lelaki macam baju melayu moden yang ada sulam bahagian depan. Ok angkat...

Jalan lagi dan lagi masuk mall, pergi la butik sebab Dhiya masuk situ. Dia pun pegang la satu baju kaftan moden warna putih with selendang. Aku suruh dia try, dia pun masuk try.. Keluar je,wahh cun jugak baju tuh.. Nice taste lah.. Ok dia angkat, kali ni dia x bagi aku bayarkan. Fine....

Aku pun jalan-jalan dan Dhiya entah kemana, aku tunggu jelah sambil pergi kedai jam. Then aku nampak Dhiya datang, dan ajak balik. Ok kami balik..

(Atas kereta)

Dhiya senyap je so aku bukak MP3 player dan mainkan lagu sambil nyanyi.. tiba kat satu lagu  (lirik dan video aku sertakan di bawah sekali nanti)  Dhiya nyanyi jugak. X sangka pulak dia hafal dowh lirik~! Aku pun nyanyi lah jugak,last habis tu dia gelak-gelak..Happy betul muka dia..

"waa cantik cincin...",

"ibu bagi semalam..hadiah temankan dia", kata Dhiya sambil pusing-pusing cincin tu di jarinya.

"owh ibu bagi...", kata aku sambil mata aku melirik ke jari manis aku. Cincin yang baba bagi 2 hari lepas. Batu permata delima, match pulak tu. Kelakarnya mereka~!!!!! =D

Sampai di rumah aku terus mandi dan salin baju, sebab dan nak masuk Maghrib. Usai semuanya aku pun terus login facebook dan tengok komen Cik Nget.

"abang..nah,thanks Tutti tadi..", kata Dhiya sambil senyum dan dia letakkan beg kertas atas meja  tempat aku online. Aku bukak dan tengok baju tee berkolar polo hitam , cantik gak..Smart~~!

"thanks babe", balas aku ringkas

"ehh abang, tadi Dhiya suka warna baju polo tu. So Dhiya beli kat Dhiya satu. So sama la kita, jangan fikir bukan-bukan ye",

"wahh jujur seyh.. yelah..", aku just senyum. Nampak sangat aku ni kuat perasan~!

Terlekat Melekat : Line internet ni asyik disconnect je..aummm



Saturday, 26 November 2011

Kita makan racun?

....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia |..


Mungkin aku je baru tahu sebab aku x ambik tahu, dan mungkin korang dah tahu.

Dalam Malaysia ni berapa kerat je yang x suka makan makanan segera (macam ibu aku). Yang bekerja tu kalau boleh semua benda nak segera. Nasib baik la anak x ada yang segera kan? Kalau x, ambik bancuh siap sorang anak~!

Malam ni aku bukan nak cerita pasal potato chips, bukan juga nak cerita pasal KFC mahupun Mc' Donals sebab aku pun layan jugak benda-benda tu. Aku just nak cerita benda simple, yang semua orang pernah makan rasanya terutama sekali budak-budak yang duk asrama. Siap buat dalam baldi lagi..

Yup mee segera, aku x cakap maggi sebab tu jenama.. Aku cakap mee segera yang paket-paket tu.. Nak makan bancuh air panas.. 3 minit boleh siap. Yup yang tu... Last aku makan mee segera ni masa pergi Korea masa cuti tingkatan 4, so sekarang umur aku dah 25 keatas dah. Lama dah tinggal mee segera ni walaupun iklan memukau dan cuba untuk menggoda.

Hah makan pun makan jugak, tahu ke apa bahan dalam tu? Aku bukan nak cakap pasal perencah tu, aku nak cakap pasal mee tu. Yang rangup tu, tahu ke apa bahan ada dalam tu? Kalau tahu tepuk tangan sebab korang ambil tahu,tapi aku ni x ambil tahu jadi aku baru tahu. Mungkin ada lagi yang sama macam aku, so aku nak share lah ni.

