.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....
*entry ni x akan ada pic kami,semua pic diambil hanya untuk simpanan peribadi (bajet x?)
Bila semua berkumpul, bila semua pagi-pagi buta lagi call boss masing-masing cakap MC, bila semua nak ikut bontot aku, ahhh bila..bila..bila! ~~~~~~
Dari pagi hinggalah petang yang tersangat petang, shopping ~~ *solat x lupa ok, kot-kot la ada makcik-makcik nak wat jadi menantu tu baca. Ok sambung! Sampai je ke hotel sebab nak ambil barang-barang yang telah dipesan oleh aku kepada kawan baik aku, kami ( ibu, aku, Lia, Lyn, Wish, Qawwim, Qashah) *aku letak nama pun bukan korang kenal kan? ~~~ aku rasa entry ni macam banyak iklan je.
Ok teruskan -> lepas ambil gadjet-gadjet baru aku yang cun kesemuanya tu, kami menuju ke tempat dimana boleh makan, boleh shopping. Tengah sibuk-sibuk shopping, hilang pulak la manusia 2 orang. Lia dan Lyn, so aku pun try la contact *rajin nak contact sebab gadjet baru ambik,bau kedai lagi. Rupanya kat saloon lah mereka, masuk je mata berair macam nangis. Rupanya sakit duk cabut bulu guna benang, aku tengok tu seram je. So lepas siap aku pun nak blah, tiba-tiba "ayah su...bayarkan la....". =.= Agak kureng aku rasa mereka-mereka itu, so tangan aku ringan je seluk poket.
"berapa?" , tanya aku dengan penuh sopan santun berbudi bahasa
"RM300 encik",
" T__T ... buang bulu pun beratus ke?asal x beribu riban?!", terketar tangan nak hulur sebab rasa macam x berbaloi je bagi untuk bulu-bulu tu.. x sampai 1 cm kot bulunya.
Tu habis bahagian gegirl, ni boboboi lak. Mula-mula depa wat donno je.. Bajet x mau kikis aku lah tu, tapi awal-awal lagi aku x caye~ Pandang kanan, kedai pakaian lelaki. Depa masuk, aku pun masuk *sekarang terfikir pesal aku x jalan terus je! Aku pun pilih-pilih jugak baju, then ibu datang "kali ni biar ibu pilih,zue pilih ibu nampak macam kain buruk je". Ibu aku..ye ibu aku la kalau ayat pedas macam tu. So aku biarkan je dia pilih, dapat la beberapa pasang tu. Then ibu keluar, aku pun nak pergi bayar. Aku tengok semua kawan-kawan aku dah takde. *fuhh..selamat duit aku. Dengan ceria aku nak pergi bayar.
Tanpa tanya aku keluarkan cash dan hulur kepada cashier dengan senyuman. Tapi aku terfikir apa azab aku lepas ni.
"emm encik,tak cukup ni...",
"ehh ye ke..rasanya saya dah bagi RM_____",
"RM____, encik punya. Yang kawan-kawan encik tadi berjumlah RM______. So total semuanya RM______",
"wutthee!!", opps terkeluar sedikit kuatlah pulak.Hancur hensem aku depan cashier yang cun. Tapi memang terkejut beruk lah kot. Duit ni..bukan cengkerang siput weiii! T__T
Aku keluar dengan muka selamba, "banyak beli barang bang...", aku perli kawan-kawan aku.
"lek ahh...ni celah poket kau je kot"
"kalau aku Obama pun,leh muflis macam ni.."
"mengunkit la tu..x baik ok", depa senyum kambing
"kau jurutera,kau remiser,kau arkitek.... gaji kau dalam RM pun berlipat kali ganda kot....", aku cakap dalam hati..ye dalam hati je..
So teruskan la berjalan lagi...lagi...lagi..Ada yang masuk kedai tu,kedai ni. Aku pulak duk luar je sambil godek-godek gadjet baru.
"ayah su..lawa x beg ni?", tanya Lyn. Lalu aku tengok price tag.
"tengok harga la, x lawa x tau la kot...",
"hadiah utk diri sendiri sebab kerja kuat last month ok kan ayah su?",
"ok je, sebab tu just berapa nak dibandingkan dgn gaji kamu dapat. Kira kamu mampu la", aku senyum je. Memang semua orang perlukan hadiah untuk diri sendiri,termasuk juga aku. Walaupun hanya sekeping poskad. So kami semua teruskan berjalan, aku terfikir "ibu nak apa ye...", so aku pun berjalan la kearah ibu lalu berbisik... "ibu,meh la Zue belanja...ibu nak apa?",
"ibu nak telefon.. yang petak...yang...", aku pun tarik tangan ibu dan masuk ke kedai telefon.
"yang mana ibu?", sambil jari aku tunjuk-tunjuk kearah Blackberry yang digilai
"yang ni..", kata ibu
"Nokia X5-01? are u sure sayang?", aku x percaya
"betul la,bentuk dia comel kan..",
Tanpa berlengah aku bayarkan je apa yang ibu nak,cuma aku tak puas hati bila apa yang aku belikan untuk ibu lagi murah berbanding apa aku bayar untuk kawan-kawan aku. Tengah mereka semua jalan-jalan cuci mata, aku pun hilangkan diri kejap.. Jalan-jalan masuk kedai jam sebab ibu suka jam. Dan ada la satu jam yang menarik perhatian aku sebab permata-permata kat berlian tu. So aku angkat je, masih x puas hati aku masuk kedai satu ni dan beli pulak sesuatu. Ok sekarang sedikit puas hati, nanti beli lagi bila-bila. =)
"ayah su, lama dah kita x lepak macam ni. nak la wat macam dulu-dulu", kata Lyn setibanya aku ke tempat mereka
"apa?",
"tukar-tukar hadiah....",
"boleh je", aku senyum. Tapi aku tunggu mereka bagi kat aku dulu.
Sambil jalan-jalan, sorang-sorang pass hadiah kat aku. Tapi aku masih wat donno je, sehinggalah...
"ehh ayah su,cepat lah....x sabar dah ni...haaa ke mau kami lupa ni..", macam-macam assumption dah keluar dari mulut mereka.. =.="
Aku pun cari la 1 paper bag yang aku beli hadiah yang sama untuk mereka-mereka masa aku menghilangkan diri untuk kali kedua.
"nah....ambik sorang 1, aku hulur ke tangan Qashah
"wahh best la ayah su....ni sayang lebih ni..."
Maka adalah tanda kenangan dari aku untuk mereka berupa iPod touch *x de niat nak menunjuk, just bagitahu sebab sayang kawan,kita layan je.
Krukkkk...krukkk.... Ahh tu bunyi perut ok, so cari tempat makan. Tapi survey dulu la, kami makan biasa-biasa je sebab ada 1 tempat tu aku lupa nama menyediakan rib steak yang ok la not bad so semua nak makan la tapi harganya berapa posen je nak cukupkan RM300 sepinggan yang agak ciput tu. So aku janji esok aku nak masakkan untuk mereka.
Tu jelah kot, banyak dah aku bebel. Entry ni just nak kongsi,bukan aku mengeluh atau ungkit. Jangan salah faham ye. Dan bukan juga nak show-off. Rezeki masing-masing, ada lebih ada kurang. Cuma aku masih ingat, bersederhanalah dan guna di jalan yang elok
Terlekat melekat : line slow betol,rasa nak babap lah pulak..aiii....
*sorry kalau ada typo dan keling...
erk..
ReplyDeleteY___Y
no comment..
update sekadar ambil syarat :P
ReplyDelete