Bahan yang dibenarkan dalam mee segera korang boleh tengok kat plastik dia. Antara bahan bukan makanan yang dibenarkan masuk ke dalam mee segera adalah :


  • Kalsium Sulfat : Kapur Paris
  • Asid Tartarik : bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk putihkan cermin. Bahan ni lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
  • Kalsium Oksida : digunakan untuk merawat sisa buangan dan dalam racun serangga
  • Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) : bahan berasaskan petroleum, satu bentuk butane iaitu cecair dalam pemetik api.
  • BHT : risiko karsinogen dan memberi kesan berbahaya kepada ginjal
  • Propyl Gallate : xenoestrogen (sebatian seperti hormon), boleh memberi kesan sampingan kepada pembiakkan, perkembangan janin yang sihat, dan menghalang pengeluaran sperma.
  • Pentasodium triphosphate : bahan pencuci,bahan samak untuk kulit, juga digunakan dalam pengeluaran kertas,penapisan petroleum,aplikasi gelombang dan rawatan air.
  • Propylene Glycol : pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk bahan pendingin,antibeku automotif,dan sebagainya. Jika jumlah diambil berlebihan, ianya akan merosakkan buah pinggang.
  • Polydimethylsiloxane : digunakan dalam kanta sentuh,syampu (utk jadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
  • Pewarna tiruan seperti Sunset Yellow FCF dan Tartrazine : menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak, gangguan visual dan pembelajaran, kerosakkan saraf dan mungkin penyebab kanser.



Friday, 25 November 2011

Permata yang hilang

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Entah kenapa malam ni rasa nak update pasal dia.. Serba sedikit kata-kata dan juga kenangan, kepada yang x berminat nak tahu,mungkin entry ni sangat la bosan. So lebih baik [X] je, kepada yang nak tahu.. Terima Kasih.


Lewat perkenalan semasa aku tingkatan 4,dia bukan budak sekolah aku. Tapi dia kerap kali masuk ke sekolah aku,kadang-kadang aku tengok dia di dapur dewan makan dan bila balik sekolah je aku tengok dia naik kereta cikgu dan balik sekali. Aku just tengok je, x ambik tahu pun sebab dulu memang aku x masuk campur urusan orang. 


Satu petang aku dapat tahu budak sekolah jiran (sekolah apa entah) nak pinjam padang sekolah aku bersama-sama peralatan bola jaring dan rugby. Memandangkan aku calon pengawas, so aku fikir tu tanggungjawab aku la. Kawan-kawan aku ramai yang balik sebab minggu tu boleh balik bermalam. So dari pagi aku masuk stor, check barang-barang sebab cikgu pendidikan jasmani punyalah strict. Masak aku kalau ada salah apa-apa nanti. Tengah aku check, punyalah terkejut sebab kat belakang aku ada orang. Nasib baik mulut ni sempat control, aku tengok dia dan aku pun terus buat kerja.


"awak ni melayu kacuk eh?", tanya dia tiba-tiba


"a'a...", jawab aku malas


"kalau awak x pakai baju sekolah, saya x perasan pun la awak ni student. macam cikgu je,tinggi",


Kalau ingat balik kata-kata tu, x ada la salah pun. Tapi aku x tahu kenapa aku baran sangat masa tu, aku bangun dan tutup pintu stor kuat-kuat. Aku tengok dia ada dibalik tiang, aku pun pergi ke arah dia..


 "jangan banyak cakap boleh? aku x tahu la macam mana kau boleh terlepas masuk sini, dah main jauh-jauh",


Ok memang x sopan, tapi tu lah yang terngiang-ngiang di telinga aku ni. Aku rasa aku ni pencinta wanita, tapi awat la ayat aku lagu ni.


Aku pandang atas bawah..atas bawah..Dia pulak tunduk je, aku pun berlalu tinggalkan dia sebab waktu riadah dah nak mula.Aku belum solat Asar lagi, so aku terus la ke bilik dan surau. Alang-alang dah di surau, aku imamkan jelah sebab masa tu ada lagi 2 kawan aku baru nak solat. Seusai solat, kawan-kawan aku pun dah gerak ke padang nak main bola. Aku selalu jadi orang last clear surau, lipat sejadah dan tutup suis kipas. Dengan konfiden terlampau aku selak la langsir belah perempuan sebba nak tutup kipas, terkejut lagi aku tengok ada sorang girl kat situ baru lepas solat dan masih bertelekung solat lagi..


"sorry..sorry...", kata aku spontan. Dia angkat muka sambil sepetkan mata, "muka kawaii". Ok,budak tu lagi.. seram sejuk je aku dengan dia ni!


Hari yang aku tunggu sebab aku akan banyak kerja hari tu. Ramai lah orang dari sekolah sebelah datang, sememangnya yang ramai tu perempuan. Aku pun berjalan la ke padang lepas orang-orang ke padang, aku perasan banyak pasang mata jugak tengok aku. So aku melangkah ke arah seorang cikgu dari sekolah tu untuk dapatkan maklumat berapa barang dia nak. Senang la aku nak suruh abang-abang senior tolong angkatkan barang-barang tu.


Lepas dapat semua maklumat dan barang pun diberi, aku pun gedik la duduk kat tepi bangunan menghadap padang. Nak jugak cuci mata tengok orang main bola jaring dan rugby. Kebetulan pulak aku ada minat sorang awek ni, selalu nampak dia melalui bilik aku. Lembut je orangnya..Sejuk mata aku.. Aku tengok dia main bola jaring, GS x silap aku.


Tiba-tiba mata aku tertangkap seraut wajah yang merah padam, mungkin panas sedang main rugby.


"gila minah ni..rugby dia layan. Ganasss~~!", minah tu adalah minah yang tegur aku masa kat stor sukan.


---------


Akhir tahun tingkatan 4, selesai je exam terus je Qada tido. Datang la kawan-kawan aku masuk bilik aku,diorang stress sebab ada paper yang diorang konfem x full mark.


"rilek je kau tido kan..eii geram dowh",


"lekk ahh, 4.0 dalam tangan la wa cakap lu...", jawab aku sambil mata terpejam. *pengakuan: masa tu memang aku suka cakap besar.


"ye tau la,sentiasa dapat anugerah kowt. tapi kan.. kalau la kau dapat pointer rendah dari haiqal macam mana?", tanya salah sorang kawan aku


"kalau aku 4.0 x kan la haiqal 4.1 kot.. agak-agak la. dia pun 4.0 gak nanti", jawab aku lagi


"kalau kau lagi rendah?",


"ceit~~! korang pesal huh?! cari pasal tima aku letih kenapa?",


"kitorang tanya...kalau rendah?", ulang lagi sambil naikkan kening


"ye..aku belanja korang makan seminggu kot",


"makan..makan ni x nak dah,last-last jadi taik. ada cabaran baru nih",kata sorang yang aku panggil sebagai Arul


Aku naik kening sambil pandang mereka, "kami nak kau kawan dengan sorang budak sekolah sebelah.nama dia Sara... kawan...ubah dia cun punya..",


"mesti salah sorang dari korang nak dia kan?ubah segala...buat la sendiri", aku kembali baring


"kau ada duit la..kalau kau berjaya, aku pergi cakap kat budak yang kau minat tu yang kau minat dia",


"serius kau? ok deal",kata aku gembira ~~~~~~~~~~~~~~~~


*betapa x elok perangai aku masa nih  


-------------


Tahun baru, baju baru, beg sekolah baru, semuanya baru. Semangat sebab tahun ni aku adalah seorang calon SPM!!!! Lepas je salam dengan ibu dan baba, aku pun round-round la kawasan sekolah. Rindu gila! Dari jauh nampak Haiqal dengan cikgu tengah buat apa entah, dengar khabar dia calon Ketua Badan Wakil Pelajar untuk tahun ni. Harap-harap nama aku naik jugak la *memang gila femes aku masa tu


Duduk di taman, segar je rasa. X sabar pulak esok nak pergi kelas, jumpa kawan-kawan. "pap!", bunyi seseorang tepuk bahu aku. Aku pusing belakang, rupanya Arul dan geng seluar londeh. 


"berapa pointer kau?", tanya Arul. Aku pandang muka dia,aku baru teringat pasal cabaran tu. Aduhh!!


"entah,surat x dek pulak sampai. jap lah aku pergi check", lalu aku bangun dan mereka bontoti aku ke papan kenyataan. Cari nama..turun naik..turun naik jari aku mencari nama aku sendiri.


"ni ha... 3.98", kata kawan Arul. Aku spontan pandang dia dan "Haiqal berapa ehh?!",


"sorry ahh Zue, Haiqal 4.0 ... kira cabaran berjalan sekarang dan tamat ikut suka aku", kata Arul lalu tangan aku ditarik seperti bersalam. Mereka berlalu...


"nyesal!!!", detik hati aku. Bukan nyesal sebab cabaran berjalan,tapi nyesal cakap besar.


------


Petang tu duk tunggu mana sorang la girl nama Sara dari sekolah jiran yang x jauh dari sekolah aku. Hampir sejam menunggu last-last aku nampak budak yang menyeramkan tu. Dulu ikat rambut pony tail gitu, sekarang ikat dua pulak.. Selekehnye... So aku decide nak tanya jelah budak tu,mana tahu dia kenal Sara.


"ehh..meh sini jap", aku panggil *punyalah x ada adab. Dan dia datang kearah aku dengan malu-malu.


"kau kenal sesiapa nama Sara? tinggi, kulit putih...", aku tanya tapi dia hanya angguk.


"bagus,tolong aku ye. bagi no hp aku ni kat dia, malam ni suruh dia msg aku. faham?", dan dia angguk lagi.


"ada batu ke dalam mulut kau? nah upah...", aku hulur coklat bar dan berlalu pergi.


Malam....


Menunggu...tunggu..tunggu...x ada sebarang mesej dari nombor x dikenali. Mata dah makin layu, Haiqal pun dah tido. Cuma Haiqal x tahu tentang hal ni,kalau tahu memang masak la. Mata dah x tahan godaan,lalu aku tido.


"wehh bangun lah. nak masuk Subuh dah ni", macam biasa rutin harian Haiqal kejut aku. "ye...5 minit", then aku dengar bunyi pintu ditutup. Tangan aku gagau cari hp nak tengok waktu, tengok je ada 1 mesej. Aku pun bukak la...


"Assalamualaikum awak,bangun subuh ye.. - Sara",


Kemain aku sengih,entah kenapa. Dalam kepala memang ligat la duk fikir next step. Makin cepat siap,makin la cepat aku dapat awek yang aku suka tu. *apesal bodoh yang amat aku masa tu..


Misi berjalan ...


"petang ni nak kirim apa? aku nak outing", kata Haiqal


"aku keluar sendiri,ada hal..", jawab aku sambil kemas buku atas rak.


Haiqal berlalu pergi dan aku keluarkan hp, text Sara nak jumpa di dataran *kalau aku cakap tempat ni,komfem semua tahu sekolah aku.. Dan aku bersiap nak minta kebenaran outing dan iron baju batik.


Sampai di dataran, aku mencari mana Sara. Susah nak tengok sebab dia pakai pakaian biasa, dia bukan sekolah asrama. Duduk minum air,berdiri tengok orang..


"assalamualaikum...sorry lambat",


"wasalam,Sara mana? pakai wakil pulak ke?", tanya aku


"err..saya la Sara. kat sekolah saya je nama Sara, so x silap dah", ok seram sebab budak yang aku duk marah tu rupanya Sara. Macam x ada orang lain~!


--------


Sudah hampir 4 bulan aku bersama Sara, aku x pernah naik status couple tapi dia yang naikkan status bila kami borak. Sentuh? Langsung x la.. aku ni nama je buaya,tapi aku takut tangan aku kotor. 


Sara yang aku ambik yang ikat 2 rambut, pakai selekeh dah x da dah. Semua berubah dah, pandai dah pilih baju nak pakai. Kawan-kawan aku baru bukak mata yang Sara tu cantik, tapi aku x pernah pulak puji.


Makcik aku kat Sabah pun kenal Sara ni sebab aku bawak dia pergi bercuti ke sana,masa hujung minggu. Motif? Xde, sesaje kot atau mungkin saja nak naikkan nama sikit *kan aku dah cakap aku gila femes.


Malam Jumaat, Arul jumpa aku dan kata misi aku dah tamat. Dan dia bagi kat aku no telefon Amy (bukan nama sebenar), katanya Amy dah tahu aku nak kat dia. Suka la aku! Masa tu semua benda pasal Sara aku dah delete. Tumpuan utama jatuh kepada Amy pulak, dan selepas tu Sara aku x layan dah.


Nak jadikan cerita aku ajak Amy keluar, Amy bawak la kawan sebilik dia (rumah sewa rasanya). Rupanya Sara la kawan baik yang dia duk cerita kat aku tu. Aku tengok Sara pucat, aku? Aku buat muka x bersalah jelah *dasar x guna tol.


Beberapa hari selepas tu aku dapat tahu Sara ke luar negara, siapa konvo entah.Dapat tahu dari Amy, tpi untuk apa diberitahu aku x pasti. Lepas je balik dari oversea, Sara mesej nak jumpa aku so kami berjumpa dan amsa tu dia bagi hadiah kat aku. Dan masa tu jugak la aku kata kat Sara yang kita buat macam x pernah kenal sebab aku takut terkantoi dengan Amy.


--------


Seminggu sebelum mula SPM memang aku x contact Amy sehingga hari last SPM. Perasan nak jumpa ni bukan main lagi lah, keluar je dari dewan periksa aku pun dapat mesej dari Amy yang kata nak putus. Rupanya sepanjang aku dan Amy bersama ni, dia dah ada pakwe lain pun. Frust menonggeng *padan muka aku


Selepas tahu result, aku melanjutkan pelajaran ke DCU dan bila habis aku bekerja di salah senuah syarikat di Kelantan. Manakala Haiqal melanjutkan pelajaran ke Amerika dalam bidang perubatan.


Masa ni aku x fikir nak ada relation dengan sesiapa, aku fikir lebih kepada kerja je. Lagipun x ada masa nak mencari. Semasa tu lah aku kenal ramai perempuan dan perangai masing-masing. Pernah juga budak sekolah aku panggil reunion tapi aku menolak,sebab apa aku pun x tahu.


Hampir setengah tahun aku kerja barulah Haiqal habis belajar, tapi masa dia balik cuti kami ada pergi berkelah. Dan masa tengah berkelah tu ada seorang perempuan yang aku selalu nampak time lunch datang pada kami. 


Haiqal tanya siapa dia dan dia just kata , "saya adalah orang yang bagi jam tu pada dia", dia tunjuk pada jam aku. Sentap aku masa tu sebab orang yang bagi jam kat aku adalah Sara!!


------


Selepas jumpa hari tu, kami kerap kali jugak la jumpa sehingga dia kenal ibu aku. Aku pun malas nak gaduh dengan dia so aku buat bodoh jelah. Cikgu aku pernah cakap yang kita x boleh terlalu benci seseorang... So aku pun malas la nak benci.


Aku kena pergi kursus,balik je dari kursus aku dapat tahu berita yang aku dah bertunang. Ibu pinangkan seseorang gadis untuk aku, dan katanya aku x akan menyesal. Dan orang itu sekali lagi adalah Sara. Stress aku~!


Lama kelamaan kami bertambah rapat, dan kami proceed kepada next stage iaitu perkahwinan. Banyak kenangan terindah diukir dalam tempoh yang sekejap tu. Dan perkahwinan kami masa tu kurang dari seminggu rasanya, dan satu hari Sara ada ajak aku untuk ke kedai emas sebab dia langkah bendul. So dia nak bagi kakak dia 1 set barang kemas. Lalu aku pun temankan dia ke kedai emas. Seronok tengok dia tempah ikut citarasa dia.


Selesai semuanya aku suruh Sara keluar dulu sebab anak kunci kereta tertinggal di dalam kedai. Aku pusing nak masuk balik,tiba-tiba aku terdengar jeritan dari Sara. Spontan aku berpusing, badan Sara melayang ke hadapan selepas dirempuh kereta. Sara jatuh beberapa meter dari situ,aku berlari dapatkan dia. Aku rangkul tubuh dia,dan itulah pertama dan terakhir aku sentuh dia.. Dia pergi dalam pelukan aku.. Dia senyum.. Tangan dia sejuk sangat tapi mukanya berpeluh, mungkin tahan sakit. Dia pergi dengan tenang....


Al-Fatihah.....




Terlekat Melekat : nak tahu dengan lebih detail sila terjah ke sini .. Terima kasih kepada yang sudi baca tu. :)

Thursday, 24 November 2011

Entry tengah malam

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Ikutkan kepala yang berat memang dah x nak update, hampir je closed tab blog tetibe ...


"awak x update blog? update la..."


Cair walaupun baca, tu yang update nih.. *perlu ke aku cakap gini...


Petang tadi selepas aku sedar diri aku ni busy, so aku decide untuk remove application game dalam facebook yang aku dah main. Walaupun berat tangan ni nak klik,tapi last-last klik jugak.


First aku remove The Sims Social, alasan remove sebab sims tu pandai pulak merajuk. Bila merajuk, title closed friend jadi friend biasa-biasa je. Memang x la kan, lagi manusia betul merajuk pun aku x pujuk, inikan pulak kartun ni. So bye..


Second , It Girls aku remove sebab namanya untuk girls.. Lain la ada game untuk aku jadi pakwe kepada sesiapa dalam It Girls tu.. *masa main dulu x fikir pulak


Third , Monster dan Farmville .. Tanam pokok berhari-hari, last-last terlupa nak harvest so layu..Rugi je coins,so boleh blah~!


Selebihnya tu Cityville,Castleville yang kena hire atau mintak barang dengan rakan-rakan.. Lagi la aku malas~!


Yang tinggal sekarang ni Cafeland je, aku pun x tahu kenapa yang ni melekat dengan aku. Mungkin lepas ni nasib cafe pulak aku remove.. Tunggu jelah 


Aku update malam ni pasal game sebab aku x tahu nak update apa.. So ni kira update la kan? Hohoho...


------


Kerja berlambak, sekarang tengah pujuk kawan gantikan aku ke Beijing. Tapi dia macam refuse pulak, ada ke patut orang nak bagi berjalan-jalan dia x nak.. *best je kata orang,pesal aku sendiri x nak pergi...huhu


Kepala makin berat, entah bila nak sihat ni.. Doakan aku cepat sihat ye, banyak lagi kerja aku ni x selesai. Nak masuk mintak anak orang pun x leh lagi ni..




Terlekat Melekat : nak dengar radio, tapi segmen MJ pulak... *malam jumaat~~~!

Wednesday, 23 November 2011

Ujian lisan ataupun bertulis?

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....




Semalam x sempat nak update,banyak kerja tambahan mengantuk. Hari ni on awal sikit sebab nak update,tu lah tugas blogger rasanya x kira lah blogger part-time ataupun full-time. Ketagihan untuk update walaupun sebaris ayat masih lagi ada...


Sejak dari tadika hingga ke universiti, kita diuji dengan ujian. Sama ada secara lisan mahupun bertulis, maka ada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan ada juga yang kurang cemerlang. Itu ujian yang kita kena membaca,buat latih tubi dan sebagainya. 


Tapi, macam mana pulak dengan ujian yang datangnya dari Allah? Lisan? Atau bertulis? 


Apabila ujian dari Allah datang, kerap kali manusia mengeluh *sama macam aku. Soalan yang keluar dari fikiran dan terbit di bibir akan bermula dengan "Kenapa .... ?" 


Aku,
manusia yang mungkin kurang rasa syukur atas nikmat,
manusia yang mungkin banyak ketawa dari senyap,
manusia yang banyak khilaf dan sentiasa alpa dengan semua perkara.


Aku,
anak yang aku rasa sentiasa memuja ibu dan bapanya,
anak yang sentiasa membuat ibu bapa senang mungkin,
anak yang sentiasa ingin kehangatan kasih sayang.


Tapi...


Aku,
bukan seorang kawan yang baik,
bukan seorang sahabat yang mampu menghulurkan tangan dalam semua perkara,
bukan seorang teman yang sempurna pada realitinya.


Dalam diri ni,banyak yang x elok dari yang elok. Mungkin yang elok sudah kian lupus, dan yang x elok kian bercambah. Kadang kala aku terfikir ada eloknya juga aku diberi ujian sebegini, membuatkan aku berfikir dimana lubang-lubang yang makin lobos dalam diri aku yang membuatkankan ada angin luar yang dapat menembusi. Aku terus mencari *korang faham ke apa aku melalut ni?


-----------


Jika dalam hidup tiada ujian,rasanya x best. Ye ke? Mungkin x best bagi orang yang betul sedia, tapi bagi yang belum bersedia ni macam mana? Bisikkan pada hati yang berduka, "hey hati...hey jiwa..Allah ada bersama kita..dekat..Dia juga sudah berjanji kan, ingat x?",


"dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" surah Al-Baqarah ayat 155.


Allah bagi kita ujian, tapi Dia x kejam sebab Dia bagi kita ujian bersertakan cara penyelesaian. Tapi kita x nampak dengan mudah, kita kena usaha sebab caranya hanya hati kita yang nampak.Dengan kata lain,dalaman kita. Dia tahu kita mampu, sebab tu dia bagi kita ujian macam tu..


"ahhh tipu...kau tipu.... aku x mampu nak hadapi. Tapi kenapa Allah bagi jugak? kau tipu!!"


"hey..Allah dah kata kan....dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada satu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)" tu dah dinyatakan dalam surah Al-Mu'minun ayat 62",


------


Sebagai kawan,sahabat,teman yang baik dan prihatin terhaap rakan yang mempunyai masalah, kita selalu katakan,


"sabarlah, Allah uji kamu sebab kamu terpilih. Dia sayang kamu sebab tu kamu diuji"


Maka, diasaat kamu diuji kenapa kamu lupa dengan kata-kata ini? Buktikan sekarang kamu juga boleh hadapinya sebab Allah sekarang sedang uji kamu. Dia sayang kamu!!


Allah bagi itu.. bagi ini... dan kamu minta pulak sebegitu maka Dia bagi lagi. Tamak kan? Bila suka lupa Allah,bila ada masalah cari Allah. Tak sedar diri kan? Dasar x malu~! Semua benda nak, tapi bila Allah nak uji sedikit je kita terus bising. Ada give adalah take, x begitu?


Macam yang telah disebut dalam surah Al-kahfi ayat 7, " sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya" .




------


SYURGA , aku inginkannya. Kamu? Ya, sama je sesiapa pun. Itu matlamat utama, menjejakkan kaki ke sana. Tapi siapa yang berjaya? Mereka, orang-orang yang menjawab Tuhan kami adalah Allah S.W.T.  Orang-orang yang beristiqamah sentiasa , x ada rasa bimbang mahupun bersedih hati. Orang-orang ini Allah dah janjikan syurga untuk mereka, mereka akan jadi penghuni tetap. X percaya? Buka Al-Quran dan ada dinyatakan dalam surah Al-Ahqaf ayat 13-14 bermaksud,  " sesungguhnya orang-orang yang berkata,'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak(pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan".


Kita ni tergolong macam golongan kat atas tu ke? Senyum bangga jika ya, usaha lagi jika masih belum termasuk dalam list. Aku taip untuk diri aku dan pembaca, ada kesalahan sila mentionkan.




Terlekat Melekat : blur dari pagi,bila update blog mesti title x macam isi..LOL







Monday, 21 November 2011

Aku pun nak weh~~!

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....




Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana memperoleh emas dalam bola sepak yang baru je tamat tadi. Semestinya beberapa minggu ni kita akan dengar nama ketua pasukan iaitu Bad diangkat sebagai wira selepas menjaringkan gol penalti terakhir, dan juga telah memikul peranan sebagai ketua dengan cemerlang.


Kira kita ni terbaik Asia la kan? Ke macam mana?


Tabik lah dapat main kat padang lebih dari 100 minit. Kalau la aku,memang terketar kot lutut ni. *mungkin sebab tu la aku bukan pemain bola.. T_T


Dari mula permainan, aku bukak pintu bilik sebab nak dengar suara baba yang tengah tengok bola dengan Haiqal. Aku baring jelah sebab x sihat~~


Bila seri 1-1 dan masa dipanjangkan, aku yang menunggu ni pun rasa letih. So pemain lagi la letih kot kan. Dan masa penyampaian pingat aku pun dengar la, 


"ala...kesian Izzaq. Sakit dia..", dari mulut ibu. Ye.. memang aku tahu dalam ramai-ramai pemain, ibu memang suka Izzaq. Pernah aku tanya kenapa x suka Yong ke, Muslim ke, Apek ke.. Tapi katanya ,


"atas rumah ni ada orang kulit cerah je.. ibu nak jugak la tengok yang hitam-hitam tapi manis ni", 


Sentap jugak la aku, high taste jugak ibu ni. Tapi aku x nafikan la memang Izzaq tu sweet ape mukanya. So kalau tu taste ibu, yang gelap-gelap..maka ramai la pemain Indonesia yang ibu suka kan~~


Bila habis, macam biasa la kan semestinya kamera-kamera akan mencari wajah yang frust. Itu kebiasaan lah, dah adat permainan kena jugak la terima.


----------


Tengah mereka tengok bola, perut aku ni pulak bergendang x sudah. Lapar ada,sakit ada, macam-macam rasa dah. Nak bangun memang x larat lah tadi, rasa semua benda bergerak. 


"abang..makan sikit, nanti masuk angin",


Perghh, Dhiya ni memang scanner la. Tahu je dia aku tengah kebuluran, wat masuk pulak hidangan lengkap la bagi aku. Dengan potongan buah-buahan, udang tempura, nasi putih, kimchi dan sedikit sup kosong. Kalau dia bagi aku nasi campur pun memang aku telan lah kot, memang kebuluran!


Pagi x makan,lepas subuh memang tidur balik sebab sangat x ada tenaga rasanya. Bangun je pergi dapur, sebab semua orang x de. Tengok je atas meja just ada teh dan wagashi (kuih) yang ibu buat. So makan la, alhamdulillah kenyang jugak. So buat kerja sebab minggu ni kena naik Brunei sebab Jumaat atau Ahad minggu depan memang ke berangkat ke Beijing. 


Menunggu semua balik sebab aku x de mood nak memasak ~~~~~~~~~~! *Lambat, so aku tertido lagi.


Bangun je dah ada orang, dan dah ada makanan. Yess~! So pergi la dengan penuh bergaya sebab nak makan kan... Tengok-tengok just ada sushi ~~~~~~~! Wutthe ni heyh... Frust la sebab ingat ada la makanan yang sesuai dengan tekak aku.


"ibu...nasi?",tanya aku


"ni pun dah boleh ganti nasi la sayang", jelas ibu


"ala...nak nasi..sedih tol", sambil buat muka kesian tapi ibu langsung x berminat. Semenjak tahu aku bukan anak tunggal ni,terasa diri terabai lah pulak *errk, tu ugut ke just ayat kesian?


So makan la, ada la beberapa jenis sushi tu. Cecah dengan sos wasabi dan sos yang ibu buat sendiri. *rasa kenyang gak tapi buat-buat x kenyang.


"Dhiya,makan la", kata ibu tapi dia geleng. "Dhiya x makan sushi, memang nak try tapi belum masa lagi la rasanya", jelas Dhiya lembut...


Yessss~~~! Ada peluang cerah aku nak makan nasi ni. Harap-harap la Dhiya nak nasi (~_~). So aku pun tengok Dhiya keluarkan la benda-benda dari peti, mungkin nak buat lauk kot. Then Dhiya bukak dapur, tapi kenapa Dhiya bukak tempat bbq?


"Dhiya nak buat apa tu?",tanya aku


"Dhiya nak bakar tiram,ketam ,ayam,  bla3 ...",


"nak makan dengan nasi ke?",


"x la abang, ratah je", selepas ayat tu keluar memang terus sedih rasa. So aku pun pergi la kat tempat Dhiya, ambik satu tiram yang belum dibakar dan perah lemon sikit dan aku terus makan. Tu tanda geram~! *ada ke geram macam tu?




-------


Sambung kerja balik *aku ni dah macam tulis rutin je. Jack membebel sebab aku x jaga diri, nampak sangat sayang aku..cececece~~ Tapi rasanya dia bebel bukan sebab sayang aku, tapi x nak kerja tertangguh je. Lepas tu solat dan aku tertido lagi, dan bangun solat dan tertido jugak lagi. Banyak betul aku tido, tambah lemak jelah kerja aku.


Dan lepas tamat bola, aku pun hadap la balik facebook.. 


"ada orang tag photo..ape ye...", aku pun tekan la... 


Then.... wahhhhh~~~!






Tanpa fikir panjang terus aku jadikan DP. Bagus betul dia tu nak buat benda ni, aku memang suka orang bagi kat aku benda-benda gini. So dia dah tunjukkan dia tahu buat benda macam ni, maka lepas ni bertimbun la kerja untuk dia. Bagus~! Dan terima kasih ye... Terima kasih daun keladi, esok lusa dan seterusnya buat la lagi =)


------

Akhirnya aku pun update la jugak blog malam ni,walaupun banyak membebel dari ulas pasal bola. Nak ulas apa lagi la kan sebab semua dah tahu... =) 


Terlekat Melekat : mengantuk lagi..lagi..lagi...nak tido.#kbai

Sunday, 20 November 2011

Bila semua jadi tak betul

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....




Bila malam duk sorang-sorang mulalah datang segala mak nenek punya penyakit. Sakit situlah,sinilah... Macam x center dah kot aku rasa ni.


Time sakit semua benda aku buat jadi x sedar. Bila je sedar ...


"ehh kenapa bantal peluk jatuh kebawah nih.. cadar renyuk habis", mulalah buat muka x bersalah padahal diri sendiri yang lempar kebawah.


Aku pernah dengar orang kata kalau sakit, kita kena bangun dan buat badan berpeluh. So aku pun jog la setempat, ni masalah aku bila jog setempat.. mudah je bosan. Bila jog pagi-pagi ok pulak,mungkin sebab ada bahan aku nak cuci mata kot. So pasang la lagu, dengan bajet reti dance maka langkah aku pun dimulakan..








----------------


Lepas rasa ok sikit, mula pulak x sedar diri nak online balik IM facebook. Betapa x sedarnya diri padahal masih x ok lagi, tapi mula kurang lepas ada yang kata ...


"nothing will happen.." , wah, memang mujarab la kata-kata seorang sahabat ni kan...


Tapi aku ni,sampai bila entah nak ada orang sedapkan hati je. Sangat la x patut kot~!



Terlekat Melekat : urat saraf macam sedang menari walaupun kepala aku rasa macam terhuyung-hayang.



AJK Stor